Archive for Jul 18, 2009

malu...


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan namaMu Ya Allah, Maha Pengurnia nikmat..
Maka limpahkanlah kpd kami yaAllah, nikmat iman..

"ijjlal, ijjlal. "
seperti ada orang yang memanggil nama saya, jelas tak jelas. sy endahkan.

waktu tu, sy ke kedai pesembor kodiang utk mebeli 2 bungkus mee goreng mamak, di pesan oleh ayahanda saya.
sy bukanlah penggemar mee goreng mamak, ttp, di kedai ini, selera sy kena. kalau kalian ke kulim, make sure kalian ke sini utk merasa mee goreng mamaknya yang, sedap!

senior


kedai itu milik ibu bapa kpd senior sekolah sy semasa di taman selasih.
kini perniagaan pasembor kodiang diwariskan kpd abdul razak, senior sy itu.
sy jejak sahaja kaki , abdul razak memberikan senyuman kpd sy.
sedia menyambut dan menerima pesanan, dan terus ke tempat memasak.
mee goreng mamak on the way!

panggil

"ijjlal.."
sekali lagi nama sy dipanggil.
sy kalih2. tercari2 dari arah mana sy dipanggil.

di satu ceruk meja bulat, seorang gadis mamak bertudung putih, (agakan sy, gadis itu adalah adik kpd abdul razak.)
beliau datang menghampiri, menghulurkan salam, dan tersenyum.
"ijjlal... lamanya tak jumpa.."

sy menyambut salam, dan membalas senyuman.
dalam hati; "ahh sudahhh... ni siapa pulak ni....? sebaya ke junior ke ape?"
malu utk mengakui yang sy lupa siapa gerangannya gadis bertudung putih itu, sy membalas dgn lakonan,

"a'aah.. lama tak jumpa.. sejak sekolah dulu kan?"
*ish2*

sy paling tak suka, bila orang menegur sy, ingat nama sy, ingat wajah sy, ttp sebaliknya sy, tidak ingat nama mereka, tidak ingat wajah mereka!
tuhan sahaja yang mengetahui betapa besarnya rasa serba salah saya waktu itu.

sy percaya, gadis itu merupakan bekas pelajar taman selasih juga.
sy yakin mengenai itu. cumanya, sy tidak dapat recall siapa. junior atau sebaya. kerana beliau membahasakan dirinya sbg "saya.". lazimnya, hanya junior yang membahasakan diri sbg "saya". jika sebaya, biasanya, dibahasakan diri sbg "kami".

minum

sahabat sy itu, mengajak sy duduk di meja bulat yang berhampiran. kami bersembang macam dah bertahun kenal. tanya perkembangan itu ini, macam2 lah.
tiba-tiba beliau bertanya
"ijjlal, nak minum apa?"
sy tidak bercadang utk memesan apa2 minuman. target sy hanya utk memesan 2 bungkus mee goreng mamak.

"x, nak pesan mee goreng je"
"aish, xpe, saya nak belanja" balasnya.

sudah. lagi sy tak suka bila berhadapan dgn situasi begini.
memanglah sy akui sy sedikit gembira dgn tawaran tu. (hehe) but hey, jgn ambil kesempatan!
beliau sgt2 bersungguh mahu belanja minum"lama tak jumpa." katanya.

akhirnya sy mengalah. awalnya sy hanya mahu sky juice. but then beliau berkeras agar sy memesan minuman lain.
"teh ais boleh jugak." malunya saya.!
tp dalam malu2, keluar juga pesanan teh ais satu.
malu2 kucing sungguh. ee ijjlal, ijjlal.

tidak lama selepas tu, teh ais yang memikat hati tiba di meja. bukan teh ais semata2 tetapi teh ais tarik. berbuih2. sungguh mengancam.

(gambar hiasan. )
mine was similar like this. hebat!

sy yg tadi awal2nya malu2, terus sahaja "menyerang" teh ais tarik.
subhanallah. sedapnya.
kebetulan memang sedang kehausan. sebelum tiba di kedai ini, sy keluar ke pasar malam dan menyinggah ke landmark kulim. mana tak hausnya.

siap

sembang2 akhirnya mee goreng pun siap.
beliau datang kpd sy dan meyerahkan satu plastik biru berisi mee goreng mamak.

"ni, sy belanja hari ni."

O_O. please, jgn buat sy macam ni....... :(

"ish, jgn lah macam tu. tadi air ni dah belanja, takkan mee pun nak belanja.? tak boleh tak boleh"

kali ni bukan malu2 kucing, tapi benar2 menolak.
sahabat sy itu, punca nafkahnya adalah daripada perniagaan. kini, beliau mahu senang2 beri sy, orang yang tidak ingat pun siapa namanya, bagaimana wajahnya, teh tarik free dan mee goreng mamak free?
sy tahu sy mmg pantang dgn mana2 pelawaan, lebih2 lagi makanan free.
ttp utk mengambil kesempatan, owh tidak. sy masih tahu dan sedar batas2 menerima sesebuah pelawaan.

atas dasar apa beliau mahu memberi makanan free.?
atas dasar "kawan lama?"

atas dasar, "lama tak jumpa"?
usahlah begitu.. bertambah2 besar rasa bersalah saya ni nanti!

akhirnya, beliau kalah, dan menerima bayaran dari saya.
"berapa ringgit ya?" sy kurang arif dgn harga mee goreng mamak di situ kerana lazimnya, ayahnda sy yg akan membeli. bukan sy.

"rm4.60 utk dua bungkus" jawabnya.
sy memberi rm5 dan baki 40 sen sy terima.

sebelum pulang, terima kasih sy ucapkan, menyalamnya, dan sempat lagi sy mengangguk dan memngangkat tangan kpd abdul razak.
benar2 macam kawan lama, yang dah lama tak berjumpa.

pulang


pulang ke rumah, sy menyediakan hidangan utk ayahnda yang waktu itu sedang menunggu di atas.
hari ini hari cerita korea di saluran KBS world. mmg tak boleh kacau
jadi, makanan itu perlu di bawa ke atas.

sy membuka plastik biru berisi 2 bungkus mee goreng mamak yang dipesan.
"astaghfirullahalziimmmmm!!"
sy terjerit dgn istighfar.

kenapa?
dalam plastik biru jernih itu,
ada 3 bungkus mee goreng mamak.


malu dan terharu,
kata hati :
1. hingga kini sy tidak tahu nama gadis mamak itu. :(
2. sy perlu belajar utk ingat wajah dan nama orang
3. betapa besarnya rezeki Allah buat sy.
4. speechless. sy malu. sy malu. sy malu. sy malu dgn cara Dia memberi rezeki kpd saya. tak pernah putus. sy malu. terdetik sedikit shj dalam hati, tak lama lps tu selalu sahaja dapat. sy malu...

layakkah sy yg hina ini mengucapkan kata ini.? ------ I Love You, Allah.. :'(

Surau


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu Ya Allah, Yang Maha melembutkan,
Maka lembutkan akannya hati-hati ini.........


Queen

ok. as mentioned, sy ke penang island.
kali ni benar2 ke penang ya. bukan penang sebelah rumah, ttp penang di pulaunya. ;)
to be precise, sy , bonda, dan ayahnda ke queensbay mall penang.
queensbay mall ni boleh diibaratkan sbg midvalley megamall. tapi rasanya midvalley lagi besar lah. its popular kerana tereletak ditepi laut dan dibina diatas tanah yang ditambak. kedudukannya benar2 bertentngan dgn pulau jerjak.

geram

geram betul melihat sale yang mencecah 70%.
baju. wow.! beg, wow! skirt, wow! dan seluar baldu berwarna kelabu yg sy cari2. wow!
kesemua ditahan. kesemua cuba untuk diendahkan. sbb kesemuanya bukan satu keperluan. just, yelah, perempuan kan... :P

dalam purse sy itu, tidak lebih dari 2 keping note rm50, dan beberapa keping note rm1. waktu2 begini perlu berbelanja dengan bijak. wang di dalam CIMB pun sudah kekeringan. sebahagian besar sudah cepat2 saya curi dan simpan ke dalam tabung haji. menabung, untuk masa depan. :) dan utk saat kecemasan, semestinya.

setiap semester, sy tidak akan lupa utk meninggalkan sedikit portion wang biasiswa utk di simpan. awal2 sudah di asingkan agar jika sekalipun sy terlebih belanja, sy tahu sudah ada wang yang disimpan. tidaklah wang biasiswa sy habis begitu sahaja. kan?

borders.

enough said.
akhirnya ke kedai buku borders, utk apa lagi, mencari maryamah dan kite runner.
sy tidak meletakkan harapan tinggi. khuatir nanti kecewa dan terbeli benda yang bukan2, (seperti semalam. :P)

memasuki borders, terus ke information center, an, as expected, maryamah tiada dalam senarai stok buku. tapi.... The Kite Runner ada!
x dapat maryamah pun x mengapalah.. The Kite Runner pun jadilah.
lebih baik daripada tiada langsung, kan?
sy terus menerima buku tersebut, membayar, dan melangkah keluar. receipt buku sy simpan elok2. mahu claim dalam income tax.

ok, dah dapat buku, so, maknanya, makan time!

menu pilihan hari ni, fish and chip di manhattan fish market. kali terakhir menyantap fish and chip adalah semasa meraikan ulangtahun perkahwinan ayahnda bonda dan kaklong serta abg long.

while waiting, sy x melepaskan peluang utk membelek2 the kite runner.membelek2 sahaja. enggan membaca dari awal, takut tersangkut. harry potter masih belum dikhatamkan. sy x sanggup utk curang pada adik harry potter kita ;)

senyap terus dah dpt ni.

promo

kepada penduduk kulim atau kawasan sekitar, kalian dijemput hadir ke ceramah istimewa sempena isra mikraj, anjuran surau riyadussolihin Taman Cengal. :)

Tajuk : Isra dan Mikraj : satu perspektif sains
Penceramah : Dr Jamnul Azhar Mulkan
Tarikh :
Isnin, 20 Julai 2009

Tempat : Surau Riyadussolihin, Taman Cengal.
Agenda : solat maghrib berjemaah, dan dijadualkan bermula talk jam 8.15 malam.


saranan saya, ayuh, marilah, anda tentu tidak menyesal.
sy pernah menghadiri seminar khas mengenai isra mikraj dan penyampainya juga Dr Jamnul Azhar.
dulu sy perlu bayar utk mendengar seminar ni, ttp kali ini, khas sempena isra dan mikraj, ianya percuma sahaja. mmg tak rugi.



jumpa disana. :)

kata hati :
-maryamah dah ada di populer pacific. thanx nadia atas makluman. :) tp.. bila nk pergi sana?
- kalaulaahh rumah sy terletak di kawasan melayu. kan seronok..