Archive for Jul 17, 2009

auntie


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

saya pernah bercerita mengenai seorang auntie india bunga di pasar kulim.
hari ini, kami bersapa lagi.
lama benar rasanya sy tidak bersua muka dengannya.
masih ingat lagi auntie kpd sy ya. dari jauh auntie sudah senyum ceria. :)
tangan dihulur, dan auntie menyambut salam.

"sy tgh cuti skrg ni auntie. tunggu result exam."
"exam? bila result keluar?"
"bulan ogos auntie."

auntie senyap, seolah2 memikirkan sesuatu.

"bulan ogos? dah puasa kan?" auntie senyum sungguh2 dgn semangat.
doa sama tuhan banyak2 ya. doa banyak2 tau"


katanya, sambil tangan diangkatmembuat gaya berdoa.

tergelak saya. auntie boleh tau ogos sudah puasa?
seorang wanita india beragama hindu menjual bunga, boleh tahu ogos ini kita akan menyambut ramadhan?
pekanya dia..
siap suruh sy doa banyak2 pula tu. tahu bhw bulan puasa itu bulan yang mulia.

hmm..kalau sy tanya kepada kalian,
bila kita akan berpuasa, dapatkah kalian menjawab?
kalau sy tanya kpd kalian, bila kita akan sambut isra mikraj, tahukah kalian?

ha.. habislah.
kalah dgn auntie saya tu tau! ;)


sembang jumaat,



kata hati : petang ni akan ke penang island. harap2 dapat bertemu dgn maryamah.