Archive for 05/01/2011 - 06/01/2011

mop


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments


Bismillahirrahmanirrahim

rumah saya banyak semut.

bila saya kata banyak, memang banyak.
janganlah ada air manis menitis setitik, habis dihurung.
semut apa sahaja boleh sebut. semut merah ? semut hitam? semut rambutan? semua ada.
and for that, kebersihan rumah selalu dan harus dan perlu dijaga.
and that, had been my task for these few days, and the following days.

oleh itu...

setiap hari, rumah akan dimop.
memang tiada anak kecil, namun "nature" rumah saya adalah untuk berada dalam keadaan bersih.
walau saya ni secara jujurnya bukanlah makhluk yang terlampau rajin untuk mop setiap hari,
tapi mata ni telah dilatih untuk suka melihat yang bersih.
but still, saya masih belum mampu lawan kebersihan bonda dan kakak sulong saya.
lataran mata saya masih boleh "negotiate" dengan ketidakkemasan dan kesepahan.
so, as had mentioned before, saya antara yang pengotor dan pemalas dalam keluarga. hehe!

imagine

rumah saya, tak terlalu besar, namun tak pula terlalau kecil.
kalau lengkap pusingan membersih atas bawah ruang luar depan dan belakang, boleh semput nafas dibuatnya.lagi lagi kalau buat semuanya seorang diri.
dan bila kita cakap mengenai mop setiap hari... you can imagine that.
tambahan pula, saya bukan makhluk yang rajin pakai glove bila buat kerja.
and step memerah mop ni, bila dilakukan setiap hari, pakailah banyak mana pun losyen, gabungan cecair dan bahan kimia dalam sabun mop akan menyebabkan tangan menjadi kering, dan kasar. jadi, jangan haraplah nak dapat tangan lembut mulus. hu...

merepek..

ok. maaf, apa yang saya merepek ni.?
pertama, sebab tiada apa yang hendak diceritakan.
MAAFF sgt, kebanyakan pengisian semasa pengajian tempohari telah saya kongsikan di laman facebook saya secara instant.
sebab kedua, dek kerana keletihan saya sudah tertidur petang, dan menjadikan mata saya terbuka luas hingga sekarang. (its 12.46am)
sebab ketiga..... nak perkenalkan mop baru! (ok, now i really feel like a housewife. talking about mop?? hehe)

senang!

mopping the house had never been this easy.
macam main-main pun ada juga.

ceritanya, begini.
ayahanda mendapat satu set mop percuma dari rakan niaganya.
sebatang mop, berkepala bulat yang boleh putar 360 darjah,
beserta baldi yang lengkap dengan tempat untuk memerah,
disertai dengan tiga "kepala" mop.

baru seminggu guna dan setakat ni, alhamdulillah meringankan kerja up to 50%.
yang bestnya mop ni adalah kita tak perlu perah-perah secara manual. (guna tangan)
hanya letakkan mop pada bekasnya, dan kita pusingkan mop tu dengan gunakan pedal kaki.
pusing-pusing pusing banyak kali, dan tadaaa mop akan kering dan sedang elok sahaja untuk di lap pada lantai.


lantai pun cepat kering, (tak payah lah nak jerit kat sapa-sapa melarang jangan lalu sebab lantai basah hehe)
tak perlu pasang kipas (jimat elektrik)
dan tiada kesan titisan air.
malahan saya guna mop ni untuk mengelap almari-almari tinggi yang saya tak mampu nak capai. tak perlu laa lagi panjat tangga untuk lap almari.. :))

mop ni sesuai untuk orang yang mop rumahnya hari-hari.
mop ini sesuai untuk wanita sibuk sana sini
mop ni sesuai untuk mereka yang ada anak kecil merangkak-rangkak atas lantai,
mop ni sesuai untuk mereka yg usahakan nursery atau taska.
even untuk syarikat cleaner. malahan saya difahamkan sudah ada syarikat cleaner yang beli 100 set.
dan kepala mop ni datang dengan warna putih, juga warna gelap.

bagi mereka yang mop dengan method celup-mop-celupbalik-perah-mop,
maka produk ini insyaAllah saya yakin dapat meringankan kerja anda sangat sangat sangat.
tak perlu terbongkok-bongkok memerah mop hingga kering. hanya pijak pada pedal dan kita pusingkan pengering. :)

cuma untuk saya, masih ada step "perah mop" kerana method mop saya adalah celup-mop-jirusmopdenganairbersihsebelumcelupbalik-celup-mop. lazimnya saya akan membasuh dulu mop dengan air bersih sebelum mencelup semula mop ke dalam air sabun. but at least saya tak perlu perah mop yang berair sabun. kan?

sarankan!

maka dan oleh itu, wahai para suami, saya sarankan anda hadiahkan satu set untuk isteri anda di rumah.
ringankan kerja mereka dengan menyediakan alat yang mampu meringankan kerjanya!
to be frank, saya baru guna seminggu, jadi tak dapat nak maklumkan secara lebih terperinci ketahanan produk ni, but apa yang saya tahu, ia datang dengan warranty 6 bulan. so, not bad lah kan. mop ada warranty? mana nak dapat.. :)

cukup kilat ?
terbayang lantai istana nabi sulaiman macamana yaa.. hehe

yuk, serlahkan peribadi muslim melalui kebersihan yang terjaga. :)




kerana aku bukan makhluk pengkhianat

a saturday


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


Bismillahirrhamanirrahim..

bulu roma saya berdiri tegak. seram sejuk rasanya.

mata saya berkaca, sebak.

jiwa rasa hangat, selamat.... dan, terpujuk.
lantaran rajuk itu lah, jiwa yang satu ini pergi mencari.
dan, atas pencarian itu, Allah menemukan.
AllahuAkbar. adakah ini yang ingin Engkau berikan?

Saya terharu dan bergetar, saat mendengar gabungan suara ribuan manusia,
mengalunkan bacaan surah yaasin. beramai-ramai, dalam satu irama yang senada.
tiada lebih laju, tiada yang perlahan. bersama, dan, bersatu.


suasana di dalam kompleks an nahdhoh. penuh.
diluar kompleks diletakkan tv untuk mereka yang tak dapat masuk ke dalam.

terasa hangat perpaduan dan kesatuan,
ditambah lagi dengan alunan gema yang menambahkan sound effect.
mungkin biasa bagi mereka yang sering kesana, namun luar biasa bagi saya yang baru pertama kali melangkah masuk ke perkarangan kompleks madrasah an nahdhoh kubang semang, pulau pinang.

hari sabtu

it was a saturday.
saya dan bonda bertolak dari rumah seawal jam 7 pagi.
rancang kami, untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum bergerak ke pulau pinang.
pengajian di madrasah An Nahdhoh akan bermula jam 8.30 pagi. hm.. sejam setengah, sempat insyaAllah.

tiba

laluan masuk ke perkarangan AnNahdhoh kecil. persis jalan kampung. dengan lopak dan lubang di kiri kanan jalan, dan seperti kita lihat di iklan tv petronas, andai ada dua kereta bertembung, pasti perlukan tolak ansor dari salah satu kereta yang bertentangan. ya, begitulah keadaannya, tipikal jalan kampung kecil yang hanya muat untuk satu kereta.
saya tidak menjangkakan apapun dari segi binaan madrasah tersebut, kerana apa yang saya tahu, saya ingin ke sana untuk mengikuti pengajian perdana yang dijalankan.
papan tanda ke madrasah tersebut pun kecil dan humble sahaja.
namun subhanallah, sebaik masuk ke perkarangan madrasah tersebut, saya terpana, dan kagum.

pesta!

seperti ada pesta!
kalau selalu apa yang saya lihat adalah pesta sure heboh di dataran bukit jalil, tetapi kini saya melihat pesta ilmu di madrasah an nahdhoh. dan, oh ya, sebenarnya ia dikenali sebagai Kompleks Yayasan An Nahdhoh.


kereta penuh di sana sini. kepala putih berkopiah dan hitam bersongkok.
dari anak kecil sekecil 3-4 tahun, hingga nenek dan atuk yang saya kira menjangkau 75 tahun. betul ke saya berada di pulau pinang ni?
betul ke saya berada di malaysia ni?


saya disambut oleh satu bangunan besar. itu dewan besar utamanya. dua tingkat. dan sudah kelihatan ramai umat manusia yang berada disana.

pintu masuk utama

kompleks dari sisi

ustaz mutalib dengan pengajian kitab tafsir darulihsan pengajian yang sangat menyuburkan.

kitab lama, cetakan ketiga 1381hijrah,
(sekarang kita di 1431H)

para penuntut beratur selepas pengajian untuk berjumpa dan bersalam dengan ustaz.
mereka sangat menghormati guru, walaupun ustaz mutalib tu jauh lebih muda daripada mereka.


di dalam dan luar perkarangan kereta penuh mengelilingi.
bertentangan bangunan utama, adanya AnNahdhoh Inn.
dibina khas untuk pelajar2 jauh yang ingin menyertai kuliah tersebut.
disebelahnya, satu bangunan 4 tingkat, sekolah tahfiz AnNahdhoh. masyaAllah. sangat mengujakan.

tempat mengambil wudhu terbuka untuk lelaki. panjang.
bertentangan dengannya tandas dan bilik mandi.
dibelakang tu replika sekolah pondok asli.

di luar perkarangan , ada pasar-pasar yang dibuka.
bila saya kata pasar, memang macam pasar.
gerai makanan, buah, sayur, daging ayam.
saya difahamkan, pasar tersebut disewa rm10 dan memang dibuka bersempena pengajian yang diadakan.
hampir 100% pelanggan dari pasar tersebut adalah dari para penuntut yang datang untuk pengajian dari ustaz. bayangkanlah betapa ramainya, hingga boleh dibuka satu pasar yang mana pelanggannya adalah dari kalangan para penuntut sendiri. :-)

dan, istimewanya, pasar tersebut menawarkan suasana yang berbeza.
suasana.. selamat.

mana nak cari penjual sayur berniqab?
mana nak dapat penjual ayam bertudung labuh?

mana nak cari stall-stall buku agama, dan pakaian-pakaian labuh menutup aurat dijual di pasar?

mana nak cari pembeli-pembeli pasar yang memakai jubah putih dan berserban disana sini?
dan mana nak cari seorang penjual yang menghadiahkan sahaja kek lantaran kasihan meilhat pelajar tahfiz disitu kempunan untuk merasa sedikit kek?


satu suasana yang berbeza, namun sangat dipuji.
walau saya cukup tahu ia jauh berbeza dari zaman Rasulullah, namun, sedikit sebanyak ia memberi kepada saya satu perasaan yang, entahlah. seronok, sangat!

kita memandang setiap wajah yang ada di kompleks tersebut dengan pandangan hormat,
kerana kita tahu setiap orang yang berada di sana adalah orang-orang yang ingin menuntut ilmu.
can you imagine that feeling?
pandangan yang tiada prasangka, pandangan yang penuh kepercayaan, dan pandangan yang penuh dengan rasa sayang.

dan istimewanya, walau kereta penuh, namun masing-masing seperti sudah tahu sistem untuk keluar dari kompleks tersebut. masing-masing bertolak ansur, dan memberi peluang untuk yang lain.

(klik untuk imej lebih besar)
kereta penuh. dan bangunan bertentangan tu an nahdhoh Inn.

masyaAllah. boleh pun wujud suasana macam ni.
boleh pun. tak mustahil..

subur

it was my first time, and i cant wait for the next session.
dia-diam menyimpan doa, agar Allah kurniakan saya seorang pendamping hidup yang cinta, dan hormatkan ilmu.
diam-diam menyimpan hajat, untuk mendidik anak dengan pendidikan sebegini.
dan, dalam diam-diam, berazam untuk memperbaiki diri dari segala segi.
ubah dan perbaiki dulu dalam mencapai perubahan dan suasana yang diidamkan.
insyaAllah, Allah mendengar, Allah, Maha Mendengar.


seorang bapa muda yang membawa anak kecilnya ke pengajian.
saya tersentuh sebab selalu anak kecil takkan berenggang dengan ibu
... ini dengan ayah.? :')




kerana aku bukan makhluk pengkhianat




kata hati :
1. sorry ayat ekspress. saya busy.. :)
2. terserlah keexcited saya kan? hehe.. insyaAllah akan cuba kongsi pengisian. buat masa ni perkenalkan dulu kompleks yayasan anNahdhoh. sapa-sapa nak datang pengajian, mari lah ke sini. yang perempuan boleh hubngi saya dan menginap di rumah saya dengan izin mak ayah, insyaAllah percuma. :)

re-post


posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments


bismillahirrahmanirrahim

reposting a post that i had once posted it looong ago.
ok, sekarang tengah tersenyum. :)))



New school semester:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


At the first week
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



At the second week
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Before the mid-term test:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


During the mid-term test:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


After the mid-term test
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Before the final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Once know the final exam schedule
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


6 days before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


5 days before final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


4 days before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


3 days before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


2 days before final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


1 day before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


A night before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


1 hour before final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


During the final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Once walk out from the exam hall:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


After the final exam, during the holiday:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

sambung study!


kerana aku bukan makhluk pengkhianat

24 jam kurang


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Bismillahirrhamnirrahim..

study di bank. 2 jam baru selesai urusan akaun bibik


16 mei 2011 SAQ 9.00-10.30 am
OBA 3-4.30pm
18 mei 2011 OSPE 9.00-11.25 am

kurang dari 24 jam lagi untuk saya menduduki peperiksaan ulangan tahun pertama perubatan.
perasaan? bercampur.
ini sahaja peluang yang saya ada. antara terus, atau tidak. AllahuAkbar. mudahan Engkau pelihara keyakinan dalam diri ni.

berhenti seketika daripada menghadap kalam. perlu rehat.
dan bila rehat, minda membawa saya kembali kepada tahun 2010.

yang lalu

hari ini, hari ahad. dan dalam waktu waktu begini (exam eos last year pun hari isnin) tahun 2010, sekitar tiga hari sebelumnya, menyaksikan waktu terakhir saya bersama arwah nenekanda halimah.

Allahuakbar. Allah izinkan saya berpeluang untuk bersama dan menjaganya semalaman, setelah sebelum ini arwah nenekanda setia dijaga secara begilir oleh sepupu-sepupu saya.
dalam banyak-banyak hari, saya diberi peluang pada hari itu. dan dalam banyak banyak peluang, itu.. adalah peluang, yang terakhir.

masih teringat lagi keadaan diri saya sewaktu pulang memandu dari negeri sembilan ke bukit jalil selepas urusan pengebumian arwah halimah selesai.
kepala pening-pening lantaran tidak tidur semalaman, dengan bayangan wajah arwah halimah ketika menghembus nafas terakhir, diikuti pula dengan mainan nasyid "salam buat penghuni kubur" di ikim fm. tak pernah pula saya dengar nasyid tu di ikim, tiba tiba hari tu juga disiarkan lagu tu. memang sangat menambahkan sebak, dan sedar tak sedar teresak-esak saya sepanjang perjalanan.

akhirnya akur akan bahaya yang menanti andai pemanduan diteruskan, saya berhenti di perhentian terdekat. dan, berehat. fizikal, mental, dan emosi.

dan tahun ini?

seharusnya mental emosi dan segalanya sudah dipersiapkan, memandangkan ini bukan kali pertama, dan Allah bebaskan diri saya dari melalui sebarang peristiwa yang menyesakkan hingga kini. juga dikurniakan batchmate yang saling membantu antara satu sama lain. alhamdulillah.

Namun, keselesaan dan kelebihan ini datang dengan bayaran. bayaran kecemerlangan.

Dalam gusar yang tak terkatakan, hati masih ingin menetapkan keyakinan.
bahawa Dia akan membantu, bagi setiap hambaNya yang yakin akan bantuanNya.



AllahuAllah,
Permudahkanlah, dan usah lah Engkau sukarkan..


... saya butuh doa dari kalian ..



kerana aku bukan makhluk pengkhianat