Dua Tahun


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim
Saya disini, itu bermakna, ingin bersuara, namun enggan didengari.
Aneh, bukan. Bagaimana kita mahukan sebahagian, namun menjauhi dari sebahagian yang lain? 
itu-lah saya.
Dari kali terakhir saya berada disini, terlalu banyak pertumbuhan, perkara, alihan peristiwa dan gilir atur manusia yang saya rasai dan temui. Baik sedih baik gembira. Pelbagai makna yang merendahkan jiwa dan ada kalanya membawa saya merenung dalam dan berfikir; rupanya beginilah diri-mu, Nuur Ijjlal.
Dalam dua tahun ini, yang baik-nya - Allah buka-kan hati dan bertemu jodoh -  telah berumah tangga, bersama seorang pemuda yang kurus tinggi badannya, bermata bulat, berwajah cerah, juga baik budinya. saya kini merupakan seorang isteri. Siapa sangka, bukan? :) Alhamdulillah, segala Puji Bagi Allah. Ianya perjalanan yang banyak memberi refleksi pada diri.  Kehendaknya pasti akan berlaku. dan dalam menjalani kehendakNya itu, kita pasti akan diuji nilai diri - samada kita adalah golongan hambaNya yang bersyukur, atau sebaliknya. Allah Maha Baik. Anugerah keluarga mertua yang MasyaAllah sungguh membantu, pemurah dan menggembirakan. Allah subhanahuwata'ala memperkenalkan sedikit demi sedikit  diriNya kepada saya. PemurahNya, KayaNya, PengampunanNya, LembutNya, BaikNya, MendengarNya Dia. Saya belajar untuk mencintaiNya melalui sifat sifat yang Dia hadir secara halus kepada saya.
Hati saya sedikit terusik apabila menerima pesanan daripada Ilysa Fatin. Beliau dan ummi menangis gembira mengetahui berita bahawa saya telah bertemu pasangan hidup setelah bertahun tahun berlalu. Risau katanya jika saya tidak mampu untuk kehadapan dalam mencari pasangan. Namun itulah, tahun tahun yang berlalu ini banyak mengajar saya - Jika Allah ingin memberi, Dia akan memberi. Jika Allah ingin membuka hati, begitu sahaja Dia akan bukakan hati, dan Allah telah mencampakkan rasa Hubb, sayang dan sangat bersyukur,  dalam hati dan diri ni, tatkala dipertemukan dengan insan yang sebaik, sesabar dan selembut suami. Alhamdulillah,

Bersama suami, Muaz Zakaria di hari pernikahan

Dalam Dua tahun ini juga - ada sedihnya - ya masih sedikit, jika dibanding dengan mereka yang lainnya. Kawalan emosi dan kesihatan minda yang kurang memuaskan, percaya diri yang merudum. juga tindakan tindakan 'dungu' yang saya ambil - yang mengakibatkan kesan besar pada perjalanan pembelajaran saya. (ya, saya masih, belajar. hehe) dan saya perlu membayar harga pada segala tindakan yang telah dilakukan. Ada masa saya keliru , adakah semua ini melambangkan sikap sebenar diri saya yang menyedihkan, atau adakah semua ini hanya kerana saya belum sepenuhnya sembuh pada keadaan diri saya yang lalu? Apapun persoalan, kerosakan telah dilakukan. Yang hanya mampu saya berharap adalah dengan ehsan di sekeliling- dan peluang - untuk memperbaiki dan bergerak ke hadapan. dan Maha Suci Allah, tiada lain selain ehsan dan pertolongan yang saya terima sepanjang perjalanan saya ini.


Usia semakin meningkat. Makin menua, makin singkat.
Ada hari terasa ingat dan hampir dengan Tuhan, 
ada hari terasa jauh dan hina dan mengundang laknat :(
Perang lawan batin yang tiada kesudahan.
Namun... kuatkan hati. Asal tetap ingin berlawan - insyaAllah mudahan tidak dikira sebagai yang kecundang.
Tiap hari pasti tercalit salah - di minda, di perlakuan, dalam diri di hati.
Namun tiada arah lain yang boleh diri dihala ttujukan, melainkan kembali dan menangis di depan ArRahman.
Pelusuk alam ini, adalah dalam genggaman Empunya Kerajaan - maka kemana ingin diri ini sembunyikan, melain dari memohon keampunan.
Ya Allah, aku adalah hamba penuh hina dan dosa.
Namun aku ingin selalu ingin kembali;
dan belajar untuk mencinta..
 
kerana dia; adalah hamba

Insan Hina


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Kembali kesini setelah merasakan terlalu banyak perhatian di laman muka buku. :) the me that had never changed; kurang senang dengan perhatian mata manusia hatta melalui penulisan sekalipun lantaran merasa sesak dengan jangkaan manusia terhadap diri dan kedudukan niat di dalam hati. 

Kita ini insan - fitrahnya menyenangi kebaikan, menginginkan kesyumulan, namun kerana kita ini insan jugalah, tiada terlepasnya kita dari melakukan kesilapan. Berulang, kali, tiada kesudahan. Pimpinan hati menyatakan sudah lah usah di ulang, namun kelalaian memilih untuk mengendahkan. Sedih, bukan?

Manusia hanya mampu menilai dari luaran, dari apa yang kita pilih untuk zahirkan. Namun kita, Kita mengetahui apa yang kita lakukan. Kita mengetahui rahsia yang disembunyikan, buruk baiknya kita, pahala dosanya kita. Tidak bijak untuk melolongkan kesilapan yang telah Dia sembunyikan. Itu namanya bangga dengan perlakuan. 

Dalam keadaan begini - sedih mencengkam hati - merasa tiada nilai dalam diri. Masakan tidak ? diberi nikmah namun dimungkiri, diberi ilmu namun tiada diambil peduli, diberi hikmah namun dicampak ke tepi! 

Ya, dalam keadaan sebgini - tika merasakan layakkah diri ini diampuni- cuba  diingatkan dan di kuatkan dalam hati -  pesan yang sering diulang ulangi, : sedangkan syaitan tidak pernah lelah berusaha untuk memasukkan kita ke neraka durjana, mengapa kita mudah berputus asa untuk menagih kasih sayangNya? Merasa tiada layak diampunkan hingga menyebabkan kau makin jauh darinya - ketahuilah bala yang sebenar benarnya.

Tiada lain selain puji syukur padaNya yang begitu kasihankan hambaNya, menutup segala aib dari pandangan manusia. Bukan mempersenda akan betapa pengampunNya Dia, namun memujuk diri agar bersangka baik denganNya - bukankah sentiasa ada, rindu Allah pada hamba hambaNya.?



Tidak ilah yang layak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. 
Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim 

Introspeksi seorang hamba hina,
 
kerana dia; adalah hamba

serong


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment


Bismillahirrahmanirrahim

Saya tidak dapat mengingati kali terakhir saya menegur secara terus, dan secara tegas.
Cara ini bukanlah cara pilihan saya namun apabila sesuatu itu perlu dilakukan, ia tetap perlu dilakukan.
Kita pasti akan 'di-benci' dan di pandang serong. 
Namun bukanlah perhatian manusia yang menjadi kegilaan, melainkan redha-Nya. 

Semoga Allah ikhlaskan hati, 
dan tidak menjadikan kita golongan yang tertipu dengan diri sendiri, 
Amien.


 
kerana dia; adalah hamba

As-Sami'


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Being transparent is difficult. Not everybody have the capacity to understand the situation as a whole. 


Sia- sia untuk “menagih simpati” manusia. Satu masa manusia akan letih mendengar hingga akhirnya membibitkan rasa rimas tiap kali kita datang untuk mengadu duka dan memohon bantuan. 

Namun Allah, Tuhan ku dan Tuhan engkau, Dia berbeza dan tiada apapun yang sama dengan-Nya. Dia memahami keadaan aku sebelum sempat aku bercerita. Dia mengetahui kesudahanku sebelum sempat aku melaluinya. Dan Dia, tidak pernah akan letih mahupun memerlukan rehat untuk mendengar aduan dari hamba-Nya. 



Manusia berburuk sangka? 
Ya, itu tiada lain melainkan satu kerugian buat mereka dan dirinya. satu bebanan yang lahir dari hati yang tidak mampu bersangka baik dan berterusan su’u dzhon dengan saudaranya. 
dan sungguh, rugilah mereka kerana memiliki hati yang sedemikian rupa...


 
 
kerana dia; adalah hamba

Singgah sebentar


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

"Ijj'lal nak siram bunga lah" saya memaklumkan bonda.
"Mama dah siram semuanya dah.." respond bonda.
"Ada lagi yang belum siram.."
"Eh, yang mana?" bonda mula terpinga-pinga.
"yang ni laa." saya menghalakan jari kepada diri saya sendiri. 
"....Ijjlal kan..... bunga?" saya menutup

bonda mencemik dan saya ketawa terkekeh kekeh.
xD

Kadangkala dalam menjalani hari-hari yang sukar dan payah, bergurau senda adalah antara cara yang paling mudah untuk mengembalikan senyuman. :) 


....... Saya rindukan Bicara Qalbu.
dan dan, Saya rindukan sahabat saya,
dan terutamanya; saya rindukan masa lalu saya.
Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik.

 
kerana dia; adalah hamba

Pasti


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim

Saya sekarang sedang duduk menghadap "kitab-kitab" yang merangkumi kesemua sistem tubuh badan. Perjalanan tiga tahun setengah yang lalu dalam bidang ini akan banyak ditentukan hala tujunya dalam masa kurang lebih dua minggu sahaja lagi. AllahuAkbar, hati mana yang tidak bimbang?

16 hari lagi. Ya 16 hari lagi dan saya tahu, saya yakin, pada satu hari pada 16 hari yang akan datang itu, mata ini pasti akan gugurkan mutiaranya, baik apa pun jawapan yang akan saya terima.

Namun disebalik itu, hati telah berjanji, tiap titisan air mata itu akan diiringi dengan satu bisikan padu; get ready to MOVE ON!

Jika hijau, bersedia untuk bergerak ke fasa seterusnya!
Jika merah, bersedia juga untuk ke alam baru!

Ingat, setelah selesai sesuatu pekerjaan, bersungguh sungguhlah untuk pekerjaan yang lain - Al-Insyirah.


Berimanlah dengan firmanNya, ya? :)



... Ingin jadi yang beriman,

Sinar Penghormatan

-via ipod

Do you?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Pensyarah memandang saya dengan mata yang sukar saya nak tafsirkan membawa maksud apa. Sayu, namun tajam. Memujuk, namun seolah ingin menyelidik. Beliau memegang lengan saya dan bertanya;

" Do you like medicine?"

Apparently, saya tidak dapat memberi jawapan lancar serta merta.
and at that moment, deep down, saya tahu maksudnya apa...

Saya tiidak membenci Perubatan, malah saya menyukainya.
Saya seronok mengetahui tentang badan manusia,
dan saya sangat suka merasakan diri dapat membantu seandainya ada yang datang bertanya tentang masalah kesihatan.
Saya suka merasa diri ini mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Boleh saya katakan: Perubatan best!!

Tapi ada masa dalam hidup saya..
Saya mempersoalakan keupayaan saya untuk membawa amanah ini.
Pelajaran saya tunggang langgang, sejak tahun pertama saya di dalam bidang ini. 
dan semangat belajar saya naik turun.
Saya cemburu dengan rakan yang seolah-olah boleh tenggelam dalam pembelajaran perubatan
yang sangat passionate untuk mengetahui tentang satu perkara, walaupun tidak pernah diminta oleh siapa-siapa.
Yang sanggup berjaga malam, tidak tidur, hanya untuk memahami dan mendalami apa yang diajari.
Yang setiap hari boleh pergi berlatih kemahiran klinikal, dan bersoal jawab..


Kenapa berbeza?
Berfikir... kenapa saya tidak boleh bergerak seperti mereka? Kenapa mereka boleh?

dari situ saya dapat kesan perbezaan antara saya dan mereka.

Saya, menyukai Perubatan.. 
tetapi mereka,.... menyintai perubatan.

Ya.
Kerana hanya dengan cinta, seseorang itu sanggup melakukan pengorbanan.
Suka sahaja belum cukup untuk mengerakkan badan mengejar apa yang disukai.
Namun jika cinta, meski mendapat tentangan, meski memudaratkan diri, pasti akan ditempuhi.
.
.


I have no idea how my future might be.
Frankly speaking, I am scared.
Namun, apapun, saya akan teruskan perjalanan dalam bidang ini sehabis yang baik.

I have never regret a single second the journey and experience that I had during the past 3 years as a medical student. the people I met, the knowladge I gain, the experience and lesson of life that I learnt, is very valuable to me in shaping the way I think, the way I react to things, the way I handle my emotions.
Selalu pesan dalam diri, Bahagian kita di dunia telah ditulis sejak Azali.
Tanggungjwab saya sekarang adalah untuk berusaha. Kerana itu yang akan dilihat dan ditanyakan di Akhirat kelak. Hasil bukan nilaian Allah.

Berbalik kepada soalan yang diajukan pensyarah saya tadi, saya hanya mampu menjawab di dalam hati...

" I like medicine, but I don't love it.....yet."

and hopefully I will. One day.

 
kerana dia; adalah hamba

Little Escape


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Attention comes with expectations.
Expectations comes with responsibilities.

and responsibility is quite a scaarrryyyy word. >_<

A short simple escape will do the job.

Wash away the pressures,
Re-new your intention;
and continue your journey!


:)
 
kerana dia; adalah hamba

Dicelah Kesukaran


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismilllahirrahmanirrahim.

Ada masanya saya kagum (baca : hairan) dengan diri saya sendiri.
Seingat saya, saya adalah antara manusia yang mudah mengalirkan air mata.
Saya adalah antara manusia yang paling mudah melatah dan lari dari situasi yang menyesakkan.
Namun sekali lagi, saya kagum dengan diri saya. Sungguh.
Jauh berbeza dari reaksi lazim saya saat berhadapan dengan kekeliruan, kali ini, bisikan halus dalam diri menyatakan; pastikan air mata itu hanya menitis atas sesuatu yang berbaloi, Ijjlal. 
namun dalam kehairanan itu, hati tetap bersyukur atas perbezaan pemahaman dalam bereaksi pada kekeliruan ini,  lantaran itu-lah yang diperlukan pada saat-saat begini.
Trend

Peperiksaan akhir di IMU kurang lebih 2 bulan sahaja lagi. Ya, sedar tidak sedar saya sudah di semester 5, semester terakhir di IMU Bukit Jalil sebelum melangkah ke Fasa Klinikal. dan perancangan Allah, seperti mengulangi "trend", saat-saat menghadapi peperiksaan besar beginilah datangnya 'peperiksaan' dari sudut lain pula.

AllahuAkbar walau ada masanya terlintas juga pertanyaan "kenapa sekarang" namun hati pantas beristighfar, lantaran terlalu banyak peristiwa lalu yang telah mengajar; bahawa tidak akan ada satu pun dari perancanganNya yang sia-sia.

datang bersamanya tanggungjawab..

Dengan ilmu, maka datanglah tanggungjwab untuk beramal dengannya. Alhamdulillah keberadaan di majlis majlis ilmu membuatkan diri merasa terbantu dalam mengawal urus emosi. Sejujurnya saya sangat sangat sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan majlis-majlis ilmu, sebelum Dia datangkan saya dengan ujian. Saya sedar disinilah dan pada waktu inilah tapak ujian sejauh mana ilmu yang telah diteguk sepanjang 8 bulan yang lalu di dalam siri majlis ilmu yang pelbagai mampu saya praktikkan dan zahirkan. Rangkaian zikir yang baru dipelajari dan diterima dari guru menjadi peneman, merawat hati yang terkilan dengan kerenah ciptaanNya.


Video : Istimewanya Taman Syurga, oleh yang dihormati Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid

Diri ini juga rasa terbantu apabila teringat pesan guru guru yang tidak pernah jemu mendidik untuk utamakan cinta Allah dan mahabbah kepada kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w

Bahasawanya hanya Allah sebaik-baik Teman.
Bahawasanya hanya Allah tempat berlindung yang bilamana Dia melindungi kita tidak akan ada satu kuasa pun yang mampu menadaingi perlindunganNya.
Bahawasanya Allah mengetahui setiap satu yang ada di setiap lapisan langit tertinggi dan setiap lapisan laut terdalam.
Bahawasanya adalah begitu mudah untuk Allah untuk mengizinkan sesuatu itu berlaku meski seluruh kuasa besar didunia ini menghalang ianya dari berlaku.
Bahawa tiada yang layak dicintai, dikasihi dan didekati melainkan hanya kepada Allah subhanahuwata'ala.. 




Meski sering sahaja di dengari konsep ini namun saat ia lahir dari bibir guru yang kita sayangi, kesannya jauh berbeza. Barangkali atas keikhlasan mereka dan barakah dari para malaikat yang menanugi majlis-majlis ilmu dan mendoakan setiap ahlinya... Ia membawa tenang, dan ia membawa yakin. Dan dari tenang dan yakin itulah lahirnya kematangan dalam mengawal urus emosi. 
...... Berilah kepadaku apa sahaja, kerana aku punya Allah. :)

Kejutan

Apa yang mampu saya katakan, aturan Allah itu penuh dengan kejutan.
dan perlu kita ingat, tak semua kejutan itu menggembirakan, dan dalam masa yang sama tidaklah semua kejutan itu menyedihkan.
Kejutan gembira atau kejutan sedih; selagi mana kita laluinya dengan jiwa kehambaan dan dengan jiwa orang yang berTuhan, 
InsyaAllah pasti akan mendapat ganjaran.


Masih ingat ini?
Life is beautiful, if you want to see the beautiful side of it. :)
.
.
.
.

merasa bertuah dicelah kesukaran,
 
kerana dia; adalah hamba


nota kaki : post ini adalah untuk menggalakkan anda menyertai majlis majlis ilmu. Ia membuka pintu mata dan hati anda kepada optimism dan rasa tawakkal dan kebergantungan dalam dir kepada Allah yang sukar untuk saya gambarkan. :) dan owh ya.. saya masih 'kagum' dengan diri saya. hehe.... x)

Takdir


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


Bismillah.

Takdir kadang kala melucukan meski ia mengelirukan.


....Rahsia Tuhan.

 
 
kerana dia; adalah hamba


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim

Cubaan pertama menaip dari ipod. This may be deleted afterwards :)

Subhanallah sudah memasuki May 2012 dan post terakhir saya adalah pada December 2011. Pantas masa berlalu namun sedikit pun tiada dari berlalunya masa itu saya rasakan penyesalan yang besar. Sungguh 6 bulan pertama 2012 adalah antara 6 bulan termanis, membuang pergi gelisah lalu dengan penerapan harapan yang lebih realistik dan mengujakan.

Ya mungkin satu dua perkara yang boleh dikatakan sebagai ujian namun apabila menerima satu nikmat yang lebih indah, segala ujian akan kelihatan kecil, sekurang kurangnya pada hati ini yang mula pandai untuk bersyukur. Pada hati ini yang mula pandai untuk menilai apa yang lebih utama, pada hati ini yang mula merasakan tiada nikmat yang lebih agung melainkan diberikan nikmat untuk merasa cinta pada baginda Muhammad saw. AllahummasollialaMuhammad..

Mungkin kemudian boleh saya kongsikan bagaimana hati ini diketuk dahsyat oleh mahabbah kepada Rasulullah, dalam satu majlis yang tak tersangka saya hadiri. Getar yang dirasa persis getaran bertahun dahulu saat saya dihantui kalimah menutup dada kiri kanan depan belakang. Menggetarkan, namun mententeramkan. :)

Untuk sekarang, cukuplah kalian ketahui kedudukan saya alhamdulillah khair, masih giat di facebook dan boleh temui saya disana insyaAllah. :)

Lantaran hati ini sudah memahami hakikat menyintai sahabtnya kerana Allah dan Rasul, izinkan diri ini menyatakan apa yang jarang sekali (atau barangkali tidak pernah?) diperkatakan.

Sahabat yang dihormati sekalian...
Wallahi,
Uhibbukum.... Fillah. :)

.
.
.


Salam Rejab dari diri yang kerdil ini,
Moga Allah peluk kalian dalam rahmat-Nya.



Hati nan tenang,
Sinar Penghormatan

Biar


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Pandang sana, pandang sini
Dengar sana, dengar sini.

lisan,
perlakuan,
pemakaian,
pemikiran,
perhatian,
perhiasan,
.
.
.

Terduduk.
Allah! usah sekali-kali, usah sekali-kali!
Kau jadikan aku seperti mereka.!
Usah sekali-kali!
kau cambahkan kehendak untuk berseperti mereka!


Biar 'mundur' pakaianku
asal tidak aku pakai pakaian ummat akhir zaman
Biar 'bosan' tuturku
asal tidak aku bicara bahasa ummat akhir zaman
Biar 'pudar' inginku
asal tidak aku beringinkan  keinginan ummat akhir zaman.

Tundukkan aku
Pertajamkan tujuanku
Gerakkan tubuhku
untuk hanya menggapai redhaMu.

Sungguh Sungguh Sungguh!
.....Peliharalah aku!
daripada menjadi salah satu;  dari fitnah ummat akhir zaman.. :(

"Hendaklah kamu beramal dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-Rasyidin, Mahdiyin selepas aku 
dan gigitlah ia dengan geraham kamu (yakni peganglah kuat-kuat) 
dan janganlah lepaskan dia."

-AlHadis





 
kerana dia; adalah hamba


kata hati : sedih. dalam masa takut. tak tahu entah macam mana masa depan, ada kebarangkalian saya menjadi seperti . wana'uzubillah!

untuk seketika ini


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahiraahmanirrahim.

nafas ditarik dalam, dihembus perlahan-lahan.
dan biarkan angin meniup,
hembus wajah, terbangkan jasad, terbangkan jiwa.!

.
.
.

"...dengan mengingati Allah, jiwamu akan tenang."

Alam,  engkau tak pernah gagal untuk bertasbih asma'-Nya
dan lantaran itu alam, engkau tak pernah gagal untuk menghulurkan tenang.. :)

.
.
.
.

untuk seketika ini,
izinkanlah saya begini.

untuk seketika ini,
izinkanlah saya; bertemankan alam.


"...dengan mengingati Allah, jiwamu akan tenang."

:)


 



kerana dia; adalah hamba

kata hati : 
1. ahh ijjlal.. kau bermimpi lagi.....
2. ingin tenang dalam pelukan Penguasa alam.

tiga minggu


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillah.

Asalnya sebelum ini sudah menulis satu post lengkap.
Namun gara-gara tersilap langkah, habis segalanya terpadam.
Akur dengan petandanya : Ijj'lal , tutup laptop. kau kena sambung belajar! :P

InsyaAllah peperiksaan bermula 3 januari 2012. 
kurang sebulan sahaja lagi.
masa terus berdetik. progress saya perlahan.
tinggal kurang lebih tiga minggu sahaja lagi, namun persediaan masih terasa jauh ketinggalan.
meliputi system CVS, respi, haemato, dan GI.
nampak sikit tapi..... sila belajar untuk memahami banyak mana yang kami perlu bersedia.

Untuk itu mohon dari kalian, titipkan sikit doa buat kami disini.
Mohon Dia berkati perjalanan saya ini. berkati masa saya ini. dan berkati usaha saya ini.

Saya mungkin akan terus menyepi hingga sudah saatnya adil untuk saya kembali beraksi disini.
perlu adil pada amanah, perlu adil pada diri sendiri, juga kan?
maaf, andai mengharap sesuatu yang lebih dari sekadar notice "hingga-jumpa-lagi" hehe.. :)







3 weeks to go.
Bismillah, moga Allah redha!



 
kerana dia; adalah hamba

Selaput Polis


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim




Buku sudah mula membentuk menara diaatas meja. 
Sekali disimpan, sekali itu jugalah akan dikeluaran balik.
kalau ringan buku tu, tak mengapalah juga. ini tidak, sekali jatuh terhempap kaki, boleh mengangis dibuatnya. hehe..
Akhirnya tak kuasa hendak ambil-simpan-ambil, saya susunkan sahaja diatas meja.

Apabila saya katakan buku sudah bersusun tinggi atas meja, kalian faham kan apa maknanya?
Ya.. peperiksaan sudah hampir.! SANGAT hampir.
InsyaAllah selang tiga hari lagi saya akan menduduki ujian kedua semester tiga, merangkumi sistem haemato dan GI. 
dan selang sebulan akan datang, (Januari 2012) saya akan menduduki peperiksaan kelayakan untuk melangkah ke semester 4.
AllahuAkbar. mudahkan, mudahkan, Usah Engkau sukarkan!

Terakhir

Hari ini, hari terakhir kuliah sebagai seorang pelajar semester 3.
Pantas benar masa berlalu. terlalu pantas.
Hari terakhir kuliah juga membawa makna bahawa ia juga secara rasminya merupakan hari terakhir bersama rakan kumpulan saya. masih ingat rakan sekumpulan saya? pernah saya ceritakan pada posting sebelum ni. :)

Pengalaman menjadi satu-satunya perempuan muslim tersangatlah menarik.

Pernah saya berhadapan dengan situasi dimana sahabat kumpulan saya tak semena-mena memegang tangan saya tika mana hendak menunjukkan cara yang betul semasa melakukan physical examination.

.. and i am the art made by Him ;)

Terkedu janganlah cerita.! kaget gugup semua ada.
Almaklumlah, tangan ini belum pernah dipegang dengan sengaja oleh mana-mana lelaki bukan mahram, dan secara tiba-tiba ianya disentuh. lama pulak tuh.(for me lah) adehh.

Sangat menguji kebolehan saya dalam berhadapan dengan situasi sebegini dengan hikmah dan bijaksana.
Awalnya saya membiarkan lantaran enggan memalukan, kemudian saya menjelaskan keadaan saya sebagai seorang perempuan muslim. Alhamdulillah mereka memahami dan selepas itu memang tidak berlaku lagi.
Andai mereka ingin mengajar, mereka akan mendemostrate kepada sahabat perempuan saya yang seorang lagi. :)

Gentlemen!

Apa yang boleh saya katakan, Alhamdulillah, penilaian saya tidak silap. andai sebelum ini saya katakan mereka gentlemen, maka hari ini sekali lagi saya katakan, mereka memang gentlemen belaka. :D
Mereka semua bergeliga otaknya. Namun, tidak sedikit pun ada dalam diri mereka untuk menyembunyikan apa yang mereka tahu, malahan mereka sangat beriya-iya dalam memberitahu sesuatu.

Andai ada seorang ahli kumpulan yang tidak mampu memenuhi tegusan, pasti akan ada antara kami yang akan backup dan gantikan.
Andai ada sahabat yang tergagap dalam pembentangan, ada sahaja yang akan tolong menambahkan isi.

Mereka tidak akan membiarkan sesi perbincangan menjadi kosong dan lesu.
Pernah rasanya kami duduk dan makan bersama, berbual perkara bukan akademik. 
Mengenai perancangan masa hadapan, dan apalagi, topik cinta yang tak pernah jemu dibincangkan oleh siapapun baik lelaki mahupun perempuan, baik melayu cina mahupun india. hehe.. macam-macam kan?

sewaktu sesi clinical practise

Bertuah betul rasanya ditempatkan sekumpulan dengan mereka. :) :)

Khuatir..

Namun, ada masanya timbul khuatir dalam diri.
Kerana secara hakikatnya, lantaran sayalah satu-satunya permpuan muslim dalam kumpulan tersebut, secara tak langsung saya secara sedar mahupun tidak, membawa imej Islam kepada mereka.
khuatir saya satu, andai mereka mengaitkan kelemahan diri saya, dengan kelemahan Islam.


Kumpulan 23 :)

Saya akui, ada masanya saya tidak preform sebagaimana sepatutnya.
Biasalah, tak semua kita tahu, dan apabila tak tahu tu, mula lah nak mendiamkan diri. hehe..
Hanya doa yang mampu saya panjatkan, agar apa yang pelajari dari saya hanyalah yang baik-baik sahaja, dan tidak mengaitkan kelemahan personal saya sebagai kelemahan Islam..

Baiklah... memandangkan saya sedang mengulangkaji system GI, yakni jika diterjemahkan dalam bahasa melayu; sistem salur pemakanan, maka mari saya kongsikan satu perkara dengan kalian semua. 

Selaput Polis

Cuba lihat gambar ni. Selaput yang berwarna kuning tu.
tahukah kalian, apakah gerangannya?












Ha.. inilah yang ingin saya kongsikan hari ni.
selaput bewarna kuning itu namanya greater omentum. 
Dibawah selaput kuning tu adalah usus besar dan usus kecil kita.
kalau boleh saya katakan, greater omentum ni macam satu helaian kain tergantung, yang menutupi usus besar dan usus kecil. 

macam langsir, tergantung dan boleh diselak-selak.






cuma bezanya,  langsir, tergantung pada rail langsir dan kalau diselak main cak-cak, nampak pemandangan luar rumah, namun kalau greater omentum ni, tergantungnya pada dasar perut dan andai diselak main cak-cak, nampak laa usus besar dan usus kecil kita tu.. hehe..

bagi yang tak tahu mungkin akan nampak omentum ni macam satu lapisan lemak yang menyusahkan hidup, but wait... you might be wrong! and indeed you ARE wrong.
bukankah telah Allah katakan, tidak dijadikan sesuatu itu dengan sia-sia?

“Tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di antara keduanya ini untuk kesia-siaan..."
As-Shaad:27


Menarik

Satu perkara menarik berkenaan tubuh badan kita ni ialah, walau nampak macam tak hidup, namun ia hidup.
Dan, walau kita kelihatan dan merasa seolah-olah kita adalah tuan badan kita, namun hakikatnya kita tidak tahu apa-apa pun mengenai badan kita.

Kalaulah rasanya kita diberi peluang satu hari, satu hari sahaja, eh tak, satu hari terlalu lama. setengah jamlah.

Baik, andai Allah menyerahkan kita setengah jam, untuk mengendalikan segala gerak kerja tubuh badan kita secara manual, bayangkan apa sahaja yang akan terjadi. 

Mana nak bagi arahan pernafasannya, 
mana nak bagi arahan sistem pertahanan badannya, 
mana nak bagi arahan proses pencernaan makanan, 
penyerapan zat galian kedalam tubuh, 
aturan hormon dalam badan, 
kecut kendur ototnya lagi... 

Aduh.. sakit kepala dibuatnya. tak cukup tangan kita!
MasyaAllah, kerdilnya kita, even kepada diri kita sendiri!
Kita adalah tuan, yang tidak mampu mengendalikan diri sendiri, meski untuk sesaat pun.!

nah, kawal semua ni sendiri!

Cuba fikirkan, selama kita hidup ini, bagaimana, dari mana, oleh Siapa segala sel dan proses dalam badan kita ini menerima arahan? Apa yang menggerakkannya? 

Menyimpang pulak dah...

fuhh.. jauh pula menyimpang. kembali kepada apa yang ingin saya kongsikan mengenai greater omentum  (ok, dah ter-taktahu-nakcerita-macamana)
Satu perkara yang sangat menarik dan meremangkan bulu roma saya adalah apabila mengetahui greater omentum tu boleh "bergerak".
Asalnya saya fikir ianya hanyalah selaput biasa yang memberi perlindungan kepada organ dalaman, 
namun setelah saya belajar, greater omentum mempunyai peranan yang jauh lebih besar!
dan salah satunya adalah dalam sistem pertahanan badan.

Andai ada mana-mana organ yang diselaputinya terlibat dalam jangkitan atau bernanah, greater omentum tu akan "bergerak" kearah kawasan yang terjejas/luka/berjangkit dan akan "membungkus" kawasan tersebut; untuk memastikan jangkitan tidak merebak ke kawasan lain dan seterusnya membenarkan sel sel pertahan badan tiba dikawasan tersebut melalui salur darah yang ada pada lapisan omentum, dan melawan segala jngkitan. 

The moment I learnt about it, I was like, subhanallah, so cool...!
lapisan yang macam lemak tu boleh bergerak-gerak? 
macamana dia tahu kena gerak kat mana? 
pandainye lemak tu!

Itulah, ciptaan Allah. dan ciptaan Dia semuanya tak lain tak bukan, adalah atas dasar untuk memelihara kita.
AllahuAkbar, telitinya ciptaanNya, sayangnya Allah pada kita!

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Ar-Rahman



AllahuAllah, moga segala ilmu mendekatkan aku denganMu.. 
:')
 
kerana dia; adalah hamba


nota  : greater omentum dikenali sebagai "abdominal policeman" ; polis abdomen

Pulang


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


Bismillahirrahmanirrahim..


"ummi naik bash?" 
kagum agaknya, kerana lazimnya afham muayyad hanya melihat bas di jalan,
namun malam itu, umminya mahu naik bas pula. :)


abang ayyad bersama ummi. :)

Waktu itu dalam lingkungan jam 10.20 malam. Duduk menunggu di perhentian bas kulim untuk pulang ke Bukit Jalil setelah menghabiskan masa hampir 3 hari untuk eiduladha. 
Sedang menunggu, tiba-tiba badan saya diusik dari belakang.
Toleh kebelakang, terkejut.

MasyaAllah. kaklong datang, dengan memimpin tangan afham muayyad.
"Affiq takde.. dalam kereta, tengah tidur". oh.. sungguh tak mengapa!
kedatangan kaklong ke stesyen bas sendiri satu perkara yang luar dari "jangkaan" saya. 
Sudah terbiasa, dan kerap benar rasanya saya ber-travel kesana kemari seorang diri, hinggakan apabila adanya yang datang menemani, rasa seperti, "awwww....you shoudnt have to.." 
 
Barangkali kaklong cukup faham akan sayangnya ummi kepada anak-anak buahnya dan lantaran itu kaklong menghadirkan diri ke stesyen bas sebelum saya pulang ke kuala lumpur. Untuk mempertemukan ummi dengan anak-anak buah ummi. 

terima kasih kaklong! :')

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Ar-Rahman



Menghadirkan kesyukuran dalam keterbatasan,

 
kerana dia; adalah hamba

kecuali mereka yang bertakwa..


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment




Bismillahirrahmanirrahim..

nafas dihembus dalam dalam. 
Malam tu saya tidak merancang untuk berdiri di hadapan. 
Entah kenapa tangan diangkat kepada pengerusi majlis, memberi isyarat "aku mahu memberi ucapan buat mereka, sahabat-sahabatku".

"Assalamulaikum warahamutallah..."

pada asalnya, suara kedengaran tenang dan bersahaja. 
namun, hakikat sifat diri saya yang sebenarnya rapuh, terserlah dihadapan mereka.

tak dapat tahan, air mata saya gugur. dalam senyum, ia mengalir.
malu, namun dibiarkan.
dihadapan saya, duduk menunggu, sahabat sahabat dari semester satu, ke semester lima.

bukan mudah, untuk meghadapai sekali lagi perpisahan.
dan kali ini, bukan seorang, namun kesemua kumpulan sahabat yang telah bersama sejak di zaman intec. 
AllahuAkbar.

dalam pada malu, mulut terus cuba untuk memperkatakan.

"Pesan saya mudah sahaja, mungkin agak tipikal, tapi saya rasa perlu untuk saya sampaikan pesan ini kepada anda semua sahabat-sahabat saya. 
walau kemana pun kalian semua pergi,  ke bumi Australia, UK mahupun Ireland, pesan saya satu je.. 

......Takutlah Allah. 
......Takutlah Allah. 
......Takutlah Allah.."

"Saya baru terbaca dalam Surah Az-zukhruf, dalam ayat tu diceritakan, pada satu hari nanti, semua kawan karib akan menjadi musuh, akan bertelagah, akan menyalahkan antara satu sama lain, kecuali satu kelompok manusia sahaja.. iaitu.. orang-orang yang bertakwa.. 

dan hajat serta impian saya itu.
 
meski pun kita akan berpisah , dan kita tak tahu entah apa yang akan jadi pada masa depan., saya harap, pada hari tu saya mampu memandang wajah setiap orang dihadapan saya ini, tak kira sahabat sahabat muslimin, juga sahabat muslimat, dengan pandangan senyuman.... 

saya mahu kita kekal bersahabat, even pada hari yang takkan ada orang yang bersahabat dengan orang lain. 

Oleh itu, tolonglah.... takutlah Allah, dalam setiap apa perkara yang dilakukan. 

kerana itulah jalan untuk kita teruskan persahabatan kita ini..."

dalam kepala sebenarnya masih ada lagi yang ingin dipesankan.. namun mulut sudah terkunci. air mata seakan tidak malu untuk mengalir deras. aduh. dihadapan sahabat2, dihadapan adik-adik..

dari m207,m108,m208,m109,dan akhirnya ke hari ini,  hari terakhir kuliah sahabat m209.
AllahuAkbar. mudahan Allah pelihara kalian dengan sebaik pemeliharaanNya.
dan moga Dia ikhlaskan perjalanan saya atas jalan yang Dia aturkan ini...


 


".. teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,
kecuali mereka yang bertakwa.."

Az-Zukhruf : 67

 
kerana dia; adalah hamba

will you?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments








when you are only "add as friend" away.

what will YOU do?


 
kerana dia; adalah hamba

satukan-lah


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bisimillahirrhamanirrahim.. 



Firman Dia

Syawal kali ini mengingatkan saya dengan satu kalimah suci.
dan saya tidak mampu "berdiam diri" selagi mana saya tidak "mengabadikannya" dalam bentuk yang saya "inginkan".

you know me, kalau mahu, takkan berhenti selagi belum selesai. 
tapi kalau tak mahu, degilnya boleh tahan. hehe.


Al-Anfal :63


Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Anfal : 63

it matched. really matched.
pengalaman hidup selama 22 tahun memperlihatkan saya dengan pelbagai keadaan instistusi keluarga yang porak peranda. 
samada diantara suami isteri, antara ibu bapa dan anak, juga antara adik beradik.
dan semuanya adalah berpunca dari sebab yang pelbagai; hasad dengki, kasih yang beralih arah, keinginan yang tak mampu dikawal, keegoan melampau, tak kurang juga dek kerana harta warisan. 

Antara banyak-banyak keadaan itu, antara banyak-banyak kebarangkalian serta kemungkinan untuk keluarga saya turut sama runtuh hancur berkecai, Allah masih sudi untuk menyatu padukan hati-hati kami.

AllahuAkbar. AllahuAkbar. AllahuAkbar.

22 tahun saya hidup, dan Dia masih berikan rahmatNya kepada keluarga kami.
tidaklah saya katakan bahawa perjalanan keluarga kami dipermudahkan dari segala segi, tidak.
namun apa yang boleh saya katakan, Allah masih ikat hati kami meskipun pelbagai perkara telah dilalui, 
dan hanya Dia yang tahu apa yang bakal kami lalui di penghidupan akan datang.

Benarlah, seberapa banyak pun harta atau wang ringgit, namun jika bukan Allah yang mengizinkan untuk hati-hati ini terus bersatu, segalanya mustahil untuk berlaku.

orang kata....

Orang kata, Allah akan uji pada perkara yang kita sayang.
dan keluarga adalah antara perkara yang paling penting dalam sisi kehidupan saya.

mungkinkah Dia akan menguji? mungkinhkah Dia akan menduga? 
Hanya Dia yang mengetahui apa yang baik, dan apa yang buruk untuk kami.

Doanya, agar Dia terus mengikat hati antara setiap hati diantara kami (selagi mana kami beriman...)
dan agar Dia sentiasa memberi jalan keluar diatas setiap apa yang Dia (mungkin) uji kepada kami.
walau realitinya, saya lebih 'berharap' agar Dia tidak menguji dari sudut keluarga, lantaran saya tahu, ia adalah antara cabaran terhebat yang mungkin dilalui dalam kehidupan seseorang.



Dekat, usah Kau jauhkan.
Mudah, usah Kau sukarkan.
Suci, usah Kau haramkan.
Tenang, usah Kau kusutkan...

:)


 
kerana dia; adalah hamba

dan dia lebih mulia..


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahhim..

"Kak jilal, betul ke doa orang OKU ni doa dia jadi kenyataan?"
sepupu saya awa bertanya.

saya memandangnya.
"kenapa awa tanya macam tu?" - balas saya. sedikit terpana dengan soalannya yang begitu.... lurus.
dalam masa yang sama sengaja mahu pancing. sengaja mahu tahu apa alasan disebalik pertanyaan.

"Cikgu awa yang cakap. hari tu cikgu awa mintak awa doakan dia dapat anak. cikgu kata doa orang-orang OKU ni makbul, Allah dengar."

saya terhenti seketika dari melakukan kerja yang sedang saya lakukan waktu itu.
Tersentuh. 
Doa orang OKU Allah dengar... doa aku..? :'(


.
.
.
.


"Hari tu anak cikgu awa sakit, lepas tu cikgu awa mintak awa doakan anak dia. tak lama lepas tu anak dia sembuh, cikgu datang kat awa tanya "awak doakan anak saya ya?"
... Mana awa tahu, dah cikgu mintak doakan, awa doakan je lah. betul ke doa OKU ni makbul, kak jilal?"


Allahuakbar. lurusnya dia. entah faham entah tidak agaknya apa yang ditanyakannya kepada saya tu.
Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana mahu merespon pada pertanyaan sepupu saya itu.

sepupu saya, termasuk dalam kumpulan OKU. bukan cacat anggota badan, tetapi mengalami "kelemasan" sewaktu proses melahirkannya. akibatnya, sebahagian daripada otaknya tidak dapat berfungsi pada tahap normal. fizikalnya alhamdulillah normal, namun keupayaan mindanya terbatas.
awa seorang slow learner; to make it simple.

"Doa orang OKU makbul sebab orang OKU ni istimewa sangat. Macam awa lah. :) Kalau macam tu awa doakan kak jilal jugak tau. kak jilal exam minggu depan ni"

and then we had a small laugh. :)

Sungguh, pertanyaan kecilnya membuka ruang menginsafi diri saya sendiri.
mempersoalkan di mana sebenarnya kedudukan saya jika hendak dibandingkan dengannya yang sudah tertulis tempatnya di syurga.

awa :)

insan yang sedang bertanya soalan kepada saya ini,
adalah insan yang padanya terlepas kalimah dosa.

dan insan sebegini; semestinya didengar Allah doanya. :')







Penutup: pesan Al Ghazali

Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita.
Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.

Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.


keinsafan syawal,

kerana dia; adalah hamba