Showing posts with label kehidupan. Show all posts


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

No comments

Dengan NamaMu Ya Rahman,
Yang Maha Pengasih.. Maha Penyantun..

Kuliah

khamis malam jumaat lalu, sy mengikuti program qiyamulail di sekolah bonda sy.
sekolah bonda sy itu, juga merupakan sekolah sy pada satu masa dahulu.
dan, utk pengetahuan, sekolah itu adalah antara sekolah yang... boleh dikatakan bermasalah. sangat bermasalah. guru2 semakin hari semakin bingung dgn kerenah pelajar2. setiap hari tidak sah kalau tiada murid yang dirotan.

kasihan benar sy melihat adik2 tingkatan lima sy itu.
ramai antara mereka yang masih terkapai2.
apapun, sy masih nampak harapan dlm diri mereka.
kerana dalam pada nakal2 nya mereka, ganas2 nya mereka,
mereka ini, masih mahu, sudi utk menghadirkan diri dalam program qiyamulail.


ada antara mereka yang tidak pun hadir ke sekolah pada paginya, ttp hadir ke program itu pd malamnya. ajakan rakan atau apa, itu sy tidak peduli,
apa yang sy tahu,
orang2 sebegini yang seharusnya sy ucapkan syabas dan tahniah.
luaran mereka yang ganas itu sebenarnya masih buleh disentuh hatinya,
masih buleh dilunakkan. cuma, tiada yang mampu mebimbing secara berterusan.
mereka2 ini mahukan perhatian. itu sebenarnya.

solat.

program lelaki dan permpuan diasingkan. supaya mudah utk difokuskan.
sy tidak menyertai program utk pelajar2 perempuan, ttp sebaliknya sy setia bersama adik2 lelaki. (heh ehe)
waktu itu sy dapat lihat, mereka ini mmg dahagakan siraman2 hati.
tukang bising di kelas dan kaki riuh, semuanya sepi dan taat mendengar setiap patah kata oleh pencermah pada malam itu. benar2 seperti anak yang patuh pada org tuanya. magical.

spt program2 lain, ada sesi muhasabah dan urgency utk mereka menyesal dan.. menangis.
sy tahu, dan sy faham, sesetengah pihak sebenarnya sudah muak dgn pendekatan program menangis dan "menghentam" budak2, terlalu, typical.
ttp, bg insan yang tidak pernah merasai bagaiaman rasanya menangis itu, yg hidupnya hanya dipenuhi rasa superior dan berkuasa, bg sy, ianya satu permulaan yang baik.
tiada lah mana2 sesi herdk mengherdik, hanya persoalan2 yang ditumbulkan, membuat para peserta mmuhasabah kembali dan mengoreksi diri. dimana kedudukan mereka didunia ini.

penceramah itu mengajukan satu soalan.

"siapa kat sini yang solat x cukup 5 waktu, angkat tgn. jujur2. kita2 saja kat sini"

as expected, lebih dari separuh mengangkat tangan. (huhu tgk, sy pun dah dapat agak)

critical. very critical. these piple infront of me really need a big help. but, just how cud i help them?
ini, baru satu sekolah. belum tanya satu daerah lagi. atau. satu negeri. atau, satu malaysia? agak2nya berapa peratus sgtlah muslims yg penuh 5 waktu? ~_~.

rantai.

satu perkara yg ingin sy fokuskan drpd pengisian yg sy perolehi sepanjang hampir 3 jam pengisian tersebut adalah mengenai rantaian syaitan sms kita tidur.

tahukah kalian, sms kita tidur, sebenarnya, kita dirantai oleh 3 rantaian.?
ya. 3 rantaian. didikat oleh syaitan laknataullah kpd kita, cucu2 adam, umat Muhammad s.a.w.
jika tidak dibuka rantaian itu, maka kita akan dibelenggu oleh syaitan sepanjang masa.

bayangkan shj seorang tahanan yang dirantai oleh pihak penjara.
bila dah namanya dirantai, pasti tiada upaya utk menolak sebarang suruhan pihak yg lebih berkuasa. ya kan?
di suruh makan, makan. disuruh itu, itu yg dibuatnya. disuruh ini, ini dibuatnya.

jadi, bagaimana mahu membebeaskan diri dari 3 rantaian itu?


:). mudah tp sukar.

apabila kita mengucap syukur selepas bangun dari tidur.
maka, terlerailah rantaian pertama.. jiwa kita sudah satu langkah bebas dari rantaian itu...
apabila kita berwudhu, maka terlerailah rantaian kedua..
dan, apabila kita bgn utk mendirikan solat, maka, terlerailah rantaian ketiga..
habis, kesemua tiga rantaian itu.

tapi, kalau dah namanya tak solat, mungkinkah adanya wudhu?
jadi, bagaiamana rantaia2n tadi mahu dileraikan?
jadilah kita tahanan syaitan yang taat pada sebarang suruhannya.
disinilah antara punca mengapa, syaitan itu menjadi tuan kita.
disuruh lawan mak, kita lawan. disuruh duduk melepak, kita duduk melepak.
disurh mengumpat itu ini, kita akur mengumpat itu ini. lemahnya kita.

bebaskan dari "penjara"

maka, sahabat2 sekalian, sy menasihati diri sy sendiri dan kalian,
peliharalah solat kalian. bersemangatlah dalam melepaskan diri dari belenggu syaitan spt bersemangatnya seorang tahanan yg mahu lari bebas keluar dari tahannanya...
belajar2lah utk mengucap hamdallah apabila kita bgn dari tidur..

kerana, sesungguhnya tiada kata lain yang lebih benar dari firmanNya,

"sesungguhnya solat itu memelihara diri dari kemungkaran.."

luqman al-hakim.

baru shj sy posting mengenai isu "gelap" pd posting yg lepas.
dan, Allah itu mahu memberi sy keyakinan lagi agaknya. :)
meberi keyakinan kpd saya,
bahawa Dia tidak pernah menilai hambaNya melalui paras rupa fizikal sekali2pun.

pada kuliah subuh paginya, pencermah kedua mebawa satu tajuk berkenaan nasihat lukman alhakim kpd anaknya. pencermah bertanya pada peserta dgn loghat pekat kedahnya.

"hampa tau dak luqman al hakim ni camna ghupanya? luqman ni hitam berkilat macam negro nu. kalau hitam oghang malaysia ni kigha ceghoh lagi. tp hitam luqman alhakim ni mmg hitam sunggoh"

sy yg duduk mendengar di belakang para peserta itu , tersneyum2 apabila teringatkan poisting sy sebelum ini.
subhanallah ya Allah... macam ini caranya Engkau berikan hamba jawapan?
sy tahu bilal bin rabah, malcom X dan datuk sy sendiri berkulit gelap, ttp sy tidak pernah tahu bhw luqman alhakim, si cerdas pintar itu, juga merupakan orang2 yang berkulit gelap. owh, bukan gelap lagi, ttp hitam berkilat.

betapa diangkatnya luqman alhakim hinggakan termaktub satu surah dengan namanya didalam kitab suci AlQuran!
subhanallah...
sungguh Ya Allah, hanya Iman dan Taqwa yang engkau lihatkan. :)

padi pagi jumaat itu, sekali lagi, ianya mebawa satu rasa penuh kemaknaan yg tidak terungkap. alhamdulillah..

its something much more, than meets the eye

lucu.

sudah lama sy tidak bertemu dgn anak perempuan ustazah saya sms tingkatan 3 dahulu, hanan. hanan kini sudah berusia 8 tahun. ttp mulut masyaAllah, kalah orang tua.~!
ustazah sy itu, juga merupakan jiran sy . satu taman.
apa yg menggelikan haty adalah pesan hanan kpd sy.

"ibu, ibu, pesan kat kak ijjlal, nanti kalau nak cari boyfriend, jgn carik yg gemok mcm abg bob"

dahi sy berkerut2. kening sy dah xde rupa kening dah. adui budak kecik ni tak padan dgn keciknya. pandai pula nak menganalisa dan memberi pesan pd sy.
heheheeee..
jawab sy pd hanan, sekadar dalam hati,

"mmg takkan cari boyfriend yg gemok. sbb tamo boyfriend dah. suami
terus. senang. "

*giggle*

what a day. :)
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments

:: sewa ::

bismillahirrahmanirrahimm..


Sebelum

Sebelum A Level dahulu, sy langsung tidak terfikir untuk mencari rumah sewa di Bukit jalil.

untuk pengetahuan, jika ada rezekinya, saya akan meneruskan pelajaran di universiti perubatan antarabangsa di bukit jalil. dan, kemudahan tempat tinggal tidak lagi disediakan sepertimana kehidupan mudah saya di shah alam.
bermakna, dari urusan tempat tinggal, bil-bil berkaitan, pengangkutan, kesemuanya, harus diuruskan sendri.sedang sahabat2 dari kelas lain sudah siap2 pun mencari rumah, sy, masih , buat relaks shj.

tunggu selepas inteview result keluar, baru nak cari rumah. itu yg sy fikir.

selepas.

alhamdulillah, usai interview, sy mendapat jawapan ya dari IMU. memberi conditional offer kpd sy. maknanya, ada tempat sy di IMU, hanya sekiranya sy lepasi cut off point 13 points sms alevel.

waktu itu, sy sudah mula fikir mengenai rumah sewa.
nak dijadikan cerita, sahabat2 sy yang rancangan asalnya akan satu rumah dgn saya, tidak lepasi sesi interview.dan kemungkinan besar hanya akan masuk utk sesi februari.
maknanya, sy tidak lagi mempunyai "allaince" atau "pakatan rakyat" utk menyewa rumah bersama2. sy menghubungi shbt2 dari kelas lain. semuanya sudah penuh korum,

ah. sudah. nak kene duuduk dgn senior lah ni.
xpe, duduk dgn senior dulu, nanti next year, pindahlah and duduk sama2 dgn kawan2. ok.?

semasa.

semasa alevel, ada juga terfikir mengenai hal ini. iyelah, masa mana lagi yg ada utk sy mencari rumah sewa. usai exam sy mahu terus pulang ke kedah. bonda meminta sy pulang seawal mungkin kerana, kalau tidak, sy tidak dapat berjumpa dgn kakanda sy yg baru pulang dari france waktu itu.
mahu tak mahu perlu juga cari. akhirnya sy mengambil keputusan utk berhenti fikir mengenai rumah sewa, dan, turun semula ke selangor semasa cuti pasca alevel, menumpang seketika di rumah shbt sy di kajang.

rezeki sy agaknya, shbt sy itu bukan shj menawarkan "penginapan" beberapa hari, malahan jika tidak mendapat rumah sewa, sy boleh shj menumpang di rumahnya sehingga sy dapat rumah sewa. tumpang satu sem pun buleh. katanya. ahuuu... time kasih 'kaklong". :P

selepas Alevel.

sy menghubungi senior2 yang berada di IMU. syukur mereka sudi membantu.
sy menunggu juga berita dari mereka, ttp tiada berita. jadi, saya mulakan misi mencari bilik sewa dari ruang maya ini.
dari satu laman web ke satu laman web. puas saya mencari, sy tapis, dan saya senaraikan kemungkinan2 bilik yang reasanoble utk disewakan.

vista komanwel, savanna, arena green, juga rumah2 flat di kawasan sekitarnya.

pening juga kepala dibuatnya. mana tidaknya, menghadap screen laptop dlm jangka waktu yang lama, siapa yg tidak pening, kan.?
sampai satu tahap, sy kepenatan, sy berhenti dan, hu, "mengeluh."
kebetulan waktu itu kekanda sy berada di dalam bilik bersama saya.

"dah lah. ijjlal malas nak cari lagi lah. penat."
"ijjlal, akak carik rumah sewa sampai sebulan tau. tgk2 rumah lagi. ni baru sehari dah mengeluh?" kekanda sy memerli.

huhu. sy tersengih. no komen kakak!

petang

petang itu, tiba2 sy mendapat panggilan. dari nombor yang tidak sy kenali.

" Heloo.. ijjlal ke ni? ni fatin. nak tanya, dah dapat rumah sewa?"
" belum dapat lagi, tgh cari2.."
" kitorang ada satu kosong ni. furnished. cuma xde stove dgn tv je. dekat kondo Vista. nak.?"
tanpa berfikir panjang, sy terus menjawab "ya!"
(fatin ini adalah shbt dari kelas 7. sy kelas 4. kami jarang sekali bertembung dek kerana kedudukan kelas yang berlainan tingkat. kalau bertembung pun, senyum2 shj.)

tersenyum lebar saya. tak tahu nak cakap macamna terkelunya saya.
sesuka hatinya saya mengeluh2 sebelum ni. kan Allah nak bagi tu..
cuma lambat sikit sahaja, sy sudah mengeluh. syukur Allah masih nak bagi. kalau Dia menahan rezeki kamu itu dek kerana apa yg kamu keluhkan itu, siapa yg rugi,? diri sendiri juga..
u really do need to teach yourself not to menegeluh easily.

"eh. baru je tadi cakap xnak cari rumah sewa, dah dapat dah?" kakak sy merespon.
hehe.. alhamdulillah..

vista komanwel

geng?

sejujurnya, walau sy sudah lega apabila mendapat rumah sewa, sy sedikit terkilan krn tidak dapat tinggal bersama "geng" saya.
bukan geng apa, dgn shbt2 yg sudah selesa bersama. sudah kenal. dan sudah tahu.
nampaknya sy akan berkenalan dgn shbt baru, karektor baru.
"lebarkan sayap, sampai bila nak melekat dgn kawan.". sy memujuk diri. ini pun dah jauuh dari cukup. jauh lebih bagus daripada terkapai2 tidak mempunyai rumah sewa.

alhamdulillah..

Jun

baru2 ini, sy mendapat message dr shbt sy, mengatakan mereka akan di-reinterview IMU 6 januari ini, kerana seboleh2nya IMU ingin mereka masuk utk kemasukan Jun. Bkn febraruari.
MasyaAllah, indeed i was happy for them, tp... huu....

(kalau..) sy tahu ini awal2, tidak lah sy menjawab "ya" utk rumah sewa sy sblm ni.
(kalau..) buleh la satu rumah nanti...

but. itu semua kalau. padam2kan kalimat itu dalam hati kamu.
sengaja syaitan mahu kamu "menyesal" dari "bersyukur" kpd Allah.
sengaja si tanduk itu mahu awak regret keputusan awak sblm ni. astagfirullah..

mmg hidup ini memerlukan perancangan.
but perlu ingat, Allah juga merancang hidup kita.
dan, bukankah Allah itu sebaik2 perancang? :)

rancangan asal sy adalah utk tinggal bersama "geng"2 sy.
tp Allah merancang agar sy tinggal brsm shbt2 lain yg tidak sy rapat apabila "geng" asal sy tidak lepas interview.
dan Dia merancangkan juga, bhw akhirnya "geng" sy itu insyaAllah akan memasuki kemasukan Jun, sedangkan sy sudah pun mendapat bilik utk disewakan.

Ini rancangannya buat kamu Ijjlal. maka yakinlah ianya yang terbaik buat kamu.

syukur.

semasa alevel, tanpa diminta, sy ditawarkan "penginapan" penuh utk satu sem.
selepas alevel, stlh hanya seharian "penat" (konon lah penat sgt) mencari rumah sewa, rumah sewa itu yg datang kpd saya.

subhanallah..
nak kata malu, mmg dah terlebih2 malunya.
betapa besarnya pintu rezekiNya, masih ada ruang utk saya makhluknya utk mengeluh?

I'm your Sinful Slave.
You're my Loving Lord.
I'm the one who runs away.
Oh Allah guide me.
sinful slave by no beats necessary

step.

sy sudah melepasi IELTS, MUET, interview, dan akhirnya pencarian rumah sewa.
tinggal satu step shj lagi utk melangkah masuk ke univ perubatan antarabngsa itu.
yakni, keputsan Alevel.


tiada kuasa lain yg layak sy letakkan sandaran selain dariNya kerana sesungguhnya Alevel baru2 ini agak mencabar soalannya.
adakah IMU ini termasuk dalam rentetan peristiwa yang diatur olehNya kpd saya.


apapun, berimanlah wahai hati kecil ijjlal,
bahawasanya,
tak kira bagaimanapun keputusan yang bakal kamu terima,
rencanaNya itu sentiasa yang terbaik
berbanding apa yang kamu rencanakan.


salam,
sinar penghormatan

kata hati : cuti menjadikan butir kata sy tidak teratur. T_T


posted by ~ n.u.u.r ~ on

8 comments

jam 1200 mlm td,
i had a nice surprise from my dear friends~
nak cerita scr detail,
tp soorry x dpt cerita sbb melibatkn hal2 yg memalukan. hehe..
thnx byk2 korang.
terkejut ada, terharu ada,
(nak kata tak sangka tu takdelah, sbb, mm mcm dpt agak korang pg beli ptg tu. :P)


they made me wear topi comel.
(najwa, kamu yg belikan topi tu..? kan? kan? :P) hehe.
dlm terkulat2 sy bru bgn tidur, sy akur dgn arahan.
speechless i cud say.
thanx guys. so much.


all the presents, all the wishes n doa.
terima kasih byk2 dn semuga Allah merhamati kalian..
dear housemates, jiran2, classmates, n ofcourse, akasia mates. ;)




love u guys also. :)