posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments


:: relationship ::

DenganN namaMu Ya Allah,
Pemilik Hati2 ini.


“ijjlal, cincin tu ada makna ke?”

satu hari semasa dinner baru2 ini, x semena2, shbt sy menegur sy.



Sy melihat cincin platinum permata biru di jari manis saya.
Sy hanya tersenyum. Tak mahu beri apa2 jawapan.
Kontrovesi. Sukenye. :D

lucu

Kdg2 lucu juga dibuatnya. Ada2 shj benda yg org perhatikan. Hingga cincin pun mahu dity. Ingat lagi teguran guru sy semasa sy menziarahi sekolah lama sy dahulu.? Krana cincin yg satu ini, sy ditegur. Owh, bg yg tak mengetahui, perempuan mmg begini. Sy pun begitu. Pemerhatian, sgt tajam, dan rasa ingin tahu sgt tinggi. Tu yg kalau silap langkah, boleh mebawa kepada sesi umpatan yang hangat lagi sensasi. *nauzubillah*.

By da way, sy tak nafikan, cincin yg sy pakai ini, mmg sy sayangi. Hadiah. Siapa yg tak sayang hadiah, kan?

Adahai, kontrovesi lagi. He!he.!

Jawapan

Mari sy jawab persoalan shbt dan guru sy itu, melalui dialog2 dibawah.
Satu petang, selepas maghrib. Kak nasarah nasarudin, sy, dan dua org shbt bertapa di imtiyaz. Berbual2 sdikit dan pekena beberapa menu. Malam itu, semuanya dibelanja. Oleh, kak nasr. Hehe.

Bual punya bual, Sampai satu masa itu, kak nasr tiba2 brty. Seorang demi seorang.

“seha ada couple?” geleng.
“nurus couple?” geleng.
“ijjlal couple?”
Sy kaget, sebnetar. Tak sangka pula itu yg ditanyanya. Direct sungguh.
“tak,”
Itu jawapan saya.

Syukur, akhirnya sy boleh dengan yakin menjawab dgn penuh ketelusan soalan itu. Yg mana satu ketika dahulu, sy hanya berdiam diri. Ya pun tidak, tidak pun tidak.

Kontrovesi lagi. Hehee.

In a Relationship.

Sy , tidak bercouple, Alhamdulillah.
tolong, jauh2kan..
ttp, sy mahu menjalinkan hubungan. Yg ini, mahu, sgt2. :)

I want to be in a relationship.

Sy mahu, dan sedang bergerak pada status in a relationship.
Bukan mudah, ttp tak mustahil.
Yes, I want to be in a relationship, with, Allah. Tak salahkan.?
…, itupun……. kalau Dia sudi menerima saya…. ~_~

Relationship dgn manusia,?
well, itu, kita bincang lain ya.?
Nak wujudkan kontrovesi byk2. Hehehee…
Yang pasti, I will try and push myself towards its limit to say no to couple. (over the limit pun mungkin jadi..) Biarlah yg datang itu, dgn cara yg halal..

pelik? Asing? Ketinggalan zaman? Hmmm….

rasanya kalian pernah dengar mengenai kisah popular si epal. Si epal yg berada tinggi diatas pokok, menanti2 dirinya dipetik org hingga sampai satu tahap, si epal itu menggugurkan dirinya.

Persoalan sy, X semstinya bila dah gugur, ada org yg nak kutip..

Lagi, dikatakan, bersabarlah, kerana, satu hari, akan ada yg datang memetik buah epal yg tinggi itu..




Persoalan sy lg, x semstinya tuan pokok itu mebenarkan org itu memetik epal di pokoknya. Jadi, sebelum memetik, perlulah meminta izin tuan pokok epal itu terlebih dahulu. siapa minta izin dulu, dia lah yg boleh petik dulu. Logic? Yes. For me.

Anyhow, betullah kan, action speaks louder than words. Sy kini lebih percayakan tindakan, drpd janji2 lisan. Letih sy dengan janji2. Janji2 yg sering diringan2kan.

sila ketawakan sy lagi jika ini menggelikan hati kalian. But, im saying the truth. This, is what I truly hope for.

Mungkin sy tak beranggapan begini dahulu. Tp, itu dahulu.
Whats past, is past.
Tak salah utk mgharapkan yg lebih baik buat masa depan, kan? Dan, sy ingin berkongsi harapan ini dgn kalian, agar, kalian pun punyai harapan yg sama.
whats life without sharing? =)

owh.. ya…., satu lagi.. Kalau sampai rezeki sy utk bertemu tarikh itu, insyaAllah sy akan menerima sebentuk cincin emas pd tahun hadapan.

Aish. Lagi, kontrovesi? ;D

Ok, cukup mengarut2 utk hari ini.

Sebelum itu,
Pesan utk diri dan kalian.

Tingkatkan prestasi,
kurangkan kontrovesi.


He!he!

Doakan sy practical esok, jam 11.30 tghari.


Salam exam,
Sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

:: w1 ::

Dengan NamaMu Ya Allah,
Tuhan pengurnia Ilham..

i wanted to record all the remaining 6 weeks in intec. with, my friends.
so, kamera selalu2 dibawa. :)

sebelum

belek2 past year paper, berkenaan extraction of rhizobium from root nodule.


bersama kawan2 bergerak ke medan tempur



cuba menimbulkan keserasian dgn dewan besar. :)

nami, wani, farah, saya


semasa

5.40 ptg - 7.00 malam

soalannya.?

buka2 paper, masyaAllah..
persis sgt2 dgn rhizobium extraction yg sy ambil gambar kat atas tu.
cumanya kali ni, extraction of sucorse from beet root.
walaupun sbnrnya sy dah tersasar dr menjawab soalan dek kerana silap faham soalan,
terkeliru dgn term "rate".
ttp, entah kenapa, tak terasa gundah.
syukur, masih dikurniakan ketenangan.
yg sudah itu, biarkan shj. kan? :)

selepas

selesai, pulangnya sudah maghrib.


kelaparan, habis tomyam, nasi, daging masak merah, telur dadar, kailan ikan masin.


maka apabila telah selesai sesuatu urusan,
bersungguh2lah dgn urusan yang lain

- Alinsyirah.


ok, next 21 paper pulak... :)

salam,
sinar penghormatan



posted by ~ n.u.u.r ~

9 comments


:: answer::


Dengan NamaMu Ya rahman,
pengurnia segala rezeki..



alhamdulillah..
segala doa terjawab..
sungguh2,
rezeki Allah itu sentiasa dtg dr arah yg x disangka2.


nak tahu kenapa sy bersungguh2 merasakan sy berkemungkinan utk tidak diterima masuk ke IMU?

kerana,.. mm.. malunya.
sy termenangis sms sesi temu duga.
banyak2 tempat, kat situ pula menangis nya?
gabra sgt kutnya? hehe..
(tolong, gelakkanlah saya. gelakkann...)

despite the "law of nature" yg scr logiknya menyatakan sy tak layak lepasi sesi interview itu despite those rediculous thing happened inside the interview room,
namun, sungguh2 benarlah,
Jika Allah hendak beri,
tiada siapa yang mampu menghalang.

Syukur, ya Allah. atas rezeki ini..

penuh kesyukuran,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


:: busur & panah ::

Dengan NamaMu ya Allah..

busur dan panah sudah dipersiapkan...


22 "papan panah" utk disasarkan.


mudahan panahan menepati sasaran!

salam pasca w1,
sinar penghormatan



posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrahnirrahim..

surau


itu tanda amaran di surau.
kalau dulu ada ramai yg study di surau, skrg, hmm...
habis dimarahi mak guard yg dtg memeriksa.
penerapan nilai2 sekularism. bukankah study, makan, minum, itu ibadah juga?
wallahua'lam.

gathering

atas pakatan shbt2 akasia,
sempat mbuat last unofficial gathering session for alm and aluk systers sblm exam esok..
sedikit bacaan yaasin, dan, upacara salam menyalam.
memohon maaf atas setiap kshn agar ianya tidak menjadi hijab utk mnjwb exam spjg 6 minggu akan dtg.
ada wajah2 yg dah laaama sgt sy tak nampak sejak study leave 2 minggu yg lalu.
srunuk dpt jumpa balik.
haii.. rindu pla. :)

sempat bergambar, (biasa la. ada saya, ada lah kamera:P)
gbr atas ini pun sy main tampal2 je, x sempat nk buat betul2.
time consuming.
srunuk dpt recharge balik energy yg letih dgn study bile jumpe kawan2.
n ketepikan seketika soal exam. just, us, only us, together hoping for bless from Allah.
sgt wonderful. :)

pesan shbt sy, yg maknanya lebih kurang begini
"jadikan exam ni sbg cara utk kita lebih mendekatkan diri dgnNya.
lebih byk mengharapkan rahmatNya.
bukan lebih menjauhi, asyik kalut dgn exam sampai lupa sana sini"

terima, kasih, Ya Allah,
for giving me, such wonderful friends.

salam maju jaya buat kalian,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

5 comments

:: IMU ::

Dengan NamaMu yaAllah,
perancang segala sesuatu..



pintu kamar 3305 tiba2 dibuka. muncul wajah jiran sebelah sy.

"ijj'lal, tau x result imu dah keluar?"

sy terkedu. mata sedikit membulat.

"tak tahu apa2pun.....?"

berdebar2.

"IMU telefon siapa yg x dpt, diorang kena re-interview, dgn syarat jalani english course sepanjang Alevel ni, pada hari yg tiada paper. ada 5 org."

waktu tu, hati sy mnegucap syukur kecil kerana sy tidak menerima apa2 panggilan.

"sabar dulu, belum habis cakap lagi. IMU belum release lg 5 nama yg, tidak terpilih. next week tahu.jadi, makesure hp sentiasa on."

berdebar2 kembali.

5 org perlu repeat interview dan jalani english course, 5 org lagi tidak terpilih.?

10 org semuanya? o_O
semasa pelajar fast treck dahulu, 6 org.
bermakna dari batch sy, 16 org mengalami mslh utk ke IMU.

hp sy capai. meletakkan di tempat yg boleh didengari.
harapannya, hp sy itu, tidak akan berbunyi.

Ya Allah, kurniakanlah apa yg terbaik utkku.
redhakanlah aku utk menerima, apapun ketentuanMu.

doakan saya.


posted by ~ n.u.u.r ~

10 comments


:: wish ::

Dengan NamaMu ya Allah,
Pemilik segala Ilmu..


to my dearie friends., :)

ini kali pertama sy mbuat "wish-tag".
tag ini dibuat khas untuk sahabat2 bloggers sy,
(yg nama2nya ada di list intec friends saya)
yg akan duduki a-level isnin ni.

sisters;
Adilah, Athirah, fasihah, nurus,

brothers;
Hanif, hilman, husaini, naufal

kpd shbt2 semua, salam maju jaya dari saya. =)
i hope u guys accept my humble wish.

sebenarnya,
selalu2 shj sy berziarah ke teratak kalian,
tp, hanya sbg silent reader. hehe..
(but thirah , skrg x dpt excess blog kamu. dah private pla..)

dan,

the song "satu perjuangan" yg sy muatkan kat video list disebelah ni,

is specially dedicated to u guys.
terharu tak? :)

no goodluck

tiada sebarang ucapan "good Luck" dari saya,
enggan bermain2 dgn bicara "luck" yakni takdir dan nasib.
cuma hanya sekadar doa agar kalian, dan saya, sama2 percaya akan diri sendri, dan percaya akan segala bantuan drNya.
:)


ops.

eh, ada yg terasa ke.?
okeylah.. kpd silent2 reader sy semuanya,
& sahabat2 intec,
yg akan duduki alevel isnin ni,
this wish goes to u guys also.. :)

dan, the song "ukhuwah itu indah" is dedicated to u guys pula.

dah adil dah kan?

:)

ok, back to work.!

curi2 tulang,
sinar penghormatan

p/s : graphic is credited to valentinadesign


posted by ~ n.u.u.r ~

5 comments

menyibuk lagi.

30 minit depan buku terasa..... (sila isi tempat kosong).
30 minit depan laptop, terasa, ...... eh? dah pukul 1.30 dah?

hehe, gtg, zuhur! :)

p/s : thirah, orang bahagia kat umah. :D


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

note:

untuk kesan dramatik, pada perkataan berbold,
1. sila refer"saya" "aku" "Kau" & "Sal" kpd diri kalian sendiri.
2. sila refer "Kamil" dgn segala benda duniawi yg telah attach kpd kalian yg sukar utk dilepaskan eg; psp, internet, wang, seseorang, merokok? (hehe) etc.

opening;

kelekatan atau attachment aku kepada keghairahan terhadap Kamil adalah sumber ketidakbahagiaan aku.
Ia sumber yang menjauhkan aku daripada manusia.
Kamil jadi maya untuk diriku buat beberapa lama hinggakan aku menomborduakan Tuhan.

Keinginan dan pemilikan itulah yang mampu memberi kita keselesaan dan kebahagiaan sementara,
tetapi tak mampu menjadikan aku insan dengan manusiawi sejati.

Ingat sal, penderitaan dan rasa resah hadir kalau kita terlalu merasakan pemilikan, terlalu rasakan keterikatan, kelekatan.
bawa bertenang sahaja. Selagi belum rasmi, selagi itu kita tidak wajar kecoh tak menentu.

Sal, Aku faham kebimbangan kau tu.
Allah Maha Kaya, Sal.
Dia bekerja dengan cara yang tak pernah kita sangka.
Apa pun jadi, Allah nak buat baik kepada kita, cuma tak sampai kita ini pada ilmu Dia.

tindakan;

Dia Yang Maha Kuasa menjaga hati dan masa depan saya.
KepadaNya saya ingin serahkan semuanya.

Bagaimanakah akan saya sahut panggilan ilahi dengan rasa sebegini kacau?

Tuhan bekerja dengan cara yang kita tak nampak.
Moga-moga ada penyelesaian yang baik.

Demi Allah, Tuhan itu Maha Luas dan tidak ada salahnya untuk meminta.
Di situ saya menitiskan air mata lagi...

Kerana Kau Ya Allah, sumber kekuatanku,
maka bantulah aku untuk menghadapi semua ini sebagai hambaMu yang amat menyerah.

Takdir akan mengatasi apapun. Tuhanlah yang telah berkehendak.
Keberanian atas nama qada dan qadar.. Saya harus meyakini bersungguh-sungguh.
Keberanian untuk meneroka dunia.
keberanian untuk meneroka alam semsta.
keberanian untuk berserah, berusaha, dan, berserah lagi.

Segala puji bagi Allah,
maka saya percaya saya dibimbing untuk menjadi seorang mukmin.
Segala mujur bagi Allah,
yang menyelamatkan saya pada tiap simpang saya yang tidak tahu memilih,
tiap bala yang saya minta hindari, dan tiap salah yang saya dibetulkan.

Kerana saya berteduh ditempatNya.
Saya tidak mahu beteduh di bawah lembayung yang direjam.
Saya minta dihambat segala kejahatan, segala unsur memesong, supaya saya bersih jernih.

Memang semua yang dirasai dan saya yakini ini, ternyata tidak nampak di mata.
Tetapi di muka bumi kita hidup antara nyata dan tidak..

harapan;

Ya Allah, aku cuma mahu menurut jalan yang pernah diterokai Rasulullah s.a.w,
jalan itu aku tahu jalan yang engkau redhai.

Apa yang aku buat ini adalah untuk agamaMu kerana aku mahu selamat pada hari yang hanya agamaMu sahaja Engkau perakukan
Berilah aku kekuatan..

penutup;

"la, yang kau menangis ni kenapa pula?"

"Aku terharu. begini jadinya, Begini kesudahannya."

"Mungkin, mungkin sahaja belum berkesudahan.
Hidup kan masih panjang.?
Rahsia tuhan masih banyak untuk kita kutip sepanjang jalan"

=)


Tunggu Teduh Dulu.
Faisal Tehrani


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

salam,
singgah2 sebentar di teratak kecil sy,
berhajat utk memaklumkan mengenai satu aktiviti anjuran pembina dan aman palestin.
kak nasarah nasarudin meminta sy memaklumkan pada para pensyarah tp, maaf kak nasr, sy sudah jauh meninggalkan shah alam. hehe..

utk membayar hutang sy, sukacitalah sy mengiklankan satu konvensyen yg akan diadakan di PWTC hujung minggu ini.

yurannya rm 10 shj.
will be very22 intersting.
ikutkan hati nak sgt pegi, tp sptnya ada yg lebih aula buat sy. dat is, a level.

or, if i change my mind, insyaAllah, i'll be there too. ;D
utk aklumat lanjut sila ke http://kbaz.net/my/


till then,

sinar penghormatan