lupa


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds

peluk

dia mengahmpiri, dengan wajah yg sedikit lesu,
namun masih sempat mengukir senyuman.

saya membalas senyuman.
tangannya didepakan, tanda mahu memeluk.
saya bangkit, dan mebalas pelukan, erat.

mulutnya membisik sesuatu.
halus, namun tajam.

"saya suka sgt tgk penampilan awak.
doakan saya juga."

owh tuhan.
hati sy berdegup kencang.

besarnya amanah yg sedang sy bawakan ini.

lupa

sy lupa.
sy hadir dgn imej baru.
sy lupa,
mereka meninggalkan saya dalam keadaan diri sy yg dahulu.
yg lama.
ttp sy hadir dan melangkah ke IMU, dgn imej baru.

hm. imej sahaja.kan? apa yg ada pd imej?
luaran semata. huhuuu...
namun insyaAllah... perlahan2 sy mahu berubah,
luaran, juga dalaman.

owh. bagaiamana sy boleh terlupa.?

berat

tuhan.. beratnya, sungguh.
beratnya menanggung persepsi manusia,
yg melangkaui daya upaya sebenar diri.
beratnya apabila mereka,
mengharapkan dan menjangkakan sesuatu melebihi drpd apa yg mampu sy tawarkan...

.
.
.
.

O Allah! Show us the straight way,
The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace,
those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.
- fatihah
terjemahan dr yusuf ali translation


mudaha2nnya sy mampu,
utk mempertahankan apa yg cuba utk dipertahankan.


bukan legasi lalang


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

bismillahirrahmanirrahim....


beauty


love

action

hormanious

satisfaction.

oww boy.
saya makin keliru.

akhirnya saya menghadiri theatre bukan legasi lalang.
theatre yang telah membuatkan ramai pelajar2 IMU pulang lewat ke rumah.
theatre yg tlh mbuatkn shbt2 rumah sy yg telibat dgn lighting cemburu dgn masa lapang yg sy ada.
uhu.

kini, saya "ternyanyi2" salah sebuah lagu dalam theatre tersebut.
aduh. kuat juga penangan theatre ni. baru sekali pergi dah terlekat sebuah lagu.
mampu ke saya jadi mcm kaktus ni? ~_~

keseluruhannya, satu pujian diberikan.
walaupun sy tidak dapat menangkap plot ceritanya. sedikit kabur ttp, utk cubaan pertama, bolehlah diberi one thumb up.

lebih2 lagi pelakon utama theatre itu merupakan naqibah sy semasa di intec dahulu.
sangatlah comel, sangatlah ayu, sangatlah lembut, juga suaranya boleh tahan merdu.

ttp dari sisi yang lain, banyak juga perkara2 yang samar2 kedudukannya.
yg mbuatkn sy .. apalagi, semakin keliru lah.!
menyanyi. bersentuh antara lelaki dan permpuan, menari.

separuh hati terhibur, separuh hati lagi...

kata afiq, (femos nya kamu kat blog sy ni dato' !)
"ijjlal, fleksibelkan diri awk.
belajarlah fiqh awlawiyat. awak perlu keterbukaan fiqh yg jelas"

fleksibel? ya mmg itu yg sy mahukan.
ttp bagaimana?
dgn cara apa?


itu, mungkin sy perlu belajar. dalam2.

primadona

teringat kata2 primadona malaysia, pelakon terkenal azean irdawaty.

"belakon ni berhantu. dah sekali nak lagi",


risau pula sy mendengarnya.
sebelum ini sudah terdengar sedikit keluhan dari beberapa org senior yg risau melihatkn shbt2 mereka seperti sungguh berminat dlm arena lakonan dan pementasan.

kpd rakan2 theatre, mudahan2 kalian terselamat drpd rasa berhantu utk terus berlakon dan berlakon lagi.

dah sekali, nak lagi?

cukup2lah. ya?



posted by ~ n.u.u.r ~

No comments



punai terbang ke rumpun padi,
Padi terserang tikus dan hama;
wahai abang yang baik budi,
sekarang giliran adik bertanya....


kelakar.
tiada kata lain. hanya kelakar.
tak sangka pula pantun yang perlu saya bacakan itu penuh ke.. ke.. ke apa ya?
terkejut juga sedikit.
dan rupa2nya sesi pantun ini dipasangkan dengan 3 orang shbt lelaki yg lain.
dan pasangan saya, adalah seorang senior semester 5. (yg sedang duduk bersila)

saya pula, sudahlah intonasinya tak kena,
dengan mikrofon yang tak berfungsi dgn baik.
(seolah2 tidak mengizinkan saya beraktiviti begini.kan?)
pedulikan sahajalah. semuanya last minit.


Bakar Mabang menjadi arang,
Arang habis besi binasa
Kalau abang suami orang
jangan berlagak seperti perjaka.

haha. tergelak saya. macam tahu2 pula ya.?

alangkah besar ombak samudera
haluan kemudi harus dijaga
kalau benar abang berkata
adik pasti usul periksa.


ya abang,
adik pasti usul periksa.!


usik pantun,

makan!


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrhamanirrahim...


"44 attempt, 35 qualified"

dan, sedih untuk menyatakan, saya tergolong dalam baki orang2 yang tidak layak.
i was disqualified.
wah. hampa. masuk ini, sudah kali ke-3 saya gagal.

perlu makan lebih banyak, perlu jaga kesihatan,
agar mampu mebantu dengan cara yang paling mudah.

waktu2 begini baru menyedari betapa indahnya Islam,
bagaimana Dia Yang Maha Pemurah itu, menganugerahkan ganjaran pahala buat hamba2Nya yang berusaha menjaga kesihatan.
dalam keaaan beginilah, terasa betapa ruginya saya.
ketinggalan tatkala rakan2 yang lain bersemangat membantu.
kerana keadaan badan yang sepatutnya boleh disihatkan, ttp tidak dijaga dgn sebaiknya, saya tidak dapat turut serta rakan2 yang lain dalam memberikan bantuan.
dan ini, bukan utk pertama kalinya, ttp untuk kali yg ke-3!

persatuan Budhist IMU menganjurkan blood donation drive dgn moto yg cukup menarik.

"give Blod, Give Life"
"its in your blood to save"


sejak zaman intec dahulu saya berhajat untuk menyertai drive. ttp sering sahaja terbantut. tidak layak. kerana apa tanya kalian?
yeah. saya tidak layak kerana, tidak melepasi "saringan" berat bedan.
T_T.
entah bila berat badan sy susut pun saya tidak pasti walhal baru sahaja lepas "acara raya" yang penuh dgn aktiviti makan, makan dan makan.
itu pun masih belum cukup untuk melepasi tahap minima menderma darah?


ok ijjlal,
tolong makan banyak2 sikit ya.
sihatkan badan dulu, baru boleh sihatkan orang lain.

:)



kebas


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

jari saya sedikit kebas,
kebas kerana menulis berkeping2 kad raya.
namun, maaf buat shbt2 sy, krn kad2 raya itu bukan buat kalian... :(

tahun ini, pecah rekod. tiada satu pun kad raya yang sy hantar.
meskipun kepada orang2 wajib .
rasa pelik, sgt pelik.
sy ini, as i mentioned, seorang yg masih menghargai nilai sekeping kad, dan surat. meskipun kini sudah berada di zaman IT, namun, budaya ini adalah satu perkara yg sy sukai.

jadi, untuk siapa kad2 yang sy tulis itu?
well, sy membantu shbt rumah sy menulis kad2 yg dikirim kepada pelajar2 IMU.
muslim society menyediakan khidmat penghantaran kad raya kepada ahli2 IMU dan dek kerana kasihan melihat sahabat sy itu sendirian menulisnya, sy membantulah sedikit. sediki2 pun, berpuluh kad juga lah dibuatnya. .

yaa.. as expected i did not receieve any cards, samada di rumah mahupun di iMU. althou i hope i did.
owh mengharap ke?
ofcourse-lah!
but sy akur. sesayang mana pun sy pada tradisi, zaman kini telah berubah.
internet , handphone, segalanya menggantikan perananan sekeping kad.

satu message terus Forward kpd berpuluh orang.
satu email forward kpd semua.
lebih mudah.

lagi pula, rakan2 sy sudah melangkah ke zaman sibuk. lebih byk perkara yg perlu dilangsaikan , yg mana ianya lebih utama drpd menulis sekelping kad.

but hey! disitulah tingginya nilai kad itu.
masa yg diluangkan, ingatan yg disimpan untuk kita dlm kehidupan harian mereka.
itu yang tak mampu dibayar atau diganti oleh teknologi... never will.
kerana manusia itu, sifatnya lupa. dan untuk mengingati itu, ianya merupakan, satu penghargaan yg tak terhingga.

apapun, trima kasih kpd ashiqeen atas ecard yg dibuat..
my 1st kad raya, untuk tahun ni. :)



sedikit masa,


kata hati : biar kebas tangan. jgn kebas ukhuwah dan kasih sayang.

rose


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Dengan NamaMu ya Allah..


1. kasihan.

kasihan2 sahabat rumah saya.
setiap malam pulang lewat jam 1 pagi.
berlatih untuk teater. dari sebelum 9 malam.
pulang rumah sudah kepenatan, dan terlena.

kasihan sahabat rumah saya,
malam2 terakhir ramadhan mereka seolah2 terlepas begitu sahaja..
10 malam terakhir. 10 malam terakhir. 10 malam terakhir.

kasihan.

syukur nama saya tidak tersenarai di dalam crew theatre. jika tidak, pasti saya terlepas sama.

2. mana?

"brapa byk duri yang awak dapat?" encik afiq amin bertanya. mungkin sahabat sy itu membaca posting sy yang lalu.
"owh.. byk.. kecik besar semua ada". balas saya
"biarlah awak menjadi sekuntum mawar yang berduri" balasnya kembali.

mawar.? benarkah saya mahu menjadi mawar.?


mawar itu, sungguh. benar2 menarik hati.
warnanya menarik, kelopaknya lembut dan halus.
wanginya harum semerbak.
namun tangkainya berduri. luka jari yang menyentuh, jari yang ingin menghampiri.

benarkah sy mahu menjadi mawar?
"biarlah saya menjadi cactus. walaupun x secantik mawar, ttp bertahan lama. boleh simpan air, buat bekalan mereka yg kehausan"
"boleh jugak. bertahan di gurun. menarik tu"

ya. rasanya, biarlah saya menjadi kaktus.
memang tidak secantik mawar.
memang tidak dipandang orang ,
batangnya keras dan kasar,
tiada bau,
malahan warnanya tidaklah mampu mengalahkan si jelita mawar berduri.

ttp kaktus itu, mampu bertahan.
bukan sahaja bertahan, walahan menjadi penghilang dahaga buat yang kehausan.
hidup kaktus subur di gurun. gurun yang gersang. sprtimana gersangnya tanah IMU ini.

ya. kaktus.
biarlah sy menjadi kaktus.
kaktus. yg mana kecantikannya adalah yg tersendiri.
hanya mampu diaprisiasi buat mereka yang menilai,
dgn mata hati. :)



mudah2n, suburlah saya hendaknya.
di tanah gersang ini..



salam kaktus,

cahaya


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment



i just want to say that i love you.

*tears*

ajaib


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

jumaat datang lagi. jumaat yang penuh ketenangan.
jumaat yang paling disayangi. :)

Ajaib

ajaib.
itu yang mampu saya katakan.
tak pernah rasanya selama saya menulis di alam maya, teratak bicara qalbu ini dikunjungi melebihi 40 orang. malahan yang ini menghampiri 90.
sudah hampir 3 hari berturut2, teratak saya mencatat bacaan sebegini.


i was thinking that maybe the tool visitor counter mengalami sedikit teknikal problem?
kerana macam agak mustahil juga lah page saya ini dikunjungi orang.
saya jarang sekali mengwar2kan teratak saya ini. memang jarang.
malahan bilangan pengunjung yang dicatat di hits counter tidak selari dengan rekod keluar masuk laman bicara qalbu daripada feedjit.
ok, oklah.. jika benar bacaan ini tiada sebarang kesilapan, maka, nampaknya, saya mempunyai pengunjung baru.
selamat datang, dan salam perkenalan dari saya, buat kalian. :)

anyway, bacaan tertinggi adalah daripada kuala lumpur.
kuala lumpur...? adakah ianya bermaksud.. bukit jalil..?
adakah sahabat2 saya di IMU bukit jalil sudah mula "berkenalan" dgn bicara qalbu?

kalau betul, alamaakk.. malu lah saya..... hu hu..

kerja Tuhan.

kerja tuhan, penuh dengan keajaiaban.
pernah status saya di facebook ditulis sebegitu.

apa yang kita rancang, rupanya ada perancangan lain. semstinya yang lebih baik.
sebagai contoh, 7 orang sahabat saya yang hanya dibenarkan memasuki IMU bulan februari hadapan, dek kerana tidak lulus beberapa perkara berkenaan interview, IMU enggan menerim mereka untuk kemasukan jun malahan ada beberapa orang yang hanya mendapat tawaran 5 tahun di malaysia despite result a level yang penuh 15 points.
subhanllah, rancangan Allah, kesemua mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti Collage Dublin dan Royal Collage of Surgeaon, ireland. !

banyak tekanan yang tealh mereka hadapi. terutamanya sewaktu minggu2 peperiksaan alevel. banyak simpang dan liku yang perlu mereka lalui dan akhirnya, mereka mendapat sesuatu yang jauh lebih baik. lupa dan hilang segala tekanan yang mereka lalui semasa proses kemasukan ke IMU dahulu. terbayar kesemunya, langsai.
kini, mereka sudah selamat di ireland. aahh.. rezeki kalian... benar2 sesuatu yang dilauar jangkaan dan lebih indah dari mimpi!

kehidupan saya di IMU sudah memasuki minggu ketiga.
IMU tidaklah seteruk yang digambarkan. hanya pihak atasan dan administration nya sahaja yang mungkin banyak kerenah dan "mata duitan".
yang lain2, saya kira, okey2 sahaja. pensyarah baik, kawan2 pun, boleh tahan.

dengan baru semniggu bermulany sesi kuliah, saya akui sedikit hambar tanpa kehadiran "geng2" saya. yelah, semua geng sudah ke ireland. mereka yang sepatutnya bersama2 saya di IMU ini ditakdirkan berjuang di tempat lain..
apapun,as i mentioned, sahabat2 saya di sini, baik2 semuanya.

saya pula, sedaya upaya cuba melibatkan diri dalam aktiviti2 yang boleh membuatkan saya berinteraksi dengan pelajar2 IMU, meskipun saya "skip" segala jenis aktiviti sepanjang minggu orientasi. (hehe)
untuk permulaan, baru menjadi sukarelawan dalam menjaga booth kuih muslim society dan menjadi "penjaga" makanan semasa grand iftar selasa hadapan.
juga sengaja memberi nama untuk berpantun semasa pembukaan malay culture week, menjadi MC semasa majlis penutupnya, dan menolong membuat teks ucapan untuk pensyarah semasa majlis penutup. ok lah tu untuk permulaan. kan?

it might seem small, but frankly, these kind of activities, which allow me to interact with people in IMU, makes me forget the feeling of emptiness inside me.
i have people to talk to, people to meet with and someone to help.
althou i dunt really know nor recognize who they are, but, by just meeting and interacting with people makes my life in IMU much livelier.

saya tahu saya bukanlah orang yang banyak bercakap, atau orang yang akan mulakan satu2 sesi perbualan.
senang kata, tidak lah mesra rakyat sangat. kalau orang tak tegur, saya jarang menegur . but still, im not anti sosial. and i cant deny that despite the quiet me, i just love to get involve with the society and people around me. macamna nak kata ya. sendiri2 pun suka, ramai2 pun suka. kerana itu saya prefer kerja2 belakang tabir kerana saya masih boleh bertemu muka dengan orang, tp dalam masa yang sama saya tidak perlu terlalu menonjol. hehe.. manusia. pelik2 semuanya. ;)

iftar

some pics semasa iftar bersama kawan2.
:)
asalnya mahu ke kedai masakan melayu sahaja, ttp kami tiba lewat.
malas nak tunggu lam terus ke secret dan order.
i tried lasagne. but somehow i loved bonda's lasagne much better.
mama. cuti raya nanti buat lasagne untuk ijjlal boleh? :D
(kakak, if ur reading this, tlg sampaikan pesan ni kat mama ya.)



with susu.

indonesia.

saya pernah nyatakan satu masa dahulu.
kalau diberi pilihan antara IMU dan indonesia, saya tidak akan berfikir dua kali untuk memilih indonesia. mahu belajar ke sana!!

but yet, im destined here.
my journey is here.
my 2 years and a half life wud almost fully spent here.
dan insyaAllah saya akan tetap melaluinya walau apa cara sekali pun.
mengutip pengalaman sebanyak2nya, agar dapat mebentuk diri yang lebih matang dan berfikiran terbuka. kerana sesungguhnya kehidupan di IMU khususnya benar2 menuntut saya gara berlapang dada, sedia memaafkan, dan yang penting sekali, sedia bergerak dan bekerja pada bila2 masa, apapun keadaan.

kadang2, saya akui, jauh di sudut hati, saya sedikit menyesal kerana tidak bertanya kepada pihak penaja JPA terlebih dahulu samada mereka mebenarkan saya bertukar program dari IMU ke indonesia.
namun cepat2 saya padamkan penyesalan itu dan memujuk hati supaya bersyukur sahaja dengan apa yang telah saya terima ini.
IMU bukanlah calang2 universiti. universiti private pula tu.
despite tidak lulus cut off point 13, saya masih diterima masuk. masihkah saya enggan bersyukur? :)

lagi pun, kan saya masih ada sahabat sejak sekolah menengah dahulu disini.? haha.
sejak zaman sekolah menengah, satu kelas. menyertai pelbagai pertandingan bersama2, hinggalah ke intec, juga program yang sama, dan kini satu batch di IMU.
sejak dahulu saya cukup tidak malu atau segan dengannya. malahan dia lah mangsa usikan saya. yup, siapa lagi. pakcik eng kai shing kita tu lah. seorang yang sukar untuk difahami, ttp hakikatnya punyai hati yang baik.
tengok tu, kai shing malu2 kucing dgn saya. saya tidak malu dgn nya dia pula malu dgn saya. :D


berbalik kepada indonesia.
saya ke klia semalam untuk menghantar 12 orang shbt intec yang ke indonesia.
khusus ke sana untuk berjumpa dgn 2 orang housemate saya, anis dan ashira, serta usrah mate saya nurus.
dah puas rasanya saya ke klia. 3 kali dalam masa dua minggu. wang yang habis itu, usah dikatalah. perjalanan , dan waktu. ttp tiada yang lebih mahal daripada ikatan sebuah persaudaraan.
duit kita boleh cari lagi. persahabatan? entah bila lagi...

sesampai ke klia, sy terus memeluk ashira dan anis.
sebak. x pasti sebak kerana apa.
sebak kerana mereka hendak pergi, atau sebak kerana, sudah lama tidak bersua.
rindu mungkin. hehe... :')
housemate saya itu akan sama2 ke indonesia.
how i wish i cud join them, together..
in a place that i wanted to go rather than IMU.
*eh sudah ijjlal. dunt mention that again!*

buat sahabat2 yang sudah ke indonesia, selamat maju jaya.
perjuangan kalian disana.
perjuangan saya disini.

:)

salam jumaat,


posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments


" diam itu lebih baik daripada berkata yang sia-sia."

persoalannya;
sampai bila mahu berdiam ?


satu kilo.


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya..."

"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya..."

"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya..."

subbahanarabbiyala'lawabihamdih..

dahi ini sujud mencecah tanah.
dahi yang sepatutnya tidak ditempatkan ke serendah2 tempat,
sujud, akur, menyembah;
dan meperhambakan.

namun, dalam kerendahan itu,
hati ini memuji tuhannya.
memuji tuhan yang dengan pujian setinggi2nya.
setinggi2 ilmu, setinggi kuasa, setinggi2 tempat pergantungan.!

saat dahi bertemu tanah,
dan saat hati memuji ketinggian dan kebesaran Tuhan,
terasa, betapa kerdilnya diri disisi tuhan.....

Syukur Ya allah,
kerana masih mengizinkan aku sujud kepadaMu.
masih memberikan aku sehelai kain sebagai alas dahiku..
dalam pada saudara2ku yang lain,
hanya diizinkan untuk sujud diatas debu2 pasir..
tanah yang tidak beralas.

sesungguhnya Ya Allah,
engkau izinkanlah dahi dan hati ini,
untuk terus tunduk kepada ketinggian kuasaMu.

sesungguhnya Ya Allah,
engkau izinkan dahi dan hati ini ,
untuk tunduk dan sujud pada malam teristimewa yang Engkau janjikan..

sesungguhnya Ya Allah...
engkau izinkanlah dahi dan hati ini, untuk mencapai,
nikmat berserah diri dan bertawakal kepada Mu.

sesunguhnya Ya Allah,
usahlah engkau tinggalkan kami..

yakinkanlah kami dgn janji2Mu.
wahai Tuhan setinggi2 penunai janji..


selamat memburu malam seribu bulan.

19 ramadhan 1430H,



kata hati : idea tulisan ini diambil dari satu sesi tazkirah i-explore psc oleh saudara amin.