pertemuan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..


nampak perkataan hati, mata terus melekat.
HATI.
segumpal darah pada zahirnya, ttp scr abstraknya adalah sesuatu yang sukar digambarkan.
baik kita kerananya, jahat kita juga kerananya.

"tundukkan hati: rahsia keikhlasan hidup di dunia fana"

tak berlengah buku itu terus saya tatap. saya tidak pernah membeli mana2 buku tulisan tok guru nik aziz, apatah lagi membacanya.
sy sedikit "takut" utk membaca karya2 tulisan orang2 hebat.
rasa macam, tak layak utk sy membacanya. hehe..
namun topik hati itu, amat2 benar sesuai dgn keadaan diri sy waktu ini.

HATI.
isu yang tidak akan pernah selesai selagi manusia hidup.
buku itu, sy gennggam erat. namun mata sy masih liar memerhati.

penuh

satu meja sahaja penuh dgn buku2 tulisan tok guru.
satu2 saya belek.
pelbagai topik, pelbagai isu.
dari isu politik kpd perkara2 membina diri.
semstinya politik tidak berapa menarik perhatian sy ttp lebih tertarik kepada buku2 yang mampu meberikan saya panduan dan peringatan krn sy sedar sy masih perlukan banyak sokongan dari pelbagai segi.

dan, sebuah lagi buku menarik perhatian saya.

sebuah buku berkulit coklat...

"bertemu janji Allah : menyingkap kisah mahsyar yang menyayat hati".

saya capai, dan sy belek.
dahsyat.
buka bab pertama sahaja sudah menggetarkan.
ini baru baca. belum "merasai" sendiri.
T_T.

lazimnya saya selalu terbayang nikmat2 indah syurga.
ttp sy lupa, akan azab2 neraka.
bila buat "baik" ingat syurga, ttp bila buat "jahat", tak ingat pula nerakaNya?
keadaan mahsyar yang akan dihadapi kesemua manusia sejak zaman nabi adam.

"seluruh manusia dikepung pleh malaikat yang jumlahnya berlipat ganda"
"tidak ada khabar gembira bagi orang2 yang berdosa"

tak banyak yang mampu sy ulas mengenai kedua2 buah buku ini kerana sy snediri belum mula membaca. but i bet it will, make, (at least me) menggeletar setiap rongga badan.

namun scr kasarnya, sy boleh mengikut rentak penulisan tuan guru nik aziz.
bahasanya mudah difahami, dan penyampiaian sesuai dgn tahap masyarakat biasa.
ilmu2 tingginya itu mampu dialkiran dgn mudah melalui celah2 huruf.
isi yg ingin disampaikan berjaya sampai ke hati pembaca.

bagi sahabat2 IMU yang, berminat utk meminjam,
bolehlah hubungi sy secara terus atau dari sini.
dgn syarat, buku sy itu dijaga . ya.? :)



kongsi buku;

re-charged


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

recharged.

alhamdulillah. jiwa sy pulih kembali. :)
sejak khamis yang lalu, saya serba tidak kena.
sepertinya mahu lari ke tasik shah alam, dan duduk di sana selama mungkin.
sambil menikmati chocolate indulgance secret recepie. ehe~
(bukit jalil ada tasik. bakal menjadi port "lepak" saya! :D )

kebetulan hari khamis yang lalu IMU mengadakan jamuan hari raya idulfitr.
tuhan saja yg tahu betapa sukarnya saya mahu mengukir senyuman.
senyuman paksa pun jadilah kan. (?)

dalam hati saya hanya satu.
saya mahu pulang. mahu pulang. mahu pulang.
namun, bonda tidak memberikan keizinan utk saya pulang ke kulim minggu ini.
khuatir mungkin puteri bongsunya ini memandu kereta berseorangan diri dari selatan ke utara.
ya, sy perlu fahami itu.
tidak dapat pulang ke kulim, sy pulang ke kampung negeri sembilan.
dan, ya. disitulah, dimana sy merawat kembali hati yg sudah mulai gundah.



:)


pagi.

1.

"siapa telefon tadi ijjlal?" wan kiyin, nenek saudara sy, bertanya, setelah sy selesai berbual panjang dgn bonda.
"cakap ngan mama tadi." sy memandang wan, dan menambung sambil tersenyum2.
"wan cemburu ye wann.." sengaja saya usik. seronok. :D
"cemburu? lebih dari cemburu lagi" balas wan sambil tersengih2 dan menyambung mengupas bawang.
aha.. sayang wan! :)

* wan ertinya nenek.

2.

"ijjlal, kalau wan bubuh kain lap kat sini yo boleh tak? busu tanya katalah tak tau sapa letak yo." wan aiman, bertanya, sambil meletakkan kain yang baru diberi makcik saya ke dalam almari yang sepatutnya hanya menempatkan barang2 kaca.
saya tersengih2. mengiya kan tidak, menidakkan tidak.
tidak lama selepas itu, makcik saya mencari2 kain lap yang baru dibelinya itu.
saya diam2. tidak berkata apa2.
wan aiman. lucu sungguh. :)

3.

"wan nak makan roti canai?" saya menyapa.
"buat ko...., beli?"
"nak beli nanti jap".
"ee.. tak mau lah wan. kono bulu banyak2. loyo. kalau orang rumah buat, maulah wan." balas wan ayun. sambil menambung mengeluarkan ubata2an nya.

ketiga2 nenek saya inilh yang tidak pernah gagal menceriakan kembali hari2 saya.
bukan senang melayan kerenah orang2 tua, ttp, entahlah. saya cukup selesa melayan mereka.
bukan senang melayan anak2 kecil, namunm juga, sy lebih selesa dgn anak2 kecil.
mungkin, saya ini orangnya yang gemar memberi perhatian, gemar melayan. saya jadi leka. dan juga terhibur. terhibur melihat senyuman insan2 yg saya sayangi. hilang penat, malahan seperti ingin terus berbakti. :)
alahai..
nak duduk lama2 kat kampung, boleh?

pasak.

merekalah penaik semangat saya.
selama ini, merekalah yang menjadi asbab utk saya terus kuat.
saya perlu kuat utk mereka.
saya tidak boleh menjadi lemah, krn, jika sy lemah, mereka akan lemah!
Allah memberikan saya kekuatan melalui kehadiran mereka.
ya, mereka, keluarga saya.

dalam hidup ini, kita memang perlukan sesuatu yang boleh dijadakan "pasak" dan tempat utk kita berpegang, sentiasa. [ Allah berada diaats segala konteks ini ya. berkaitan hablumminnas. hubungan sesama manusia.]
bukankah hubungan kepada Allah itu, juga terhasil apabila kita mengimarahkan hubungan sesama manusia?
dan, melalui hubungan sesama manusia inilah, hubungan sy dgnNya bertambah dekat.

keluarga adalah satu perkara yang sering saya utamakan sejak dahulu lagi.
selagi mampu, sy akan berziarah.
selagi mampu, sy akan bertanya khabar.
selagi mampu, sy akan pulang, kerana merekalah "charger" kpd soul saya yang kadang2 terkapai2 dan tak menentu.

=)

video.

owh ya.! lupa benar mahu kongsikan satu video yang telah ditanyangkan sewaktu sesi jamuan khamis yang lalu. berkait rapat dengan posting "self control" saya satu ketika dahulu.

credit to kak anisah, kak natrah, aiman nasir, sabree and azlan. ok,2 juga pada pelakon2 didalam video ini. a job well done.! jom layan video jom..





saya; sudah recharge,
anda, bagaimana?

coret2 ringkas,

short2


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments


sepatutnya saya post kan ini hari jumaat lalu.
lantaran sedikit "sibuk" dgn urusan lain, maka saya tangguhkan.
post ini sekadar satu post utk "memuji diri sendiri" dan satu cara utk motivate sy lebih jauh. ;)

baik,
sahabat2, sila ucapkan tahniah kpd saya.
kerana, untuk pertama kalinya,
setelah 6 minggu berlalunya kuliah,
berjam2 sesi yang telah saya "habiskan" di alam mimpi,
lantaran satu rasa mengantuk yang tidak dapat diatasi,
terlentok2, tersengguk2, tersandar2, tanpa peduli apa yg berlaku.

hari itu, jumaat yg lalu,
saya tidak tidur mahupun terlelap walau sesaat pun!
untuk kedua2 kuliah, sepanjang 2 jam.

alhamdulillah.

:D
mudah2hn ianya berterusan. :)


jumaat yang diberkati.
berkatilah hamba; selalu.

:)


singkat2,

way.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

menyemak kembali kehidupan pasca ramadhan.
hari2 yang saya lalui, cuba untuk dikekalkan dgn apa yang telah dilakukan sepanjang ramadhan yang lalu.
frankly, terasa juga sukarnya,
namun, hati dan jasad ini tidak boleh dimanjakan sangat.
ups. restate balik.
hati dan jasad ini, usah dimanjakan langsung. ! kalau boleh.
paksa. paksa. dan paksa.

memetik petikan khutbah eidulfitr masjid air merah kulim yang hingga kini masih terngiang2 di telinga dan fikiran saya.

"pastikan kita istiqmah dalam menunaikan janji yang telah kita buat kepada pencipta kita semasa ramadhan yang lalu"

hm..

kata ustaz, orang munafik itu, cirinya ada 3.

1. apabila berkata, dia berbohong.
2. apabila berjanji, dia memungkiri
3. apabila diberi amanah, dia pecahkan.

tuhan.
kalau ciri ini dimasukkan ke dalam janji yang telah dibuat antara manusia dan tuhannya,
sesungguhnya, sayalah, yang tergolong dalam golongan munafik itu.



entah berapa kali janji kpdNya sy khianati.
entah berapa banyak kata yang hanya sekadar di bibir.

beraninya kau ijjlal. mungkir janji kpd pencipta kau?


insyaAllah.

saya rajin berziarah. ziarah ke blog juga laman facebook.
dan, dari pemerhatian, sprt saya, sahabat2 saya di luar sana masih dalam keadaan kurang stabil.
rasa kosong, sendirian, lelah, hilang.

saya mengerti. ya, mengerti.
meski saya masih berpijak pada bumi malaysia,
dan masih hampir dgn keluarga jika hendak dibandingkan dgn kalian,
well, bukankah kita masing2 diuji dari aspek yang berbeza.?

tiada kata semangat yang mampu saya katakan,
namun ingin saya kongsikan sebuah lagu yang cukup untuk membuatkan kita relfect kembali dan berfikir satu point yg sering kita lupa;

aku tidak keseorangan. :)

terima kasih kpd shbt di indonesia,
nurus sakinah nadiah yang berkongsi link lagu ini melalui YM.
sudah lama saya mencari di mana boleh saya download (kalau ada album dijual di malaysia, mahu sahaja saya beli!)

maher zain bertajuk, insyaAllah. dengan izin Allah.
maka sahabat2 , ini buat kalian. hayatilah.



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

mayYOU find your way.
bi iznillah!




salam prihatin,

mahu?


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


mahu?

"nak ikut cara islam atau tak?"

itu apa yg ustaz tanyakan.

hm ada terasa takut? ada terasa berat?

kemudian ustaz menukar satementnya.
maksud yg sama, ttp penggunaan ayat yg berbeza.

"nak ikut islam, atau nak kufur?"

owh. zaappp. panah. petir. semua terasa.

tak ikut cara islam tu, maknanya kufur lah kan?
dan... kufur itu apa ya?
kufur itu,antara ertinya adalah,
menggunakan rezeki yg diberikan kpd kita kearah yg dimurkaiNya.
punya mulut, kita mengumpat.
punya tangan, kita bla2.
punya kaki, kita melangkah ke tempat2 terkeji.

islam tak perlukan kita, kita yg perlukan islam.
allah tak pelrukan kita, kita yg perlukan Allah.

jadi, sekali lagi, tanya pada diri.

nak ikut islam,, atau tak ya?
mahukah sy tergolong dlm golongan org2 yg kufur.?
anda pula, bagaimana....?




kata hati : isi dpd kuliah selasa.

kaji


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrhamanirrahimm..

terpegun

ramai senior yg "terpegun" dgn pelajar2 semster 1 yg masih setia berada di IMU hingga lewat petang.
semester 1 baru.dah study hingga lewat petang?
rajinnya!


sy sendiri ditegur oleh beberapa org senior.
"kenapa x balik2 lagi ni?"

yes. boleh perasan rajin. :)

apa yg mereka tidak tahu,
adalah asbab sebenar mengapa kami bertapa di IMU hingga lewat petang.

niat utamnaya bukan belajar.
niat utamanya sebenarnya adalah air cond.!
belajar itu yg samping2nya. air cond itu yg utamanya.

:D

(tp mmg sy berniat utk belajar pun ptg tu...)
perkhidmatan elektrik di kondo vista B tergendala dr jam 1 tghari hingga 7 ptg.
owh. mahu berpanasan di rumah?
boleh tu boleh, cuma kuranglah selesanya.
alang2 ada IMU, apalagi, penuhi sahaja apa yg ditawarkan.

hehe.

teringat

ok, tiba2 teringat hadith satu drpd hadith 40. mari kita baca :

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,
dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya,
atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya,
maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

sy "berhijrah" krn aircond, maka sy dapat aircondnya.
sy tidak menjadikan niat belajar itu sbg niat utamanya..
hmm.. adakah sy dapat "belajarnya"?
hoho.

pengajaran?

jadi pengajarannya,
usahlah terlalu cepat menilai.
kaji dahulu.
selidik dahulu.

then you will know.

:)


consult


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


bismillahirrahmanirrahimm...



The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said:

“Consult your heart.
Righteousness is that about which the heart feels tranquil,
and the soul feels tranquil,
and sin is that which wavers in the heart,
and moves to and fro in the breast,
even though people again and again have given you their legal opinion
[in its favour].”



Narrated by Imam Ahmad (4/228) and classed as hasan by al-Albaani in Saheeh al-Targheeb (1734)



alhamdulillah..
terima kasih ya Allah,
Engkau hadirkan ayat ini,
tika hamba diselubungi kekeliruan...
yang mencengkam.



consult your heart.
:')


peta


posted by ~ n.u.u.r ~

9 comments

bismillahirrahmanirrahim..

beli, baca, faham, ikut.

beli peta, kalau tak pandai baca peta, x guna juga. kan?
pandai baca peta, tp x faham apa yg dibaca, x guna juga. kan?
faham peta, tp x mahu ikut apa yg peta state, x guna juga. kan?
pandai ikut peta, tp x guide org lain mengikut arah yg betul menurut peta,
itu. lagi merugikan.
dah alang2 nak ke tempat sama, apalah salahnya ajak ikut bersama. kan?

ok, mari tukar peta itu menjadi kitab panduan kita. alquran.

beli Quran, kalau tak pandai baca Quran, x guna juga. kan?
pandai baca Quran, tp x faham apa yg dibaca, x guna juga. kan?
faham Quran, tp x mahu ikut apa yg Quran state, x guna juga. kan?
pandai ikut Quran, tp x guide org lain mengikut arah yg betul menurut Quran
itu. lagi merugikan.
dah alang2 nak ke tempat sama, apalah salahnya ajak ikut bersama. kan?


aha. terkena sendiri saya. dash dush sana sini.

X(

satu falsafah yg mungkin biasa didiengar. simple.
ttp lebih sy hayati dan fahami sejak sy mula membawa kenderaan ke vista ni.
apabila kita sendiri menjadi pemandu, kita lebih menghargai sekecil2 detail sepanjang perjalanan kita.
kita lebih aware dgn setiap tanda2 jalan menuju destinasi yg kita tuju.
agar next time, kita tak sesat lagi.

sesat

saya sesat lagi di kuala lumpur. ya.
untuk kali yg--- ?
kalau dikhabarkan pada bonda, mahunya dimarahi ni. heheheee
perlu beli peta dan belajar mebaca peta dan ikut peta secepat mungkin!


kemanakah arah destinasi mu?

eid?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


saya tidak pernah sentuh mengenai eidulfitri tahun ini lagi kan?

alhamdulilah, keluarga sy dapat bersatu. masih bersatu. syukur.

sy tidak mahu bercerita mengenai perkara2 yg berlaku sms awal syawal,
ttp mahu berkongsi ttg satu prk yg agak menyedihkan sy.

ini :

masjid negeri tu.
masjid negeri!

apakah?
apakah perlu keadaan sebegini berlaku?
mengkhususkan dan mengecilkn fungsi sesebuah masjid?

kecewa. benar2 kecewa.


lupa


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds

peluk

dia mengahmpiri, dengan wajah yg sedikit lesu,
namun masih sempat mengukir senyuman.

saya membalas senyuman.
tangannya didepakan, tanda mahu memeluk.
saya bangkit, dan mebalas pelukan, erat.

mulutnya membisik sesuatu.
halus, namun tajam.

"saya suka sgt tgk penampilan awak.
doakan saya juga."

owh tuhan.
hati sy berdegup kencang.

besarnya amanah yg sedang sy bawakan ini.

lupa

sy lupa.
sy hadir dgn imej baru.
sy lupa,
mereka meninggalkan saya dalam keadaan diri sy yg dahulu.
yg lama.
ttp sy hadir dan melangkah ke IMU, dgn imej baru.

hm. imej sahaja.kan? apa yg ada pd imej?
luaran semata. huhuuu...
namun insyaAllah... perlahan2 sy mahu berubah,
luaran, juga dalaman.

owh. bagaiamana sy boleh terlupa.?

berat

tuhan.. beratnya, sungguh.
beratnya menanggung persepsi manusia,
yg melangkaui daya upaya sebenar diri.
beratnya apabila mereka,
mengharapkan dan menjangkakan sesuatu melebihi drpd apa yg mampu sy tawarkan...

.
.
.
.

O Allah! Show us the straight way,
The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace,
those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.
- fatihah
terjemahan dr yusuf ali translation


mudaha2nnya sy mampu,
utk mempertahankan apa yg cuba utk dipertahankan.