kualiti


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

semester 3

1st day of semester 3.
(not officially yet thou. tunggu finalize jumaat ni.)
jadual pembelajaran boleh kata mencabar.
satu system, 5 minggu.
merangkumi kesemua lapangan kajian,
dari asas biochemistry, hingga pharmaco pataholgy dan microbiology.
kalau dahulu belajar compartment by compartment,
ttp sekarang perlu perkaitan anatara setiap komponen.
bergerak sebagai satu. bukan asing2. bergerak sbg rangakaian2 yang bertemu pada titik2 persamaan meskipun ada perbezaan anataranya.

setiap minggu ada clinical practise, MMS, PBL,
dan ada hospital visit. serta mungkin ada lab
selesai satu system, terus masuk ujian penilaian.

paling mencabar adalah berkenaan waktu kuliahnya.
kuliah bermula jam 1.30 tgh. dan berakhir jam 3.45 ptg.
satu : itu waktu zon bahaya mengantuk....
dua : perlu solat zuhur cepat2,(atau masuk lecture lambat) takkanlah tiap2 hari nak solat zuhur jam 4 ptg?? tak pun kelar solat sms gap rehat 5 minit antara kuliah pertama dan kuliah kedua.
hu.hu.

belajar

alhamdulillah,
berkat "makan dalam" dari Dr CYS, yang telah meluruskan sudut pandangan sy dan niat sy dalam bidang ini,
hari pertama lecture sem3,
menyaksikan sy sebagai pelajar yang belajar krn ingin tahu.
bukan lagi krn peperiksaan semata2. lebih seronok begitu.
belajar krn sedar akan tanggungjawab, bukan lagi fokus pada bebanan peperiksaan.
alhamdulillah. :)

kualiti

walaupun cuti 3 hari tidak lama,
ttp merasa puas
kali ini, lain. entah apa yang lainnya sy pun tak tahu nak cakap macamana.
tp.. lain, lah. :)

ini agaknya orang kata, kualiti lebih penting dari kuantiti.
dan kualiti itu berkadar terus dengan keberkatan.
makin berkat, makin berkualiti.

kuantiti pula sebaliknya, tidak semstinya berkadar terus dgn berkat serta kualiti.
banyaknya masa, ttp jika disia sia, maka kosong sahajalah jadinya. kan?

apepun, semestinya, jika kualiti, kuantiti, dan berkat itu mampu berada dalam satu pakej, itu adalah yang paling baik. .. *ok, apa sy merepek ni?*

sebenarnya, tangan sudah sedikit kaku untuk menulis lantaran belum dapat menghadirkan sepepenuhnya jiwa sy dalam teratak BQ.
sebahagian besar hati dan fokus minda saya belum terarah pada penulisan disini,
ttp kpd beberapa perakra yg lebih besar utk saya fikirkan.
jadi mungkin akan sedikit perlahan tulisan saya seminggu dua ini.

kalau ada pun, mungkin tidak dapat memberikan sepenuh "rasa" kpd posting trsebut.
org kata, kalau tulis dari hati, baru dapat sentuh hati yg membaca. kan?
kalau tulisan sy itu kaku, maka itu maknanya, sy menulis bukan dgn sepenuhnya.
sperti sekarang ni lah.. hehe....

baiklah, hingga bertemu lagi, insyaAllah

wassalam wbt.

kerana aku bukan makhluk pengkhianat

for you. :)


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


bismillahirrahmanirrahim

to ilysa fatin,

im sending you this cute little whale,
just for the sake of.. cute ness? ;P

terima kasih ya sbb sempat lagi utk ingat kat akak
walaupun waktu tu ilysa dah pun diwarded.

tahniah sbb dah berjaya buat akak rasa terharu.
(hehe)


and sorry i dont know any other way to reach you.

so, hopefully by the time you read this,
youre back home safely. :)

take care and get well soon!



your sister, in islam,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat

back!


posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments


Bismillahirrahamanirrahim..

Alhamdulillah, sudah selamat tiba di kulim kedah.=) maaf buat mereka yang menanti.
Cadangan asal mahu pulang menaiki bas sahaja. Lantaran malam sebelumnya hanya tidur lebih kurang 3-4 jam. takut mengantuk dan tak larat.

tp bila cek bas hanya available jam 4.30 ptg, sy tidak dapat menunggu.
Jam di tangan baru menunjukkan 11.30.
Kunci kereta saya capai, dan terus memandu pulang ke kedah. Puas hati.

3 hari

Tinggal 3 hari berbaki sebelum mulanya kuliah pertama untuk semester 3.
3 hari pun 3 hari lah. Asalkan dapat balik rumah. :D.

Untuk pengetahuan kalian, sepanjang 3 minggu yang lalu saya telah “bertapa” di tingkat 15 kondo komonwel untuk menebus kembali kecundangan saya dalam peperiksaan akhir semester 2.

maklum

Ya.. sy tidak memaklumkan kpd kalian kan?
Nuur ijjlal bt surani yang kalian lihat sbg “pandai” ini, gagal melepasi syarat minima utk melayakkan sy bergelar pelajar perubatan tahun kedua, dan perlu menduduki kelas intensif bersama pensyarah2 dan menduduki sekali lagi peperiksaan ulangan.


Bukan kerja mudah untuk hadapi lagi sekali “kesakitan” peperiksaan. Allah saja yang tahu macamana rasa nak meroyan mengadap buku 3 minggu berterusan. Hehee…

orang kaki berjalan, yang hampir tiap minggu keluar sana sini,
tiba2 kena hibernate 3 minggu di bukit jalil semata2, mana lah tak sakitnya!

Sempat sy berkata dengan sahabat rumah saya, yg juga waktu tu sedang “tension” utk exam: Alhamdulillah lah kita semua masih still ada iman dan pegangan kan.? Kalau tak, dah lama rasanya terjun keluar dr tingkat 15 ni. Patutlah orang boleh bunuh diri just sebab exam.

Hehe!

Owh. Nampak sy begitu tenang dan selamba ya memaklumkan kegagalan sy dalam peperiksaan yang lalu?

Nampak je. Siapa kata tak malu. Siapa kata tak terganggu emosi.?
Tapi, macam sy katakana tadi, kita ni manusia berTuhan..
dan manusia berTuhan itu,
sikapnya bukan begitu!
Putus asa, putus harapan, itu hanya layak diberi pada orang yang lemah selemah2nya.

Perlu percaya, dan yakin, bhw semua ini adalah proses pendidikan jiwa dan peribadi. Jgn bersangka buruk kepadaNya. Bukankah Allah itu adalah dalam persangkaan setiap hambaNya?

Re-sit

Saya sudah selamat selesai ke tiga tiga paper untuk peperiksaan ulangan. Paper Short Answer Question (SAQ), One Best Answer (OBA), dan OSPE.

Komen saya?

………………………. No komen.

Jika posting ini ditype sejurus selepas saya menduduki kertas pepriksaan SAQ dan OBA,
sy yakin pasti akan penuh dengan emosi emosi emosi. Nak tahu rasanya macamana?

Takut, takut, menyesal, malu, khuatir. (ingat nak type gune font 120 tp besar sgt. Jd sila baca dgn nada tulisan berfont 120 ye)

Waktu tu sisi fikiran negative saya berbisik :

Habisla kene repeat semester Nampak gayanya ni.
Malunya (font 120).
Takutnya (font 120).
Dah kecewakan ramai orang (font 120).

Terbayang wajah orang2 yang meletakkan harapan kepada saya.
Keluarga, sahabat, guru2, adik2…
macamana nak berhadapan dgn persepsi orang. Macamana nak berhadapan dgn rasa malu nanti..

malu dgn sahabat2 itu satu hal, kalau repeat maknanya sy perlu menyertai batch adik2.
Malu dgn adik2, itu hal yang lain pula. Kena tambah temboh pengajian samada dua atau satu semester.
Berjanggut lah sy bila sampai hari graduate nanti.
Owh. Owh!!!!

Sungguh sungguh bila reflect balik diri, macam “astaghfirullah ijjlal. Buruk benar keadaan kamu masa kamu fikir yang bukan2. “

Syukurlah sy ni bukan jenis orang yg suka terbawa2 dgn fikiran negative. Sy duduk. Bertenang. Fikir. Dan reflex.

Dan, Alhamdulillah, Dia mengilhamkan satu formulasi yang cantik supaya sy memahami konsep sebenar repeat semester ini.

Yang mana, ia jaauhh lebih banyak memberi kebaikan, daripada keburukan semata.
Dan juga ia Berjaya mbuatkan sy merevise kembali kedudukan niat sy dalam perjalanan menjadi medical practitioner.

individualistik

Kalau kalian perasan, fikiran2 negative sy itu semuanya bersifat individualistik.
bersifat “berkepentingan diri sendiri.”
Sy tak nak repeat sbb apa? Sbb sy malu.
Sbb sy xnak ketinggalan dari rakan2,?
Itu shj ke sebabnya sy tak nak repeat?
Itu shj?

sy…… mementingkan diri sendiri. Nampak sangat, kan.

skop luas

“you all know that IMU passing mark is 50, right? If you got 49.5, you are considered to have 50 and passed. But if you got 49.4, you are considered fail. And the thing is, there are among of you who failed with 49.4, and passed with 49.5. I know its crazy because for me it doesn’t give any difference! But that’s our system.” Cerita Dr Vijay semasa kelas intensif Community Medicine.

.
.
.


“if a semester 2 student answer this question like this, I will give some marks. But if it’s a semester 5 student, you know how much I would give him?” Dr CYS merenung muka kami. Dan mengangguk.

“Yes, ZERO!. I would fail this student rather than letting him PASS, go out and KILL people.”

“If YOure a patient, and you want to see a doctor, do you want to consult to a doctor who knows 50% of what hes doing, or a doctor who know 80% of what hes doing?” Tanya Dr CYS lagi.

“so now, which kind of doctor are you?”

Fuhh… makan dalam. Makan dalam!! Macam ada efek guruh dan petir dah waktu tu. Kami semua diam mendengar, menjamah butir2 kata dr Cys yang baik hati.

“Its ok to start slow.. and you are still at this stage. Dont give up yet. we want our student to develop tru out this course. If you are still like this until your 5th semester, now that’s a problem. the IMU education system must be revised. There must be something wrong.”.
.

Termenung saya dalam proses menenangkan diri itu.

“……… rather than let him pass and kill other people.”

Biasa saya dengar ayat ni. Ayat mengenai besarnya tanggungjawab seorang doctor.
Ttp baru kali ini sy benar2 “makan dalam” dan terkesan yang sgt dgn statementnya.

rakyat

Sepanjang setahun yang lalu di IMU, sy telah menerima hamper RM 80 000 wang rakyat. WANG RAKYAT.
Dan akan terus menerima jika saya teruskan pengajian perubatan saya ini.

Dan, adakah, setelah semua itu, saya sudah boleh senyum lebar2, berpuas hati; dan hanya target untuk LULUS peperiksaan semata2, dan akhirnya keluar sbg seorang doctor yang merbahaya dan…. Berpotensi untuk membunuh rakyat?


Biasiswa beratus ratus ribu ringgit itu ditaja, bukan untuk menghasilkan seorang doctor yang hanya MAMPU LULUS, bukan bertujuan untuk menglahirkan doctor yang berpotensi besar untuk MEMBUNUH!

Biasiswa itu bukan diberikan kerana mahu meberi title glamour “Dr.” kepada saya,
ttp mereka mengharapkan pulangan dgn khidmat dan ilmu yang telah sy garap sepanjang tahun2 pengajian.

Sy enggan menjadi seorang potential murderer. Sy mahu menajdi seorang yang mampu berbakti, berperanan, dan memberi manfaat kpd orang lain!

repeat

Jika repeat semester itu adalah lebih baik bagi saya dalam memantapkan ilmu dan penguasaan saya, lebih baik untuk kepentingan rakyat yang akan saya serve pada masa hadapan, maka sy akan cuba terima ianya selapang dada yang mungkin.

Daripada saya hanya lulus cukup makan, perasan "lulus", selesa dgn “zon slesa” yang membahayakan, adalah jauh lebih baik jika sy ulang semula dari awal, lulus, dan melepasi setiap semester dengan sbg seorang pelajar perubatan yang tinggi penguasaan ilmunya.

nilaian

Mungkin repeat semester ini pada nilaian mata manusia itu dilihat sbg rendah, ttp jika diteliti kesan jangka panjang, sebenarnya ia memberi manfaat yang besar, kepada saya secara amnya, dan kpd kesan jangka masa panjang yakni kepada rakyat yang amat mengharap dan memerlukan khidmat golongan professional. I am paid to become a good doctor, and if this is what it takes to be one, I will indeed go trough this all over again.

jarang

Sy jarang fikir yang sy perlu belajar baik2 sbb sy perlu serve rakyat.

Selalu bila orang Tanya, “ijjlal nanti over sea nak masuk univ mana?”
Jawab saya apa? : “xde specific target pun... Skrg ni cukup dulu nak lepas exam and dapat terus belajar..”

Yang sy fikir, cukuplah dapat lepas each exam.
Cukuplah dapat “lepas”. Dapat “lepas” tu apa manfaatnya bg saya?
Apa yg sy kejarkan sbnrnya?
Ilmunya kah?
Gelarannya kah?
Pekerjaannya kah?
Penghargaan kah ?
Kelayakan?
Sangat selfish.

Namun Alhamdulillah, Syukurlah. Syukurlah. the wake cup call came to me.
walaupun dgn cara yang agak menyakitkan, Saya terima wake up call ini dengan penuh kesyukuran.

percaya

Jika saya lulus peperiksaan ulangan ini, setinggi kesyukuran saya panjatkan kepadanya.
Dan jika sebaliknya, insyaAllah, sy percaya saya boleh laluinya sekali lagi.
Apa yang jauh lebih penting, pemahaman , dan “prinsip” sy sbg seorang pelajar perubatan telah diluruskan.

Yes, I want to be a medical student who not only passed the exam, but passed with wonderful colours. Kerana misi dan amanah yg sy pegang ini jauuuuhh sekali dari hanya sekadar lulus peperiksaan, dan jaauhh sekali dari hanya sekadar bergelar doctor.

insyaAllah.

Perasan.

Saya perasan sesuatu. Sejak dahulu, hingga sekarang. Setiap kali hampir menduduki peperiksaan, pasti akan ada perkara2 besar yang akan mencabar kestabilan emosi saya.

Semasa EOS2 dahulu, sy seperti “ternanti-nanti”, apalah ujian emosi untuk sy kali ini.

Dan ternyata, 2 minggu sebelum EOS, nenekanda tersayang arwah wan mariam bertemuNya..
Dan 2 hari sebelum EOS, arwah wan halimah pula bertemuNya..
Bukan ujian yang calang calang, bukan ujian yang ringan ringan!

Kali ini, menjelang resit EOS, sy di uji dari sudut lain pula.
Perkara-perkara yang tidak pernah terfikir akan diterima pada saat dan ketika itu.
Sy tak pasti samada mahu mengambilnya sebagai ujian, atau sebagai anugerah.
Oklah, ambil ianya sbg ujian lah. Bukankah akhirnya sbuah anugerah itu juga merupakan ujian drNya?

Allahuakbar…. Sungguh jika itu yang mahu Kau uji, maka aku terima.
Disebabkan berhadapan dgn situasi begitu, malam-malam saya tidak pernah sunyi dari qiamulail.
Saya mahu merasakan Dia bersama saya.
Saya mahu rasa, Dia sedang memimpin saya pada jalan yang Dia mahu saya berada.
Tiada siapa yang mengetahui apa yang lebih baik untuk saya, melainkan Dia.
Hanya Dia.
dan... saya amat berharap, Dia, masih sudi, untuk memipin saya..


Ya Allah..
Engkau gantikanlah ujian-ujian
serta kehilangan-kehilangan yang telah aku lalui,
dengan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan…


Allahu, Rabbi..



kerana aku bukan makhluk pengkhianat

hajat.


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrhamanirrahim..

saat ini,
seperti mahu terbang ke tanah suci,
untuk menyerap segala ketenangan yg ditawarkan
menghirup udara penuh keberkatan.
mahu bernafas, dengan segala rahmat yang menyelubungi setiap penjuru.

meski hati sudah mula merasakan sedikit ketetapan,
sesungguhnya, hati ini rindu,
untuk menerima,
sentuhan lembut dari Rabbnya.

duduk berteleku di multazam,
mempersembahkan diri kpd Tuannya,
dgn jiwa penuh penghambaan,

laksana seorang pengemis,
meminta penuh mengharap.

.
.
.

"Ya Allah,
aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu
dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu
dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa
dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya.

dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

.
.
.

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah"



wallahu'alam,
kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : umrah, yuk? =)

ucap


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


bismillahirrahmanirrahim..

republish n edited from 13 march 2010, facebook:


shes not the type of person who is close to her father.
what she does, what she eat, where she goes, whos her friends, what she learnt, need not be told to her father.

she sees her father as someone that she should respect and obey, not as someone that she could share toughts and silly stories.

for all that, had made her somehow be much further apart from him. day by day.
seldom she asks whether he is in good health.
seldom had she called just to make sure everythings fine and going well.

she had forgotten, that she is her daughter. and he is her father. the only person who had raised her, educate her and support her in ways that she had never could understand.

back then she was so young in thinking.
she could not understand that he has his own way of expressing that he actually cares about his daughters.
ways that only he knows.
ways that she could never see, hear nor understand.

.

she is now grown into a person, who can think and analyze critically.
she can now see the hidden things that he had been doing for her.
and now, she is trying hard to make him feel that he does bring a meaning in his daughters lives.

.


her father is getting older.
wrinkles are getting much more obvious.
black hairs are starting to turn white.
time may not be enough to be spent together,
but she will make sure, her father would never regret,
for having her, as his youngest daughter.
.
.

"“Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.”
- quoted

.
.

Ya Allah, love my father as how he had loved me since i was little..


selamat hari bapa buat ayahanda.
semoga mampu terima ijjlal sebagai si puteri bongsu.



salam puteri,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : post byk entry sbb akan hibernate dlm seminggu akan datang. jumpa lagi insyaAllah.. salaam wbt.

masjid


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..


"Tidak akan datang kiamat sehingga manusia bermegah-megahan dalam membangun masjid"

[Musnad Ahmad 3 : 134 dengan catatan pinggir Muntakhab Kanzul Ummal. Al-Albani berkata Shahih. Lihat : Shahih Al-Jami'ush Shagir 6 : 174, hadits nomor 7298]

apa yang akan sy tulis ini, tidak ada kaitan langsung dengan makna di sebalik hadith diatas.
apa yg akan sy tulis ini, hanyalah apa yang lahir dari pemahaman secara tidak langsung setelah sy membaca hadith tersebut.
harap kalian maklum dengan perkara ini ya..?

masjid

"manusia bermegah-megahan dalam membangun masjid"

membangun masjid.
masjid.
ya, masjid.

dan masjid yang sy ertikan dalam "pemahaman scr tak langsung" sy ini adalah, sebuah perkahwinan.
ia bukan petanda akhir zaman, ttp ia realiti masa kini.
realiti masa kini yang menunjukkan manusia makin rakus dan tergopoh2 dalam membina sesebuah masjid.
makin banyak masjid, makin megah jadinya.
makin cantik masjid, makin bangga rasanya.
sy tahu kalian pasti lebih dr setuju.
dan media massa menjadi bukti.

makna

apalah makna sesebuah masjid, jika tiada kemakmuran padanya?
apa maknanya sebuah masjid yang dibina, dengan niat menarik minat pelancong semata?

maka tiadalah terlaksana matlamat asal membina sebuah masjid itu,
yakni, sbg sebuah tempat yang mempunyai pelbagai peranan.
pusat zakat, pusat ilmu, pusat sosial, pusat riadah,
yang mana akhirnya mampu melahirkan jiwa jiwa yang dekat dengan Tuhannya, yang akrab dengan garis panduanNya.

sudah namanya atas dasar bermegah dan untuk pelancongan,
hinggakan ada masanya, sebuah masjid itu tiada siapa yg mampu menjadi imam dan bilal,
tiada siapa yang mampu memimpin, penduduk sekitar tidak terjaga.
sedihnya lagi hanya "makmur" bila cuti persekolahan tiba,
dengan pelancong yang "kagum" dgn keindahan senibina masjid semata,
tanpa sedikit pun menyuburkan roh dan membangun jiwa.

analogi

begitulah halnya,
apa makna sebuah perkahwinan, yang tiada keberkatan kepadanya?
yang dibina atas dasar ntah apa apa? (wallahualam sy pun tidak tahu)
manusia rakus lari sini sana, sanggup seberang laut hatta seberang dunia,
semata ingin membina, masjid baru yang boleh dimegahkan.

dan akhirnya, apa kesudahan?
masjid baru tidak dapat memainkan peranan dan fungsinya.
hilang segala keberkatan di dalamnya.
sesuatu yang dibenihkan dengan niat yang jauh lari dari tjuan asal,
tidak akan sekali kali mampu mencapai tahap sebuah masjid sederhana yang dibina atas dasar keimanan.

ya, mungkin mereka dapat apa yang mereka mahu,
ttp mereka tidak akan perolehi apa yang orang lain perolehi dalam perkahwinan mereka.
yakni kebahagiaan berpanjangan, kemakmuran berterusan.
kebahagian sementara itu mungkin, ttp kebahagiaan berpanjangan itu masih boleh dipersoalkan.

situasi dan senario semasa,
membuatkan sy berfikir panjang.

kalau saya.. bagaimana?

sy, lebih rela mebina sebuah masjid yang sederhana,
ttp tidak pernah putus dgn kemakmuran.

makmur bukan pada tingkat masjid semata,
ttp mampu melahirkan benih2 jiwa yang rapat dgn tuhanNya.
menarik sekalian jiwa di sekitarnya, untuk sama2 mememunuhi matlamat penciptaannya.


masjid itulah yg akan menjadi taman menuai ilmu.
masjid itulah yang akan menjadi pusat ekonomi, ekonomi harta, juga ekonomi jiwa.
5 kali sehari, azan mampu dikemundangkan, 5 kali sehari jemaah mampu dihidupkan.
dan bukankah masjid pertama dalam sejarah islam, hanya dibina dgn pohon tamar semata?

tawarkanlah sy sebesar dan semewah mana pun masjid,
ttp jika hanya untuk bermegah, maka tiada saya sekali kali menerima.
pujian manusia akan dtg dgn sendiri, jika tindakan kita sentiasa mengejar pujian Nya.

:)

ulang

"Tidak akan datang kiamat sehingga manusia bermegah-megahan dalam membangun masjid"

dan sini sy tanyakan kepada anda,

ape niat anda utk mbina masjid itu?

fikirkanlah.



kerana aku bukan makhluk pengkhianat

kenal?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

bual

"maaf.. awak tak kenal lg siapa sy sbnrnya. awk tak pernah beshbt dgn sy scr terus." jawab sy.
"sy yakin dgn awk. sy kenal awk, sy sudah baca semua entry blog awk. dan krn itulah sy memilih awak. sy percayakan awk boleh" balasnya.

itulah antara petikan bualan sy dgn seorang hambaAllah.
(bukan bulat2 ttp lebih kurang..)
baik, bukan seorang, tetapi, makin bertambah dari semasa ke semasa.

situasi yg mana pernah sy sebutkan dahulu, situasi yg merisaukan sy,
bilamana, orang fikir mereka lebih kenali sy, lebih mendalami siapa sy, di ruang maya.
bukan di alam realiti.

separuh diri sy, merasa khuatir dan bimbang.
iyelah, ada masanya, sy lupa, blog sy ini aksesnya kpd siapa shj yang memahami bahasa melayu.
posting2 sy, bukan semuanya ilmiah. ada juga yang berbentuk peribadi.
secara tak langsung, penilaian org terhadap sy, byk juga bergantung kpd apa yg sy tulis dan coretkan di BQ. baik sy tulis, baiklah penilaian. buruk yg sy tulis, buruklah nilaiannya.

persoalan

persoalannya sekarang, benarkah, blog dan entry2 itu benar2 melambangkan personaliti tuannya.?
apa yg sy mampu katakan, scr peribadi, sbg seorang blogger, sy hy mampu beri 45%
baki 50% itu, sy benar2 yakin perlu ditelurusi dgn cara persahabatan di alam realiti,
dan baki 5% itu adlh, well, tiada siapa pun yang mampu memahami 100%.
pasti setiap orang punyai sisi rahsianya yang tersendiri. kan?



jika anda tergolong dalam golongan silent reader kpd blog2 org lain,
maka sini sy mahu mengajak anda berfikir..

ini adalah konflik setiap blogger. (ok, mungkin bukan setiap, ttp hy kpd sy)
apabila berhadapan dgn pembaca yg mengenali sy di dunia realiti, dan mereka mengharapkan sesuatu yg tinggi dr sy berdasarkan siapa nuur ijjlal yg mereka kenali di alam maya.
dan apabila berhadapan dgn pembaca yg tidak sy kenali, juga dtg dgn satu expectation tinggi kpd sy.

oh, bukan. sy bukan nak katakan yg sy punyai split personaliti ! lain di maya, lain di realiti, (nauzubillah!) hehee...
cuma perlu diingatkan, penulisan ini, bukanlah sesuatu yg dilakukan scr spontan.
ia satu proses, yg hanya akan dipublish jika ia dirasakan sesuai.
kalau salah, boleh dipadam, boleh diganti dgn yg lain.
kalau rasa posting yg sudah dipostkan tu tiba2 tidak sesuai, bila2 boleh delete, dan tak perlu risau kalau ada yg mbaca.

penulisan memberi kuasa kpd si penulis utk memilih apa yg dia ingin tonjolkan dan perlihatkan, dan menyembunyikan apa yg penulis enggan war warkan.
kerana itulah, sy menyatakan, mensandarkan 100% sifat dan personaliti seseorang penulis itu drpd tulisannya di blog, adalah sesuatu yg membahayakan diri anda sendiri.

akhlak?

apa itu akhlak?
sifat? peribadi? tindak tanduk? bual bicara?
jika hendak di definisakan erti akhlak scr amnya, adalah,
satu tindak tanduk, bicara yang spontan, yang berlaku tanpa perlu fikir.
nampak kan jauh sekali bezanya?

jika anda kenali seseorang itu scr personal,
maka barulah anda layak utk mengklasifikasikan sy sbg "baik", "sederhana", atau biasa2.

bukankah pesan para bijak pandai, (atau para sahabat mungkin?)
jika mahu mengenali karektor sahabat anda, bermusafirlah bersamanya, dan lihatlah bagaimana sahabat kamu mengendalikan marahnya.

ternyata disini, glgn bijak pandai juga mengakui perlunya "real connection", pertemuan fizikal, dalam proses mengenali karektor seseorang.

bermusafirlah. mengemabralah bersamanya.
buatlah dia marah. lihatlah bagaiamana sahabatmu itu berhadapan dgn kemarahan dan kecemasan. kerana pada saat2 itulah, sbnrya, tindakan spontannya muncul.
tindakan yg lahir tanpa sempat fikir "aku kena cover."

na.. jelas kan?
berbeza kan dgn blog?
sy sudah nyatakan pd awalnya,
penulis berkuasa utk mengawal segala apa yg dipostkan.

hargai

sy menghargai setiap kenalan yg sy temui spnjang berada di arena maya.
ish... tak mahu lah pula kalian kecil hati dgn apa yg sy tulis ni.. sy tetap hargai kalian semua :)
ttp sejauh mana pun, sy masih ttp sy.
mudah utk didekati, ttp sukar utk mempercayai.
jinak jinak merpati. mahu tangkap, terus terbang.

benar sy akui ini mungkin juga kerana sifat sy yg "penghukum" orgnya, (judgemnetal)
ttp sy neutralkan sifat semulajadi sy itu dgn mendidik diri agar memaafkan,
dan menyedari hakikat, bhw setiap manusia punyai kelebihan dan kelemahan.
dan ya,
sejauh mana pun sy akrab dgn alam maya,
sesungguhnya sy lebih selesa dan lebih selamat dgn persahabatan di alam realiti.

contoh mudah,
kalau lah sekali anda menghilang tanpa berita,
sejauh mana, seramai mana sahabat2 maya ini boleh dan mampu utk bertanya khabar dan memeriksa keadaan diri sy waktu itu?
seramai mana yang boleh bimbang dan khuatir akan kehilangan anda?
ttp jika kita bersahabat di alam realiti, sekali kita diam, dan pergi tanpa berita,
akan dtglah sahabat bertanya khabar. sms tak kurang juga yang menelefon. kan berbeza tu?
pertemuan maya, dan pertemuan fizikal memberi impak yg berbeza.

pesan

pesanan sy kepada mereka di luar sana yg hanya punyai sahabat maya,
sedarlah, kehidupan sbnr adalah diluar sana.
tak salah membuat kawan seramai mana pun, ttp jgn sekali2 menafikan kepentingan bersosial dan bermasyarakat. ya.?

jumbled up

rasanya penulisan sy kali ini tidak adak "asas" dan main point.
bercampur2 satu isi ke isi yg lain.
ttp pokok pangkalnya, apa yg sy ingin katakan adalah,
sejauh mana alam maya ini meberi seribu "kegembiraan",
sesungguhnya tiada yang mampu menolak kuasa realiti.
ya.. ambillah sebanyak mana pun ilmu yang anda mampu kutip dari blog tersebut, seraplah, contohilah, teladanilah..
ttp, tolonglah, jgn sandarkan penilaian anda kepada seseorang itu 100% kpd apa yg mereka tulis, termasuklah sy. :)

ilusi?


sembang santai,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat

rasa


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

nak tahu apa yg sy benar2 rasakan sekarang..?
gambar di bwh ini.. cukup jelas menunjukkan apa yg sdg sy rasakan..


allahu Allah..
jgn sekali sekali kau lepaskan aku dari genggaman bimbinganMu..

Allahu Allah..
tunjukkanlah aku jalan..
jalan yg Engkau redhai.

Allahu Allah..
bawakanlah aku,
utk melalui manisnya kecintaan kpdMu.

Allahu Allah..
tetapkanlah aku,
dlm perjuangan DeenMu.

Allahu Allah..
Usahlah sekali-kali,
Engkau letakkan, meskipun sedetik,
urusan hidupku pd tanganku..

Allahu Allah..
dgn keberkatan hari jumaat-Mu,
Engkau tenangkanlah aku..


salam doa pengharapan,
kerana aku bukan makhluk pengkhianat

waka waka ehh ehh


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

facebook

siapa punya akaun facebook.?
sy yakin ramai antara pembaca saya yg memiliki satu.
skrg stattus di facebook kebanyakannya fasal bola.
sy ni yg tak tahu apa2 mengenai jadual dan perekmbangan bola pun,
boleh tahu dgn mudah perkembangan piala dunia.
recently, argentina mbelasah korea 4 - 1.
sebelum ini sepanyol tumpas dgn switzerland..
dan africa selatan juga kalah.
lagu waka waka eh ehh bergema2 smpai kdg2 sy sndri terikut2 rentak eh eehhh (hehe)

itulah. gelombang.
gelombang bola
yang sgt kuat auranya. siapa shj. dimana shj.
masing2 bersepakat. masing2 bersatu.
bahawa inilah masanya, utk "bersatu' menonton bola.
yg selama ini tak pernah endah mengenai bola pun sedikit sebanyak terkena tempiasnya.
seperti siapa,? saya lah. siapa lagi. hehe...


kongsi

em.. sbnrya cakap2 fasal bola ni kali ini, sekadar nak berkongsi satu gambar,
yg dibuat oleh presiden muslim society imu yg baru.
di facebook, bukan shj status berkenaan bola, ttp profile picture masing2 ditukar kpd pasukan pilihan hati. meletakkan jersey kebanggaan beserta nama dan number pemain pilihan.

dan mahu tahu pasukan pilihan dr negara mana yg menjadi "the chosen one" of presiden sy itu?
aha...

palestine!
dgn brnumber 9, dan "bernamakan" syahid

and brikut adalah apa yg beliau tulis :

I envy people who have their own jersey for their world cup 2010 favourite team.
So I created a profile photo of Palestine jersey.
It's World Cup too.

But C.U.P is "see(C) you(U) Palestine(P)."

Hence, World Cup = The World sees you Palestine

as 9 people were dead (syahid) while on board of Flotilla to supply aids to Palestinians and we the people on earth see and witness it.

May we not forget.. =)

a soft way to remind others. simple, yet, penuh panahan.

well now my dear friends,
apa pasukan pilihan anda utk world CUP kali ini?

;)

kerana aku bukan makhluk pengkhianat

hero.


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

menjadi antara orang2 yang mempunyai kenderaan di bukit jalil membuatkan sy termasuk dalam senarai orang2 yg dicari sewaktu memerlukan.
dalam masa setahun yg lalu, hero kecil sy ni telah byk berjasa kpd sy,
juga kpd shbt2 di bukit jalil scr amnya.

alhamdulillah, sy pula bukanlah jenis yang kedekut sangat mengenai soal meminjam kereta ni,
krn antara tujuan bonda memberikan sy kenderaan adlh, utk mbantu shbt2 yg lain juga.
maka siapalah sy utk bersikap "tamak" dr memberi pinjam, ye kan?

observe

kalian pasti tahu, sy ini pemerhati orgnya.
dan kadangkala mebawa kepada sikap judgemental, yakni menilai.

sy memrhati, dan sy menilai.
bagaimana sikap manusia. bagaimana mrk bertindak.

peluang bersama "hero" sy juga mberi ruang utk sy memerhati tindakan2 shbt2 sy.


bagaimana mrk menyatakan hasrat utk meminjam kereta,
bagaimana mereka memulangkannya, dan sebagainya.


peminjam

peminjam si hero terdiri drpd shbt prmpuan, mahupun lelaki.
atas urusan persatuan, tak kurang juga atas urusan persndirian sprt membeli brg2 rumah.

pelbagai senario yg sudah sy lalui.
ada yg cukup berhemah sms meminjam,
tak kurang juga yg lepas tangan.

ada yg sy beri kereta dalam keadaan sedikit berserabut,
ttp dipulangkan dlm keadaan bersih dan teratur,
(dan itu mbuatkan sy terharu. ;) )
tak kurang juga yg telah diberi kereta dlm keadaan bersih,
ttp dipulangkan dalam keadaan kotor dan tunggang langgang.

pernah sekali kereta sy dipulangkan dlm keadaan plate number yang sudah berselotape biru.
itu pun hanya sy sedar apbila sy tertanya2 mengapa terdapat seletope biru dan gunting hitam bertebaran di dalam kereta.
pusing2 sekeliling kereta, rupanya plate number yang bertampal..
allahuakbar. beristghfar sy dibuatnya.

apalah salahnya si peminjam itu memaklumkan kpd sy.
tidaklah sy tertanya hairan tak menentu.
yelah sy pun cukup faham, mungkin shj plate number tu tercabut dgn sendiri.
sy tidak makan orang. kalau rosak, sy baiki. mudah.
cuma, maklumkan sahajalah kepada sy. bukankah lebih mudah?
hm... lupa brangkali kan?
ttp adakah "lupa" itu, satu alasan yg baik.. (?)

marah?

eh.. tidak, sy tidak marah.
sy pun tak tahu kenapa sy tidak merasa marah meskiipun rasanya sy berhak utk marah.
kecewa?
tidak pula kecewa.
mungkin pengalaman2 telah mengajar sy utk menyedari bahawa, itulah manusia.

geleng kepala sy bukan krn kecil hati, ttp krn hairan dgn sikap2 sebegini yg tidak sensitif.
inikah cara sesetengah mereka menggalas amanah.?
dan.. tambahan lagi, mereka ini, bakal2 doktor. ye kan?
benar, kita tidak boleh mengharapkan semua orang berfikir sbgaiamana kita berfikir.
namun, sy akan sgt menghargai, cukuplah, jika kereta sy itu dipulangkan dlm keadaan baik.

beza

adapun begitu, ada satu perbezaan besar yg sy perhatikan antara glgn org2 yg sy berikan kereta ini.
yakni perbezaan antara lelaki dan perempuan.
he he..

perempuan :
jika sy mberi pinjam kpd prmpuan, selalunya, pasti akan ada buah tgn yg diterima.
kadang2 roti, chocolates jgn nak kata la dah byk sy dapat, dan baru2 ni sy "dibelanja" barang yg sy sendiri pesan utk mrk belikan.


permpuan, lebih suka menunjukkan rasa terima kasih dgn cara memberi barang dan material.

berbeza sekali dgn lelaki.
tidak pernah rasanya, meskipun sekali, siapa2 drpd peminjam shbt lelaki mberikan sy apa2 buah tgn . (hehe.. bukan mengharap pun. sekadar nk mentioned perbezaan je kat sini)
dan, bg saya, barangkali cara para lelaki ini berterima kasih adalah melalui ucapan.
krn mungkin, tidak mudah untuk mereka menghargai sesuatu, dan jika sudah terucap, maknanya mereka benar2 menghargai.

itulah, antara perbezaan ketara antara lelaki dn prmpuan yg sy perhatikan.
prmpuan suka utk menujukkan, menzahirkan,
lelaki lebih suka "steady" and relax.
kadang2 satu anggukan sahaja, bg mereka sudah menujukkan satu aprisiasi tidak terhingga.
hukum ini barangkali tidak tertakluk pada kesemua orang dalam setiap kelompok,
ttp sy percaya, scr amnya, ia boleh dipersetujui.

dan ini mbuatkan sy makin faham, betapa kebolehan berkomunkasi dan memahami antara satu sama lain itu amatlah penting. terutamanya antara yg berbeza jantina.
perlu sangat faham, dan belajar memahami, perbezaan komunikasi antara keduanya. :)
well, bukankah women are from mars, men are from venus!



owhh semstinya, tidak kurang juga dgn mereka yg langsung tidak mengucapkan terima kasih.
itu, sy tiada komenlah. yg penting kereta sy dipulangkan! :D

klinik

kini, hero sy telah selamat dihantar ke klinik utk proses pembaikan.
dan alhmadulillah sudah siap dibaiki..
beratus juga lah sy keluarkan duit utk menjaga hero sy sorang tu.
tp.. bila dah nama syg, sanggup shj utk dibaiki.
asalkan kereta sihat wal afiat. :)

polisi

insyaAllah, saya kini sudah ada 'polisi' baru buat shbt2 yg ingin meminjam kereta.
bukan kerana tamak atau kedekut, ttp kerana ingin berhati2.

untuk masa2 akan datang, kereta saya ini hanya akan diizinkan utk meminjam atas urusan kecemasan, persatuan, segala hal yang bermanfaat : talk, seminar, kursus.
dan bukan untuk urusan bersiar2 dan bersuka ria sprt utk ke shopping complex etc.

saya khuatir apabila mendapat tahu ada yg meminjam kereta sy utk berjumpa kekasih hati.
Astaghfirullah. istighfar panjang saya. sanggup tu.?
sy enggan mendapat saham. sy enggan terlibat...

ingat, memang mudah untuk berurusan dgn saya,
ttp sy bukanlah org yang boleh dipermudah mudahkan.



salam hero ;)
kerana aku bukan makhluk pengkhianat