assalamualaikum


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments



Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah, Yang Maha Mengetahui,

Yang padanya tersimpan segala ilmu rahsia sebelum, kini dan akan datang.

alhamdulillah!
segala puji bagi Allah!

sungguh, tidak sangka hari ini tangan saya begitu ringan untuk menari di bicara Qalbu.
bibir sedang mengukir senyum.
mata sedikit berkaca dek terharu.
alhamdulillah, akhirnya, saya, sudah kembali. :')

apa khabar kalian semua!
ada yang rindukan saya? :)
saya tidak pasti bila masanya kalian akan bertandang ke sini, memandangkan sudah agak lama saya tidak menulis di BQ.
apapun, semoga, harapnya, semua dalam keadaan sihat, makin bersemangat untuk mengejar segala sesuatu yang memberi kebaikan kepada diri. :)

sebahagian dari diri saya terasa seperti ringan melayang.
i have been quite serious for the past few months. ye kan?
blog afham muayyad pun saya tidak sentuh dan usik. memang sah lah ke"Serious"-annya.
salah satu tanda "stress". adalah apabila seseorang loose interest terhadap sesuatu yang selama ini menjadi kesukaannya.
haha.. nampaknya saya tergolong jugalah sedikit sebanyak dalam golongan orang yang stress tu kan?


bukan bermakna saya tidak sembuh sembuh,
cuma saya dapat rasakan dalaman saya yang dahulu seolah2 hilang seketika dalam beberapa bulan yang lalu.

penulisan di bicara aspirasi tidak sepenuhnya mengekspresikan apa yang saya rasakan.
saya lebih banyak berselindung dan membataskan daripada berkongsi.
eh.. tidak lah bermakna saya berbohong disana. cuma, tak banyak dari apa yang difikir dan dirasai ditukar dalam bentuk penulisan.
tambahan, sy lebih banyak berkongsi cerita di laman facebook melalui status ringkas daripada menulis panjang.
keinginan untuk berkongsi itu ada, cuma kekuatan untuk menulis dan menulis itu, kurang. maka akibatnya, laman bicara aspirasi diupdate jarang jarang sekali. dan status di facebook kerap benar terupdate. terbalik pula.

kembali

namun segala puji bagi Allah, yang, sering, bekerja dengan rahsia.
mengembalikan setiap satu pada waktu yang sebaiknya., malahan, yang terbaik! :)
sepertimana Dia mengembalikan saya sedikit demi sedikit sehingga tiba lah hari ini, saat ini.

4 bulan. 4 bulan.
sedikit demi sedikit. langkah demi langkah,
dan setelah tempoh itu, alhamdulillah,

hari ini, saya mampu untuk menoleh ke belakang tanpa sedikit pun menitiskan air mata.
hari ini, saya mampu menoleh ke belakang dengan penuh rasa kesyukuran atas didikan yang telah Dia sediakan buat saya dalam proses pemantapan diri.

kerana itulah agaknya saya begitu tenang dan senang untuk kembali menulis disini.
seharusnya saya perlu berterima kasih kerana apa yang berlaku pada waktu lalu benar benar membuatkan saya merenung dan merobek kembali sejauh mana saya meletakkan Allah dalam kehidupan saya.

alhamdulillah. :)
segala puji bagi Allah, yang menentukan dengan rahmatNya.

memetik status seorang sahabat di facebook;
"manusia merancang dengan cita-citanya.
Allah merancang, dengan CintaNya."
dan inilah perancangan Allah, kepada saya. :)

perkembangan

baik!
baaanyak benar perkembangan yang telah kalian terlepas sepanjang 4 bulan yang lalu.
mati lah saya kalau hendak qadha' kisah-kisah lalu. hehe..
but still saya masih mampu kongsikan satu dua perkembangan dengan cara bernombor ye with minimum elaboration.

Ayyad junior

alhamdulillah, keluarga saya kini bertambah seorang putera kecil.
kaklong selamat melahirkan anak keduanya september lalu.
namanya?
Affiq Muayyad Bin FakhrulRadzi. sudah dua minggu saya tidak pulang ke rumah (Sudah? sepatutnya "baru") hehe..
sejak akhir akhir ni kerap benar saya pulang ke kedah. dan dek kerana kerap pulang ke kedahlah "immune system" drpd penyakit homesick merudum jatuh.
seminggu tidak pulang, sudah terasa seksa. mengada-ngada. kan? :D

baby affiq yang tembam.
picture taken 2 weeks ago.


owh ya, lagi satu, sekarang mereka panggil saya ummi tau.
bukan maksu lagi.
yeay! :D

Afham Muayyad

Afham muayyad makin hari makin menggeramkan.
sudah 1 tahun 11 bulan. :)
dah besar anak buah ummi.


makin banyak cakap, perbendaharaan kata makin bertambah dah sudah boleh menyebut perkataan ringkas yang mempunyai maksud seperti "tutup tv".

sejak dah besar ni, susah benar mahu ambil gambarnya.
krn mungkin krn terikut ikut dengan umminya, pantang nampak kamera, pasti akan cuba berebut camera dengan umminya.
akhirnya ummi mengalah dan kamera menjadi "hak milik" tak rasmi afham muayyad.
entah berapa kali camera umminya jatuh berdentum, saya pun tak pasti.
apa yg saya tahu, kalau rosak, ayyad kene ganti beli ummi kamera baru!! :P

"masterpiece" from little afham muayyad

Hero

masih ingat hero saya?
hero saya jatuh sakit, dengan kos perubatan RM300+

benarlah, pelbagai cara duit nak hilang. kalau nak hilang, akan hilang.
beberapa bulan yang lalu junior saya, eh bukan, batchmate m210 saya, dicuri wallet nya.
dan amatlah sakit jantung apabila mengetahui wang simpanan dalam bank tinggal rm30 sahaja..
keseluruhan rm3000 habis lesap. lebih perit apabila itulah "sumber pergantungan" untuk hidup di imu, daripada wang biasiswa.
syukur sahaja sebahagian daripada wangnya sudahpun dipindahkan ke akaun yang lain. memang tidak terkata. kelu bisu.



jadi pengajarannya, usahlah sekali kali lupa untuk memperuntukkan sedikit daripada harta untuk sedekah..
daripada hilang macam tu sahaja?
mungkin saya kedekut...
Saya tak keluarkan duit, sekali Allah tarik duit saya dengan buatkan hero rosak.. serves you right ijjlal.

studies

di imu pula,
saya sudah memasuki bulan terakhir sebagai pelajar semester satu batch m210.
sekejap sahaja masa berlalu.

alhamdulillah adik2 sangat membantu dan baik baik semuanya.
saya pula yang tidak membantu. hehe.
mereka adalah orang orang yang kuat study.
bukan kuat study perkataan sebenarnya, tetapi suka study!
they are so passionate on exploring stuffs. hinggakan perkara yang entah apa-apa pun sy tak tahu.
alhamdulillah skrg saya ada study group. canggih kan?
satu minggu tiga kali. for a 1st semster student, i admit, mereka mmg bersemangat dan knowladgeble. dan study group ni sangat membantu dalam memudahkan saya mengingat dan memahami satu-satu perkara. selain berperanan sebagai "tukang limit" since my studygroupmate mmg sangat tinggi rasa ingin tahunya.. hehe...


peperiksaan summative semester satu akan berlangsung 22 december ni. approximately satu bulan sahaja. doakan saya konsisten study ya. facebook account sedang dalam consideration untuk di deactivate kan. ini peluang kedua saya. dan semestinya saya perlu manfaatkan sepenuhnya!

alhamdulillah

alhamdulillah, segala puji kepada Allah yang telah mengembalikan.
terima kasih buat mereka yang mendoakan kesejahteraan saya, dan semoga segala doa kebaikan dikembalikan kepada saya.
saya ingin melalui hari hari mendatang dengan penuh kesyukuran dan kesedaran yang terus menerus tentang tujuan penciptaan saya disini.
doakan urusan saya pada masa hadapan, sentiasa mendapat keberkatan dariNya dan didekatkan dengan mereka mereka yang sentiasa mengingatkan saya kepadaNya.
saya tidak mengharapkan perjalanan yang mudah dan lengang dari ujian, krn sungguh lebih ingat saya padaNya tika saya dalam keadaan sukar.
cukuplah pada saya berkat dan rahmatNya ada dan sentiasa menemani saya dalam perjlanan kehidupan saya didunia, dalam apapun keadaan dan ketika.
krn saya tahu, itulah satu satunya perkara yang akhirnya akan membawa kepada kehidupan pengakhiran yang jauh lebih abadi. pada hari kerehatan yang sebenr benarnya. :)


saya yang terkini, berbaju putih :)


ingat,
manusia merancang dengan cita citanya,
Allah merancang, dengan cintaNya.

Allahu-akbar!



kerana dia, adalah hamba.

ps:
1.penulisan sedikit "laju". maafkan.ye? :)

2. nak terus sambung di BQ atau di bicara aspirasi ye? sayang dua dua.

rumah baru.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


bismillahirrahmanirrahim..

sayang benar rasanya untuk tinggalkan bicara qalbu.
terasa sudah begitu "sebati" dan selesa.
jika hendak dibandingkan dengan teratak baru.

bicara qalbu terasa "homey" dan "selesa".
menulis disini, rasa seperti pulang ke rumah.
saya menjadi diri saya. untuk bercerita pun, tidak terasa kekoknya.

teratak baru terasa sedikit kaku. mm bukan kaku kata sebetulnya.
serasi itu sudah, cuma sy seolah merasakan apabila menulis disana, sy "tidak boleh" sepenuhnya beremosi. krn dari nama teratak itu sendiri, seprti ada rasa hormat sy padanya. (ok.. macam2 lahhh sy ni kan? :P )

Bicara Qalbu. sudah dikatakan hati, maka akan cenderong utk emo lah. ;)
Bicara Aspirasi. kalau dah namanya aspirasi, mana boleh emo emo. kan?

saya sudah bersama bicara qalbu sejak tahun 2006.
dan bagi seorang yang mementingkan "sentimental" value
dan perlahan sedikit dalam perubahan,
pemindahan ni dirasakan janggal.

kerana itu sy masih membiarkan bicara qalbu diakses.
tidak dipadamkan. saya biarkan.
krn bila2 terasa rindu, maka sy akan kembali berziarah dan menulis disini.

namun sy perlu akur.
sy harus juga berpindah.
lantaran "ingatan" itu sukar untuk dilepaskan pergi jika sy masih terus disini.
terasa seperti kehadirannya masih ada. masih "hidup". masih mampu dilihat.
Allah. sy tak mahu lemah. cukuplah sy jatuh sedikit beberapa minggu yg lalu.

sudah byk pihak yg telah sy abaikan.
sudah lama sy mementingkan diri apabila sy terperangkap dalam "kesedihan" yg sy cipta sendiri.

aneh kan. apabila dengan tiba2, sy menjadi seorang yg pentingkan diri?
mengendahkan setiap sesuatu yg selama ini menjadi perhatian dan jagaan saya.
"biarlah apa jadi. aku nak menyendiri. sekejap".

tempoh sekejap itu mahu sy tamatkan.
sy perlu bergerak. sy perlu maju.

Allahu'alam.

InsyaAllah, utk hari hari akan datang,
kita berjumpa di rumah baru saya ya?

jemputlah bertandang, tuan rumah mungkin menanti.

:)

assalamualaikum..


salam pindah,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : link untuk rumah baru mungkin akan ditukar.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


Bismillahirrahmanirrahim..



malam tu, saya mengenakan tudung bundar berwarna krim putih
bersama baju kurung krim putih bersulam halus di tangan.
dipadankan dengan kain bermotifkan batik,
berwarna hijau pudar lembut, dihalusi dengan sedikit lining emas diatasnya.

.
.
.
.


"cantiknya. macam pengantin.." ditegur.

eh.
pengantin..?


"... erm.. mcm pengantin ke?.. mcm org tgh berkabung ade lah.. hehee..."
jawab saya.




".. mngkin mcm pengantin, tp.. pengantin tak jadi.... "

sy sambung, dlm hati.


hehe..

sorry.




kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : kalau pakai uniform sekolah org akan kata mcm pengantin tak?

the chosen one


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


bismillahirrahmanirrahim..


i cried watching this video.



sebaik mana pun akhlak pd seseorang yg telah kamu temui dalam kehidupan kamu ini,
ketahuilah, tidak akan mampu menandingini kebaikan dan ketulusan akhlak rasulullah s.a.w..

saya, pernah merasai apa yg dikatakan "to love beyond meeting".
dan saya harap sy mampu mengimplementasikannya dalam kehidupan sy yg akan dtg ini..

mungkin ini caraNya yang Dia ajarkan kepada saya,
supaya jauh lebih mencintai rasulullah,
meskipun saya tidak pernah bersua muka dgn baginda.
cukuplah jadikan khabar2 baik..
kisah kisah menakjubkan..
berita berita kelembutan peribadi,
ketegasan pendiriannya
dan kematangannya dalam memimpin..
sebagai cara untuk merasa lebih dekat dgnnya..

You were so caring and kind..
Your soul was full of light..
You are the best of mankind..

kita perlu tahu, betapa baginda mencintai kita...
hinggakan.. pada saat akhir hayatnya,,
tiada lain di dalam fikirannya,
hanya kita, ummatnya...

Your face was brighter than the sun..
Your beauty equaled by none..
You are Allah’s Chosen One..

sungguh, apabila kita sudah kenali,
maka akan kita sayangi.
apabila sudah sayang
maka hati akan terasa ringan,
untuk turut sama melaksanakan segala permintaan
nasihat, pesanan dan anjurannya..

I will try to follow your way..
And do my best to live my life..
As you taught me..

Ya Allah,
ajarkan hamba cara untuk mencintai baginda..
dan hadirkan rasa cinta itu ke dalam hati hamba..
untuk mengasihi dan menuruti kekasihMu,
melebihi rasa cinta hamba pada penghuni dunia.

I pray to be close to you.
On that day and see you smile..
When you see me..

.
.
.

Yes,
on that day,
i hope, im qualified enough..
to see your smile,
when you, see me..

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa

Allahu akbar.


kerana aku bukan makhluk pengkhianat

wajah


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

note : pls ignore kata yg tak tersusun


Assalmualaikum wbt, sahabat sekalian.
maaf, jika ada, antara kalian yang barangkali ingin mengetahui prkembangan keadaan sy setelah peristiwa tempohari.
terima kasih kerana masih sudi menjenguk-jenguk dan mengintai-ngintai. =)

Alhamdulilllah, segala puji bagi Allah yang telah merencanakan setiap sesuatu mengikut pengetahuanNya.
hati saya sudah lapang. minda sy sudah stabil. emosi sy sudah terkawal.

insyaAllah kali ini, apabila sy mengatakan, "saya okey", sy benar-benar memaksudkannya.
ya.. pengakuan dalam posting sebelum ni hy pengakuan memujuk diri. hy pengakuan yg dibuat spy diri boleh jadi kuat. (he..he...)
ttp pengakuan kali ini adalah pengakuan bhw sy sudah bersedia utk memandang ke hadapan, dan melepaskan yg lalu...

lepas

owh tidak, melepaskan itu bukan bererti akan mlupakan, tetapi, meredhakan.

kisah itu, akan sentiasa mnjadi sesuatu yg istimewa dlm perjalanan hidup sy. semestinya.
mana mungkin boleh sy lupakan,!
sedangkan segala-galanyanya bermula dari teratak Bicara Qalbu ini..

setiap kali saya menulis, setiap kali saya membuka teratak bicara qalbu,
setiap kali itu jugalah, pasti, hati ini akan mengingati.

cuma bezanya kali ini, saya sudah tahu cara untuk memandu ingatan sy padanya.
yakni dengan mendoakan, kesejehtaraannya bertemu kekasihnya yang abadi. insyaAllah.


tiga.

tahun 2010 menyaksikan sy berhadapan dengan kehilangan demi kehilangan.
namun kehilangan itu hadir dengan wajah yang berbeza.
rasanya juga bebeza, dan, "pengurusan" yang berbeza.

pertama : tua

wajah pertama kehilangan itu adalah kehilangan yang memang mampu diterima.
sedih, mmg tidak dinafikan sedih. cuma persediaan untuk mengahadapi saat tersebut sudah ada.
pemergian bukan krn sakit, tetapi kerana umur yang sudah lanjut dan sudah tiba masa untuk dijemputNya.
saya tidak sempat bersama arwah wan mariam pada detik detik terakhirnya.
walau ada rasa terkilan, namun rasa redha itu ada.

wajah pertama kehilangan mengajar saya bagaimana cara pengurusan jenazah,
apa yang perlu disediakan, siapaa yg perlu dipanggil, apa yang perlu dilakukan..
ia menjadi pengalaman pertama saya terlibat dalam memandikan jenazah.
dan satu pengajaran besar saya waktu itu adalah : usah abaikan solat jenazah.

kedua : sakit

wajah kedua kehilangan, hadir dalam rupa kesakitan. barah.
kali ini, emosi yang sy rasakan, berbeza dr wajah pertama.
sy lebih terkesan, sy lebih "terganggu". walau redha itu ada, ttp sakit itu masih.
bukan mudah melihat orang yang kita sayangi bertarung dengan kesakitan yang tidak terperi.
apapun sy bersyukur, kerana saya masih diberi kesempatan untuk menjaga arwah wan halimah sehari semalam sebelum dijemputNya. dan berada disisinya pada saat saat akhir hidupnya.

pengajaran dari wajah pertama kehilangan masih saya ingat.
kali ini, saya sempat untuk mengerjakan solat jenazah buat jenazah..

ketiga : unexpected.

wajah ketiga kehilangan, hadir dalam raut yang sangat tidak disangka-sangka.
pemergian yang mengejut, dan dengan cara yang tragis.
persediaan emosi itu tiada. langsung tiada. maka disitulah sy mnjd sedikit rapuh.
agak rapuh. berani sy katakan, sy tidak pernah merasakan kesedihan sedemikan rupa.
Allah. lemahnya hamba.

Meski tidak diizinkanNya utk bertemu jenazah, mahupun menziarahi.
namun bezanya kali ini, saya belajar melakukan solat jenazah ghaib.
memberikan penghormatan terakhir dari jauh. meski, tidak pernah, bersua.

beza

3 wajah kehilangan,
yang hadir, dgn raut yang berbeza.
yang memberi rasa yang berbeza,
pengalaman yang berbeza,
pengajaran yang berbeza,
impak yang berbeza.
dan kepada orang yang memberi makna berbeza dlm hidup sy.

utk yg pertama ; saya tidak bersama pada saat akhir, tetapi masih sempat mengurus jenazah, namun sy tidak mengerjakan solat jenazah.

kedua pula; saya bersama arwah pada saat2 akhir, sempat membantu dalam menguruskan jenazah, dan sy sempat solat jenazah.

dan akhirnya yg ketiga ; langsung tidak dapat bersua, namun dapat mengerjakan solat jenazah ghaib.

apepun, semuanya membawa mesej yang sama,
setiap yang hidup itu, pasti akan merasakan kematian.
kematian itu pasti. dan akan datang, dalam pelbagai jenis wajah.
maka bersedialah.

saya sudah berhadapan dengan wajah kehilangan berautkan sakit tua.
wajah kehilangan yang berautkan penyakit,
dan wajah kehilangan yang berautkan kejutan.

Pengalaman ini mendidik saya agar mampu berhadapan dengan apapun raut wajah kehilangan yg akan hadir dalam kehidupan sy akan datang, dengan lebih matang, lebih bertenang, dan lebih rasional.
saya berani mengatakannya, kerana sudah rasainya.
ya, saya sudah merasainya.

siapa kata mudah untuk hadapi 3 keadaan ini dalam waktu yang hampir hampir.
namun Alhamdulillah,
Dia pinjamkan saya kewarasan berfikir dan Dia mengekalkan rasa iman dalam hati.
Dia mengajar saya untuk... redha.
satu perkataan dengan 5 huruf.
yang mudah ditulis, mudah disebut.. tetapi.. untuk mengimplementasikannya pada saat saat mengejutkan, Allah sahaja yang tahu.

Yakinlah, mereka tidaklah kemana mana melainkan hanya kembali, kepada pemilik segala nyawa.

Hanya mampu berdoa agar doa-doa dan pahala-pahala yang disedekahkan,
dizinkanNya untuk sampai kepada mereka.
kerana itulah satu satunya harta yang benar benar mereka perlukan.

dan berdoa, agar dizinkanNya
untuk bertemu semula,
di alam abadi.

Allahu'alam.
dan sesungguhNya Dia lebih mengetahui.

kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : bagaimanalah raut wajah yang akan menyapa saya nanti..... Ya Allah, Akhiri hidupku dalam iman. akhiri hidupku dalam iman. Akhiri hidupku dalam iman..

cukup..


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


Bismillahirrahmanirrahim..

cari

saya dapati ada yang tiba di teratak saya dengan mencari kata " nik arman firdaus ".

pencarian yang datang bukan dari malaysia, tetapi dari luar negara.
saya percaya, kalian adalah antara sahabat-sahabat arwah yang ingin mengetahui berita mengenainya.
kalau benar, maka salam sejahtera saya ucapkan buat kalian.

Maaf, pasti kalian kecewa apabila membuka laman yang sudah tidak lagi accessable,
lantaran sy sudah pun memadamkannya dari teratak Bicara Qalbu.

hormat

langkah itu adalah sebagai menghormati keluarga arwah yang pasti akan lebih bersedih jika membaca posting tersebut dari saya.
masih ingat lagi sy pesan umminya, yang tidak membenarkan siapapun untuk bersedih dengan pemergian arwah.
maka saya perlulah menghormati pesanan umminya.
membiarkan kisah tersebut di ruang maya tidak akan membantu dalam meredha-kan pemergian arwah.
siapalah saya untuk menidakkan hak bersedih itu,
sedangkan saya bukanlah siapa-siapa lagi pun kepada mereka.

siapa?

maka siapa saya? dan mengapa saya terasa dengan kehilangan arwah..?
saya, hanyalah seorang insan yang dipilih olehNya utk merasakan sedikit dari kebaikan arwah sebelum Allah menjemputnya sebagai tetamuNya..
itu sahaja. tak lebih dari itu.

dan sungguh, pengalaman ini adalah satu perkara yang sangat berharga buat saya.
yang takkan dapat dipelajari dari mana mana sekolah pun di dunia ini.
mengutip sebanyak banyak pengajaran untuk dibawa kepada kehidupan yang mendatang.


“Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.
Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah Al-Hadid : 22-23



cukup

cukuplah kiranya,
(saya harap) inilah posting terakhir yang akan sy tulis berkenaan arwah nik arman firdaus.
banyak pihak yang perlu saya hormati.
banyak hati yang perlu saya jaga, termasuklah hati saya sendiri.

Segala doa kebaikan, kerahmatan, kesabaran, dan kasih sayang
saya tujukan buat keluarga arwah nik arman firdaus.
semoga Allah dakap kalian erat2 dalam perlindunganNya
semoga Allah kekalkan rasa iman dalam hati hati mereka.



doa dari jauh,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat

hasbi robbi..


posted by ~ n.u.u.r ~

5 comments


bismillahirrahmanirrahim..

posting "ini kisahku" dan segala yg berkaitan dgnnya,
telah saya "save as draft".
tidak didelete, ttp disimpan utk simpanan sy.

maaf. dan maaf.

itulah jadinya bila nuur ijjlal bt surani tidak mampu mengawal emosi dengan baik.
segalanya seperti ingin diceritakan, dan diluahkan di teratak BQ.
maafkan saya. maafkan saya.

untuk masa yg akan dtg ini,
biarlah kisah itu menjadi kisah saya. kisah saya sahaja.
kepada mereka yg telah membaca dan mengetahui,
mudahan kalian mengambil ibrah dari apa yang saya lalui.
buat mereka yang tidak sempat membaca dan mengetahuui,
maaflah episod ini tidak akan ada siaran ulangan lagi. (hehe)

alhamdulillah, berkat dari doa kalian mungkin,
saya sudah berasa sedikit stabil.
air mata sudah mampu dikawal.
dada sudah tidak rasa sebegitu sesak.

terima kasih buat ayahanda bonda, kaklong kakak,
dan sahabat2 yang tidak putus memberi sokongan.

nuur ijj'lal bt surani will be back on feet, sooner.

standing stronger,
much stronger than before.

insyaAllah


O Allah the Almighty
Protect me and guide me
To your love and mercy

O Allah don’t deprive me
From beholding your beauty
O my Lord accept this plea

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghairullah

My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghairullah!



kerana aku bukan makhluk pengkhianat

gantikanlah


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

untuk aku, dan untuk kamu..

note: dipetik dari www.ataphijau.com



Kisah 1:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.
Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.
Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.
Allah telah memuliakannya dengan Islam
dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.
Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW,
sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.
Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”
, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.
Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.
“Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah!
Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya??
Yang indahnya adalah reaksi Salman.

Bayagkan sebuah perasaan,
di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Cinta memang tak harus memiliki…

.
.
.

Kisah 2:

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja. Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta..
Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya.
Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.
Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…

Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.
Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….
Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”
Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan.
Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Cinta memang tak harus memiliki…

.
.
.


Kisah 3:

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin.
Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya.
Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.
Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya.
Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut.
Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.
Y
ang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti.
Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.
Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun.
Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”
Dan syahid di tiang gantungan.

Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita.
Benar-benar sendirian!!
Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu…
Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit…
Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…

.
.
.

Kisah 4:

Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…

Dia memandang seorang budak perempuan.
Di pelataran rumah seorang sahabatnya…
‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…

Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..

Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..
“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.
“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.”


Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya.
Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.
Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.
Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka.
Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..
“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…

.
.
.

kepada:

Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan,
bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan,
tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…

Engkau hanya punya doa dan ikhtiar.
Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..

Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..
Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka.
Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik..
Lebih dari segala-galanya. .
Dibanding wanita itu…..



Allah,
redhakanlah..



kerana aku bukan makhluk pengkhianat


khairukum


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

sudah hampir 3 hari berada di kulim
alhamdulillah, semuanya baik2.
untuk permulaan, masih belum mulakan mana2 aktiviti yang dirancang.
program pun baru hendak disusun.

sedang youtubing, bertembung dengan channel ICNA.
asalnya tertarik dengan satu lecture by syeikh Yasir Qadhi (wic was like,among my fav speaker)
then terbetemu pula dgn satu lecture dari syeikh nouman ali khan.

very enlightening alhamdulillah.
dalam banyak2 point tu, ada beberapa perkara yang buat sy tersentuh.
simple things, but go deep deep inside.
and here i am, sharing some for you.
semoga bermanfaat, insyaAllah. :)

original lecture:


little extract
.
.
.

situasi satu:

1. "ala.. bukan siapa-siapa pun. abang aku je. takpelah." sahutan dari abang mohon pertolongan diendahkan

2. "mak aku je. nanti lah aku angkat phone ni." panggilan dari ibu dibiarkan, dan sambung berbual dgn kawan.

3. "ala.. bukan kat mana pun. rumah je. nanti kakak aku kemaskanlah. kalau kat tempat lain tu, lain ceritanya." pinggan kotor dibiarkan di dalam singki. tidak dipedulikan.
.
.
.
.

situasi dua :

1. nama dipanggil guru. terus badan bergerak ke bilik guru, tidak bertangguh.

2. kawan memanggil di telefon. talian terus diangkat meski waktu itu sedang berbual dengan ibu.

3. pinggan gelas habis dicuci. sebagai tanda terima kasih dijemput makan tengahari.

.
.
.
.
khairukum!

sedih, kan?
bagaimana kita mampu berhemah dan beradab dengan orang lain,
tetapi tidak mampu untuk membawa keberadaban kita itu dihadapan ibu, bapa dan keluarga.

bagaimana kita boleh berlemah lembut dengan orang luar,
tetapi tidak boleh berlemah lembut dengan isteri dan anak-anak.

bagaimana kita boleh senyum hormat kepada guru guru,
tetapi tidak mampu senyum hormat kepada ibu bapa kita sendiri.


bagaimana kita boleh bermanis mulut dan bersabar dengan client dan pelanggan
ttp kasar dan berang dengan isteri dan anak anak..

perlukah menganaktirikan layanan?
perlukah meletakkan pangkat pada sesebuah layanan.?

ramai yang kata. "keluarga ku, adalah keluargaku. sudah kenal siapa diriku. lebihnya dan kurangnya aku. maka sepatutnya mereka faham, dan terima aku seadanya."

oh tuhan. kerena mereka menerima kelebihan dan kekurangan kamu itulah kamu perlu menghormati, menyanyangi dan melayani mereka dengan lebih lebih lebiih hormat, jika hendak dibandingkan dgn orang lain yang tidak tahu pun siapa kamu.

berbuat baik kepada orang lain itu, ya, pujian diberikan.
ttp ahli keluarga kita, janganlah pula diremeh temehkan, dipandang sebelah mata!
sebagaimana baiknya anda melayani orang luar, berganda lagi layanan yang perlu anda berikan buat ahli keluarga anda.

ingat pesan baginda?

khairukun.. khairukum... li ahlihi..

yang terbaik antara kalian.. adalah yang terbaik kepada keluarganya.


siapa yang terbaik antara kita?
siapa?

ya.. mereka yang berlaku baik terhadap ahli keluarganya.
ahli keluarganya. bukan orang lain.

ibu kita..
ayah kita..
abang kita..
kakak kita..
adik kita..
suami kita..
isteri kita..
anak-anak kita..



subhanallah.

cukup mudah sifirnya...
khairukun khairukum..... li ahlihi!




sudahkah anda berbuat baik kepada ahli anda?



kerana aku bukan makhluk pengkhianat


=')


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Jam menunjukkan lebih kurang 20 minit sebelum pukul 11 pagi.
Janji dibuat untuk bertemu jam 11.

Alhamdulilllah, Dia mengizinkan saya untuk terus berada dalam golongan orang yang tidak memungkiri janji.

debar

Hati, sudah berdebar-debar. Tak pasti atas alasan apa saya berdebar. (?)
Sepatutnya saya gembira dan ternanti-nanti. Tetapi ini, berdebar pula?

Hampir setahun sudah berlalu. selama setahun yang telah berlalu itu, hanya mampu berkomunikasi di alam maya. Dan hari ini, jam 11 pagi, akan bertemu muka..

Saya mengambil keputusan untuk mebeli sedikit kuih dan duduk di kedai de warung sementara menunggu kedatangan. Dua kuih di ambil, satu karipap, satu kuih talam, dan satu cawan teh o panas di pesan. Harganya…. Rm4.20. wow. Boleh tahan mahalnya midvalley ni.

Selesai membayar, tiba tiba terasa nak toleh kepala kebelakang...
Dan subhanallah! Wajah-wajah yang dikenali dan ditunggu akhirnya berada di depan mata!
Beratur panjang, tak jauh di belakang saya,!

rasa

I was so speechless. Tak tahu nak react macamana. Tangan masih memegang bekas berisi dua ketul kuih. Kaki terus bergerak kea rah mereka, “korang!!!” (eh yeke saya cakap tu. Sy tak ingat.. heh) tangan secara sepontan didepa kan,
Dan saya memeluk mereka. Allahuakbar.

dalam berpelukan, Berbaur2 rasa dalam hati.
Antara rasa rindu, sebak dan terharu…
Rindu.. setahun sudah berlalu. Rindu… untuk bersama berkumpul.
Sebak dan terharu… kerana akhirnya, tanpa dirancang, dapat berjumpa bersama.

Mereka inilah sahabat-sahabat yang telah bersama dengan saya sepanjang 2 tahun pengajian di intec.
Mereka ini jugalah antara orang-orang pertama yang saya kenal sewaktu mula-mula mengenali usrah dan tarbiyyah.
Yang bersama dengan saya pada saat saat awal kaki saya melangkah dan mengenalNya.
(kalau kalian ada baca posting masa awal2 saya masuk imu, kalian akan faham apa yg saya rasakan ni)

Sedar tidak sedar, air mata perlahan2 mengalir. Air mata yang sarat dengan rindu.. rindu yang sudah sedikit sebanyak “terbayar” dengan perjumpaan yang tak terancang ini.

Allah. Rahmatilah sahabat2 ku ini...

jauh

Saya bukanlah orang yang terlalu banyak bercakap. Atau yang pandai bercakap. Dan saya akui, sepanjang perjumpaan bersama mereka, tak byk yg sy cakapkan.
Just being with them is more than enough. Alhamdulillah..

Sahabat-sahabat saya itu, sudah semakin maju.
Sudah semakin jauh ke hadapan.
Duduk bersama mereka mengajar saya banyak perkara.
Saya kan, pemerhati orangnya. =)

alhamdulillah YaAllah.. Rahmatilah sahabat2 ku ini..

lunch

Usai lunch di food court midvalley.

“cepat,sorang kongsi cerita.” Kata seorang sahabat.

Dan akhirnya seorang lagi sahabat menyahut seruan.
Dan bermulalah satu sesi perkongsian selepas lunch.
kisah yang dikongsikan adalah berkenaan seorang sahabat Rasulullah. Bercerita ttg kesabarannya dalam membawa ayahnya ke jalan kebenaran despite umurnya yang sangat muda.

umair bin saad

Ringkas, simple, ttp bukan bual kosong... =)

Allah. Rahmatilah sahabat2ku ini..

hadaf

Berjalan2 di sekitar midvalley.
Seorang sahabat bertanya. “apa hadaf kita ni.?”

Hadaf = tujuan.

berjalan tanpa tujuan sudah tidak lagi diterima dalam kamus hidup. Buat perkara, perlu ada tujuannya... =)

Allah. Rahmatilah sahabat2ku ini..

cendol

Berhenti ke sebuah kedai, untuk duduk dan minum ringan.
Satu mangkuk cendol dan satu mangkuk abc dipesan.

cendol abc

Kali ini sahabat lain yang bersuka rela berkongsi cerita.
Berkongsi cerita mengenai apa yang dibacanya dari sebuah buku.
Dan terus masuk kepada perbincangan , perkongsian serta persoalan-persoalan lain.


Setiap satu butir kata ada manfaatnya. Dan waktu itu saya dapat memaknai sabda baginda

“jika tiada kata yang bermanfaat, lebih baik diam.”

Kerana sesungguhnya, kata yang bermanfaat itu terasa benar manisnya. =)

Allah.. rahmatilah sahabat2 ku ini..

time

And then it was time.
Time to leave. *sigh*

Tp tak mengapa, kita bertemu, dan berpisah, atas kasihNya.
Tiada nilai yg lebih tinggi dari itu.
Maaf buat kalian, krn sy tidak mampu menjadi “tuan rumah” yang baik..

Setahun telah benar-benar membawa sahabat-sahabat saya ini jauh ke hadapan,
dan saya bergembira dan bersyukur dengan keadaan ini.

Semoga kalian pulang sebagai golongan professional yang faham dan mampu melakukan gerak kerja tarbiyyah kerana kami di Malaysia benar2 dahagakan suasana yang kalian rasai di luar Negara..
(baru saya faham kenapa kakak saya sayang benar untuk tinggalkan bumi perancis. But hey… perjuangan sebenar kalian adalah disini. Di tanah tumpah darah kalian.. rakyat malaysia perlukan kalian..)

Selamat maju jaya sahabat2ku. banyak2 bina diri di sana, dan pulang menyemai bakti buat anak bangsa.
dan tolong, Doakan saya terus kuat berjuang di bumi Malaysia…

Allah,
rahmatilah sahabat2ku ini..


salam sayang,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat