salam.
just nak beritahu,
tengahari tadi, dalam jam 1 tghari, kaklong sy ditahan wad.
sudah terbuka 1 cm.
kaklong sendirian di hospital di segamat.
abglong yang tinggal di selangor rasanya sudah turun johor.
makcik sy di negeri sembilan pun turut sama turun johor.
dalam kurang 48 jam, insyaAllah, saya, akan, bergelar maksu, dgn rasminya.
kaklong, ijjlal doakan keselamatn kaklong. selamat berjuang!
posted by ~ n.u.u.r ~
posted by ~ n.u.u.r ~
posted by ~ n.u.u.r ~
Dengan NamaMu YaAllah, yang Maha Menghancurkan musuh2 Islam.
Selawat dan Salam atas Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
alhamdulillah.. dapat hadir ke rapat umum di stadium melawati.
atas sepakat dgn sahabat2 blok 3 akasia, kami mbuat banner. hingga jam hampir 2 pagi.
banner yang tak dirancang.
petang tu baru beli, malam tu baru buat.
dan, x sangka, menjadi jugak banner kami tu (hehe)
di stadium, ramai. semangat. meremang bulu roma. macam2 ada.
kagum dgn beberapa org keluarga yg turut mebawa anak2 kecil.
x kurang juga kehadiran mat2 rempit, yg, tak pasti apa niatnya. mudah2n mereka terkesan juga.
back to the past.
nak rewind balik peristiwa.
pada malam talk perdana oleh ustaz ridha. bertajuk, sayonara palestine. (tajuknya... huuu..)
sy terkesan dgn satu prk yg ustaz katakan. (yg maknanya lebih kurang begini. dah x ingat persisely macamana)
"jadi, apa peranan kita? kalau kutip derma tu, orang2 kat luar pun boleh buat. korang semua, ada keistimewaan lain. belajar betul2 and sumbang pada masa hadapan. ini tidak, pelajar muslim jadi 100 pelajar terakhir dalam exam semseter. apa ni?"
sy tunduk malu. sgt2. terkena dgn apa yg ustaz katakan. mmg benar. kalau sekadar kutip derma, anak kecil usia 12 tahun pun buat. pesanan buat sy dan shbt2 yg masih bergelar pelajar. ayuh, mainkan peranan kita sbg seorang pelajar dan bakal ahli intelektual dan profesional.
pergi
pergi ke sana, menaiki teksi. pengangkutan adalah sendirian berhad. pelik kenapa uitm tidak "mengahntar" rombongan ke sana. walhal ramai juga pelajar2 intec, junior, senior, lelaki perempuan yang hadir ke rapat umum tu. (atau, krn, kami x mohon bas. kan?)
agaknya memang Allah nak permudahkan urusan kami, kami mendapat pakcik teksi yang sgt baik.
umurnya, dlm lingkungan 50-an. berkopiah, keretanya bersih. memang orang lama kerana sy lihat keretanya dibalut oleh plastik yang berbunga2. (dpt bygkan x kereta lama2?)
sy sempat mengerling namanya. Pakcik Umar.
bila menyatakan kami mahu ke stadium, pakcik mula memainkan peranannya menyebarkan info mengenai palestin. bercerita soal boikot mcD. dll.
walaupun maklumat itu sudah sy ketahui, sy tabik dgn usaha pakcik yang ada inisiatif menyampaikan. bayangkan shj, kalau msg2 palestin disampaikan kpd setiap penumpangnya...
tahniah pakcik umar. dan teruskan menyampaikan seruan selamatkan palestin, krn sesungguhnya masih ramai lagi yang tidak mampu "mendengar" raungan serta ratapan palestianians dan "melihat" kekejaman zionis laknatullah.
dan ya. seolah2 mengiringi pemergian kami ke rapat umum tu, ikim meperdengarkan lagu bilakan damai oleh hafiz hamidun yang sgt menyentuh hati. saya, anis, nurus dan hanisah, melayan perasaan masing2 sepanjang lagu tersebut..
Bilakan Damai
Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada
Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan
Anak kecil bertanya bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?
Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menyayat dan menyiat perasaan
Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Bilakan damai akan menjelang?
Soalan yang masih tiada jawapan
lensa.
prk yg paling tidak selesa adalah apabila "diserbu" lensa kamera.
pada awalnya sy tidak menutup muka. tetapi, bila sudah mula terasa sgt tidak selesa, lekas2 muka ditutup dgn key. terus x kisah siapa pun yg mahu mengambil gambar.
x faham macamna para artis tergila2kan kamera. itulah, lain og, lain ragam. kan?
malu!
apa yg paling memalukan adalah,
apabila, kami, tersilap buat bendera palestin. O_O ya! mmg memalukan!
sy mencadangkan untuk mbuat ikatan kepala berlambangkan bendera palestin.
maka kami pun search kat internet bagaimana rupa sebenar bendera palestin.
yelah, nanti silap, maruah negara tu. spt mperlekehkan pula nanti.
terus shj, kami mencabutkan ikatan pada kepala kami. sedikit kecewa.
apepun, terima kasih pakcik, kerana menegur. kalau tak, sampai bila kami sangka betul.
Ya Allah,
usahlah Kau hijabkan hati kami setelah Engkau meberikan petunjuk dan bukti yang nyata.
mesej.
apa yang pasti, alhamdulillah, kini sy punya lebih kesedaran atas isu palestine.
hati melafazkan istighfar panjang, kerana pernah dahulu, saya tergolong dalam glgn org2 yang kurang sensitif mengenai isu ini.
" kalau boikot pun .. apa sgt yg boleh diubah."
ya. sy dulu, sedikit sebanyak punya fikiran begitu. shame on me. kan? sgt tidak sensitif.
suatu ketika, sy kurang sedar akan tggjwb sy sbg seorang muslim yakni meletakkan palestine di hati sy. menggangap semua muslim itu sbg keluarga kita sendiri. alhamdulillah. walapun agak terlambat, sy masih diberi peluang untuk tersedar.
"jgn kamu semangt disini, ttp apabila pulang, menjadi orang biasa"
memetik kata2 pemidato dari (?) .
Ya Allah. dekatkanlah palestin di hati ku.
khaibar khaibar ya yahuuud
hancur hancur yahudi!
saksikanlah yaAllah, sesungguhnya, hamba telah, menyampaikan.
anda pula, bagaimana?
sinar penghormatan
kata hati :
1. perhatian, kami tiada kaitan dgn HALUAN tau.. banner tu ada kakak bagi, kami ambil saja lah.. hehe...
2. Sampai bila2 kami takkan lupa bagaimana rupa bendera palestine.
posted by ~ n.u.u.r ~
assalamualaikum.
"kelu" tangan untuk "berbicara"
mungkin semster ini, "produktiviti' sy di bicara kalbu akan sedikit menyusut.
perlu sangat2 SELAMATKAN perjuangan sy di intec ini yang.... hampir nyawa2 ikan.
keputusan end semster 3, mmg sgt, menakutkan.
kalau sy hendak mbantu yang lain pd masa hdpn, sy perlu selamatkan terlebih dahulu perjuangan sy sekarang ni.
cita2 besar. tp. *sigh*
sudah ijjlal. merungut atau meratap takkan beri apa2 beza.
bergeraklah. bertindaklah. masih ada masa. 2 Mac, Trial Alevel.
satu bulan setengah shj lagi.
terlalu byk yg perlu dicover hingga sy x tahu nak mula dari mana..
mathematics sy yg teruk.. chemistry sy yg tunggang langgang.. statistic sy yg biasa2.. biology sy yg ok2..
pesan mama, "buat satu-satu."
pesan kalian, apa pula?
tolong doakan sy dikurniakan kekuatan utk x terbawa2 dgn kekecewaan keputusan peperiksaan yg lalu.
tolong doakan sy istiqamah dlm pelajaran. dan tolong doakan ketenangan hati sy yg suka fikir macam2. (heh)
sinar penghormatan
kata hati:
1. emm 18 days until sy jd maksu? skjp lagi!
2. lagi! israel kejam! bom 3 sekolah UN.
posted by ~ n.u.u.r ~
BIsmillahirrahmanirrahim..
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
sy mendapat sedikit info mengenai qunut nazilah ini. klik sini.
dan dari apa yg sy faham, qunut nazilah hanya boleh dilakukan secara berjamaah. ?
posted by ~ n.u.u.r ~
Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin
Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari.
Objektif
-Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
-Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
-Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.
sumber : http://amanpalestin.org/
posted by ~ n.u.u.r ~
Puji dan syukur, buat Mu Ya Khaliq,
Selawat dan salam.. buat penghulu kami tercinta, Nabi Muhammad s.a.w..
singkat.
uups. edisi singkat2 shj daripada sy. ada byk gmbr asalnya mahu dikongsikan,
ttp, wifi di akasia ni, tak sama dgn streamyx broadband di rumah. hehe. (alasan;P )
akasia
saya tiba di akasia jam 6. ptg. x selewt yg disangka. tiba di akasia, terus singgah ke rumahRS, dan makan malam di sana. :D
esoknya pun begitu. lunch di rumah rs, dan rehat2 sampai petang di rumah rs.
dan, esoknya hari ahad pun begitu juga. sambut birthday angah, bersama kek dan sedikit makan2. hee.. nama shj pulang awal. ttp macam masih di rumah shj.
anak2 rs sy pun, sepertinya, ok shj dgn kehadiran kakak ijjlal mereka ni. thnx kak ina, sbb melayan sy dgn baik..
esok.
esok dah start sesi pembelajaran.
bermakna, result end sem 3 akan diperolehi dlm 2 3 hari lagi.
o oohh..
tolong!
sy ada satu masalah. mata sgt mudah mengantuk. tolong sy sgt2.
sy tak boleh mengantuk2 lagi utk smesetr ni..
tolong!!
korea.
sekumpulan pelajar korea datang ke intec utk belajar english.
x dpt nak bezakan sgt, sbb, mcm chinese shj rupanya. hehee..
diberi tinggal di bilik tetamu. perabot2 semua ditukar baru, katanya.
ohoo...
adakah ini versi moden "kera di utan disusukan, anak di dokongan mati kelaparan?"
oo... barangkali , mereka telah mebayar lebih, jadi, mereka layak mendapat yg lebih.
(husnuzhon..husnushon..yelah, kami bayar rm85 shj utk 6 bulan. ) hehee
mengidam
saya mengidam sgt2 utk menonton cerita disney bedtime stories.
ada shbt yg ke wayang utk tonton cerita tu sabtu lepas.
tp nmpknya sy masih belum berani utk mengikut ke wayang walau sy nak sgt2 tgk movie tu..
xpelah. bulan depan mungkin ada yg pirated punye. bulan depan pun, bulan depanlah.. huhuhu
merajuk
dengar2 kabar, kakanda sy seorang itu, merajuk.
merajuk kerana tiada siapa yg wish birthday utknya 25 dis yg lalu
alahaii kakak. awal2 pagi lagi sy dah send mms gmbr family dan rakaman suara dr kami. tau.
mana la tahu tak sampai pula? hihiii.. oke2. insy ijj bg kat kakak nnti eh.
jgn merajuk lagi. :P
buku.
semalam slps pendaftaran di intec, sy habiskan masa seharian mbaca sebuah buku kecil.
buku yg dipinjam dr housemate sy, ashira.
tajuknya?
"indahnya pacaran selepas pernikahan" oleh Fahim Ukhukum Fillah.
:)
kontrovesi.. kontrovesi...
kulit bukunya sgt sweet. ada bunga ala2 bunga sakura.
and sepasang suami isteri sedang membonceng basikal.
sisuami menjadi tukang kayuh, n siisteri, bertudung labuh, duduk dibelakang. bedrua shj. :)
tajuk x sperti isinya.
ya mungkin sedikit, bab akhir2. bab tu lebih byk brcerita fsl rasulllh.
buku ni bukan novel, (sbb kalau novel cinta, sy jarang nak go on.)
buku ni, sprti, motivational books yg lain, cuma, penyampaianya santai,
mcm penulis tgh bercakap dgn kita. penuh gurauan, namun berisi. dgn nas2 dr quran, dan kisah2 rasulullah.. terus terang, isinya seikit sebanyak mampu meresap masuk ke dlm diri sy.
dan, spertinya,erti syg pd rasulullah lebih jelas. lebih bermakna.
ada juga modal utk sy jawab bile org bicara mengenai couple.
menjelaskan juga fasal usrah.. fasal .. aahh macam2lah!
berhajat utk mencari satu, n jadikan koleksi sndiri. plus mbeli lagi satu buku karangan beliau, Saksikan aku seorang muslim!. bile lemah2 smngt, baca buku tu balik, buleh naik semmangat balik. (bila sy dah beli, siap2 nk pinjam, silakanlah. kalau siapa yg nak tempah, bagitau sy.)
antara kata2 dlm bukunya,
seorang pemuda itu, bukanlah apabila ia mengatakan, ini ayahku.
ttp seorang pemuda itu, adalah apabila ia katakan, inilah AKU
dalam kelalaian dan kesibukan sy dengan hal2 akasia, bedtime stories, dan ape2lagi.
mereka. mereka.. mereka........
Kementerian berkata antara 17 yang terbunuh pagi ini adalah lima orang anak dari sebuah keluarga tujuh orang , apabila pejuang-pejuang jet rejim Zionis mengebom rumah mereka . Medik melaporkan bahawa ahli keluarga tersebut dibiarkan mati bersendirian kerana ambulans-ambulans itu tidak dapat mengambil mereka kerana kereta kebal rejim Zionis mengawal di situ. -palestinkini.info
(aduhai.. berdosakah sy kerana membenci?)
slm sedar2,
sinar penghormatan
posted by ~ n.u.u.r ~
:: Penghulu ::
dengan namaMu Yang Maha merancang..
selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w..
2 Disember 2009.
Jumaat pertama untuk tahun baru hijrah, juga tahun georgia.
kalian pasti sudah sedia maklum, bhw sy sgt ternanti2 hari jumaat. setiap minggu.
:)
eh... sepertinya, sy belum memohon maaf sempena thn baru ini bukan?
baiklah.. di kesempatan ini, dan, di pagi jumaat yg mulia ini,
sy memohon ampun kpd kalian para pembaca, andai, sekiranya ada, hati yang terguris, atau kata yang tidak molek dr saya.
tiada manusia tanpa kesalahan,
tiada kesalahan, tak termaafkan.
iye kan? ;)
pulang.
tiket bas saya, jam 11.30 pg nanti. entah jam brapa baru tiba ke shah alam pun sy tak pasti.
malam barangkali.
usah khuatir, sy sudah pun memaklumkan kepulangan sy kpd resident staff blok saya.
apa2 nanti, call shj. (sy kan rapat dgn resident staff sy. ;) )
baru smlm sy call rs sy. (free lah katakan.) memaklumkan kepulangan sy. hee..
okey. sy mahu buat persiapan terakhir. :)
doakan keselamtn prjlnn sy yah!
dan, semoga, kalian turut merasai, keindahan hari jumaat ini..
salam hari penuh barakah,
sinar penghormatan
kata hati:
gaza terus bermandi darah.
"Angka korban serangan Israel di Gaza mencapai 410, manakala 1,900 lagi cedera apabila pesawat negara Yahudi itu membuka lembaran tahun baru 2009 dengan meneruskan kempen pengeboman buat hari ke-6, semalam. " - bharian.
posted by ~ n.u.u.r ~
sekarang sy sedang dilanda rasa serba salah. sgt2.
sejak dlm dua tiga hari lepas lagi, mama meminta saya utk install kan software streamyx dlm laptopnya..
sy..... "nanti.... nanti..." (heh)
sebenar2nya, sy ada mbuat sdikit list-to-do sy sblm pulang ke shah alam.
cuci bilik air, basuh luar, dan beberapa perkara lagi.
kalau boleh, sy mahu pergi dlm keadaan yg baik.
cume part install streamyx tu yg sy paling liat nak buat.
sebab.. ntah. mungkin sbb mmg sy suke tangguh. kot.(?)
dari hari tu mama minta, tiap2 hari mama sebut,
hinggalah ke malam ini., namun, masih juga belum install.
disebabkan esok sudah mahu bertolak pulang,
malam ni, masa sy pun get set ready n go untuk install software nya, tp...
tup2, tak dapat nak cari pula cd streamyx,
mahupun external hard disk mama yg ada perisian tu. menyorok ntah mana.
puas geledah sana sini. tak jumpa juga.
cube search kat internet, mana tahu ada software yg boleh di download, x jumpa.
dan akhirnya, x dptlah sy install kan streamyx ke laptop mama.
alamak.... muka mama dah nmpk dah hampa tu.. terserlah jugak lah kemonyokannya....
seerba salah sgt2. salah sy juga.
esok nak balik, malam ni baru nak buat.
salah saya juga, tangguh2 kerja.
walhal, macam2 sgt yg dah mama buat utk sy. ckp saja. dari sekecil2 benda, hingga sebesar2 benda..
"jubah dah jahit? ubat sapu dah bawak? jam dah baiki? kasut dah masuk?"
semua benda mama ingatkan. sanggup keluar petang walau hujan; hanya kerana nk pergi baiki jam.
walhal kat shah alam ada byk kedai jam. berkali2 sy beritahu, sy baiki kat shah alam shj, but, hati seorang ibu agaknya., mahu melepaskan anak dlm keadaan yg sesempurna boleh.
tengahari tadi pun, mama bawa makan piza. x ckup lagi tu, laksa, air kelapa, n nasi ayam.
sy pula..?
mama mintak dwnload kan sstreamyx pun susah.. kerja yg mudah bg sy. amat mudah.
bukan sy tak mahu, cuma tangguh2. dan bila tangguh2, ni lah jadinya.
ttp sy melangkah keluar, meninggalkan hasrat seorang ibu yang tak tertunai
anak ape lah sy ni kan..
:'-(
maaf mama..
sinar penghormatan
posted by ~ n.u.u.r ~
bismillahirahmanirrahim..
saya mengemas2 barang untuk pulang ke akasia.
mama menjenguk masuk bilik. masih bertelekung.
kepala terintai2 melihat apa puteri bongsunya ni buat dlm bilik.
maklumlah, yang tinggal di rumah, hanya saya dan mama. kalau saya tiba2 menyepi, pasti saja akan dicari mama. ;)
" banyak nya barang dik.."
"xdelah ma.. beg ni, separuh je dah penuh ngan buku." sy cuba mencari2 idea untuk membela diri. tangan menepeuk2 di bhgian buku2. konon nak meyakinkan statement sy.
mmg x byk barang sbnrnya. beg sy benar2 penuh dgn buku shj.
serentak itu, mama membalas.
"ijjlal wat ape dengan buku2 tu?"
sy terdiam. air liur ditelan dgn berat sekali. kening sy herot berot.
adui! mama dah tembak peluru2nya kpd saya!
pedihnya. perlian mama cukup bisa.
riak wajah pun tersenyum penuh sinis.
senyum kemenangan, senyum kepuasan.
puas krn berjaya mengenakan saya. :P
sy terkekeh2 nakal. surrender.
tiada balasan dari saya, mama berlalu pergi, masuk ke kamar.
petang tadi baru beli printer baru. mesti tengah semangat nak bedek printer barunya tu. :P
sinar penghormatan
