posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

4 comments

:: Sentuhan ::

Subhanallah, Maha suci Allah. Segala puji bgNya, selayak2 penerima pujian…

Itu shj ungkapan yg mampu sy ucapkan.

Posting sblm ini, mmg agak “emo.” Entah apa yg merasuk sy hingga sy cukup “terbuka” utk postnya ke laman bicara qalbu. Jarang2 sekali rasanya sy menekan butang “publish post” sekiranya posting itu hanya penuh dgn luahan2 yg x berkesudahan.(duhh….. so so borinnnggg… ) Lazimnya akan tersimpan sbg draft sampai bila2. Malu juga dibuatnya kalau ada shbt yg sudah pun membaca. Hehe.

mm. kalau sy delete shj posting “rapuh” tu, buleh ke? Buleh kan.? :D

baru shj sy “mengeluh” kelelahan yg sy alami semalaman.
Dan, hari ini, terus shj Allah menjawab segala keluhan sy. Dia menurunkan sentuhanNya kpd sy, dgn cara, yg sgt indah.

hampir2 shj mahu menangis dek kerana sgt terharu dgn cara Allah menegur sy. Cara Allah membimbing sy masuk kembali ke jln yg dikehendakiNYA. Terasa kerdil benar diri sy ni jika nak dibandingkan dgn luasnya kemaafanNya serta kasih sygNya.. meski sy ulangkali melakukan dosa dan kemungkaran tanpa rasa takut mahupun malu, namun, Allah masih tak pernah putus2, menarik dan menyelamatkan sy… dari, dulu.. hingga sekarang.

Subhanallah, subhanallah..

Talk.

Hari ni, sy digerakkan hati utk ke talk bertajuk menjana minda muslim disampaikan oleh Dr Danial Zainal Abidin. Terima kasih tak terhingga buat Aisyah yahaya yg menjemput sy ke program trsebut. *ecah kun… kamsamhamida~~!!**

Expectation sy tidaklah setinggi apa yg sy perolehi dan rasai slps tamatnya sesi 3 jam bersama dr danial. Sy pergi dgn hati yg gundah gulana ttp sy pulang dgn dada yg lapang, bibir yg tersenyum, dan semangat yg telah diboostkan melebihi level normal. Perjalanan seawal jam 7.30 pg, (program bermula jam 9 pagi) terasa sgt berbaloi. Menunggu bas, berjalan pergi, dan berjalan pulang dlm keadaan panas terik yg menyengat2, spt dibius oleh bekalan yg sy bawa pulang. Sy akui, wajah sy menerima kesan sunburn yg agak ketara.ah, Pedulikan. :)



Dr Danial Zainal Abidin

Orangnya, kemas, teliti, dan sy dapat rasai ketegasan pd diri beliau despite his never ending smiles. Dr Danial sgt suke senyum. :)

sy tidak pernah mengikuti mana2 talk Dr Danial. jadi, mmg ini kali pertama sy bertemu empat mata dan mendengar scr live talk drnya. my rate, 5 stars!
setanding dgn Dr Jamnul Azhar, malahan sy lebih selesa dgn penyampaian sederhana Dr Danial.

Kata2nya mudah dihadam. Penyampaiannya santai, namun, penuh pengisian. Satu persatu, step by step, setiap patah kata, jelas dan simple. Seorang yg punyai pemikiran kritikal, menganalisa, mengkaji, dan punya kehendak utk mencari lebih dr apa yg dihidangkan.

Keistimewaan dr Danial ini adalah dlm bidang quran saintifik, yakni, beliau byk menghubungkan sains dgn quran. Mmg selalu baca ulasan2nya melalui buku tulisannya ttp effect dia lain bile kite dengar terus dr org yg menulis itu. Lebih dramatic, org kate. Hehe..

Dr Danial ada berkongsikan kisah2 mudanya, bagaimana beliau bgitu gigih utk menimba ilmu.

  • Menghafal satu kamus bahasa arab krn ingin memahami kuliah2 agama sepanjang beliau di mesir, krn pengajian medic nya tidak offer ilmu agama since ianya totally syllabus dr perancis. (lulusan univ alexander)
  • Datang menghadap tok2 guru di mesir, memohon tunjuk ajar.
  • Tak malu utk mengatakan, sy tidak tahu. Dan sy mahu belajar.
  • Mencari, mencari dan tanpa lelah terus mencari.

Kadang2 kita dapat rasa, samada ssrg itu menceritakan “kegigihan” diri sendiri serta ilmu2 tinggi yg dimiliki utk menunjuk2 atau menceritakan kegigihan nya dgn tujuan diambil pengajaran dan dikongsi bersama.

And, I believe, I cud feel, that, dr Danial benar2 mahu berkongsi segala ilmu yg ada dlm dirinya dgn harapan mampu memperbaiki diri para pendengarnya, termsk sy.:) thnx for the sharing, Dr Danial.

Sgt membuka mata sy mengenai tuntutan dan cabaran menuntut ilmu.

Pesannya yg sy suka.;

“banyak benda yang anda kena buat sendiri”

"sy tak pernah minta anda membeli buku saya, sy mengajak anda membaca buku saya. tp, kalau nak baca, kena beli dulu." hehe lucu. :P

owh ya, pesannya juga, tontoninya di TV9 malam ni scr live, mbincangkan tajuk; cikunguya
:)

dr kiri : hanisah, ashira, azimah, me, dr danial.

slm penuh kesyukuran,
sinar penghormatan

p/s : sdg berusaha utk menaip kembali sgala isi yg sy perolehi sms 3 jam pengisian drnya.


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments

note : entry ini agak emo. hoho
sila dgr lagu ni along with the lyric..








masa terus berjalan


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


Bermula semalam, status sy di YM adalah, rapuh; dlm mlangkah.

Beberapa hari ini, dada sy terasa sempit.
Nafas sy terasa berat.
Entah mengapa, sy sndri tidak pasti.
Itu tak kena, ini tak kena. Serba serbi x kena.

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

Duduk2 mengekstraplorasi..
Sy jatuh hiba, tertunduk lemah.
Terasa berat sungguh bahu sy ini dgn bebanan2 serta himpitan2 dosa yg pernah sy lakukan……

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Titik2 hitam, yg terus menerus, memekat. Hitam, legam.
Satu persatu, terputar2 dihdpn mata. Bermain2.

Tindakan2 yg , ----
Harapan2 yg, ----
Semuanya,
Seolah2 mengejek2 sy kembali.

Serentak itu juga, gambaran siksa azab drnya jelas2 mengejar2 sy.
Mengapa sy lupa ttg azab2 itu. Mengapa..?
Mengapa sy diasyikkan dgn sifat2 allah yg maha pengasih, penyayang, pengampun….
ttp lupa pd sifatnya yg juga maha pengazab.. maha penyiksa, maha pemberi balasan?

Sy takut…
Sy khuatir...
Seandainya, bebanan dosa2 ini, tidak sempat utk ditebus kembali.
Sanggupkah sy mengharungi derita api neraka yg tidak tertanggung itu…….

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu..

Sy bingung…
Mengapa, kadang2 itu, sy masih, mengulangi kesilapan berkali2, meski lazimnya sudah memasakkan “azam” utk tidak mengulangi…?
Bagaimana caranya utk sy punyai kegigihan saidina umar yg langsung meninggalkan budaya jahiliyyah nya…
Apa yg perlu sy lakukan, utk mndptkn kekuatan srikandi2 zaman rasulullah……

Owh tuhan..

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu…


rapuh.:'(


maafkan aku,

sinar penghormatan.


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment

rindu andalusia sudah diposkan kerumah.
khuatir terlekat membaca.

belum selesai dgn itu
tiba satu lagi "naskah" baru.
sukar utk resist tarikan pts litera..
kalau dulu trilogi laskar pemimpi, diikuti rindu andalusia, kini, matahari di atas gilli pula?
sebenarnya tertarik dgn tajuk die je.. isinya tak tahu macamana. buleh ke mcm tu? ;)


bagai magnet. terlihat, terbelek, terbayar, dan terjadi hak milik.

kenapa suke sgt mbazir ijjlal. hoho
yg sblm ni belum habis baca, sudah beli yg baru? :P

sekian,
sinar penghormatan


kata hati: perlu "poskan" buku ni kerumah jugak!


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


umur masih belum melangkah ke alam 20,
ttp sudah menerima bungkusan2 ingatan drpd insan yang sentiasa dekat di hati. :)
khuatir tidak sempat utk memberi; katanya.
*terima kasih tak terhingga*

yg satu itu, kecil, bercorak abstract.
yg lainnya, besar sedikit, bercorak hati
ahh.. hati. <3
:)

pesannya,
di larang mbuka hingga tarikh itu tiba.


owh. ..
pernah dinyatakan sy akn sdaya upaya utk melaksanakan amanah.
tp.. klu tak terdaya, macamana ya? :P

sekejap2.
sinar penghormatan

kata hati : baru teringat ada exam CiTU minggu depan. O_O


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

:: Al fatihah ::

khamis malam jumaat yg lalu,
keluarga sy kehilangan seorang ahli.
ustaz khairul azhar kamarrudin, suami kpd kak najibah, (dua pupu sy)
kerana..? demam denggi.

keluarga arwah adlh antara keluarga yg paling dihormati diantara cabang2 keluarga sy.
generasi2 dr keluarganya byk melahirkan para da'ie jg profesional yg, memahami tggjwb sbg srg muslim.

arwah, adalah menantu kpd anak kedua bongsu.
masih muda, anak sulung baru berumur 4 tahun, anak kedua setahun lebih, dan kak najibah sdg sarat mengandung ketika arwah pergi.
dan hari ni, kak najibah baru melahirkan anaknya, yg, suda tidak berbapa.

buat paklong kassim dan maklong badariah,
takziah diucapkan..

buat kak najibah, semoga, terus, terus tabah. dan tidak putus asa..

entah apa agaknya yg kak najibah rasakan saat ini. dua org ank nya tidak mahu berenggang, anak kedua masih menyusu badan, dan kini lahir seorang bayi lelaki..

ditype pd 22mac2009, ttp dipost under tarikh 20mac.


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


:: bersih ::


Dengan NamaMu Ya Allah..
Selwat dan salam ats junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..


" maaflah, x tersusun. bilik org bujang, mcm ni lah.."

selalu benar sy mdgr kenyataan tu.
kenyataan terkeluar apabila, menerima unexpected visitor ke bilik/unit/rumah bdk2 bujang.
(bujang refers pd bujang lelaki dan jg prmpuan)


hiasan semata2

plastik giant terlantar diatas sofa,
resit harga ter"jelopok" di atas kerusi,
serbuk minuman yg tertumpah sudah kering di pantry..
sejadah terlantar di ats lantai, bergulung2.

kalau semua tu adlh dlm jangka waktu yg pendek shj, itu, x mengapalah kan...
ttp ini, berhari2.. dibiarkan shj.. dan,
kalau semua "ketidaksusunan" itu adlh prk2 yg tersmbunyi dan sesuatu yg sukar utk diperasan spt; taik cicak di belakang sofa etc, itu, lain cerita. ttp,
ini semua benda yg jelas dpt dilihat depan mata, besar2, dan, mmg boleh dilihat.!

pernah Resident staff sy mengadu.
"tak sangka bilik budak2 prmpuan pun sama je dgn bilik budak2 lelaki. kak ina pula yg rasa malu. keluar bilik alahai ayu2, cantik2, wangi2. tp bile tgk bilik......."

sy tidak mampu beri komen panjang.
hanya tersenyum, tersengih2.

kenapa.?

persoalannya.. kenapa keadaan spt diatas berlaku..?
bilik sy tidaklah sekemas mana. ttp tidaklah sepah hingga memeningkan kepala..
keadaan paling kurang terurus adlh semasa minggu examination.
buku disusun bertingkat2, kalah klcc.? hehee.

mostly shbt2 yg dtg ke bilik spt "cemburu" dgn "kekemasan" bilik pnghuni 3305.

"ee.. jelesnye tgk bilik korang.. kenapa kemas ni..."
"kenapa mcm rasa kat rumah je..."

jwpn selamba sy adlh.. "sebab dikemaskanlah.."

sy tak pasti samada kenyataan sy agak pedas atau tidak, ttp itu lah kenyataannya. sy x berbohong.

kemas adlh krn dikemaskan.
x kemas adlh kerana..? tidak dikemaskan.!

sy pun agak hairan.
mengapa perlu jadikan statement"bujang" sbg perkara yg mebenarkan keadaan bilik yg tidak terurus.?
untuk apa sbnrnya kite menjaga kebersihan dan kekemasan.?

untik siapa, untuk apa, dan kerana apa..?


definisi

bila bertemu dgn lebih ramai org, pelbagai definisi kemas dan bersih yg sy jumpa.
lain org, lain definisinya.
bersih dan kemas mereka, mungkin x sama definisinya dgn bersih dan kemas sy.
iyelah, didikan pun berbeza.

ada org, bg mrk, asalkan semua baju masuk dlm almari, dan tiada yg bergelimpangan diatas lantai, itu sudah dikira kemas.
ttp bg sy, semua baju perlu dilipat terlebih dahulu dan disusun ke dlm almari. itu, baru kemas.

ada org yg x kisah jika disekeliling singki didapur basah.
ttp sy, tgn sudah otomatik utk mencapai kain lap dan mengelap tepi2 singki hingga kering. (atau skrg2nya tidak terlalu berair)

sy tidak pernah meminta siapa2 pun utk menuruti atau mengikut definisi kemas atau bersih sy.
di 3305 pun, sy tak kisah, malahan sy cukup gemar utk mbersihkan rumah kalau punya kesempatan.

x fasal2 tiba2 sy bersihkan toilet. x fasal2 tiba2 sy menyapu rumah.
ask my housemate. they know it much better. :P

tak perlu rasanya utk menyuruh siapa2 utk melakukan kerja pembersihan meskipun sy punya housemate lain. x perlu harapkan siapa2. sy mahu bersih, jd sy bersihkan jelah. simple. housemate sy pun mcm tu jgk. ada ms, tiba2 shj mereka mencapai penyapu dan menyapu. sy gembira, housemate pun gembira. :)

jadi..?

mungkin ada yg akan bertanya.

"jadi, kalau definisi bersih itu berbeza2, kenapa perlu point out rumah ni sepah rumah ni bersih. bukankah ia bergantung pd definisi individu tu sndri?"


alasan paling mantap ;D

jwpannya adlh, kalau ISO adlh utk menetapkan standard ssuatu system atau kualiti ,
kite juga punya satu standard yg menenggelamkan segala definisi "bersih" yg pelbagai ini.

dan, standard kita, adlh, islam, semstinya. :)

cukup brty pd diri. "kalau rasulullah tiba2 dtg rumah, agak2nya aku nak ke Rasulullah tgk bilik aku dlm keadaan mcm ni.?"

kalau itu mnjd kayu ukur dan rujukan kalian, sy percaya lagi yakin, kalian akan memenuhi standard bersih dan kemas yg dianjurkan.. ;)

kenapa?

kenapa sy tiba2 menyentuh soal ini..?
entahlah, kdg2 tu, sy sgt terkilan bila melangkah masuk ke rumah org2 yg sy hormati, spt guru2 atau lcterur, (ustzh dan ustaz pun sama..) ttp, keadaan rumah mrk, atau, bilik mrk, sgtlah, mengecewakan.

bukan sepah sikit2, ttp sepah yg sgt amat.?
maksud sy spt, roti yg telah dimakan, berada diatas buku dirak buku. faham ke keadaannya tu.?

sedikit sbyk menjejaskan imej dan pndgn sy terhadap mereka.
dan, itulah prk yg paling sy takuti...
sy tak mahu org lain mempunyai impression yg sama apabila mrk memasuki kediaman/ kwsn kalian. lebih2 lagi jika sekiranya org itu dtg ke rumah anda dgn harapan utk belajar sesuatu atau brty sesuatu kpd anda..

harapan sy, mudahan2, sdikit sbyk, posting simple dr sy ini, dpt mbuat kalian berfikir, sejauh mana kalian mnjg kebersihan diri, juga sekelilinng..

wallahu'alam.

coret-coret,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

sy jumpa picture ni. comelnye!



teringat zaman kecik2,
sy punyai beberapa buku koleksi Little Mr.Men
teringat zmn muda2
sgt bersuka ria. :)



posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments


:: effect ::

Dengan NamaMu Ya Allah..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

topik

minggu kasih sayang ini meberi effect pd tajuk pebualan antara sy dan family.
ape lagi, tpik nikah lah...
sy dgn babah,
sy dgn mama..
sy dgn kaklong..
(dgn kakak x de lah pulak?)

sy bergurau dgn ayah sy.
"wa... babah 13 mac, kaklong 14 mac, ijjlal nak 15 mac lah. baru best. sekali. nnati bleh celebrate sama2."
"ee gatal ijjlal ni. kalau nak kahwin cepat, babah buleh nikahkan, tp, xde kenduri besar2 lah. jamuan makan biasa je."

pd mulanya , sy hanya bergurau.
tiba ke kulim, mama beritahu.
"dik, babah dah cek tarikh mac tu. kalau nak, tahun depan ada, 13 mac boleh, sbb hari sabtu.
x pun 12 atau 13 mac 2011. sabtu atau ahad."

mata sy terbulat sekektika. sungguh! ayah sy cek kalender utk melihat tarikh2 keramat supaya dapat sederet anak2nya nikah bulan mac.

dan tak sangka, rupan2ya kakak sy di france tu pun berkira2 tarikh 15 mac dan 16 mac bg tarikh pernikahannya.

mac tahun depan? mac 2 tahun lagi?
kalau benar-benar tejadi, bermakna, umur sy baru 21 thn atau 22 tahun. kan?

risik.

kalau nak diikutkan risik merisik ni.
mmg pernah dirisik.
dirisik ok. bukan dipinang. sgt jauh berbeza keadaannya tu.

pertama kali, sewaktu umur sy baru 4 atau 5 tahun.
waktu tu, sy sefamily ke turkey. menziarahi kota istanbul.
entah macamana, keluarga kami ditegur oleh seorang penduduk tempatan, yg eventually merupakan imam topkapi palace. Imam Adam.

imam adam menjemput kami ke rumah.
waktu tu beliau mempnya 2 org anak. adam, seusia dgn sy. dan sumaiya.
katanya, dia susah utk melihat kanak2 seusia memakai tudung..
dan waktu itulah beliau mengeluarkan kenyataan ni..

"ali.. ijjlal.. nikah, nikah."

waktu tu sy tak faham ape2. so, buat tak tahu je lah.. main2 dgn si ali dan sumayya. hehe.
parents sy hanya ketawa. entah serioas atau tidak apa yg imam adam tu katakan.
kalau seriuos.. o_O

waktu yg lain adlh apabila seorang kelurga kami berty pd mak sy,
"maklong ingat nk jodohkan anak bongsu maklong dgn mana2 anak nafisah.."
(nafisah itu nama kedua ibu sy)
nama yg mula2 disebut adlh, nama saya.
berderau darah, tak tipu. sy dan maklong kerap berjumpa dek kerana waktu tu sy bertapa di kampung mnjaga nenek sy yg sakit...
but, bile kata yg sy masih ada 5 tahun lg hingga habis belajar, nama sy dipadam dr list. hehe..
fiew~ then nama kakak kedua sy pla naik.. akhirnya kakak sulung. tp, semua tak mnjadi..
sblm pulang, maklong memeluk sy erat. tak pernah rasanya maklong peluk sy mcm tu skali punye kuat.. berdebar2, sungguh.



waktu yg lain adlh, thn lepas, bilamana jiran sy yg tinggal di kwsn atas, brty ttg sy.
ni, cik anum yg brcrita.
" ****** tanya fasal ijjlal" makcik tu mberitahu cik anum.
sy tak pasti cik anum dah tokok tambah atau apa, but, cik anum mmg excited sgt ble nak sampaikn kpd sy.

huuu... meremang bulu roma sy. org yg dimaksdukn itu adlh org yg sy kenali. sjk zaman persekolahan. macam, x dpt nk percaya,. harap2, cik anum hanya menokok tambah.!


kahwin awal

sy bukan nak fokus pd isu usik mengusik antara sy dgn family mengenai kahwin awal ni, mahupun isu risik merisik. umur sy pun tgh "panas" jd tak hairan pun kalau ada yg risik2 ni. so, abaikan.
just nk membangkitkan topik kahwin awal.

sy punyai shbt2 yg sudah pun bernikah.
malahan sudah mempunyai anak.
sejarah keluarga sebelah ayah juga byk mencatatakn rekod kahwin awal.

menjelang umur 20 thn ni, sdikit sbyk, sy akui, topik perbincangan antara kwn2 yg agak populer adlh topik masa depan. sesuati yg x pasti, ttp sering diperbincangkan..

disini sy lampirkan3 contoh shbt yg nikah awal.

pasangan 1

sy tidaklah mengenali siapa mereka ini.
pasangan ini adlh shbt kps kwn sy di intec.
melalui cerita shbt sy, pasangan ini berumur 20 tahun, sama kelas, sama kos perubatan. pelajar uia. baru bernikah dalm dua tiga minggu lepas.
dinikahkan atas ayah ayah kpd pengantin perempuan yg merupakan seorang professor, krn ingin menjaga kesucian hubungan anak permpuannya.

pasangan 2

pasangan ni pula, si suami bernama faidz, dan si isteri bernama nusaibah.
bro faidz adlh connection sy di internet, pernah dulu2 sy aktif berdiskusi dgn beliau yg ternyata sgt matang. bernikah pd tahun 2008, sms berumur 22 tahun. masih belajar bersama2 isterinya di USA.

pasangan 3



puteri sulumg tokoh terkenal indonesia, AA gymnasiar, ghaida tsurayya, brumur 20 thn. bersama suaminya harpinadi ihram, 24 thn.

pihak mana?

persoalannya, sy skrng di pihak mana.
anti kahwwin awal atau pro kahwin awal.

isunya bukan mengenai pro atau anti
isunya adalh, bersedia atau tidak.
sesuai atau tidak.

keluarga.

bg saya, antara faktor utama yg sgt2 menyokong pd penikahan awal ini adlh, sokongan keluarga.
spt pasangan 1 td.
sy dpt rasakan keluarganya adlh keluarga yg sgt2 memahami dan sgt2 menyokong,
bukan mudah, bg seorang ayah utk memohon puterinya dinikahkan awal, kpd seorang pemuda yang, duit poketnya sendiri pun dtg dr ibu bapanya.
disini sy nmpk, matlamat ayahnya adlh utk menjg hbgn puterinya dr prkr2 lagha..

anak

sy punyai kenalan yg, nikah awal, sms belajar.
dan, kini, sudah mempunyai 2 org anak. seorang 4 thn, seorang 1 thun. dan kini sdg hamil, anak ketiga.
mmg nmpk bahagia, ttp sgt kesian dgn si anak yg perlu dijaga oleh nenek dan datuk dek kerana ibu dan ayah mahu belajar.



semua duit tanggungan anak2 ditangung oleh nenek dan atuk..
mereka sgt rindukan kasih syg ibu bapa. sehingga satu tahap, si kecil yg baru berusia 4 tahun ini, tiba2 dtg duduk menghadap neneknya, membawa alquran, mbacakan surah alikhlas, dan berdoa sambil menangis..

"ya allah.. bagilah duit banyak2 kat ****, nanti **** boleh bagi kat ummi dan abah.."

betapa desperatenya si kecil yg baru berumr 4 thn? :'(

pasangan 2 pula, punya keadaan berbeza, dimana, keduanya belajar di luar negara.
mungkin tuntutan itu lebih kuat utk brnikah awal. slmt bg si isteri, dan selesa bg si suami.
sy percaya isu duit bukanlah isu yg besar bg pelajar luar negara. (sbb kakak sy di perancis tu, ish, mcm peti duit. :P)

psgn ke3 pula, emm.. xtau nk ulas lbih lanjut macamana..
sbb, org jauh. sy pun kenal melalui friedster semata2. ttp dr album gambarnya, nmpk mcm everything is fine..

jadi?

pendapat sy, x salah utk kahwin awal.
bg sy sendiri, kalau boleh, harap2nya, sebelum umur sy 25 thn. (buleh ke main cakap2 mcm ni?)
my parents pun mcm dh bg lampu hijau je utk kawin awl ? sekalipun ianya guaraun. (giggle)

cuma, perlu diingat. pernikahan itu, bukanlah suatu hubungan jangka pendek.
ia adlh hubungan jangka panjang. sgt panjang, sehingga kite menghembuskan nfs terakhir, malahan, akan bersambung kembali di alam akhirat.

kalau ada kalian yg terdetik utk nikah awal,
perlu diingat, nasib anak2 yg bakal dilahirkan nanti..
sabar2lah dlm mendapt anak. kasihan anak tu nanti..

apepun, semua ini urusan Allah.
org kata, pernikahan meluaskan pintu rezeki.
apepun yg org kata, kte perlu berpijak pd dunia yg nyata. realiti.
adakah benar2 cukup bekalan utk memimpin diri sndri dan keluarga dan anak2?

sy pernah brty dgn kaklong sy.. khuatir juga dgn kaklong sy yg agak santai. rileks.

"kaklong... macamna kaklong nak didik afham nanti ni..?"
"entah.. kaklong pun risau"

seriosly, sy risau dgn jawapan kaklong. entah?
sy enggan melihat anak saudara sy ini mebesar dgn didikan tak tentu hala.

kahwin lambat x semstinya punya ilmu dan kematangan yg cukup utk besarkan anak.
ia bebrbalik pada tahap kesedaran dan kemahuan ibu bapa dlm mencari ilmu mendidik anak2.

so, wat i want to say is, ape pun umur yg kalian nk kahwin, make sure, ilmu mendidik anak ini diusahakan utk dicari. usah jadikan "baru pertama kali ada anak.. tak tahu.." sbg alasan.

hmm,
ini sekadar pendapat peribadi. kalau ada yg salah, tlg betul2kan.

penutup

dlm kereta semalam, mama brty

"dik, bakal menantu mama nanti, doktor ke?"
"allah shj yg mengetahui, mama.."

ya allah, buangkanlah rasa keluh kasa dlm hatiku
mengenai sesuatu yg tidak pasti.
kukuhkan dlm hatiku prk2 pasti yg engkau janjikan..




so, macamna? nk kahwin ke?


salam usik mengusik,
sinar penghormatan


kata hati : A level pun tak lepas lg.


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

No comments

:: anniversary ::

Dengan NamaMu ya rahman, Pengurnia Kasih Sayang..
Salam dan selawat buat Rasul Junjungan...

kasih sayang

minggu ni minggu kasih sayang
kerana, dua anniversary berurut2.
mama dan babah 13 mac,
kaklong dan abglong, 14 mac.

sampai shj ke kulim, tidak sempat pun pulang ke rumah,
kami terus ke auto city penang.
sy dan kaklong sudah berpakat untuk treat family dinner.
dan, pilihan parents sy adlh,
Fish and chip yg sgt enak..
oysters, roasted prawns, mushrooms, and some other seafood, prepared weestern style.
let the picture say everything..

and, nak tahu, sepanjang kami berjamuan family (yes, without you, kakak. hoho)
afham sedap tidur. nyenyak x bersuara.
afham sekarang ni sgt comel... sunngguh x dpt dipercayai oleh mata maksu nye ni. sgt lain dgn waktu umurnya 2 minggu.
dan ya, afham lebih comel kalau dilihat scr live. he's not fotogenic. seriosly.
menambahkan kecomelannya bila afham pakai baju lembu... mooo.......
:D


buat mama babah, kaklong dan abglong,
semoga kalian terus diberkati.. dan tergolong dlm glgn suami isteri yg soleh dan solehah,
kerana, suami isteri yg soleh dan solehah itu, akan berjumpa semula di syurga, bersama, selamanya...

dan, doakan ijjlal juga mampu menjadi insan solehah, coz, i, too, want to be with "whoever-my-husband-yg-doa2nya-seorang-yg-soleh" in the hereafter.. *sayu* :'(



mood kasih sayang,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~ on

12 comments

:: travel ::

Dengan NamaMu Ya Allah..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..



bas

sabtu lepas, sy bertolak pulang ke kulim. menaiki, bas.
alhamdulillah rezeki sy, shbt sy yna menumpangkan sy ke stesen bas. may allah bless u; musuhku. (sy dan yna adalah musuh yang paling baik didunia. kan yna kan? ;D)

tiket menunjukkan jam 12 tghari. sy menoleh jam tgn bonda sy yg telah scr tak langsung mnjadi "hak milik" x rasmi sy. hehe..
owh, 20 minit lagi. kebosanan, sy mbuka buku tulisan kapten hafiz firdaus, bertajuk,
"menulis secara efektif." buku tu dibeli scr murah, terus drpd kapten sms sy menyertai sesi kuliah di rumahnya di seksyen (?) semester lepas. (oops. semster lepas?? ya, mmg tak baca2 lg buku tu. baru start mbc, bg sy. isinya agak tegas, tp, berguna)

highlight

owh.. ape yg sy nak highlightkan disini bukanlah mengenai cerita di stesen bas mahupun mengenai buku kapten hafiz, itu, hanya introduction, nak memanjangkan posting ni semata2.. hehe..

nak dijadikn cerita, bas sy bertolak dr klang jam 1 tghari. sy sudah bersiap2 mahu niat jamak taqdim krn sy tahu benar, bas ni akan berhenti rehat di perhentian "busuk" di slim river. seriusly sy kurang selesa dgn perhentian tak rasmi di sana. especially surau nya yg, mm.. mcm bangsal? kalau baru hujan, mesti basah dlm tu.. kalau nak ambil air wudhu, bg permpuan, perlu ambil siap2 dr bilik air, coz tempat ambil wudhu dia adlh open.

ok, jalan punya jalan... sampai lah sy di perhentian busuk yg sy expect tu.. but, org kata, expect the unexpected.
mmg berhenti di slim river, but, bukan utk brhnti rehat, ttp utk tukar bas.
penumpang2 yg akan turun ke kulim dikehendaki tukar bas, dan penumpang yg lain, dibenarkan rehat.. waktu tu, bas ke kulim sudah bersiap sedia utk bertolak. mereka sudah selesai berehat.
maknanya, no break time for me. no makan for me, no toilet2 for me, no, solat taqdim for me? o_O

ape pun, alhmdulillah, seorang remaja lelaki, (pembantu bas yg sy naiki), membantu sy mengangkat travel bag sy yg agak berat. kesian tgk adik tu. berat tau beg sy, hehe. but, i was really thankful for the help.

mendekati bas yg hendak ke kulim, sy bertny kpd driver bas. seorang indian berkacamata.

"tumpang tanya, lepas ni ada berhenti lg x.? sbb sy nak solat.."
agak tersedak bila pembandu bas tu menjawab "tidak".

kalau ikut kiran2ya, sy akan tiba di kulim lewat 7.30. waktu itu, azan maghrib sudah masuk.
nampaknya, perlu solat menghormati waktu shjlah... (di, negara sendiri) huhu.
sy tidak lah marah kpd pemandau bas tu, krn, mmg dia sudah berhenti awal2. utk berhenti kali kedua, mungkin akan melambatkan schedule perjalanan. kan?

wait.

so, the long boring journey continued.. tertidur2 entah berapa jam.
but, suddenly, dlm jam 3.30., bas mbelok ke kiri dan memasuki satu perhentian.
i was like, smiling. =)
sy faham dgn petanda tu. sy bgn, dan, pada waktu yg sama, pemandu bas itu menoleh ke belakang, mengangguk, dan tersenyum kpd sy.
isyarat bhw dia berhenti utk membenarkan sy solat. my heart praised Allah for giving me the chance. dan, kemudahan, serta melembutkan hati pemandu bas indian ini tadi.
terharu sgt. terasa dipermudahkan urusan.

apalagi, cepat2 sy turun, menghala ke toliet, dan ke musolla. tunaikan 4 rakaat, 2 rakkaat setiap satu, utk jamak taqdim.



alhamdulillah, lega. zuhur dan asar, selesai.
no more worries. trimakasih Allah, trima kasih abg driver.

lucu.

the journey continued.
tiba di jawi, sudah jam lbih kurang 6 ptg.
sy brjln kearah pemandu utk brty samada sy boleh diturunkan di petronas taman bersatu. senang sikit, tak perlu ke setesn kulim.
apa yg melucukan,
sebaik sy tiba ke arah pemandu tu, dia menoleh ke arah sy, dgn muka yg concern, dan bertanya.
"kenapa... nak berhenti sembahyang lagi ke...?"
i was like gigiggling. sy tahu kalau sy jawab ya, dia akan berhenti sekejap di masjid berhampiran.
so nice of him.

senang sgt urusan kalau orang faham, atau, sekurang2 menghormati pegangan agama masing2.
pemandu bas indian itu, walaupun tak faham apa sbnrnya solat itu, ttp dia menghormati permintaan penumpangnya utk berhenti solat.
yang sedihnya, apa yg jadi sekarang ni adlh, apabila muslims sendiri tak faham dgn islam....

seacrh:
sy ada search di internet, nak cari gambar perhentian rehat busuk di slim river tu. carik2, dpt benda lain pula.
dapat aduan pengguna mengenai stesen rehat slim river. katanya (sy copy paste je ni) :

SECARA RINGKAS HAMPIR DUA MINGGU LALU SAYAPUN ADA MENAIKI SEBUAH BAS EKSPRESS YANG DIBERI NAMA CEPAT EKSPRESS DARI BATU PAHAT KE KUALA PERLIS, WALAUPUN DRIVER NYA MELAYU TAPI TAK KISAHKAN WAKTU SOLAT,

BERHENTI REHAT BUKAN DI HIGH WAY TAPI LUAR HIGH WAY- DI TEMPAT REHAT SLIM RIVER( TAH MACAM WARONG APA) HARGA MAKAN PULAK MAHAL2....TEMPAT SOLAT KECIK MACAM SALAI KELAPA.....NAK BERHENTI SOLAT SUBUH DAH NAK SUBUH DINASOUR...TUPUN KENA INGATKAN BERKALI2.....PENUMPANG LAIN PULAK TAK KISAH NAMPAKNYA NAK SOLAT CUMA SAYA DAN 2 TIGA ORG KAWAN YG SOLAT SUBUH...YAG LAIN TU SAMA ADA DAH JAMAK SOLAT SUBUH NGAN ISYAK AGAKNYA....BEGITULAH SITUASI PENUMPANG BAS YG SAYA NAIKI YG SEMUANYA MACAM MELAYU DAN BIASANYA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH...KALAU EKSIDEN MACAM MANA NAK KIRA SOLAT TU???

PESANAN- KEPADA SESIAPA YG NAK NAIK BAS UNTUK BERMUSAFIR CHECK DULU NGAN DRIVER BERHENTI REHAT DI MANA DAN BILA...PESAN SEKALI UNTUK BERHENTI SOLAT.....SEBAB ADA DRIVER YG MELAYU MACAM ISLAM TAPI TAK KISAH PASAL SOLAT.....HANYA TAHU MAKAN REZEKI ALLAH ....



perhentian busuk

mudaha2n sy dan kalian tidak tergolong dlm golongon org yg meringan2kan solat..
wallahu'alam..

salam renung2
sinar penghormatan