mind control


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


Bismillahirrahmanirrahim..
:)

i just deleted the previous post, because it was so, so, useless?
plus, i am not the kind of person who will "expose" the "childish" part of me simply to anyone.

sorry, and do please bare with me. =)

anyway, just want to share with you guys a clip which i got from youtube.
have a go, watch, and listen, until the end.
truly an eye opener.



it reminds me of what the astro awani reporter who was on mavi marmara mentioned in a video i watched at facebook.
i wanted to share it here, to make you see that what they say(the youtube up here) and what he said (the awani reporter) really synchronizes. but sorry, the video appears to be private and could only be seen by those who have a facebook account. but still i can share you the link. (klik here)


well, rasulullah did teach us to investigate every news that we receive, right?
(sorry i dunt remeber which hadith but basically its about never simply spread news that you dunt really know the status)


seek more, believe less, i guess?
huhu

and yeah, one more thing,
have a wonderful jumaat!

;)

kerana aku bukan makhluk pengkhianat

penyakit.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


Bismillahirrahmanirrahim..

kalau tak mampu memuji,
maka usahlah mengeji dan mencaci.

kalau tak mampu tepati,
maka berhentilah dari memberi janji.

jawab!

apa makna ingin menguji?
jika akhirnya memakan diri?
menghancur lumat hati?

.
.
.


masih kau ingat pesan baginda;

jika tiada yang baik,
maka diamkanlah diri.


.
.
.


dan setelah itu,
masih lagi ingin kau akui,
kau pencinta setia sunnah nabi?




fikirlah,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat



kata hati : semoga bertahan, krn sabar itu cahaya.

Harry Potter & The Sealed Nectar


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Sebuah perkongsian,

yang ditulis oleh "kenalan" program aluk, Rasydan Fitri. (klik sini)

“Aku rasa, J.K. Rowling baca sirah nabi.”

Seorang senior menyatakan begitu pada saya dan rakan. Kenapa pula? Kami tertanya-tanya. Jawapannya, tentu ada dalam siri popular Harry Potter yang tamat ditulisnya tiga tahun lepas. Maka tiba-tiba semangat ‘hantu’ buku saya datang dan saya capai buku terakhir dalam siri itu, milik teman serumah saya sendiri. Dua hari saya bawa buku itu ke sana ke mari, tenggelamkan muka saya pada helaian-helaiannya, mahu buktikan sendiri unsur apa di dalamnya yang hampir dengan sirah Nabi Muhammad.

Kenapa saya baca hanya buku terakhir? Kerana antara tujuh buku yang ditulis Rowling, buku terakhir itu paling saya lupa jalan ceritanya. Setelah membaca Harry Potter and the Deathly Hallows ini, secara automatik saya terkenang isi dalam jilid-jilid terdahulu dan terdetik juga di hati saya kemungkinan yang dikatakan kawan saya sebelum ini.

Apa kata dia lagi? “Harry Potter direka sebagai seorang anak yatim piatu. Dia tiada tempat mengadu, melainkan rakan-rakan dan beberapa kenalan ayahnya. Macam diinspirasi dari kisah Muhammad sendiri, yang ibu bapanya juga sudah tiada. Yang dia ada cuma Abu Talib bapa saudaranya dan sahabat-sahabat tercinta.”

Impak Akhlak Mulia

Membaca karya penutup Rowling, saya menjumpai dan mengingati pelbagai lagi elemen-elemen yang hampir sama keadaannya dengan sirah Nabi. Contohnya dalam The Deathly Hallows, Harry dan rakan-rakannya berbuat baik kepada seekor house-elf (makhluk kerdil yang mengurus rumah seseorang) yang sepanjang hidupnya tidak pernah diperlakukan sebegitu. Elf ini selalu mengutuk dan mencerca Harry dan rakan-rakannya sesuka hati.

Hanya dengan memberinya seutas loket milik tuannya yang terdahulu oleh Harry, elf ini dengan segera menurut perintah Harry dan melayannya dengan layanan yang sangat istimewa, perangainya berubah seratus peratus!

Akhlak baik pada seseorang yang merubah sikap mereka banyak ditunjukkan pada figura Nabi kita sendiri. Kisah Nabi Muhammad dengan orang Yahudi yang tua dan buta di hujung kampung contohnya, Nabi dicerca dan ditempelak terang-terangan oleh orang tua itu sedang yang selalu menyuapnya dengan penuh hati-hati adalah tampang agung itu sendiri.

Setelah wafatnya Rasulullah, Abu Bakar mengganti ‘tugas’ Nabi itu, tetapi orang tua itu tahu bahawa Abu Bakar bukan orang yang sama yang menyuapnya saban hari, disebabkan Abu Bakar tidak menghancurkan makanan itu dahulu seperti yang Nabi lakukan. Setelah Abu Bakar menceritakan bahawa yang menyuap orang tua itu Nabi sendiri, segeralah orang tua itu memeluk Islam.

Kisah lain? Saya teringat pula lagu yang dinyanyikan oleh Dawud Wharnsby, tajuknya Don’t Talk About Muhammad. Kisah seorang perempuan tua yang tidak mengenali Nabi, kemudian ketika Nabi menolongnya mengangkat beban yang dibawa, perempuan itu memburuk-burukkan Muhammad.

Sampai di destinasi, alangkah terkejut perempuan itu apabila ditanya nama pemuda yang menolongnya itu adalah Muhammad! Maka berubah hati dan sikapnya pada Nabi, malah terpegun dengan akhlak baik yang langsung bertentangan dengan cercaan yang ditimpakan pada Rasulullah. Islamlah jua perempuan tua ini.

Keyakinan pada Kebenaran

Dalam volum kelima pula, ada satu peristiwa yang sangat persis salah satu kisah Nabi. Di hujung volum keempat, iaitu The Goblet of Fire, Voldemort, antagonis siri ini, berjaya hidup kembali untuk membalas dendam, tapi yang menjadi saksi kebangkitan semula penyihir yang ditakuti seluruh dunia magis ini cuma dua orang, Harry Potter dan seniornya Cedric Diggory.

Tetapi Cedric mati dibunuh di tempat kejadian, jadi Harry Potterlah sahaja yang menjadi saksi utama.

Dalam sekuelnya, The Order of the Phoenix, Apabila diceritakan yang Voldemort yang pernah menghuru-harakan dunia manusia itu hidup kembali pada masyarakat sekitarnya, semua tidak mempercayai Harry. Maka tinggallah sahabat-sahabat seperjuangannya yang melindunginya dari cemuhan-cemuhan, kononnya mereka-reka cerita itu demi mendapatkan populariti. Dan orang yang pertama mempertahankan lisannya adalah Ron, sahabat karibnya.

Ketika itu sangat sedikit orang yang mempercayai apa yang Harry ceritakan, dan mereka yang mengiyakan ini membentuk sebuah kumpulan pelajar yang kuat yang digelar Dumbledore’s Army dengan senyap-senyap.

Sudah terfikir potongan dalam sirah Nabi yang mungkin dipetik oleh penulis?

Bukankah ini sangat dekat dengan riwayat tentang sekembalinya Nabi dari perjalanan Israk dan Mikrajnya. Pulang saja dari perjalanan ajaib itu, tiada seorangpun yang yakin dan lebih percaya, mempertahankan kata-kata Nabi melainkan sahabat karibnya Abu Bakar. Kisah yang tidak boleh diterima logik akal manusia menyebabkan baginda makin diburuk-burukkan. Tetapi Nabi tetap kuat kerana adanya sahabat-sahabatnya yang percaya dan setia pada Islam.

Kadang-kadang mungkin elemen ini tidak dimasukkan secara langsung dalam buku-buku Rowling. Maksud saya, impak atau kesan pembacaan siri ini juga boleh mengingatkan kita kepada intipati dari sirah. Di pengakhiran jilid enam, The Half-Blood Prince misalannya; Dumbledore, seorang ahli magis yang hebat, juga merangkap pengetua sekolah magis Hogwarts tempat Harry belajar, mati dibunuh oleh konco Voldemort.

Pembaca yang sudah lama bersahabat dengan siri ini, dan sayang terhadap watak ini khususnya mungkin akan terasa kehilangan tersebut. Saya sendiri pernah tonton filem ini di rumah seorangpostgraduate dan isterinya. Isterinya sendiri menangis di saat Dumbledore dibunuh.

Kemudian, beberapa hari kemudian dia menghantar mesej pada senior saya (yang juga menonton bersama waktu itu) bahawa Dumbledore tidak mati. Semua itu lakonan dan macam-macam lagi, katanya. Kami yang sudah membaca siri ini hingga ke hujungnya sudah tahu memang Dumbledore sudah mati, jadi kami memberitahunya. Senior saya sempat bersenda:

“Akak ni mengingatkan saya tentang Saidina Umarlah. Semasa kematian Nabi, kan dia tidak mahu terima kematian baginda. Sampaikan mahu bunuh mereka yang mengatakan Nabi sudah wafat.”

Kalau di dalam The Order of the Phoenix, ada juga babak kematian Sirius Black, bapa angkat atau penjaga Harry selepas kematian ibu bapanya. Saat itu mencucuk-cucuk ingatan saya tentang waktu kepergian dua karektor penting pada Nabi dalam masa dekat, iaitu Abu Talib bapa saudara yang menyokong perjuangannya, juga Khadijah isterinya yang setia dan banyak membantu sejak turunnya wahyu pertama lagi.

Harry, seteleah mati ayah angkatnya, seperti dicabut akar hidupnya, bagaimana tidak? Orang yang selalu membantunya dari belakang sudah tiada. Abu Talib pada Nabi bukankah tulang belakang perjalanan dakwahnya?

Serampang Dua Mata

Mungkin cara saya menyampaikan ini seperti ingin menyelarikan sirah Nabi dengan Harry Potter, atau sengaja ‘mencari-cari’ babak mana yang boleh disesuaikan dengan sirah. Barangkali ada yang tidak berkenan, yalah manakan patut disamakan kisah fantasi Harry Potter dengan babad agung Nabi Muhammad SAW.

Atau mungkin juga, akan tercetus dalam fikiran anda, semua ini ‘kebetulan’ sahaja. Mana mungkin?

Tetapi, lebih penting untuk kita perhatikan, dengan membaca apa juga bahan pun, kalau dapat kita kaitkan dengan kisah-kisah Nabi kita, bukankah lebih baik? Dua manfaat kita peroleh dalam satu masa. Mana tidaknya, kita dapat ulangkaji dan muhasabah diri melalui sirah selain dapat manfaat utama buku itu sendiri. Bukankah contoh terbaik adalah Nabi Muhammad? Ini juga muhasabah buat saya, yang minat membaca, untuk cuba segar-segarkan semula ingatan tentang sirah setiap kali membaca.

Baru saya teringat, Tuesdays with Morrie karya Mitch Albom yang terkenal itu juga, kata seorang kawan saya, persis menghadiri usrah setiap hari selasa. Terkenang pula pada usrah Khabbab Al-Aratt dengan Fatimah (adik Saidina Umar) dan suaminya!


di copy untuk dikongsi,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat

ingatan..


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

ONCE


rasa badan digoncang goncang.
"ijjlal. bangun.."

mata dibuka kecil. separuh rela.

terlihat wajah tua, senyum manis,
bersamanya sebuah bakul biru.
yang cuba disorok-sorok.

"eh.. wan.. "

jarang sekali untuk wan masuk ke dalam bilik tidur dan mengejutkan saya tidur.
sy terus bangun, sedikit malu. iyelah, perempuan bangun lewat. hehe.

"ambil ni. makan. nanti kalau yang lain dah bangun, kau tak dapat makan lagi".

pelik. kejut pagi2, bawa baldi hingga ke dalam bilik, terus minta saya makan?
saya mengintai ke dalam baldi.

"wan baru kait tadi."
terlihat didalam baldi tersebut, beberapa biji buah manggis.
masih cantik, masih bergetah.



Subhanallah....

waktu tu saya masih 'kecil".
berada di usia awal 12-13 tahun sy kira
ttp sy sudah cukup besar dan cukup faham,
untuk merasa terharu dengan kebaikan wan terhadap saya.

wan tahu saya sukakan manggis.
dan wan tahu yang lain tak kurang juga suka kan manggis.
ttp disebabkan sy bukan selalu pulang ke kampung,
sanggup wan keluar dan kait manggis untuk saya awal pagi.
menyeledup masuk manggis ke dalam bilik, dan memberikan saya secara khas,
hanya untuk memastikan, saya dapat merasa sedikit, sebelum habis yang lainnya dimakan.

subhanallah, hanya Engkau yang layak
membalas kebaikannya Ya Allah..

.
.
.
.

KINI

kalaulah kalian tahu, betapa saya masih mengingati arwah wan wan saya.
melihat kembali gambar-gambar mereka dalam koleksi album saya.
dan apabila mengingati dengan jelas,
wajah mereka yang kemas dikafankan sebelum masuk ke liang lahad.
wajah arwah wan mariam yang tenang dan bersih.
serta wajah wan halimah yang kelihatan sangat comel, seolah-olah sedang tidur dengan nyenyak.

i just cud not hold back my tears.

and, i cried.
.
.

PESAN

pesan pada diri,
jika kau sayangkan mereka,
jgn sekali-kali lupa untuk kirimkan doa kesejahteraan buat mereka..


“Semoga kesejahteraan untukmu wahai penduduk kampung dari orang-orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya kami Insya Allah, akan menyusulmu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu, agar diberi keselamatan”
(HR. Muslim 2/671).



Ya Allah, izinkan saya menjadi salah satu daripada harta mereka yang berharga,
yakni harta : doa dari keturunan yang soleh & solehah..


"Apabila seseorang meninggal dunia,
maka terputuslah segala amal perbuatannya,
kecuali tiga hal:
sedekah jariyah(wakaf)
atau ilmu yang dimanfaatkan
atau anak sholeh yang mendoakannya."

(Hadits Riwayat Muslim)



kerana aku bukan makhluk pengkhianat

ichi rittoru no namida


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments



If you want to walk,
no matter how slow it’ll be,
i'll walk with you.

As long as its you saying it,
no matter how slowly you say it,
i'll still listen.

.

When I close my eyes,
the you who I saw behind my eyelids,
has somehow helped me become stronger.
I want to be like that for you too.


.

Whats wrong with falling down?
You can always stand up again.
If you look up at the sky after falling down,
the blue sky is stretching limitlessly and smiles at you.

.

People shouldnt dwell on the past.
Its enough to try your best in all that youre doing now.

.

Everyone feels pain
But surely, after suffering satisfaction will arrive
Even with sports; studying or other ordeals with life,
It's like that for everyone
If we can beat the pain, on the other side
a rainbow of happiness awaits us.
That will definitely become a treasure
Lets believe in that.

.

Plants are great, arent they?
Even when it rains, and they get soaked,
They still stay put there, growing fresh flowers.
I want to become that strong too.



for you,
kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : this scene was where my first tear dropped. and it continued all the way until the final episode. (hehe)

ringkas lagi.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

salam wbt,
maaf buat yang ingin mendengar khabar dari saya.,

lately, terkejar2 dengan pelbagai perkara.
update ringkas. (asyik2 update ringkas sahaja?) dari 196.

satu : saya masih belum memaklumkan pemergian arwah wan halimah ke rahmatullah pada hari jumaat dua minggu lalu. alhamdulillah saya pulang juga ke kampung as mentioned, Dia memberi saya ruang untuk menebus janji dan hari itulah hari terakhir saya bersamanya.. hingga nafas terakhir. banyak nak diceritakan cuma masa tidak mengizinkan..

dua : sudah selamat menduduki peperiksaan akhir pelajar perubatan tahun pertama. dan esok adalah hari keluar keputusan. deep down, saya seperti sudah tahu apa yg bakal sy terima, ttp pesan sahabat supaya jangan berhenti berdoa hingga ke akhirnya. Allah, redhakanlah saya untuk terima apa sahaja. redha, dan bersemangat.

tiga : hadiah percutian ke genting highland di batalkan lantaran saya tiada "mood" untuk ke sana sejak pemergian arwah wan halimah. namun percutian ke utara bersama sahabat2 tetap diteruskan apabila memikirkan ianya telah lama dirancang sejak awal semster dua lalu. kasihan sahabat2 saya. apepun alhamdulillah, jelajah utara penang dan langkawi akhirnya selesai. letih, ttp penuh pengalaman.

empat : akan ke kota kinabalu sabah petang esok selama 5 hari 4 malam. terasa ianya sebagai "ganti" pembatalan ke genting. hilang satu, diganti lebih dari satu. insyaAllah saya yakin saya boleh lebih positif untuk mengharungi perkara2 mendatang.

ternyata, benar, Allah sayangkan hamba-hambaNya. :)



kerana aku bukan makhluk pengkhianat

sembang lagi.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, im safe and sound back in bukit jalil., from kedah.

Eh, from kedah? Ya… saya pulang ke kedah hari khamis yang lalu. Ho ho.

Satu perkara yang tak terancangkan. Tiba2 menerima panggilan dari kaklong, dan tiba2 mengangkat diri ke kulim. I was mixed up. Between studies, keinginan untuk pulang rumah, dan antara janji yg telah dibuat.

Dan ya, saya akui, kali ini saya tergolong dalam golongon orang yang memungkiri janji.

Masih ingat posting saya yang lalu? Saya ada menyebut, untuk kembali menziarahi wan halimah hujung minggu lalu. But then saya pulang ke kulim. Oh. Keputusan mmg sukar untuk dibuat tatkla sedang mengalami saat2 menekakankan: yakni exam. Dan benarlah kata ayahanda, masih banyak yang perlu saya belajar dalam mengawal dan mengendalikan emosi saya yang berpusing kalah ombak dilautan.

Sekali lagi, teringin nak sembang kosong.!

Saya suka bercerita, tapi saya tak pandai bercerita.
Saya suka berfikir, tapi saya tak pandai melontarkan apa yang saya fikir.
Saya suka menilai, ttp kadang2 penilaian saya itu , masih “jagung” dan “muda”. (tak hairan saya score tinggi dr sisi “judgemental” dalam ujian personality!)

Dan ya. Banyak yang perlu saya pelajari. Dan mudaha2n ruang untuk saya belajar itu sntiasa terbuka.

ruang

Teratak bicara qalbu, telah banyak kali menjadi ruang refleksi saya.
Menilai semula apa yang saya fikir, apa yang saya lakukan, apa yang saya perkatakan.
Apabila kita berdiri dan melihat daripada kedudukan atau posisi “orang ketiga”, penilaain itu adalah lebih telus dan jujur. Dan begitulah apa yang saya rasakan apabila saya membaca dan “melihat” kembali setiap satu posting saya yang lalu.

Ada tindakan saya yang benar, ada juga tindakan saya yang , kalau dinilai kembali, agak kurang relevan. Dan Alhamdulillah, dari situlah sebenanrya pelajaran dan pengajaran utama yang saya perolehi.

Berani mengakui kesilapan dan kelemahan, dan berani untu berubah dan memperibaikinya.

dan... Teratak bicara qalbu sedikit sebanyak mendedahkan kpd kalian cara berfikir dan siapa nuur ijjlal yang sebenar. Walau tak semua, serba sedikit teserlah juga.

Itu yang saya pelikkan sebenarnya.

Say bukanlah orang yang terlalu open. Saya tak mahu siapa saya dikenali ramai, ttp dalam masa yang sama, saya masih tetap menlis dan menulis apa yang saya fikirkan, dan mebenarkan kalian menerokai siapa saya. Saya benarkan kalian geledah sisi baik, tak kurang juga sisi buruk diri saya. Sangat… Pelik, kan? Penyakit zaman moden agaknya. He.he.

dua

Bercakap mengenai refleksi, dua posting yg sy masih ingat, yang agak “mengesankan” diri saya.
Beri satu mesej yang sama : nuur ijjlal terlalu banyak kelemahan.

nutella

Kisah satu adalah posting berkenaan spread roti ‘nutella’. (klik sini)
Bila baca semula posting, Nampak buruk benar cara saya fikir. Sangat, tidak matang. Hehe. Tergelak pun ada. Bertuah betul saya. Hanya kerana spread nutella yang tak seberapa tu?? Haha :P

Disitu saya belajar kelebihan berkongsi tanpa bersyarat. Kelebihan memberi tanpa syarat.

Walau ada masa dan ketikanya saya terikut2 dengan bisikan2 jahat dari makhluk bertanduk dua yang sering cemburukan perkongsian dan kasih sayang yang bertambah erat antara anak2 adam, but after that, alhmadulillah, setelah “berfikiran buruk” dan “berkelakuan buruk”, Dia sedarkan saya semula. Dia ingatkan saya semula, Dia buatkan saya berfikir kembali setiap tindak tanduk saya.

Dan, sayangnya, meski pernah “diingatkan” olehNya, masih lagi saya mengulangi dan termasuk dalam jerangkap syaitan. masih ada masanya lintasan2 jahat, dan fikiran2 jahat dalam hati itu muncul.

~_~

Well, I am a human. Kan? Tak pernah terlepas dari kesilapan.
Astagfirullah. A’uzubillahimisyaitanirrajim….

theatre

satu kisah lagi adalah mengenai theatre di IMU yang mana sedikit sebanyak menimbulkan “kemarahan” pihak2 tertentu di IMU. (klik sini)

Dan, semua itu semuanya gara2 silap faham. Lain yang saya sampaikan, lain yang difahami.

inilah kelemahan menulis : tidak mampu menggambarkan intonasi suara.

Ayat yang sama boleh dibaca dengan intonasi yang berbeza-beza. Dan intonasi yg penulis maksudkan tak semestinya sama dengan intonasi yang pembaca fikirkan. Na. dari situlah munculnya salah faham.

Dari situ saya sedar, betapa besarnya konsikuansi salah tafsir, i.e miscommunication.
Dan betapa pentingnya peranan menyampaikan sesuatu perkara dengan cara yang betul.

Alhamdulillah, situasi yang berlaku berkenaan theatre itu dapat diredakan dengan penjelasan yg jelas dari pihak saya, dan kesudian pihak sana untuk mendengar penjelasan. =)

Itulah yang sepatutnya berlaku dalam setiap perkara. Ada yang sudi menjelaskan, dan ada yang sudi mendengar dan mempertimbangkan. Sedih apabila melihat sesetengah kelompok manusia yang terlalu terikut-ikut dengan kemarahan hinggakan kelabu dengan kebenaran.

perspektif

Kita manusia, tidak ramai yang mampu memandang dari mata dan perspektif yang sama lantaran kita melalui dan datang dari latar belakang yang berbeza. Apa yang saya lalui, tak sama dengan apa yang anda lalui. Jadi cara saya menafsirkan sesautu perkara barangkali berbeza dengan bagaiamana anda menafsirkan satu2 perkara. Dan dalam hal ini, perbezaan cara fikir inilah yang perlu ditangani dgn hemah dan bijak. Usah cepat melatah, berlapang dada dan berfikir dengan rasional.

lain kerusi. lain fikiran

Mirip kisah dua orang buta yang ingin menafsirkan bagaiamana rupa gajah. Si buta pertama memegang belalai dan mengatakan gajah itu panjang.

Si buta kedua memegang perut, dan mengatakan gajah itu sifatnya besar dan gemuk. Dek kerana tiada persefahamana dantiada langsung keinginan untuk memahami mesej yang disampaikan oleh kedua pihak, si buta pertama dan kedua berkelahi, memenangkan tiap2 pandangan. Yang satu mati-mati mengakkan panjangnya gajah, yang satu lagi mentah2 dengan hujah besar dan gemuk. Walhal hakikatnya, tiada yang salah, dua-dua betul!

We only see part of the picture. When we see the whole picture, then, we’ll understand more.

apapun, semua yang saya tulis ini kembali kepada diri saya sendiri. afterall, mmg saya katakan tertak BQ adalah teratak memperbaiki diri saya kan? jika kalian beroleh manfaat darinya, maka alhamdulillah.. :)

sudah!

Oklah. Dah panjang bercerita. Perlu berhenti dahulu.

Sedang berkira2 untuk menebus janji saya untuk pulang ke kampung hari khamis atau jumaat akan datang.?

Saat ni, seperti tersepit. Antara rasa mahu pulang kampung dan antara rasa mahu duduk di bukit jalil dan study. Yang mana perlu didahulukan? Saya tak mampu memilih.

Dan, saat ini juga, saya terfikir, pada masa akan datang, adakah saya mampu menjaga kedua ibu bapa saya sebagaimana wan-wan saya dijaga dengan baik oleh keluarga saya yang lain di kampung? Merekalah yang telah menjaga wan wan saya selama ni.

Makan minum, pakaian, kerenah , gelagat, urusan tandas dan pembersihan diri. Saya; paling lama pun dalam 3-4 hari sahaja di kampung. Ttp mereka? setiap hari sepanjang masa.
Allahu Allah.. Engkau sahaja yang mampu membalas segala kebaikan mereka .. jika tidak didunia, di akhirat sana. ..

hm.... Berbalik kepada persoalan tadi.
Mampukah saya?
.
.
.

Nuur ijjlal pada tahun 2010 mengatakan, insyaAllah dia mampu.
Dan dia sentiasa berdoa agar jawapan yang sama akan diberikan pada masa-masa akan datang..


Allah, lembutkanlah hatiku,
dan orang2 disekelilingku..


kerana aku bukan makhluk pengkhianat

tiada makna.


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrahmanirrahim..

makin nak exam, makin rancak menulis.

yelah. makin nak exam, makin fikir macam2.
nak hambur mana? sinilah tempatnya. (hehe).

ok, kali ni posting merapu, jadi, tak perlu lah kalian baca =p

1. baru sedar yg rupanya sejak dari kecil saya sudah sukakan seni bahasa. teringat buku2 peribahasa dan simpulan bahasa yang ada dirumah. umur dalam 8-9 tahun, setiap kali pg kedai buku, cari buku peribahasa, minta ayahnda atau bonda belikan.
balik rumah, kagum sendirian menyelak helai demi helai bagaimana satu objek tertentu boleh membawa makna yang lain.
dan, saya masih ingat lagi. peribahasa pertama yg sy belajar dr karam singh walia;
yakni.. bagai tikus membaiki labu.
;))


disinilah rasanya , saya boleh kaitkan, dgn diamnya saya.
kerana. saya, lebih suka sesuatu yang simple ttp boleh bawa makna yang besar.
saya.. rasa... 'teruja'. bagaimana satu patah kata, boleh bawa makna yang tak terbatas.
erti yang dalam. sangat... ironi.
namun, sangat, unik. =)

2. kadang2 menyoal kembali, adakah saya mampu untuk akhirnya bergelar seorang doktor?
adakah ini perkara yang saya mahu lakukan?

kata ayahanda kpd saya, (tak pasti sbg gurauan, atau sbg cabaran, atau.... ?)

" tak lepas eos, tukar jadi nurse"
"nanti jadi cikgu"

kalau saya nak jawab : nak jadi suri rumah. buat kerja sukarela. atau buka nursery, takpun tadika. duduk rumah, jaga anak, bantu masyarakat.
macamana, boleh?

owh mestilah saya tak menjawab. takkaannnlah. he.he.

3. masih ingat angah dan telur dadar? angah sekarang praktikal di hospital kangar. baru dapat berita, terlibat dengan kemalangan semasa sedang menunggang motosikal. berlanggar dengan kereta. waktu tu di rembau. angah alami dislocated bone of the arm, perlu ke surgery. boleh pula surgery tak menjadi, perlu jalankan second surgery pula. kini tangan angah x mampu diluruskan dgn betul. Allah.. bakal doktor..
saya tiada contact numbernya, kalau tidak boleh pergi berziarah ke HUKM cheras. mudahan, angah, selamat2..

4. tak tahu kenapa sukar benar nak fokurs pada pelajaran sejak akhir2 ini. badan tidaklah tidak sihat mana. fikiran tu sahaja yang melayang2 entah mana. saya risau dgn ketidafokusan saya ni. huhuu.....

okey. dah. itu sahaja. kan sudah katakan tiada yang manfaatnya. sekadar... mahu .. bercerita. hehe..




kerana aku bukan makhluk pengkhianat

bersedia?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments



alhamdulillah.
setiap kali perlukan semangat,
Allah temukan saya dengan perkara2 yg menyentuh hati.
barangkali krn apbila melalui keadaan2 begini,
segala deria penglihatna, pendengaran, dan hati lebih sensitif, lebih peka.
mampu mendengar sgla benda yg tak mampu didengar sebelum ini.

perkongsian dari ustaz ismat sms sesi ta'lim mbuka minda.

"bersedia untuk kehilangan suami?"
itu adalah soalan pertama as syahid Dr abd aziz rantissi buat (bakal) isterinya.
jika tidak bersedia, maka tidak akan diambilnya sebagai isteri.

dan ternyata, isterinya, Puan Rasya menjawab,



"saya bersedia".

dan sungguh, Dr Abd aziz rantissi syahid,
dalam perjuangannya mebela palestine.


just imagine!

.
.

hati saya tersentuh.
hakikatnya, ia tidak terbatas pd suami,
ttp pd segala sesuatu disekeliling kita.

bersedia kehilangan isteri.
bersedia kehilangan ibu
bersedia kehilangan bapa.

sedar akan setiap kemungkinan ini,

mengajar kita untuk mengimani dgn teguh,
ketetapan qadha dan qadhar.

meneguhkan diri, bahawa pergantungan sebenar bukan terletak pada manusia,
ttp pada Kuasa yang menciptakan manusia.

mendidik diri untuk tidak pernah putus belajar ilmu Nya,
dan mengutip seberapa banyak pengalaman dunia,

agar, apabila kehilangan sekian sekian manusia,
kita bersedia bukan sahaja dari aspek mental serta dalaman,
malahan juga dari aspek kemahiran dan sebagainya.
.
.
.

mari, saya ulang semula soalan.

sudah bersedia untuk kehilangan?
.
.
.

kalian mahu tunggu jawapan dari saya ?

sejujurnya, saya akui,
saya masih perlukan kekuatan untuk menjawab,

Ya, saya bersedia.

.
.
.


doakan saya.

:')


Allah.
terima kasih.
atas pujukan lembut dariMu.

=')


rasa disayangi,
kerana aku bukan makhluk pengkhianat

wan halimah


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


bagi yang tidak tahu, ada 3 orang wan yang tinggal di kampung. wan mariam, wan halimah, dan wan asiah.

wan mariam, adalah nenekanda saya. yang baru bertemuNya.
wan halimah, adalah adik kepada wan mariam.
dan wan asiah, adalah adik ke 10 wan mariam.
tiga beradik yang telah tinggal bersama sejak bertahun2 yang lalu.

wan mempunyai 13 orang adik beradik.
dan kini, hanya 3 orang yang masih hidup.


wan halimah.

masih ingat perbualan antara saya dengan wan berkenaan pulang ke kampung sendirian?
perbualan itu adalah bersama wan halimah.

tak sampai dua minggu lalu saya pulang ke kampung,
dan apabila pulang sekali lagi hari ini, hati saya cukup sayu melihatkan keadaannya.

wan halimah telah disahkan menghidapi kanser stage 4.
terdapat ketulan sebesar buah epal di hatinya.
GI tract wan dari atas sampai bawah penuh dengan ulceration.
dan pada peringkat ini, sudah merebak kansernya ke seluruh badan.

ginjalnya sudah rosak,
dan tidak mampu menyerap air.
jadi air wan berkumpul dan tidak dapat disecrete keluar.
penuh. bahagian perut makin mebesar dari hari ke hari.
kulit perut makin tegang.
baju sudah tidak dapat dibutangkan lagi

dan, kata doktor, hanya..... 4 bulan lagi.

solat

"kak jilal, tolong ajar wan solat duduk ni."
sepupu saya memanggil masuk.

saya melihat wan halimah sudah menunggu duduk di depan tikar sejadah.
Allah.. saya tersentuh. kuatnya semangat tubuh tua itu. bangun dan duduk untuk menunaikan temu janji denganNya. malu sndri.
"wan.. wan boleh solat atas kerusi. x payah duduk atas sejadah. perut wan kan sakit"
"wan tak reti.." jawabnya.
"takpe, wan cuba solat, ijjlal duduk sini, nanti ijjlal britahu apa yg wan kena buat ya."
saya duduk di sisinya, dan membimbing solatnya. luluh hati melihat mulutnya terkumat kamit bertasbih kepada Allah meski berada dalam keadaan sakit yang amat memeritkan. masih ingat lagi wan. masih ingat lagi wan. Allah..

"wan, duduk2 tu selawat banyak2 ya." tangan wan saya usap.
"perut wan ni dah hancur... perut wan dah hancur..." jawabnya. *sayu lagi*
"wan.. tak payah fikir fasal tu. wan selawat banyak2." saya masih ingin cuba memujuk.
"kalau dah sakit, x ingat apa-apa dah.." balasnya lagi.

Allahuakbar........ tak tahu betapa sedihnya saya mendengar jawapan dari wan.

bila sakit dah tak ingat apa.
bila sakit dah tak ingat apa.
saya tak sakit maka saya tidak tahu.
wan yang merasa.

Ya Allah, mudahan setiap hela nafas wan dlm mengharungi ujian dariMu,
dikira sbg pemadam dosa dosa dan penambah pahala....
saya tak dpt bygkan bagaimana sakit yang dirasai wan halimah.

pulang

sebelum pulang ke bukit jalil,
saya mengucup dahi wan.

"wan.. ijjlal balik dulu ye. minggu depan ijjlal balik lagi."

insyaAllah. ijjlal akan cuba pulang.
ttp, maaf wan, ijjlal terpaksa juga pulang ke seremban, sendirian





kerana aku bukan makhluk pengkhianat