Bismillahirrahamanirrahim..
1. empat
sedar2, sudah melangkah ke 16 ramadhan.
O_O
eh, 16 ramadhan?
dah 16!
lagi empat hari sahaja lagi, akan melangkah ke fasa terakhir ramdhan.
fasa2 penting. fasa2 crucial. fasa dimana fakir2 seperti saya terkejar2 untuk merebut gelaran jutawan.
itu pun kalau ada daya untuk mengejar. kalau tidak............. (?)
2. baju?
"XXXX tengok baju awak ni cantik. XXXX nak pergi reunion nanti. kalau XXXX xda baju cantik, nak pinjam baju awak boleh?"
"aa..? oo.. boleh , boleh je.."
baju yang terkenankan hati hamba allah itu adalah sehelai tshirt labuh berwarna pink pudar.
i was like, ha?
ok, ok, saya tahu saya telah memasang telinga. *me bad. me bad*
dan saya tahu saya tidak berhak untuk menghakimi sesiapa yang tidak saya kenali.
namun, saya berasa agak kurang selesa dengan permintaan hamba Allah itu, meskipun orang yang diminta pinjam itu tidak kisah dan berbesar hati untuk memberi pinjam.
ini bukan soal sy kedekut. ini bukan soal pinjam meminjam
ttp ini soal, "hanya kerana mahu dilihat cantik, sanggup dgn tiba2 sahaja minta pinjam baju orang dan mahu jawapan segera" syndrom.
dari gaya dan nada hamba allah itu berkata2, bukanlah seperti satu permintaan yang boleh dijawab "ya" atau "tidak"., ttp lebih kepada mahu mendengar jawapan "ya."
its more like an order, rather than a request. kuasa veto gitu.
its ok lah untuk mahu kelihatan kemas dan cantik.
fitrah manusia, mmg begitu.
ttp, takkanlah tiada baju sendiri. hingga perlu pinjam baju orang lain?
selama ni pakai apa?
selama ni baju yang diapakai tak cantik kah?
orang2 yanag akan berjumpa semasa reunion itu takkan tahu berapa usia baju yang kita pakai . dah nama pun reunion, mestii dah lama x berjumpa kan?
kalau nak pinjam baju kerana sudah tiada baju yang boleh dipakai, itu, lain cerita.
ttp, dari gaya hamba Allah itu, saya percaya dia punyai pelbagai koleksi pakaian yang jauh lebih menarik.
biasalah tu. lebih banyak nampak bagus apa yang dimiliki orang, drpd mensyukuri apa yg merupakan milik kita.
terus terang, panas juga telinga saya mendengar pernyataan hamba allah itu.
astaghfirullah ijjlal. jahat benar hati kamu ini.
ok, ok. saya hanya berharap agar sikap "judgemental" saya ini tidak menjejaskan pandangan dan hormat saya pada hamba Allah itu.
ijjlal, sila contohi junjungan besar Nabi Muhammad yang mesra segalanya. contohi kerasionalan baginda, seperti dalam kisah apbila baginda dimminta izin untuk melakukan zina daripada seorang remaja muda.
baik baikk.... saya akui. tak kenal, maka tak cinta. kan? maka, seharusnya saya memberi ruang untuk mengenali insan itu.
yallah, jangan jadikan kami orang2 yang tertipu..
theres a long way to go.!
3. lagi?
"hey ijjlal, you have a boyfriend ah?"
kenalan baru kondo B1, valarie dari singapore menegur saya.
dahi saya berkerut.
"ha? boyfriend? no laa. y u suddenly ask me like that?"
pelik juga saya dibuatnya. elok2 naik tangga ke lif sama2, tiba2 soalan itu pula yang ditanyanya.
"then, why you wear a ring?"
valarie menunjukkan ke jari manis saya.
owh. kerana tu ke.
nampaknya, cincin emas putih beberlian biru ini selalu benar mengundang kontrovesi.
dari cikgu, kawan melayu hingga ke kenalan baru.
dari dulu, sampai sekarang.
hebat betul! :D
tunggu sahaja saya mendapat cincin emas tahun depan.
4. lupa
rasa macam banyak dosa.
rasa macam pelajaran dah susah nak lekat kat kepala.
rasa macam hati dah banyak benar tompok hitam.
sejak seminggu lalu saya "bertungkus lumus" (erm, brtungkus lumus lah sangat)
menyemak semula surah2 hafalan saya.
sadly, ingatan saya benar2 tidak sejernih dahulu.
banyak betul surah yang sudah saya lupa.
lupa ayatnya serta maksudnya.
saya menugaskan diri saya agar menghafaz kembali apa yang telah saya lupakan itu.
sepatutnya proses rehafaz ini adalah sesuatu yang tidak sesukar mana kerana saaya telah menghafaz surah2 tersebut sebelum ini. ttp;
lain pula jadinya. saya terasa sukar untuk menghafaz ayat2 suci alquran.
meskipun ianya surah lazim sprt yaasin!
untuk 12 ayat pertama surah yaasin pun mengambil masa 2 hari untuk saya benar2 lancar dan ingat tanpa sebarang "mix and match".
mix and match kerana sering benar saya tertukar2 ayat semasa menghafaz. bahaya kan?
niat mahu "praktik" kan apa yang telah dire-hafaz, maka saya membacanya ketika dalam solat.
dan, sedihnya, semasa solat, saya ter "mix and match" semula ayat2 tu..
terstuck, terblank, maka saya terus meberhentikan bacaan. nasib sahaja surah sunat. kalau fatihah pun tunggang langgang, tak ke nanya? T_T
posted by ~ n.u.u.r ~
posted by ~ n.u.u.r ~
Maha Suci Allah, yang sentiasa tidak jemu membantu hamba2Nya.
saya sering mengungkapkan kata ini, dan mahu sekali lagi saya ungkapkannya.
subhanallah. Ya Allah, izinkan aku, mencintaiMU..
buat yang ternanti2 khabar berita dari saya, ampun maaf atas kebisuan.
masuk minggu kedua kehidupan di IMU,
hati saya mulai rasa bersemangat dan .(?)
terima kasih buat sahabat dari terengganu. (ye, kamu la. ;0) )
yang sudi meminjamkan sedikit masa untuk mendengar keluh kesah hati yang tidak sudah.
alhamdulillah sahabat, saya kini dipinjamkan ketenangan, dan sedikit kekuatan untuk melalui hari2 mendatang di IMU.
perkara2 itu, saya padamkan seketika. (atau lebih tepat, padam selamanya)
memberi laluan untuk saya melukis pada lembaran dan helaian baru.
dengan harapan dan doa, agar "cerita" saya akan datang, dipenuhi dengan kisah2 perjuangan. kisah seorang gadis kerdil, yang sedang berusaha untuk memperbaiki diri.
insyaAllah.
iftar.
Alhamdulillah, malam jumaat yang lalu, saya benar2 rasa terisi dan , boleh saya katakana di sini, gembira.
Terisi bukan dengan sesi tazkirah menjela2, ttp dgn satu jalinan ukhuwah yang sukar dimengertikan.
Pelik kan, apabila kita boleh tiba2 sahaja “kamceng” dgn seseorang itu meski sebelum ini tidak pernah bertegur sapa mahupun bertemu muka.?
Muslim society di IMU menganjurkan satu sesi iftar. Mungkin sebagai usaha untuk menyatukan pelajar2 islam di IMU. inilah rasanya kali pertama saya bersua muka secara rasmi dengan sahabat2 muslim ynag lain di IMU.
yelah. "budak baru". mana nak kenal lagi denga siapa2.
dan sungguh! saya dapati majlis ini sebagai satu pelapang dada saya.
terserap kembali kekuatan diri saya apabila bertemu muka dengan sahabat2 baru,
berkongsi rasa dan keluhan, seolah2 mengalir kekuatan dari dalam diri mereka apabila kami berpelukan sesama sendiri.
entah kenapa saya tidak memasuki grup sahabat intec saya ttp sebaliknya just duduk dimana2 dan, in the end, berkenalan dgn orang2 baru.
lain course,lain umur, lain negeri, lain penaja, lain segalanya
ttp, masing2 disatukan dengan satu perkara yang utama iaitu, ukhuwah islamiyah.
apabila menjadi golongan minoroti, barulah terasa bertapa penting, dan indahnya perkara yang dinamakan ukhuwah itu. seriously, i learnt a lot in just one night.
saya pun tidak tahu apa laa yang sesi iftar tu dah buat kepada saya,
tetapi saya rasa gembira dan happy. hingga ke hari ini.
alhamdulillah! :)
teguran
sekali lagi, Dia, menegur saya dengan cara yang penuh hikmah.
baru beberapa hari lepas saya ditegur dengan isu "duri" yang melukakan,
mengenai tindakan saya memberi nama di dalam sesi theater.
kini, bertubi2 perkara mengenai memelihara diri ini, mengetuk hari2 saya.
1. "kenapa nama ijjlal xde dalam theatre. orang lain ada. padahal kitrang byk je lagi kerja." "entah, kita pun pelik" saya tersenyum. :) saya tiada jawapannya. saya tidak tahu kenapa saya tidak tersenarai. ttp saya ambil ianya sebagai satu tanda, bahawa Dia sedang memberitahu saya, bahawa, Dia sedang menolong saya, untuk tidak terlibat dengan sesi theatre, agar saya tidak tersepit dengan kekeliruan. :')
"nak kita bagi nama kat diorang nanti? masuklah..."
saya hampir mengangguk.
"takpelah, terima kasih. kite masuk aktiviti lain boleh?"
nasib baik tak mengangguk. kalau tidak, menyesal tak sudah lagi lah saya. dah diberi peluang untuk tak tersenarai dalam sesi theatre, ttp gatal2 mengangguk untuk menyertai. ? hoho.
kalau ditanya saya, sebenarnya memang minat sangat la dengan theatre ni. dari dulu macam teringin sangat untuk ke istana budaya melihat musikal theartre disana, cuma hingga kini, niat itu masih kekal menjadi niat. ok, mungkin harus dikekalkan menjadi niat sahaja. hhuuhu.
"ijjlal nak baca pantun tak masa pembukaan nanti?" tak jemu2 sahabat saya merekemenkan aktiviti yang boleh saya sertai.
"pantun..? emm.. ok, boleh jugak tu. " terketawa pula saya.
so, guys, pantun it is!
2. saya menghadiri satu sesi bersama ustaz hasrizal di Lecture Theatre IMU.
tajuknya "yahoo! tomorrows Eid".
tajuk sahaja begitu tetapi isinya, mmg banyak betul menyentuh mengnai soal memelihara diri dan self control.
kalau dahulu, tika saya keliru mengenai soal perjuangan, saya didatangkan nasihat yang bulat2 berbicara mengenai soal perjuangan. dan kini ketika saya sedikit keliru dan "kelam kabut" dalam soal memelihara diri, datang bedebuk satu talk mengenai isu ini.
dan, kisah "jalan berduri" itu pun terkeluar sebiji2 dengan ulasan yang lebih menginitiate pemikiran.
self control. self control, self control.
i was so touched.really touched.
and, sedar tak sedar, during the session, my tears flow slowly.
entah berapa kali agaknya, Dia menasihati saya dengan cara begini.
entah berapa kali agaknya Dia instantly menjawab kekeliruan2 saya.
sebijik-sebijik. bulat-bulat. terus2!
hampir kesemua kekeliruan dijawab melalui talk ustaz.
kalaulah kalian berada dalam keadaan dan kedudukan saya, baru kalian faham.
menangis saya bukan sepenuhnya kerana apa yang ustaz katakan ttp lebih kepada rasa terharunya saya apabila saya dibantu sedemikian rupa olehNya.
memanglah seharusnya saya berterima kasih kepada Ustaz, ttp selayaknya saya kembalikan ucapan itu kepada yang mendatangkannya kpd saya.
saya benar2 rasa tersentuh dengan cara Dia memberikan bantuan kepada saya.
O Allah, please let me love You.. O Allah, please, teach me how to love You..
tudung
isu tudung?
ok, mari saya kongsikan sedikit isu.
saya berkenalan dengan seorang pelajar nursing. permpuan semestinya.
she asked me.
"how do u find IMU?" "owh, as expected." "what do you mean by as expected?"
ok, speaking tu. :P
saya menjelaskan lah apa2 yang patut.
mengenai cabaran dan budaya IMU yang saya sudah jangkakan.
rupanya, she have a whole different story.
sahabat baru saya itu, ketika bertemu, orangnya berjubah hitam dan bertudung pink. wajah putih bersih, satu jerawat pun tiada. dan memakai spek mata berbingkai hitam.
beliau sedang fight untuk mepertahankan haknya dalam memakai tudung.
yes, sad to say, IMU nursing course tidak mebenarkan pelajar jurusannya untuk memakai tudung. hujah mereka; brkenaan something contamintaed bla2.
kasihan kenalan baru saya itu.
hanya dibenarkan memakai serkup, dan beruniform jururawat berlengan pendek.
pasti satu tamparan hebat buatnya.
saya tidak tahu cara bagaimana untuk membantu.
kalau sahaja sy berada ditempatnya, dilarang untuk memakai tudung, owh... mencabarnya.
saya mahu membantu. memnag mahu membantu.
akhirnya saya usulkan cadangan kepada housemate saya radhiyatul yang juga merupakan secretary muslim society IMU, agar mengenengaahkan isu ini kepada kelab. i mean, apa guna muslim society kan?
saya meberi cadangan agar muslim society turut sama membantu.
sekurang2nya memberi surat atau memorendum kepada pohak2 yang berkaitan mengenai isu tudung ini.
kalau kenalan baru saya itu fight sorang2, apa sangatlah yang IMU mahu pandang?
lebih2 lagi hanya ada dua tiga kerat orang melayu dalam jurusannya.
ttp kalau perkara ini dibawakan kepada persatuan, mungkin IMU dapat melihat berfikir dua kali. kasihan kan?
IMU, sebuah university malaysia, diketuai oleh seorang muslim malaysia, melarang pemakaian tudung kerana khuatir akan "jangkitan" dan "kuman"?
saya benar2 berharap radhiyatul dapat bawakan perkara ini ke dalam mesyuarat,
dan benar2 berharap agar persatuan muslim IMU dapat membuat sesuatu dalam menjaga kebajikan ahlinya.
kata hati : next week dah start lecture. ok, study time!
posted by ~ n.u.u.r ~
posted by ~ n.u.u.r ~
Dengan NamaMu Ya Allah..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
.jpg)
selamat datang ke "syurga" baru saya.
vista komanwel B1.
(kondo yang satu ketika dahulu merupakan tempat penginapan athelet2 dari seluruh dunia semasa sukan komanwel 1998.
bangunan IMU itu pula, merupakan pusat wartawan serta siaran televisyen seluruh dunia.)
a humble kondomonium, diduduki oleh 6 orang gadis sunti. ;)
maaf ya, saya hanya "sudi" menunjukkan ruang tamu sahaja.
well, privasi lah katakan.
kalau mahu lihat lebih, marilah bertandang ke sini. :P
dengan sewa sebulan sebanyak rm217 per head,
saya kira ianya cukup reasonable.
perabot, mesin basuh dan peti ais besar yang hebat.
kuali pun boleh muat masuk dalam peti sejuk tu tau.
dengan angin yang sangat kuat hingga pada waktu malam tak perlu pasang kipas.
ok, ok, walau pun interiornya sedikit "lapuk" dan "classic"
dalam hal ni, no picky2 ya!
housemate
housemate saya pula, alhamdulillah kesemuanya baik2 belaka.
farahin, radhi, nani, miza, dan fathin.
saya asalnya tidaklah berapa kenal siapa mereka ini.
berlainan kelas, berlainan blok.
mereka hanya rakan berbalas senyuman sewaktu di intec dahulu.
namun syukur, saya tidak diuji dengan isu housemate. sgt syukur.
baru seminggu saya bersama mereka, ttp sudah dapat dilihat nilai2 baik dalam diri mereka.
hopefully dua tahun setengah yang mendatang lebih banyak memperlihatkan kebaikan diri mereka.
i admit, saya masih belum mesra sepenuhnya. baru seminggu. takpe kan? :)
seseorang ynag berpesoniliti INFJ memang begini.
" Reserved about expressing your true self "
kurang
satu kelemahan yang saya nampak pada unit saya ini adalah...
habuk serta debu yang banyak!
kondo ini terletak di tepi higway.
jadi faham2 sahajalah amount debu yang masuk ke dalam rumah ni..
sekali sapu, sekali debu. sekali mop, sekali debu.
huu...
kaki memang perlu sentiasa pakai seliper, or else, hitam lah tapak kaki nanti.
ok. dah terputus kata.
coret2 kecil dari bukit jalil.
assalamualaikum. :)
posted by ~ n.u.u.r ~
Dengan NamaMu Ya Allah
Yang padanya kuasa segala sesuatu..
Ubai bin Ka'ab : Apakah tuan pernah melintasi kawsn penuh dengan duri?
Umar : Ya.
Ubai : bagaimana tuan melaluinya?
Umar : saya amat berhati-hati supaya terhindar daripada terkena duri
Ubai : Begitulah taqwa.
"Macam kita di IMU ni. sekeliling kita penuh dengan duri. Tapi nampaknya... ramai yang telah membiarkan diri tercalar, terluka, dan tertusuk hingga ke tulang.
Namun tak terasa pula sakitnya.
Lagi nikmat mungkin ada."
astaghfirullahalazim..
saya benar2 terkesan dengan satu tulisan dari buletin Shifa edition 5,
pada kolum AlQuran dan Sunnah By Fakhriz.
tahniah dan terima kasih buat kolumnist yang menyediakan artikel simple yet berisi.
semoga ianya mampu menyentuh hati2 insan2 di IMU ini hendaknya.
duri.
tercucuk sana, tercucuk sini.
kehidupan saya di IMU mendekatkan diri saya dengan kebarangkalian untuk mencalarkan diri saya sendiri.
seminggu oreintasi pun sudah cukup menggambarkan gambaran kasar masa hadapan saya.
kadang2 saya keliru dengan bagaimana harus saya fit in dalam suasana begini.
separuh diri mahu turut serta dalam aktiviti2, separuh diri lagi cukup reluctant.
baru2 ini saya memberi nama untuk menjadi krew dalam satu pementasan theatre tun teja sempena minggu budaya melayu. (or what its call again?)
pakat2 dengan newbies yang lain.
pada fikiran saya, saya hanya sekadar mahu join aktiviti agar saya boleh bergaul dan berkenalan dengan insan2 lain di IMU ini. to be precise, insan2 melayu.
pada fikiran saya lagi, saya bukannya mahu berlakon atau apa, hanya mahu menolong buat stage or teknikal things or something like that. yelah, saja2 nak join. dengan kawan-kawan. kan?
tetapi setelah lama berfikir dan merenung,
jauh sudut hati sebenarnya saya menyesal dan kecewa dengan diri saya sendiri.
mengapa dengan cukup mudah saya berfikiran begitu.?
saya melakukan sesuatu yang pada hakikatnya ianya sesuatu yang sering ingin saya pelihara. (atau sekruang2nya sedang belajar untuk pelihara)
pelihara daripada melibtakan diri dalam aktiviti2 yang samar2 kedudukannya.
memang benar, ianya merupakan peluang baik untuk saya berkenal2 dengan warga melayu di IMU ini, tetapi, persoalannya, adakah ini satu2nya jalan?
adkaha hanya kerana alasan mahu fit in, saya sanggup mencalarkan diri saya.
calar tanpa terasa sakitnya, malahan merasa cukup nikmat?
keliru
dalam keadaan beginilah yang sering menyebabkan saya dalam keadaan keliru.
kerana saya melihat insan2 yang saya hormati, yang terkenal dengan kepandaian, baik akhlaknya, cantik peribadinya, molek agamnya, juga turut serta dalam aktiviti2 sebegini.
merekalah top scorer. merekalah pemidato. merekah pelakon. merekalah pemimpin, merekalah penyanyi. merekalah ahli sukan. pendek kata all in one.
kadang-kadang untuk menyedapkan hati, saya berkata kepada diri saya
"diorang tu sporting je join semua benda. takkan aku tak boleh?"
saya tidak mahu menjadi seorang yang jumud. namun, apakah definisi jumud itu?
saya mahu menjadi seorang yang versatile. namun, apakah definisi versatile itu daripada pandangan mata seorang muslim?
apakah ianya satu kesalahan, saya jika saya melarikan diri dan menjadi "tidak sporting" kerana tidak menyertai aktiviti2 yang dianjurkan.?
uuhuu. keliru betul.
check
sekarang; jam 2.30 pagi.
waktu yang baik untuk duduk dan muhasabah diri.
menilai berapa banyak yang tercalar, terluka, dan tertusuk.
syukur, masih terasa sakitnya..
parah jika makin terasa nikmatnya.
aduhai.. aduhai..
Lagi nikmat mungkin ada
1, akhirnya saya tak pergi pun treassure hunt utk orientasi.
2. nama saya tak tersenarai dalam krew pementasan theatre tun teja. ok, safe! :)
posted by ~ n.u.u.r ~
Dengan namaMu yaAllah,
Yang menciptakan manusia secara berpuak2..
1st week of orientation was fine,
because i skipped, like, almost all. :P
this was the only session that i join.
cheer fighting.! *fuyooh*
i was supposed to wear those oriantation shirt but,
well, yeah, since childhood time, being odd was what i am all about. (refer here)
sekurang2nya saya telah sedaya upaya cari baju labuh yang paling merah.kan?
syukur im not facing any culture shock as i had expected IMU to be like this.
just keep on follow the flow as long as... im still on the track.
well, theres still a hole lot of activities to be done.
charity home visit, variety night, dress code, bla bla bla.
hopefully i'm "rajin" enough to join.
aha~ treassure hunt, perhaps?
ok. ok. just some short notes from bukit jalil,
informing u guys that i'm ok. fine, and, trying to adapt.
im training myself to use english. english and english as i need them for communicating in IMU. fiew.
nak cakap bahasa melayu je boleh ? :D
posted by ~ n.u.u.r ~
posted by ~ n.u.u.r ~
bismillahirrahmanirrahim..
then
nampaknya..
saya tidak akan melalui plan A, B,mahupun C.
saya tidak melepasi cut off point yang ditetapkan oleh IMU,
maknanya plan A dan B harus dipadamkan dari list.
pada fikiran saya, saya akan melalui plan C, iaitu menyambung ke indoensia atau mana2 universiti tempatan.
ternyata.... plan C juga; bukan ditentukan buat saya.
siapa sangka, Allah punyai perancangan lain buat saya.
tidak diberikan saya A, B mahupun C.
ttp, gabungan kesemuanya!
ya, alhamdulillah..
syukur. atas rezekiNya.
dikurangkan sedikit, ttp dilebihkan sedikit.
ditarik sedikit pada awalnya, kemudian diganti dengan yang lain.
diajar sedikit saya untuk bersabar dan redha, dihadiahi kemudiannya dgn menjawab doa orang2 yang senitiasa mendoakan saya.
insyaAllah, saya akan mendaftar ke universiti perubatan antarabangsa isnin ini.
saya tidak lulus cut off point ttp, ttp bukankah ketentuan manusia itu, berada di tanganNya?
saya menghembus nafas lega dan penuh haru, apabila admission officer memaklumkan bahawa saya masih tetap diterima sebagai pelajar IMU.
alhamdulillah. maha Suci Allah, atas rezekiMu yang sering tidak disangka2. :')
alhamdulillah juga, sepanjang hari ini, meski memperoleh keputusan yang jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dgn sahabat2 lain, hati saya cukup tenang.
malahan turut tumpang gembira dengan pencapaian hebat sahabat2 saya. 126 peroleh 15 points. mana tidak hebat!
sudah saya nyatakan sebelum ini, i had been blessed with so many things for the past 20 years. dan, saya tidak akan membiarkan keputusan Alevel ini meruntuhkan semangat dan membuatkan saya lupa pada nikmat2Nya selama ini.
sesungguhnya benarlah. hanya Dia yang mampu jadikan kita seorang yang kuat. sungguh sungguh, benarlah! :)
urusan pertanyaan mengenai status saya berjalan dengan lancar.
madame Rita menjawab panggilan saya meski sedang sakit tekak,
JPA melayan dengan sangat baik dan mesra,
IMU juga memberi kerjasama yang saya kira boleh dipuji.
alhamdulillah.
"Sukarkanlah dan jauhkanlah urusanku jika ianya buruk untukku.
Permudahkanlah dan dekatkanlah, jika ianya baik untukku."
thanks
i had thanked my family, lecturer and friends,
now im thanking my dear juniors yang sgt supportive.
panggilan hari ni really make me smile.! *mode rindu*
da kembars, farhana, lyana, yatimah.
i found myself tru u guys.
terima kasih. insyaAllah ada rezekinya, akak turun ziarah korang ya?
:)
lagu
saat ini saya sedang mendengar lagu alunan talil alhabib bertajuk Light of dawn.
Lengkap 2 albumnya; Rahma dan The Song Of Innosence saya download.
(ini semua gara2 junior yang request lagu drpd sy la ni. hehe.)
lagu2 alunan talil al habib sungguh touching.
veryy soothing, very relaxing.
kena pula dengan keadaan sy waktu ini.
I wake with the light of the dawn whispering
With joy in my heart and with praise on my lips
In stillness and twilight I stand before you
Bowing, prostrating I call Allahu
My eyes see your beauty in the dawn’s golden hues
My ears hear the thunder as it glorifies you
The rhythm of my heart beats the sound of your name
My breaths rise and fall with the tide of your praise
My soul knew and loved you before I was born
And without your mercy is lost and forlorn
Wherever I may wander down the pathways of life
My cry to you, oh my Lord, is ‘guide me to light’
Through all fear and helplessness, to you do I turn
For your breath of healing and peace do I yearn
For all that I have, my Lord, all that I am
Is from You, is for You and to You will return
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum
is FROM You, FOR You, and TO YOU will return..
jumpa lagi!
posted by ~ n.u.u.r ~
6 am united kingdom = approximately 2 pm malaysia.
ok. just have to be patient!
update
"Some of you may not get what you had hoped for. If you are one of them, please remember, it isn’t the end. It just means your journey of life will take place by a different pathway that you hadn’t planned for. The unplanned pathway will I am sure, still contain riches and rewards just waiting for you, as work your way down that new path."
baik, result sudah berada di tangan.
my result.?
saya mendapat B utk ketiga2 subjek.
bermakna, point saya; 12.
ya, saya tidak lulus cut off point.
namun anehnya,
entah kenapa, saya cukup tenang.
alhamdulillah.
:)
terima kasih atas sokongan dan doa drpd family, lctrr dan kawan2.
mungkin tanpa doa kalian,
barangkali keputusan sy lebih rendah drpd ini.?
dan, ofcourse, buat sahabat2 saya yang hebat2 semuanya,
berbanyak tahniah buat kalian!
semoga terus, bersemangat, dalam mengejar impian.
insyaAllah..
ok, plan A dan B mungkin perlu dibatalkan?
plan C, here i come.!
(rujuk sini)
salam tenang,
posted by ~ n.u.u.r ~
seorang sahabat saya di facebook, meletakkan nama "Pzu De Walrus" sbgai namanya.
he also happen to be my batch mate at intec.
but dunt get mistaken. walaupun sebatch, rasa2nya saya tidak pernah bertegur sapa dgnnya.
Pzu itu, namanya. walrus itu pula?
seriusy, sy tidak tahu apa makna walrus.
so, again, dek kerana curiosity, sy bertanya pada encik google.
i typed walrus di bahagian "search image"
and, wow! rupa2nya, inikah dia walrus?
end up, i found this very cute version of walrus!
ahaa~~ how cute! kawaaaiiiii...! :D
