Dengan NamaMu YaAllah..
Perancang segala sesuatu..
inisiatif
saya tahu apa yang bakal saya tulis ini,
mungkin akanmengundang kemarahan kalian.
memarahi saya kerana, sy tidak punyai keyakinan diri.
atau.. fikir yang bukan2.
hakikatnya, saya sebenarnya berpijak pada realiti.
saya mahu fikirkan pelan A dan pelan B agar saya tidak terlalu kecewa dgn kemungkinan2 yang bakal berlaku.
agar saya lebih redha seandainya ianya berlaku.
kadang2, menyediakan pelan2 inisiatif inilah yang menjadikan kita lebih kuat dan tidak terlalu melatah dgn apa yang ditakdirkan utk kita. kerana, kita telah bersedia.:)
apa?
apa pelan saya itu.?
apa lagi kalau tidak mengenai keputusan Alevel saya 20 ogos akan datang ni.
pelan pasca result Alevel.
dan, secara kasar, disini, pelan saya.(dari aspek pendidikan) utk, dalam 5 tahun akan datang.
plan A
sy lulus cut off point.
memasuki IMU bukit jalil selama 2 tahun setengah.
alhamdulillah jika tercapai.
hajat saya ingin mengikuti pengajian sampingan di UM sepanjang saya berada di IMU nanti.
sementara saya masih dekat dengan insitusi pengajian tinggi, saya harus mengambil peluang. seoptima mungkin. bila lagi, kalau bukan sekrang?
kini baru saya sedar betapa saya telah merugikan 2 tahun di intec tanpa mengambil apa2 pengajian sampingan. sedangkan terlalu byk waktu lapang semasa di intec dulu. dan, benar2 sudah teramat hampir dgn UiTM shah alam!
tulah. budak2 mmg tak berpandangan jauh. :p
ini baru perancangan, but hopefully dapat terealisasi kerana saya benar2 mahu belajar.
selesai fasa satu di IMU dan sambung di univ luar negara selama 3 tahun berikutnya.
plan B
seperti diatas, cuma bezanya, saya tidak akan sambung pengajian di luar negara.
sebaliknya saya akn tukar option dan menyambung fasa dua di IMU seremban.
jgn risau, sy sudah bertanya kepada pihak IMU dan pihak IMU menyatakan ianya boleh diuruskan dan tiada masalah.
malahan JPA lebih gembira jika ada yang mahu tukar kpd pengajian tempatan kerana ianya sekaligus mengurangkan kos perbelanjaan.
kenapa saya mengada2 nak tukar option kpd univ tempatan sedangkan sudah ada peluang utk ke negara luar, fully sponsored?
well, apa yg dapat saya katakan, macam2 yang boleh berlaku dalam masa 2 tahun setengah itu. jika rasional saya menyatakan kehadiran saya lebih diperlukan di malaysia, saya akan tetap setia di malaysia, despite what people might say.
tiada gunanya jika saya ke luar negara jika saya meninggalkan urursan yang tidak selesai di malaysia. kan?
plan C
saya tidak lulus cut off point.
mungkin JPA akan membantu menyerap masuk ke univ lain
turutan negara pilihan saya adalah, indonesia kemudian india dan akhirnya univ tempatan.
entah kenapa ada satu desire besar dalam diri saya utk ke indonesia.
agaknya kalau diberi pilihan samada saya mahu ke IMU atau ke indonesia, saya akan memilih indonesia! seriiusly.
di IMU nanti, saya bakal berhadapan dgn satu cabaran besar yang selama ini saya cuba utk jauhi. sy tahu, its better to face the challange rather than running away, ttp, sy tidak pasti sejauh mana, setinggi mana kekuatan saya dalam menghadapi cabaran besar itu. mudahan2 saya kuat. amien.
Plan D
pelan ini terlalu horror. tak mau kongsi. ada lagi plan lain. tp....
cukup lah 3 pelan sahaja sy kongsi dgn kalian. :)
mana satu yg mungkin saya lalui?
plan A? B? C? atau bukan kesemuanya?
well, expect the unexpected!
Allah juga merancang
sesungguhnya Allah itu sebaik2 perancang.
Post a Comment