Archive for Dec 15, 2008


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


:: poison ::

Dengan NamaMu Ya Allah..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...



Badut.

bibirnya sentiasa mengukir senyuman.
hidung merahnya yg bulat, andai dipicit mengeluarkan bunyi honk honk.
rambut kadang merah, kadang putih,kadang kuning, bahkan ada masa, berpelangi.
topi nya berbunga, bajunya dari pelbagai warna, pelbagai corak.
dan kasutnya, melebihi saiz 9.

lazimnya, mereka ini akan menceriakan hari anak- anak kecil dgn pelbagai tricks dan, semestinya, dgn belon pelbagai bentuk.. sinonim dgn keceriaan, kegembiraan, gelak tawa, dan... segala apa yg berkait rapat dgn senyuman.

sebaliknya

one mans meat is anothers man poison.


apa yg sy ingin kongsikan hari ini, bukanlah mengenai siapa2. hanya mengenai sy.
perkara yg tak ramai org mengetahui, termasuk ahli keluarga sy sendiri..
perkara yg hy akan diketahui, jika mereka berada dgn sy dlm keadaan2 tertentu.
dan kini, sy kongsikan kpd kalian, siapa2 yg sudi mebaca. barangkali boleh berkongsi pendapat mengenai apa yg sy alami.

benda yg satu ini, sy sendiri tidak sedar bila dan bagaimana ia memasuki peti kepercayaan sy.
tahu-tahu, sy sudah pun memiliki dan menjadikan ianya satu kepercayaan.
risau juga jika sekiranya ia merupakan salah satu "mental" sickness. (nauzubillah!)
mana tahu? kan?

apa?

perkaranya apa.?
sy tahu ianya kelihatan sungguh tidak masuk akal.

sy takutkan badut. takut, sgt.

lucu bukan?
sy pun fikir begitu.
namun, sy masih tidak dapat menolak hakikat yg semeangnya sy agak takut dgn badut.
spt yg sy katakan sblmnya, sy sndiri tidak sedar, dan tidak faham, bagaimana kepercayaan yg satu ini meresap masuk ke dlm diri sy. kepercayaan bhwsanya badut itu sesuatu yg menakutkan.

dan, nak tahu lagi?
sewaktu sy search image clown ini sendri, dada sy berdebar2. mata sy hampir menangis. kerana sesungguhnya... sy benar takutkan badut.........

pernah sekali, waktu sy dan beberapa org shbt ke jusco bukit tinggi di klang,
kebetulan waktu itu ada show badut ke ape ntah..
meberi belon2 percuma kpd kanak2 yg ada..
dari atas escelator, sy nampak badut..
dlm hati dah berkata. alamak.. badut.. macanana nk lalu ni.?
(shbt2 sy, tidak mengetahui hakikat sy takutkan badut.)
dan, tiba waktu nak melalui badut, sy peluk erat lengan shbt sy, mengecilkan mata sekecil yang boleh, dan mengajaknya berlalu pergi dgn cepat. saat itu, benar2, air mata sudah bertakung.

shbt2 sy, tentu shj terkejut. "ijjlal? ijjlal takut badut?"
yg gelak pun ada. siap sakat2 sy nk tunjukkan gmbr2 badut yg diambil melalui hp slide sony ericsonnya.

kenapa dgn sy ni?

bayangan

apa ya, apa sebenarnya sy nampak dlm badut itu..
puas sy fikir.. kenapa tiba2 shj, sy seolah2 begitu gerunkan figura itu. dan, mengapa badut??

pelik. hairan. sy benar2 tak mengerti
namun, sy ada membuat hipotesis sendiri. dlm erti kata lain, tanggapan sy ttg mengapa sy berfikiran begini.
sy bukanlah pakar psikolgi atau apa, tp, barangkali, hipotesis sy ini, boleh diterima pakai. mustahil dgn tiba2 shj sy jadi seorang yg penakut pd para badut.?

hipotesis

org lihat terlukis senyuman pada bibir si badut.
tp sy lihat bibir muram si badut..

org lihat matanya terlukis pancaran kegembiraan
ttp sy lihat matanya sarat dgn ketidakrelaan.

sy melihat..
badut itu, sbg satu figure yg penuh dgn kepura-puraan, lakonanan, penipuan, dan.. pengkhianatan.. hanya... lukisan.. semata2.
sungguh bukan diri sy yg lazimnya sering memujuk diri utk sekurang2nya mencipta pndgn yg baik trhdp sesuatu prk.
sy tidak berupaya utk sepositif thinking seperti selalu apabila memandang badut2 itu..

kalau benarlah hipotesis sy ini, nampaknya,
apa yg sebenar2nya sy takutkan di sini bukanlah badut semata2, ttp,, kepura-puraan dan pengkhianatan..
kalau benarlah itu isunya, sy tidak mampu utk mebantah mahupun menolak.
mungkin, bg sesiapa2 yg pernah mebaca post2 sy yg dahulu2, kalian pasti dpt membuat kesimpulan bhw sy seorang yg sgt berhati2 dalam mempercayai.
kalau dlm bhs terus terangnya, sy takut untuk mempercayai.
kalau di YM itu sendiri pun, spt yg pernah sy nyatakan dahulu, sy jarang2 sekali ingin memulakan langkah pertama utk menegur..
oleh kerana sy tidak mahu sakitnya sebuah kepurapuraan itu, sy lari dari si badut yg mana sy lihat di dalam dirinya penuh dgn lakonan..

beginilah, senang cerita,
setiap manusia ada kisahnya.
tak begitu.?
dan, semestinya, sy juga ada kisah sy sendiri.
namun, kisah itu bukanlah sesuatu yg rela sy lakarkan disini.


memetik kata jiwa perkasa, misteri itu, penambah seri.
cukup2lah ianya menjadi sesuatu yg hanya layak dikongsi bersama org2 tertentu.

wahai bayangan silam. cukup2lah.
wahai hati, redha2lah.
wahai diri, kuat2kanlah.
wahai badut, jauh2lah!

Cukuplah, Allah, bagiku.
sinar penghormatan.