Archive for May 22, 2011

a saturday


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


Bismillahirrhamanirrahim..

bulu roma saya berdiri tegak. seram sejuk rasanya.

mata saya berkaca, sebak.

jiwa rasa hangat, selamat.... dan, terpujuk.
lantaran rajuk itu lah, jiwa yang satu ini pergi mencari.
dan, atas pencarian itu, Allah menemukan.
AllahuAkbar. adakah ini yang ingin Engkau berikan?

Saya terharu dan bergetar, saat mendengar gabungan suara ribuan manusia,
mengalunkan bacaan surah yaasin. beramai-ramai, dalam satu irama yang senada.
tiada lebih laju, tiada yang perlahan. bersama, dan, bersatu.


suasana di dalam kompleks an nahdhoh. penuh.
diluar kompleks diletakkan tv untuk mereka yang tak dapat masuk ke dalam.

terasa hangat perpaduan dan kesatuan,
ditambah lagi dengan alunan gema yang menambahkan sound effect.
mungkin biasa bagi mereka yang sering kesana, namun luar biasa bagi saya yang baru pertama kali melangkah masuk ke perkarangan kompleks madrasah an nahdhoh kubang semang, pulau pinang.

hari sabtu

it was a saturday.
saya dan bonda bertolak dari rumah seawal jam 7 pagi.
rancang kami, untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum bergerak ke pulau pinang.
pengajian di madrasah An Nahdhoh akan bermula jam 8.30 pagi. hm.. sejam setengah, sempat insyaAllah.

tiba

laluan masuk ke perkarangan AnNahdhoh kecil. persis jalan kampung. dengan lopak dan lubang di kiri kanan jalan, dan seperti kita lihat di iklan tv petronas, andai ada dua kereta bertembung, pasti perlukan tolak ansor dari salah satu kereta yang bertentangan. ya, begitulah keadaannya, tipikal jalan kampung kecil yang hanya muat untuk satu kereta.
saya tidak menjangkakan apapun dari segi binaan madrasah tersebut, kerana apa yang saya tahu, saya ingin ke sana untuk mengikuti pengajian perdana yang dijalankan.
papan tanda ke madrasah tersebut pun kecil dan humble sahaja.
namun subhanallah, sebaik masuk ke perkarangan madrasah tersebut, saya terpana, dan kagum.

pesta!

seperti ada pesta!
kalau selalu apa yang saya lihat adalah pesta sure heboh di dataran bukit jalil, tetapi kini saya melihat pesta ilmu di madrasah an nahdhoh. dan, oh ya, sebenarnya ia dikenali sebagai Kompleks Yayasan An Nahdhoh.


kereta penuh di sana sini. kepala putih berkopiah dan hitam bersongkok.
dari anak kecil sekecil 3-4 tahun, hingga nenek dan atuk yang saya kira menjangkau 75 tahun. betul ke saya berada di pulau pinang ni?
betul ke saya berada di malaysia ni?


saya disambut oleh satu bangunan besar. itu dewan besar utamanya. dua tingkat. dan sudah kelihatan ramai umat manusia yang berada disana.

pintu masuk utama

kompleks dari sisi

ustaz mutalib dengan pengajian kitab tafsir darulihsan pengajian yang sangat menyuburkan.

kitab lama, cetakan ketiga 1381hijrah,
(sekarang kita di 1431H)

para penuntut beratur selepas pengajian untuk berjumpa dan bersalam dengan ustaz.
mereka sangat menghormati guru, walaupun ustaz mutalib tu jauh lebih muda daripada mereka.


di dalam dan luar perkarangan kereta penuh mengelilingi.
bertentangan bangunan utama, adanya AnNahdhoh Inn.
dibina khas untuk pelajar2 jauh yang ingin menyertai kuliah tersebut.
disebelahnya, satu bangunan 4 tingkat, sekolah tahfiz AnNahdhoh. masyaAllah. sangat mengujakan.

tempat mengambil wudhu terbuka untuk lelaki. panjang.
bertentangan dengannya tandas dan bilik mandi.
dibelakang tu replika sekolah pondok asli.

di luar perkarangan , ada pasar-pasar yang dibuka.
bila saya kata pasar, memang macam pasar.
gerai makanan, buah, sayur, daging ayam.
saya difahamkan, pasar tersebut disewa rm10 dan memang dibuka bersempena pengajian yang diadakan.
hampir 100% pelanggan dari pasar tersebut adalah dari para penuntut yang datang untuk pengajian dari ustaz. bayangkanlah betapa ramainya, hingga boleh dibuka satu pasar yang mana pelanggannya adalah dari kalangan para penuntut sendiri. :-)

dan, istimewanya, pasar tersebut menawarkan suasana yang berbeza.
suasana.. selamat.

mana nak cari penjual sayur berniqab?
mana nak dapat penjual ayam bertudung labuh?

mana nak cari stall-stall buku agama, dan pakaian-pakaian labuh menutup aurat dijual di pasar?

mana nak cari pembeli-pembeli pasar yang memakai jubah putih dan berserban disana sini?
dan mana nak cari seorang penjual yang menghadiahkan sahaja kek lantaran kasihan meilhat pelajar tahfiz disitu kempunan untuk merasa sedikit kek?


satu suasana yang berbeza, namun sangat dipuji.
walau saya cukup tahu ia jauh berbeza dari zaman Rasulullah, namun, sedikit sebanyak ia memberi kepada saya satu perasaan yang, entahlah. seronok, sangat!

kita memandang setiap wajah yang ada di kompleks tersebut dengan pandangan hormat,
kerana kita tahu setiap orang yang berada di sana adalah orang-orang yang ingin menuntut ilmu.
can you imagine that feeling?
pandangan yang tiada prasangka, pandangan yang penuh kepercayaan, dan pandangan yang penuh dengan rasa sayang.

dan istimewanya, walau kereta penuh, namun masing-masing seperti sudah tahu sistem untuk keluar dari kompleks tersebut. masing-masing bertolak ansur, dan memberi peluang untuk yang lain.

(klik untuk imej lebih besar)
kereta penuh. dan bangunan bertentangan tu an nahdhoh Inn.

masyaAllah. boleh pun wujud suasana macam ni.
boleh pun. tak mustahil..

subur

it was my first time, and i cant wait for the next session.
dia-diam menyimpan doa, agar Allah kurniakan saya seorang pendamping hidup yang cinta, dan hormatkan ilmu.
diam-diam menyimpan hajat, untuk mendidik anak dengan pendidikan sebegini.
dan, dalam diam-diam, berazam untuk memperbaiki diri dari segala segi.
ubah dan perbaiki dulu dalam mencapai perubahan dan suasana yang diidamkan.
insyaAllah, Allah mendengar, Allah, Maha Mendengar.


seorang bapa muda yang membawa anak kecilnya ke pengajian.
saya tersentuh sebab selalu anak kecil takkan berenggang dengan ibu
... ini dengan ayah.? :')




kerana aku bukan makhluk pengkhianat




kata hati :
1. sorry ayat ekspress. saya busy.. :)
2. terserlah keexcited saya kan? hehe.. insyaAllah akan cuba kongsi pengisian. buat masa ni perkenalkan dulu kompleks yayasan anNahdhoh. sapa-sapa nak datang pengajian, mari lah ke sini. yang perempuan boleh hubngi saya dan menginap di rumah saya dengan izin mak ayah, insyaAllah percuma. :)