Bismillahirrahmanirrahim
ps: tak tahu kenapa tak dapat ubah warna tulisan di posting ni..
Kerja Kahwin
Bukanlah maknanya kerjanya asyik kahwin, tetapi ertinya; kerja-kerja kahwin.
usah silap faham ya. bahaya tu. hehe..
Alhamdulillah, selepas tiga tahun perkahwinan kakak sulung saya, yang juga merupakan perkahwinan sulung cucu Ashaari, kini seorang lagi keturunan Ashaari selamat mendirikan rumah tangga. Selepas dari ini, lepas seorang demi seorang akan menyusul.
Umur pun masing masing sudah ramai yang melangkah ke pertengahan 20-an. Siap sedia lah, anytime untuk menyingsing lengan berkerja kahwin!
Kerja kahwin letih, tapi seronok. Seronok apabila pada waktu inilah. Jika sebelum ni semua sanak saudara sibuk dengan hal masing-masing, tiba tiba mampu meluangkan masa untuk bersama membantu menjayakan majlis perkahwinan keluarga. Nampaknya perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua buah keluarga yang tak pernah berhubungan, malahan mengertakan ikatan sesame ahli keluarga kami sendiri, walhamdulillah..
Tak perlu lah saya cerita banyak ya. Masing-masing maklumlah betapa banyaknya kerja dalam kenduri..
Bermula dari penyediaan bahan mentah, kepada memasak, makan, pasca makan : basuh pinggan mangkuk periuk belanga, bermain dengan minyak dan sabun dan air, mengemas mengemop rumah, hinggalah kepada melayan tetamu dan memenuhi keperluan dan keselesaan orang ramai yang pelbagai kehendak dan ragam.
Rasa nak putus tangan kaki, patah setiap ruas tulang punya penatnya saya. Lagi lagi saya antara “generasi cucu tua”. Bila cucu tua, maknanya banyak “kerja” yang kita perlu handle. Sepupu sepupu muda yang masih bersekolah, tolong tu memang tolong, tapi biasalah, sekali ketuk sekali jalan. Tak diketuk, tak jalanlah. Lagi-lagi mereka lelaki. Faham-faham sajalah. Liatnya lebih sikit. Tapi... tak juga. Kalau jenis rajin tolong tu, rajin juga kan? Ok, Dah, memang confirm. Lepas ni sila cari suami pandai buat kerja ye. Bahagia otot badan. Hehe! :)
Paling lucu, adalah apabila saya tiba tiba dinobatkan sebagai pengapit kepada pengantin. Allahuakabar.
Hari nikah, paginya sibuk menyiadakan juadah untuk rombongan lelaki. Usai subuh , bersilat di dapur, dan sediakan apa yang patut. Nikah, jam 10.30 pagi dan waktu itu saya masih di dapur.lengan baju kurung ungu muda tersingsing, dengan tompokan air kesan air basuhan pinggan. Tiba-tiba dipanggil. “mana pengapit ni? Lupa tugas .. cepat apit pengantin”.
Ok. Enough with the stories. Layan gambar sahajalah ye..
anak-anak dara cucu ashaari. ayyad main di pelamin. ruang penuh dengan 1300 door gift
Respon saya mudah sahaja. Senyum, dan amin kan sahaja.
Saya dan anna dahulunya satu dorm di SSP. Walau hanya sebulan, kami sempat merasai ikatan persahabatan tu. Yang rapat pada awalnya adalah saya, anna dan ila. paling unik, anna dan ila berkongsi nama ayah. Farhannah Ramli dan Fadzilah Ramli. Best, kan?
dan jun ini, Anna yang saya kenali sejak usia 16 tahun, mendirikan rumahtangga bersama sahabat satu batch kami. Lucu, kan? hebih satu batch kami, dan heboh juga satu university (sesama budak2 melayu). mana taknya. pasangan pertama!
Alhamdulillah saya sangat mendoakan keberkatan menghiasi setiap perjalanan nakhoda mereka pada masa akan datang, dalam senang hatta sukar. Percayalah, sayalah antara orang yang paaaling bersyukur saat menerima khabar gembira itu. dan sungguh, sungguh bahagia melihat senyuman bahagia mereka... :))))
kerana dia; adalah hamba
Seronok
Kerja kahwin letih, tapi seronok. Seronok apabila pada waktu inilah. Jika sebelum ni semua sanak saudara sibuk dengan hal masing-masing, tiba tiba mampu meluangkan masa untuk bersama membantu menjayakan majlis perkahwinan keluarga. Nampaknya perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua buah keluarga yang tak pernah berhubungan, malahan mengertakan ikatan sesame ahli keluarga kami sendiri, walhamdulillah..
Tak perlu lah saya cerita banyak ya. Masing-masing maklumlah betapa banyaknya kerja dalam kenduri..
saya dan syahmi, 70 biji kelapa yang perlu dikupas dan dimesin. 1000 bekas tapai pulut.
Bermula dari penyediaan bahan mentah, kepada memasak, makan, pasca makan : basuh pinggan mangkuk periuk belanga, bermain dengan minyak dan sabun dan air, mengemas mengemop rumah, hinggalah kepada melayan tetamu dan memenuhi keperluan dan keselesaan orang ramai yang pelbagai kehendak dan ragam.
Rasa nak putus tangan kaki, patah setiap ruas tulang punya penatnya saya. Lagi lagi saya antara “generasi cucu tua”. Bila cucu tua, maknanya banyak “kerja” yang kita perlu handle. Sepupu sepupu muda yang masih bersekolah, tolong tu memang tolong, tapi biasalah, sekali ketuk sekali jalan. Tak diketuk, tak jalanlah. Lagi-lagi mereka lelaki. Faham-faham sajalah. Liatnya lebih sikit. Tapi... tak juga. Kalau jenis rajin tolong tu, rajin juga kan? Ok, Dah, memang confirm. Lepas ni sila cari suami pandai buat kerja ye. Bahagia otot badan. Hehe! :)
Pecah rekod
Paling lucu, adalah apabila saya tiba tiba dinobatkan sebagai pengapit kepada pengantin. Allahuakabar.
Saya, pengapit? Mula-mula tu macam, em.. pengapit? Naik atas pelamin? Ber….sanding..? hm… i was not actually into the idea of naik pelamin. lama-lama seperti, ok lah.. apit je kan. What is so hard about it?
But then bila fikir perlu naik pelamin, tersenyum-senyum, dan seeeeemuaaaaaaa orang akan perhati (ye orang fokus pengantin je...) tiba tiba rasa malunya ya Allah! Malu malu malu dan malu. Dan saya memang seorang yang pemalu. =(((
.. persetujuan yang dibuat tak mampu di tarik balik. So.. we’ll see how it goes.
The Day
Hari nikah, paginya sibuk menyiadakan juadah untuk rombongan lelaki. Usai subuh , bersilat di dapur, dan sediakan apa yang patut. Nikah, jam 10.30 pagi dan waktu itu saya masih di dapur.lengan baju kurung ungu muda tersingsing, dengan tompokan air kesan air basuhan pinggan. Tiba-tiba dipanggil. “mana pengapit ni? Lupa tugas .. cepat apit pengantin”.
I was like, aah? Pengapit? Kena apit time nikah ke? Bukan nanti masa nak bersanding je?
Aah sudah. Dengan muka selekeh berminyak dan baju basah sana sini tak sempat perbetul terus ke depan dan “mengapit” si permaisuri sehari. Memalukan atau terlebih berani saya pun tak pasti. Kite redah aje.
Lagipun majlis tidak akan terjejas dengan “keselekehan” kamu ijjlal. So chill.
And there i was, sitting beside the queen. Memanglah terserlah perbezaan antara pengapit dan pengantin tapi tak mengapalah. At least saya terlepas dari kerja dapur buat seketika. Now thats a good news for me! :D
Ok. Enough with the stories. Layan gambar sahajalah ye..
on the day
Bila dah jadi pengapit, faham faham sahajalah. Menjadi sasaran usikan sanak saudara.
“tak lama lagi ijjlal lah tu..”
Respon saya mudah sahaja. Senyum, dan amin kan sahaja.
“InsyaAllah, doakan yang baik untuk ijjlal ye”.
Akhirnya ianya menjadi rantaian doa dan manfaat buat saya sendiri apabila bapa saudara saya yang mengusik saya kembali mendoakan saya “InsyaAllah, wak doakan yang baik-baik buat ijjlal” kan best tu?
Tak perlu lah nak tolak-tolak nafikan. Benda baik. Amin kan sahajalah.
Orang pun tiada modal untuk panjangkan usikan.
Lagi kita tolak dan malu malu lagi orang suka mengusik. Kann?
Ingat lagi pesan kakak sulung saya apabila orang mengusiknya supaya dapat lagi anak ketiga. “jangan tolak. Tu doa. Kalau betul-betul nanti Allah makbulkan takde anak, menangis!” ouish. Kalau saya tolak usikan, dan dibuatnya Allah makbulkan saya takkan bernikah. ~_~’’
Setelah memilih
Sehingga kini insyaAllah, dan Alhamdulillah, Allah redakan hati saya dan lapangkan dada saya daripada memikirkan soal nikah kahwin. Dan Allah izinkan saya untuk kekal terus dengan apa yang telah menjadi tekad saya. Untuk hanya menerima insan yang datang melalui keizinan kedua ibu bapa saya.
Siapa yang mampu menggembirakan dan menenangkan hati kedua ibu bapa saya, insyaAllah akan saya gembirakan dan tenangkan hatinya. dan siapa yang mampu mengambil hati dan menarik hati kedua ibu bapa saya, mampu mengambil hati saya juga.
Well, Kami kan anak beranak. Cita rasa tak lari jauh punya. Hehe..
ok. Dah melalut. Stop please. :)
Sapaan kedua June!
Jun juga menyapa saya dengan khabar gembira dari sahabat saya sejak di bangku sekolah. Farhannah Ramli.
Saya dan anna dahulunya satu dorm di SSP. Walau hanya sebulan, kami sempat merasai ikatan persahabatan tu. Yang rapat pada awalnya adalah saya, anna dan ila. paling unik, anna dan ila berkongsi nama ayah. Farhannah Ramli dan Fadzilah Ramli. Best, kan?
dulu dan sekarang
sama sahaja gayanya. senyumnya, kedudukan tangannya. :)
Lari dari ssp, ingatkan tiadalah berjumpa lagi. Perancangan Allah saya dipertemukan semula dengan Anna di intec. Bukan sahaja satu intec, malahan satu kelas. Dan beterusan hinggalah ke IMU. Sungguh pertemuan dan perpisahan itu ada dalam perancangan Allah. Segala yang kita fikir tak mungkin pun tak mustahil untuk berlaku.
dan jun ini, Anna yang saya kenali sejak usia 16 tahun, mendirikan rumahtangga bersama sahabat satu batch kami. Lucu, kan? hebih satu batch kami, dan heboh juga satu university (sesama budak2 melayu). mana taknya. pasangan pertama!
Alhamdulillah saya sangat mendoakan keberkatan menghiasi setiap perjalanan nakhoda mereka pada masa akan datang, dalam senang hatta sukar. Percayalah, sayalah antara orang yang paaaling bersyukur saat menerima khabar gembira itu. dan sungguh, sungguh bahagia melihat senyuman bahagia mereka... :))))
Indah nian syurga dunia,
Indah lagi... Syurga di sana.
:)