Archive for Jul 19, 2009

clothing


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

baju

posting kali ini adalah untuk mereka2 yang tercari2 dari mana boleh didapatkan baju2 yang proper. (fokus kpd Tshirt Labuh)

to gurlys, posting kali ni, khas utk kalian.
for guys, boleh je tgk2, kutlah mahu belikan utk ibu/kakak/adik/isteri/anak.

Shah Alam

buat mereka yang tinggal di shah alam atau area2 selatan, sy tahu cukup mudah untuk dapatkan baju2 yang selesa di pakai. tiada masalah lah.
ttp utk mereka2 yang tinggal di kawasan lain, esp di kulim ni,
beleive me, susah nak cari baju yang selesa.

i love baju. itu sy akui.
syukur sahaja sy dididik untuk belajar mengurus wang, jika tidak, mahu sahaja segala wang habis dibelanjakan. betul, tak tipu.

sy tahu mungkin ada di kalangan sahabat2 yang sudah pun mula untuk menyiapkan sedikit2 baju atau barang2 sebelum berangkat ke luar negara september akan datang ni, jadi, hari ni, sy ingin kongsikan beberapa laman yang, menawarkan pakaian2 yang, sesuai utk dipakai di luar rumah.

sebelum tu, satu kelemahan online shopping adalah, kita perlu mebayar harga kiriman pos. dan, kita tidak dapat tawar menawar harga.
but bagi kita2 yang mmg susah sgt nak dapatkan baju2 yang selesa,
i guess its not a big deal afterall. (at least for me.)

Tshirt labuh.

untuk mereka yang gemar t shirt labuh, well, saya ada beberapa cadangan. tak semua design dalam satu2 collection itu sy sukai. yelah, lain orang lain tastenya kan. i'll attacth design yang sy suka. Sila klik pada subheading utk terus ke laman web yang berkenaan.

Nauwar Collection

sy kenal jenama ini semasa malam sy mendengar talk bertajuk "hijab" satu masa dahulu. malam bersejarah sy tu lah. hehe.
sy tidak mebelinya, ttp shbt sy membelinya. kainnya elok dan cantik, tangan bercuff dan harga reasonable. rm36. ttp jika hendak order, make sure kalian order saiz yang lebih besar daripada saiz badan kalian kerana potongan baju ni kecil sedikit.



Aqeela Collection

yang ini, sy tidak pernah mencuba. sy terjumpa baju ini di getgorgeous.com.
i like the sweet colour, dgn sulaman ringan dan simple di bajunya, and ofcourse, the cuffed hand. sy suka design ni. nanti tiba2 kalau teringin nak beli, i'll pick this design. for sure! :)

TNK


sy ada 2 pasang baju TNK. satu itu plain tanpa corak, bercekak di tangan, sedikit butang di tepi, dan tali yang boleh diikat kebelakang. dibeli di ole2 shah alam. (yes! tiada kos penghantaran ^^)

TNK adalah jenama dari indonesia, tidak terlalu labuh seperti tshirt2 labuh biasa yang mencecah lutut, ttp masih menutup punggung.

asalnya, sy ada sepasang baju yang sperti diatas, berwarna turqoise pekat utk sy sendiri ttp akhirnya diberi kepada kakak sulung saya.

"ijjlal, tlg la carikkan lagi baju cam ni tak labuh sgt. kawan kaklong pun nak. Tshirt biasa tu labuh sgt"

thanks to TNK, kaklong saya sudah mula mahu memakai baju labuh. :)
tak semua orang yang mahu memakai tshirt labuh sperti tshirt2 labuh biasa, and for those yang begitu, this tshirt sangat sesuai utk anda. labuhnya atas lutut, ttp menutupi pinggul. sedang2 elok sahaja.

saya sgt sukakan material kainnya yang berkualiti, tebal ttp tak panas, lembut di badan dan, yang penting sekali, x cepat kedut! ^_^ and, salah satu sebab kenapa sy suka TNK adlaah kerana, potongannya spt blouse ttp bermaterial kain tshirt.

design2 nya, erm, tak banyak yang berkenan di mata saya. kerana most design agak "meriah" dan "sarat" dgn hiasan. tapi, okeylah..

Hilyah Collection


Hilyah adalah brand yang tidak asing bagi penggemar tshirt labuh.
generally, kainnya berkualiti cuma.... cepat nampak buruk.
sy ada membeli baju hilyah, just after 2 atau 3 kali pakai, sudah berbulu di bahagian punggung (kesan duduk) dan getahnya sudah longgar. daaah nampak buruk. T_T.
satu perkara yang pelik mengenai hilyah ini adalah, di sesetengah design bajunya, lengan baju adalah sedikit pendek. jadi perlu pakai handsock.

baju pertama dibeli semsa carnival sains dan matematik di intec dahulu. again, no delivery cost :D

Sumayya Collection


i bet my usrahmate masmuna wud love this!

eh eh. suka la baju tentera ni. comel. :D
ok, kali ni jenama sumayya pula. material kain dia berbeza dari tshirt2 lain. jenis apa pun sy tak tahu lah, tp yang pasti, ianya strecthy, dan... sejuk, dan... again, tak cepat kedut. bagi yang kurang rajin menggosok, then, sumayya collection suits you. ;)

sy ada sepasang baju sumayya, juga dibeli di ole2, tanpa delivery cost.

Brotherhoodarts


for peeps, brotherhoodarts is indeed a popular one.
design2nya dekat dengan remaja. simple yet cute.
harganya pun reasonble sgt.
kainnya selesa dipakai, but somehow, kain baju utk design baru sedikit berbeza dgn kain baju utk design lama, dan lama kelamaan printing di baju akan pudar.
kelemahan order brotherhoodarts ini adalah, lambat sgt nak dapat baju nya.
yelah, macam pisang goreng. selagi xda stok selagi tu lah x dpt bajunya..

penutup

itulah beberapa collection yang sy jumpa di internet, juga antara yang sy sendri pernah beli dan pakai.
honestly, jika diukur pada keselesaan memakai, sy prefer TNK bebanding yang lain.(Aqeela dikecualikan. sbb tak pernah mencuba) kalau sahaja TNK tawarkan design yang lebih simple seprti Aqeela, kan bagus.

apapun halnya, antara Tshirt labuh dgn blouse labuh, saya tidak akan berfikir dua kali untuk memilih blouse labuh. sy lebih sukakan sesuatu yg, erm, simple, lembut, bersulam, berkerawang2. ala2 east india. (but east india stuff is way out of budget. membazir yang amat) its hard to have those kind of element di Tshirt. Tshirt sedikit sporty. lagipun Tshirt mengikut bentuk badan, sebaliknya blouse tidak mengikut bentuk badan.

apapun pilihan pemakaian kalian, just make sure, pelihara apa yg patut dipeliahara.
baju2 saiz XS, nonsleeve, atau apa2 yang berkaitan dgnnya tu, pakai kat dlm rumah cukup lah ya. letakkan sesuatu pd tempatnya.berlaku adil juga namanya tu tau. :)


kongsi-kongsi,



kata hati : bila la mampu nak posting sesuatu yang berisi ni

randomness


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

malam tadi sy tidak dapat melelapkan mata.
tidur lewat 4 pagi dan bangun kembali jam 6 pg.
7 pagi terus ke sekolah utk membantu guru2 di bahagian dapur.
dan, memerah tenaga di sana.

balik rumah, kepala dah berpinar2, terus collapse, dan........

sy mimpi.

sy mimpi sy ditembak.
oleh seorang pemberontak yang menjadikan saya sbg tahanan.
pemberontak itu menembak randomly. dan kena pada bahagian kanan perut saya. memang horror.
sy dihantar ke hospital oleh guru-guru saya,
ttp rupa2nya tersilap masuk hospital.
termasuk ke satu shopping complex yang berkonsepkan medical field.

what the...?
seems that apa yang saya lalui dalam dua tiga hari lepas,
terkumpul dalam satu mimpi.

ni lah akibatnya tak baca doa sebelum tidur.



another pointless post,