Archive for Apr 3, 2010

n.i.k.m.a.t


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim..

Alhamdulillah Ya Allah..
Atas rahmat dan kasih sayangMu,
aku masih mampu bernafas di bumiMu..

david vetter bermain di "taman permainannya"

Alhamdulillah yaAllah.. atas keampunan luas dariMu,
aku yang penuh dosa masih diberi tempat untuk melihat keindahan alam ciptaanMu..

david vetter barangkali merenung keluar. mebuak2 untuk menyertai kehidupan luar

Alhamdulillah Ya Allah.. Atas keperihatinan tak terhingga dariMu,
aku masih terus berjalan untuk menerokai keajaibanMu..


david vetter berinterakasi dgn physisician.

Alhamdulillah ya Allah..
atas ketinggian rahmahMu,
Aku diberi ruang untuk menuntut ilmu ilmuMu..



Alhamdulillah ya Allah, atas kekuasanMu,.
Engkau masih kukuhkan kedudukan ku di bumi..
meskipun engkau berkuasa untuk meruntuhkan aku..

sentuhan terpisah dgn glove dan plastik

alhamdulillah ya Allah.. atas kurniaanMu.
aku masih mampu untuk merasai nikmat nikmatMu...


David Vetter

imej diatas adalah petikan kehidupan David Vetter.
saya sedang merevise mengenai immunodifecincy and i just came across this disease.
dek kerana ingin tahu yang tinggi.. maka saya bertanya kepada pakcik google..
dan hasilnya... satu kisah yang sungguh meluluhkan hati.. rujuk : i, ii, iii.

david vetter, seorang kanak2 lelaki yang mengalami severe combined immunodeficiency disease. SCID. satu penyakit genetik yang sangat jarang berlaku.
sistem imunisasi badan david tiada. kelenjar thymus tidak terbentuk.
segala perkara disekeliling david mampu membunuh.
dan akhirnya.. david hidup didalam "bubble" yang sterile.
10 saat selepas dilahirkan, itulah kehidupan david.

david ditempatkan ke dalam satu "kepompong keselamatan" yang bebas dari kuman bacteria dan segala perkara yang mampu mengancam nyawanya.
sehinggalah usianya 12 tahun.. dimana akhirnya David meninggal dunia.
dan.. hanya pada saat2 kematiannya itulah, David berpeluang merasa sentuhan ibunya buat pertama kali..

Ya Allah.., betapa lemahnya kedudukan saya sebagai hambaNya.
jika Dia mahu menarik nikmat ini, bila2 Dia mampu.
tetapi Dia tidak. kerana Allah bekerja dengan peraturanNya..
sunnatullahuNya..

tidak terbayang ada manusia yang terpaksa menjalani kehidupan sebegini.
david vetter telah membuat saya benar2 berasa bersyukur atas segala kurnian yang telah dianugerahkan kepada saya.
david vetter telah membuatkan saya menghargai sekecil2 perakara yang sering saya abaikan..
keupayaan untuk berjalan dengan bebas,. keupayaan untuk menyentuh insan2 yang dsayangi.. keupayaan untuk bergerak.. bernafas.. bermain.. belajar...
subhanallah.. mengapa saya sering lupa untuk bersyukur kepadaNya?

..
.
.

sejak 21 tahun yang lalu, saya telah dikurniakan satu kehidupan yang sejahtera.
dan, sudah tiba masanya, untuk saya berhenti merungut, dan mensyukuri segala kurniaan dariNya.





terima kasih yaAllah, atas segala nikmatMu..
28 march 1989 ~ 28 march 2010



salam kesyukuran,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : tidak mampu untuk update dengan kerap pada masa2 akan datang..