:: rapat umum ::
Dengan NamaMu YaAllah, yang Maha Menghancurkan musuh2 Islam.
Selawat dan Salam atas Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Dengan NamaMu YaAllah, yang Maha Menghancurkan musuh2 Islam.
Selawat dan Salam atas Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
alhamdulillah.. dapat hadir ke rapat umum di stadium melawati.
atas sepakat dgn sahabat2 blok 3 akasia, kami mbuat banner. hingga jam hampir 2 pagi.
banner yang tak dirancang.
petang tu baru beli, malam tu baru buat.
dan, x sangka, menjadi jugak banner kami tu (hehe)
di stadium, ramai. semangat. meremang bulu roma. macam2 ada.
kagum dgn beberapa org keluarga yg turut mebawa anak2 kecil.
x kurang juga kehadiran mat2 rempit, yg, tak pasti apa niatnya. mudah2n mereka terkesan juga.
back to the past.
nak rewind balik peristiwa.
pada malam talk perdana oleh ustaz ridha. bertajuk, sayonara palestine. (tajuknya... huuu..)
sy terkesan dgn satu prk yg ustaz katakan. (yg maknanya lebih kurang begini. dah x ingat persisely macamana)
"jadi, apa peranan kita? kalau kutip derma tu, orang2 kat luar pun boleh buat. korang semua, ada keistimewaan lain. belajar betul2 and sumbang pada masa hadapan. ini tidak, pelajar muslim jadi 100 pelajar terakhir dalam exam semseter. apa ni?"
sy tunduk malu. sgt2. terkena dgn apa yg ustaz katakan. mmg benar. kalau sekadar kutip derma, anak kecil usia 12 tahun pun buat. pesanan buat sy dan shbt2 yg masih bergelar pelajar. ayuh, mainkan peranan kita sbg seorang pelajar dan bakal ahli intelektual dan profesional.
islam needs us.
pergi
pergi ke sana, menaiki teksi. pengangkutan adalah sendirian berhad. pelik kenapa uitm tidak "mengahntar" rombongan ke sana. walhal ramai juga pelajar2 intec, junior, senior, lelaki perempuan yang hadir ke rapat umum tu. (atau, krn, kami x mohon bas. kan?)
agaknya memang Allah nak permudahkan urusan kami, kami mendapat pakcik teksi yang sgt baik.
umurnya, dlm lingkungan 50-an. berkopiah, keretanya bersih. memang orang lama kerana sy lihat keretanya dibalut oleh plastik yang berbunga2. (dpt bygkan x kereta lama2?)
sy sempat mengerling namanya. Pakcik Umar.
bila menyatakan kami mahu ke stadium, pakcik mula memainkan peranannya menyebarkan info mengenai palestin. bercerita soal boikot mcD. dll.
walaupun maklumat itu sudah sy ketahui, sy tabik dgn usaha pakcik yang ada inisiatif menyampaikan. bayangkan shj, kalau msg2 palestin disampaikan kpd setiap penumpangnya...
tahniah pakcik umar. dan teruskan menyampaikan seruan selamatkan palestin, krn sesungguhnya masih ramai lagi yang tidak mampu "mendengar" raungan serta ratapan palestianians dan "melihat" kekejaman zionis laknatullah.
dan ya. seolah2 mengiringi pemergian kami ke rapat umum tu, ikim meperdengarkan lagu bilakan damai oleh hafiz hamidun yang sgt menyentuh hati. saya, anis, nurus dan hanisah, melayan perasaan masing2 sepanjang lagu tersebut..
Bilakan Damai
Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada
Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan
Anak kecil bertanya bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?
Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menyayat dan menyiat perasaan
Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Bilakan damai akan menjelang?
Soalan yang masih tiada jawapan
lensa.
prk yg paling tidak selesa adalah apabila "diserbu" lensa kamera.
pada awalnya sy tidak menutup muka. tetapi, bila sudah mula terasa sgt tidak selesa, lekas2 muka ditutup dgn key. terus x kisah siapa pun yg mahu mengambil gambar.
x faham macamna para artis tergila2kan kamera. itulah, lain og, lain ragam. kan?
malu!
apa yg paling memalukan adalah,
apabila, kami, tersilap buat bendera palestin. O_O ya! mmg memalukan!
sy mencadangkan untuk mbuat ikatan kepala berlambangkan bendera palestin.
maka kami pun search kat internet bagaimana rupa sebenar bendera palestin.
yelah, nanti silap, maruah negara tu. spt mperlekehkan pula nanti.
ttp, bila namanya dihijab, mmg takkan nmpk dan tak perasan. walaupun kami sudah search di internet dan jelas terpampang macamna rupanya bendera palestine tu, kami masih tersilap lukis. tertinggal line putih diantara hijau dan hitam. uhuu... malunya.. hanya sedar bilamana ditegur oleh seorang pakcik yg prihatin.
terus shj, kami mencabutkan ikatan pada kepala kami. sedikit kecewa.
apepun, terima kasih pakcik, kerana menegur. kalau tak, sampai bila kami sangka betul.
aduhai. malu.
Ya Allah,
usahlah Kau hijabkan hati kami setelah Engkau meberikan petunjuk dan bukti yang nyata.
Ya Allah,
usahlah Kau hijabkan hati kami setelah Engkau meberikan petunjuk dan bukti yang nyata.
mesej.
apa yang pasti, alhamdulillah, kini sy punya lebih kesedaran atas isu palestine.
hati melafazkan istighfar panjang, kerana pernah dahulu, saya tergolong dalam glgn org2 yang kurang sensitif mengenai isu ini.
" kalau boikot pun .. apa sgt yg boleh diubah."
ya. sy dulu, sedikit sebanyak punya fikiran begitu. shame on me. kan? sgt tidak sensitif.
suatu ketika, sy kurang sedar akan tggjwb sy sbg seorang muslim yakni meletakkan palestine di hati sy. menggangap semua muslim itu sbg keluarga kita sendiri. alhamdulillah. walapun agak terlambat, sy masih diberi peluang untuk tersedar.
"jgn kamu semangt disini, ttp apabila pulang, menjadi orang biasa"
memetik kata2 pemidato dari (?) .
sy pulang, dgn kesedaran yg lebih. dan rasa cinta yg bertambah2 kpd palestin.
Ya Allah. dekatkanlah palestin di hati ku.
Ya Allah. dekatkanlah palestin di hati ku.
khaibar khaibar ya yahuuud
hancur hancur yahudi!
saksikanlah yaAllah, sesungguhnya, hamba telah, menyampaikan.
anda pula, bagaimana?
salam menyampaikan,
sinar penghormatan
sinar penghormatan
kata hati :
1. perhatian, kami tiada kaitan dgn HALUAN tau.. banner tu ada kakak bagi, kami ambil saja lah.. hehe...
2. Sampai bila2 kami takkan lupa bagaimana rupa bendera palestine.