Archive for Jan 20, 2010


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


i just; wanna smile.
=)

alhamdulillah.
time to move on!

shawl


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


Dengan Nama Mu Ya Allah, pencipta segala keindahan..

today

hari ini?

lets talk fashion okey!

siapa kata saya tidak gemar berhias.?
tanya sahaja kepada keluarga saya, mereka lebih lebih leebiiihhh mengetahui. :P
di dalam rumah, mahupun di luar rumah.

pernah sahbat saya menegur;
"kenapa ijjlal pakai baju lawa-lawa rumah ni? orang pakai ni kat luar je, dia pakai kat dalam rumah pula"
saya senyum.
salahkah? takkanlah diluar sahaja perlu berhias. ketika dlm rumah pun perlulah berhias. lagi pula saya berhias untuk diri saya sendiri. keselesaan dan keinginan saya sendiri.
bukan untuk orang lain. jadi, x salah rasanya kan.. =)

cuma entah kenapa, sejak melangkah ke alam 20-an, saya sudah sedikit malu untuk berhias secara lebih lebih semasa berada di luar rumah sepertimana satu ketika dahulu.
perubahan cara fikir mungkin?

pashmina

sekarang, musim tudung selendang, pashmina,syria dan seadik beradik dengannya.
i think, people look cuter when they wear shawls. is it true? sumhow i think it is true. XD

ada juga saya browse2 buang masa melihat laman2 web yang menawarkan pelbagai jenis selendang. comel2 semuanya.
saya enggan komen mengenai siaz selendang kebanyakan yg dijual, mengenai itu, saya cukup yakin kalian sudah tahu.
kali ini, saya ingin perkenalkan satu site yang saya jumpa.

dalam banyak2 blogshop yang saya tandang, site Max Azaria menawarkan tudung pashmina yang sopan untuk dipakai. (klik di gambar untuk ke website yg berkenaan)


labuh pun labuh, bergaya pun bergaya, sopan pun sopan.
apa yang dapat saya katakan adalah,
antara kelebihan tudung ni adalah, mudah dibentuk dan tak cepat kusut!
sangat sesuai bagi siapa yang kuat travel. dan kerja yang sibuk, seperti.. doctor! :P

tips?

secara kasarnya, tips membeli bagi siapa yang teringin pakai selendang labuh, untuk saiz yang sesuai supaya bila dipakai agak labuh is,

panjang= satu hasta+setengah depa.
lebar= satu depa setengah.

ish, gaya macam pernah beli je saya ni? *giggles*
bukan pernah beli, tetapi pernah mencuba.
kebetulan saya terjumpa satu simpanan selendang hitam kepunyaam bonda saya yang dipakai semasa berkunjung ke tanah suci satu masa dahulu.
maka disebabkan saya tiada kerja sangat, saya cubalah memakainya.
and, it happens to be that, indeed it is easy to wear, and the great part is, boleh dipakai labuh.

frankly speaking, memang ada terdetik dalam hati untuk cuba memakai shawl, but entahlah,
bila saya mengenakan shawl , saya rasa seperti, seolah2 ada sesuatu yang aka ntelan saya dari depan belakang kiri kanan. (?)
beberapa kali dah cuba untuk melangkah keluar dari rumah dengan shawl hitam bonda saya tu, but akhirnya saya masuk kembali dan menukar untuk memakai tudung biasa. hehee.. macam macam kan ?
cukuplah buat masa ini, saya rasa saya sudah cukup selesa dan tenang dengan penampilan saya yang sedia ada. yang harapnya berkekalan!

tak kisahlah, as mentioned, saya bukan orang yang anti kepada fesyen terkini.
walau apapun cara penampilan yang kalian pilih,
jangan sekali kali lupa untuk jadikan surah nuur ayat 31 sebagai TIP UTAMA.

"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya.."

kecil atau besar,
labuh atau pendek.
semuanya ditentukan oleh kita.


semoga kalian semua bijak dalam memilih,
agar mampu menjadi yang terpilih,
insyaAllah! :)



salam selendang,