Archive for Jul 5, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~ on

6 comments

:: connect ::

Dengan NamaMu Ya Rahman..
Pemilik segala rezeki..

Bosan.

saya sudah mula merasa bahang kebosanan terperap di rumah.
sudah mula muak untuk melayari internet mahupun menonton televisyen.
sudah mula putus kata2 untuk menulis posting.
posting sy pun sudah semakin "pudar".


ikutkan, mahu juga mengikut kakak sya ke perlis utk menghadiri walimah,
bersama2 beberapa orang sahabat2nya dari france,
namun, rasa mahu saya itu ditidakkan,
kerana memikirkan kehadiran saya lebih diperlukan di rumah ini.
lebih2 lagi dengan ketiadaan ayahnda saya selama seminggu.
mmg sangat perlu saya tetap dirumah.

asal

rancangan asal untuk ke kelas jahitan mungkin terpaksa ditunda kerana institusi itu kini sedang sibuk menyiapkan tempahan2 baju raya.
bila agaknya peluang saya untuk belajar menjahit ni mahu datang lagi..
dahulu sudah ditunda. kini ditunda lagi. (teringin sangat belajar menjahit.. :( )

sahabat2 yang berdekatan pula, masing2 sudah kembali ke universiti.
memulakan semster baru pembelajaran.

ikutkan, ada sahaja shopping compplex utk dituju.
jaya jusco, landmark center, sunway carnival, bila2 masa sahaja boleh keluar merayau2,
ttp, sy buknlah kaki rayau yang setiap hari mahu keluar.
saya kaki aktiviti. bukan kaki rayau.

sekrang; sudah mula rindukan tasik shah alam.
waktu2 perasaan saya gundah begini, pasti itu destinasi saya.
hati saya cukup mudah dirawat oleh alam.
alam mmg pandai memujuk insan yang bernama nuur ijjlal ini.
kalau sy datang dengan rasa marah, angin akan meniup pergi dan saya akan pulang dgn satu kelegaan ang tak terungkapkan.
kalau sy datang dengan kepala yang kusut, burung2 akan datang memujuk, menerbangkan fikiran2 yang tersekat di kepala. pergi. hilang lelah.

kalau di kulim ni, hoho, tiada tempat yang menawarkan rawatan semulajadi seperti yang tasik shah alam tawarkan. paling dekat pun, emangan mengkuang yang terletak di luar kawasan kulim.
atau, sungai sedim yang jauhnya melebihi 40 minit perjalanan.
mahunya saya diberi kebenaran utk kesana sendirian. mustahil!

mahu

apa mahu saya?
sy mahu keluar dari rumah ini.
ttp bukan keluar tanpa makna. berjalan sana sini laksana kutu.
saya mahu keluar berinteraksi dgn manusia.
saya mahu keluar melakukan sesuatu.
sy mahu keluar mencari ilmu.
saya mahu mengisi kembali hati saya ini dengan harapan2 baru.
bukan x sudi tinggal d rumah. cuma ianya terlalu sepi. terlalu, sepi.

sy mahu dengar cerita.
sy cukup gemar mendengar orang bercerita.
(mendengar dgn telinga, juga mendengar dgn mata melalui sebarang sesi perbualan di YM, atau bercerita melalui email atau surat)
ceritalah apa sahaaja. sy suka mendengar.
pengalaman, , kisah para sahabat, kisah sejarah malaysia,kisah palestin, apa2 sahaja. sudah lama saya tidak mendengar sebarang pengkisahan daraipada sesiapa (bukan d blog)
sy mahu menddengar cerita yang saya tahu ianya ingin ditujukan kpd saya. bukan cerita2 di blog atau laman2 terbuka begini. hehe. (x sedar yng sy sendri bercerita melalui blog)

story telling

sy tak ingat kali terakhir saya menerima surat. atau kali terakhir saya menerima email, yang intinya ditujukan buat saya.
surat atau email yang diterima, moslty iklan iklan dan iklan.

kalau dahulu di kolej, ada juga rakan untuk bercerita2 dan berbual2.
ada juga rakan utk sama2 menonton cerita itu ini. makan itu ini.
buhsan duduk di bilik, saya akan mengacau ke blik sebelah.
takpun saya akan turun ke rumah resident staff saya.

di sini, jiran kiri kanan depan belakang tiada.
kalau ada pun, china2 kaya yang jarang berada di rumah dek kerana mempunyai terlalu banyak rumah.
seminggu sekali baru nampak muka.
kalau saya mahu masak kek atau puding pun, siapa sahaja yang ada utk makan?
saya, bonda, cik anum. ayah saya kurang gemar makanan2 manis.

ketika inilah terasa benar kemahuan saya yang lain yakni,
saya mahu pulang kampung.
tiada sebab khusus. sy cuma mahu pulang ke kampung.

hmmm bila ifikir2,
nampaknya, sy tahu apa sebenarnya mahu saya.
di sebalik mahu keluar rumah, pulang kampung etc,
sebenarnya,
i want to connect with people. i want to share. and to be shared.
itu sebenarnya.


masin

ups.
masin, sungguh, mulut saya.
sy taip tulisan atas ni pagi tadi. dan saya save as draft.
skrg sudah petang.

dan nak tahu?
sebentar tadi, sy menerima bungkusan.
2 bungkusan.
satu adalah sebuah bungkusan kotak dari taiping,
lagi satu adalah bungkusan plastik dari puchong.
subhanallah. betapa Allah itu mendengar bisikan hambanya, dan, mengabulkannya!
subhanallah.!

bungkusan pertama dari taiping itu berisi sepucuk surat dan sisipan sebuah buku. (saya tak pasti mana satu yang sebenarnya sisipan. bukunya, atau suratnya. owh, apa2 sahajalah.)
dan nak tahu buku itu mengenai apa?
buku mengenai kisah2 tokoh islam berpengaruh.!
baru sahaja pagi tadi saya berkeinginan untuk "mendengar" kisah2 para sahabat. nah, ambil, satu buku siap. dengarlah puas2 ijjlal.!

terima kasih saya ucapkan kepada afiq amin atas pemberian ini.
walau nampak kecil di mata kamu, ttp besar di mata saya. kerana sedikit sebanyak, keinginan saya dilunaskanNya melalu pemberian kamu. syukran.

bungkusan dari puchong pula, well, technically ianya bukanlah pemberian, kerana saya mebayar utk mendapat isi idalam bungkusan tu.
but, melalui isi di dalam itulah saya dapat berkenalan dgn sseseorong dari puchong.
sudah berkeluarga dan beranak dua. kak rafidah othman.
"nanti bila saya dah kat bukit jalil, bulehlah ziarah akak kat puchong" kata saya.
"buleh je. hehe" :)
insyaAllah sy akan ziarah akak. memakai baju yang diutuskan tu. :P



subhanallah. subhanallah.
maka, nikmat tuhan mu yang mana lagikah yang mahu engkau dustakan?

salam penuh kesyukuran,
sinar penghormatan