Archive for May 26, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

malam tadi sy melawati blog kenalan maya saya, ikhwan zhaki yg kini berada di bumi adelaide.

suka sy utk berkongsi dgn kalian petikan dr postingnya yg buleh mbuatkan kita berfikir adalah kita di landasan yg betul
adakah kebaikan yg kita lakukan ini, sebenarnya hanyalah "jalan halus" syaitan?

(jemput mbaca posting penuh di blognya.)

Perangkap dan Belitan Syaitan yang Lebih Halus



Perangkap dan tipu daya syaitan lebih halus.

Tuan Guru Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam selalu mengingatkan perkara ini.

Syaitan yang datang menghasut, menyesat dan memperdayakan juga bersesuaian tahap dan kedudukan mereka. Jika manusia tersebut berada pada tahap Tok Syeikh yang soleh, maka syaitan yang datang untuk menyerang Tok Syeikh tersebut juga berada pada tahap tok syeikh dalam kalangan syaitan juga.

Makin tinggi tahap ma'rifah, ilmu, iman dan amal kepada ALLAH, makin halus perangkap yang digunakan mereka. Syaitan memang bijak.

Bak kata Ustaz Fahmi, bagi orang yang malas beribadah, dia sesatkan secara malas beribadah dan bagi yang rajin beribadah dia sesatkan secara rajin beribadah. Sebagai contoh, bagi yang malas beribadah dia (syaitan) bagi bola sebiji sahaja bagi pertandingan bola sepak, habis hampir satu stadium orang Islam meninggalkan solat fardhu yang berlangsung sama waktu dengan perlawanan tersebut. Maka, rosaklah mereka dengan meninggalkan solat fardhu hanya kerana perlawanan bola tersebut.

Bagi yang rajin beribadah pula, contohnya seorang yang sejak kecil dididik dengan suasana soleh dan ketaatan, sentiasa melaksanakan ibadah, solat berjama'ah maka syaitan akan datang menggoda individu tersebut untuk merasakan betapa dirinya sangat hebat dengan 'ibadahnya, tiada siapa lagi yang lebih hebat ibadahnya. Maka rosaklah amalan si soleh tersebut.

gerunnya baca ni kan?
sy sendiri jd was2 dgn segala apa yg pernah sy lakukan.
mudaha2n perkongsian kecil ini mnajdi peringatan kpd kita
agar sentiasa berhati, dgn perangkap halus dr iblis ini.

wallahu'alam,
sinar penghormatan