Archive for Nov 20, 2009

mimpi.


posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments

bismillahirrhamanirrahim..

lelah.
berdebar.
seperti ada terjerit kecil.

pagi jumaat menyambut saya dengan satu pengajaran yang cukup besar.
yakni;

tutupkan hari mu dengan sebaik2 penutup.
dengan ayat suci al quran.
agar, kau dapat memulakan hari berikutnya,
setenang hari yang engkau harapkan.


it may seems small, but it gives a huge impact.
seriously.

sy, mengalami satu mimpi yang dahsyat.
dahsyat bagaimana, enggan sy ceritakan.
seperti benar2 berlaku.
dan, lebih teruk apabila ia melibatkan orang2 yang saya kenali.

sungguh, malam jumaat yang lalu, telah menyaksikan kekalahan seorang insan.
tewaslah saya dgn tipu daya minda.
syahid bersama2 dgn yng lain.
dan yg pasti, tidak mnjadi insan yg terpilih pagi ini.

kuatnya kesan mimpi itu, hingga seperti terbawa2 ke alam realiti.
bangun pagi, usai solat subuh,
terus tangan mencapai handphone dan mendail nombor2 yang terlibat.
yang mana mampu di telefon, sy telefon.
yang mana hanya mampu message, sy message.

saya ketepikan rasa malu. pada saya, saya mahu memastikan semuanya baik2 sahaja.
hoho. besungguh benar kamu ijjlal.
biarkan. saya mahu memulakan hari jumaat ini dgn sedikit rasa ketenangan.
tenang apabila pasti, mereka yg terlibat baik baik sahaja hendaknya.

fuh. mimpi. kuatnya penangan kamu.
dan ijjlal, mulai hari ini, tutupkan hari mu dengan adab2 yang patut kamu pelihara.
adab2 yang telah dipesan oleh Baginda Rasulullah kepada puteri tercintanya Fathimah..

apa? jom layan~~ dipetik dari sini.

pesan kpd puteri

Wahai Fathimah putriku, lâ tanâmi!. Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal;
  • mengkhatam Al-Quran,
  • memperoleh syafaat dari para nabi,
  • membuat hati kaum Mukminin dan mukminat senang dan redha kepadamu,
  • serta melakukan haji dan umrah.
bagaimana?

Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qul huwallâhu ahad tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran.

Kemudian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah salawat.

Kemudian supaya kamu memperoleh rasa redha dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga rdha kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat.

Siapa yang membaca subhânallâh wal hamdulillâh wa lâ ilâha ilallâh huwallâhu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah

Menurut Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca wirid itu lalu tertidur pula,
kemudian dia bangun kembali, Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur ghaflah tidur kelalaian, tapi tidur dalam keadaan berzikir.

Wallahualam bissawab..


Firman Allah s.w.t.

وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ لِبَاسً۬ا وَٱلنَّوۡمَ سُبَاتً۬ا وَجَعَلَ ٱلنَّہَارَ نُشُورً۬ا


Maksudnya: Dan Dia yang menjadikan malam sebagai pakaian bagi kamu dan tidur sebagai istirehat dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki). furqan:47

semoga2 malam2 mu dikira sbg ibadah.
bangun segar agar dapat sambung berbakti.

selamat beramal, nuur ijjlal!




salam istirehat,