Archive for Jul 5, 2010

kualiti


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

semester 3

1st day of semester 3.
(not officially yet thou. tunggu finalize jumaat ni.)
jadual pembelajaran boleh kata mencabar.
satu system, 5 minggu.
merangkumi kesemua lapangan kajian,
dari asas biochemistry, hingga pharmaco pataholgy dan microbiology.
kalau dahulu belajar compartment by compartment,
ttp sekarang perlu perkaitan anatara setiap komponen.
bergerak sebagai satu. bukan asing2. bergerak sbg rangakaian2 yang bertemu pada titik2 persamaan meskipun ada perbezaan anataranya.

setiap minggu ada clinical practise, MMS, PBL,
dan ada hospital visit. serta mungkin ada lab
selesai satu system, terus masuk ujian penilaian.

paling mencabar adalah berkenaan waktu kuliahnya.
kuliah bermula jam 1.30 tgh. dan berakhir jam 3.45 ptg.
satu : itu waktu zon bahaya mengantuk....
dua : perlu solat zuhur cepat2,(atau masuk lecture lambat) takkanlah tiap2 hari nak solat zuhur jam 4 ptg?? tak pun kelar solat sms gap rehat 5 minit antara kuliah pertama dan kuliah kedua.
hu.hu.

belajar

alhamdulillah,
berkat "makan dalam" dari Dr CYS, yang telah meluruskan sudut pandangan sy dan niat sy dalam bidang ini,
hari pertama lecture sem3,
menyaksikan sy sebagai pelajar yang belajar krn ingin tahu.
bukan lagi krn peperiksaan semata2. lebih seronok begitu.
belajar krn sedar akan tanggungjawab, bukan lagi fokus pada bebanan peperiksaan.
alhamdulillah. :)

kualiti

walaupun cuti 3 hari tidak lama,
ttp merasa puas
kali ini, lain. entah apa yang lainnya sy pun tak tahu nak cakap macamana.
tp.. lain, lah. :)

ini agaknya orang kata, kualiti lebih penting dari kuantiti.
dan kualiti itu berkadar terus dengan keberkatan.
makin berkat, makin berkualiti.

kuantiti pula sebaliknya, tidak semstinya berkadar terus dgn berkat serta kualiti.
banyaknya masa, ttp jika disia sia, maka kosong sahajalah jadinya. kan?

apepun, semestinya, jika kualiti, kuantiti, dan berkat itu mampu berada dalam satu pakej, itu adalah yang paling baik. .. *ok, apa sy merepek ni?*

sebenarnya, tangan sudah sedikit kaku untuk menulis lantaran belum dapat menghadirkan sepepenuhnya jiwa sy dalam teratak BQ.
sebahagian besar hati dan fokus minda saya belum terarah pada penulisan disini,
ttp kpd beberapa perakra yg lebih besar utk saya fikirkan.
jadi mungkin akan sedikit perlahan tulisan saya seminggu dua ini.

kalau ada pun, mungkin tidak dapat memberikan sepenuh "rasa" kpd posting trsebut.
org kata, kalau tulis dari hati, baru dapat sentuh hati yg membaca. kan?
kalau tulisan sy itu kaku, maka itu maknanya, sy menulis bukan dgn sepenuhnya.
sperti sekarang ni lah.. hehe....

baiklah, hingga bertemu lagi, insyaAllah

wassalam wbt.

kerana aku bukan makhluk pengkhianat