Archive for Jul 8, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Dengan NamaMu Ya Khaliq,
Pencipta segala sesuatu kejadian...

lain

kami adik beradik punyai rupa paras yang berlainan.
kakak sulung saya; wajahnya benar2 miripayahanda saya.
muka segi, putih melepak.

kakak kedua saya, punyai kacukan kedua ayahnda dan bonda.
muka petak tapi sedikit lonjong, berkulit tidak cerah, tidak pula gelap.

saya pula, lebih kepada bonda saya,
muka lonjong, berkulit gelap.

ayahnda dan bonda saya keduanya berwajah putih bersih.
ttp kami anak2, tone warnanya makin gelap dari anak pertamanya kepada anak terakhir
kiranya, saya yang paling gelaplah. hehe.

gurauan

sejak sy kecil2 lagi, ayahnda saya sering "mengejek" saya dgn mengatakan,
hitam saya seperti buntut kuali, dan saya ini anak keling yg dipungut ditepi jalan.
dalam mempperkenalkan sy kpd org lain pun bgitu. "ni ha.. anak pungut sorang ni"

dahulu, sy akan mencemik muka, x tahu nak mebalas apa.
merajuk mungkin? kerana sy tidak mampu memahami bahawa ianya hanya sebuah gurauan.
sy pun tak ingat apa yg sy rasakan waktu itu.
yang pasti , waktu itu, sy keliru. macamana sy boleh berkulit gelap pula ya?

besar

makin besar, sy mula kenal denga peribahasa melayu yang seolah2 mebela saya.
dan waktu itu sy punyai modal utk mebalas gurauan2 ayahanda sy.
pasti sy akan berkata "alaa.. xpe.... hitam2 si buah manggis, walaupun hitam isinya manis~!"
ayahanda pasti tersnyum setiap kali mendengar jawapan dari saya.

makin byk mebaca, sy mengenali pula figura bilal bin rabbah.
ditambah, dgn cerita2 dari ustazah semasa di sekolah rendah.
bilal itu, terkenal sbg seorang hamba abdi yang kulitnya hitam berkilat.
yg nampak hanya putih matanya, dan ptih giginya. ttp insan itu mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah. malahan terompahnya sudah berbunyi2 di syurga, menanti2 kepulangan tuannya.

kemudian sy dengar mengenai perjuangan malcom X.
masih ingat lagi movie yang sy tonton mengenai perjuangan malcom X.
sumthing about african american, muslim. wlau tak berapa faham ap yg sy tontonkan itu, sy masih ingat satu babak bagaiamana beliau mati ditembak.waktu itu belum pun usia saya 8 tahun sy kira. kecil lagi.
dan ya, malcom X juga berkulit hitam orangnya. lebih hitam dari saya.

dan, akhirnya, sy mendapat tahu dari pengkisahan nenek saya, bahawa arwah datuk saya orangnya berkulit hitam berkilat. hinggakan bonda saya yang waktu itu berusia 5 tahun, takut untuk berjumpa arwah atuk semasa arwah nazak di hospital.
arwah datuk merupakan ustaz di sebuah sekolah arab di perlis.
waktu itu baru saya faham dari mana sy dapat kulit gelap sy itu.
bukan dari sebarang keling, tetapi dari,
ya! dari datuk saya! ayah kepada bonda saya.

lupus

maka lupuslah segala rajuk hati sy setiap kali ayahda mengatakan sy anak pungut.
kerana sy tahu sejarah saya dan susur galur saya.
sy faham dari mana sy mendapat genetik kulit gelap ini.
sy merasa sedikit terubat kerana datuk sy yang gelap itu, merupakan seorang ustaz.
saya, cucu kepada Asha'ari. cucu kpd seorang ustaz. bukanlah anak pungut. :)
waktu itu, walau solat pun belum cukup 5 waktu,
sy sudah pandai utk berdoa agar bukan kegelapan wajah arwah datuk sy shj yg sy warisi,
ttp ilmu, peribadi, serta kepintarannya juga sy mampu warisi.
sy faham atas dasar apa sebenanrnya seorang manusia itu dinilai di sisi Allah.
sy sedar, aset yg lebih penting adalah peribadi.

terima kasih

apapun, sy seharusnya berterima kasih kpd "ejekan" ayahnada sy itu kerana dengan kritikan sebegitulah di usia yg cukup muda, sy menjadi kebal kpd sbrg kata2 tajam.
sy tidak mudah terasa dgn bisanya kata-kata.
sy menjadi seorang yg berlapang dada dan bersyukur.
sy makin menghargai sejarah saya.
sy tidak terikut2 dgn arus media semasa yang mempunyai definisi cantik yang sempit.
wajah, wajah, warna kulit, semata2.
sy tidak mengalami sebarang tekanan mental seprtimana yang dialami remaja2 amerika yang fanatik dgn kecantikan lahiriah.
syukur alhamdulillah.

:)

"its not wether you get knocked down. its wether you get back up"
vince lombardi

ziarah

baru2 ini, shbt2 kakak sy datang berziarah ke rumah.
dan seolah2 sudah menjadi tabiat ayahanda sy,
memperkenalkan sy dgn lebih kurang begini. (lebih kurang je ye.)
"ni ijjlal. die yg gelap."
sy tersenyum.sambil menggeleng2an kepala.


dalam hati sy menjawab,
"ya, iyelah... ijjlal anak bongsu babah yg gelap"
well, itu kan mmg kenyataannya?

:)


salam,
sinar penghormatan


by da way, sy mmg suka manggis. :D


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim...

situasi 1

"kenapa suara lain ni." bonda saya bertanya kpd kaklong yang kini berada di wad segmat, mnjaga s kecil aham.
"kaklong demam."
"dh makan ubat?" tanya bonda lagi.
"belum..."
"pg makan ubat. nanti bile mama telefon balik, kaklong mesti dah makan ubat"

sy terkekeh kecil mendengar perbualan tu. macam pasangan kekasih pula. ;)

situasi 2.

waktu itu dalam jam 5 pagi.
usai solat, sy kembali mengmbil tempat beradu.
(erm.. sy akan mengambil peluang utk tidur dgn bonda sy setiap kali ayahanda saya tiada dirumah. ;) )
terbatuk2. batuk saya masih belum sembuh. dgn selesema.sejak demam yang lalu.
batuk, batuk, batuk.
waktu itu bonda saya masih di tikar sejadah. berzikir agaknya.
batuk saya makin menjadi. ttp tiada inisiatif yg sy ambil.

tiba2, bonda sy bangun dari tikar sejadahnya, dan berjalan kearah meja kerjanya yang terletak berhampiran dgn katil, tempat sy berada.
mencapai ubat batuk dan datang kearah saya.
"nah.. makan ni."
kemudian bonda sy kembali ke tikar sejadahnya.
sy kelu seketika. bangun semata2 utk memberi saya makan ubat batuk yang jaraknya sangat dekat dgn saya? bukan kah lebih senang kalau bonda menyuruh sahaja sy makan ubat.
ini tidak, bonda bangun, dan datang, dan beri kpd sy.
huluran bonda disambut, dan ubat batuk ditelan tanpa punyai sebarang pilihan lain.
tanda hormat.

setelah beberapa ketika, saya masih batuk2.
dari tempat duduknya, bonda saya kalih ke arah saya,
"ijjlal, dah makan belum?"
bertanya utk kepastian. cukup arif dgn sy yg sgt liat makan ubat.
"dah.."
"kenapa batuk lagi? ni mesti minum air lepas makan ubat batuk."
"ni mesti makan siket je ni"


kaklong berusia 26 tahun. saya berusia 20 tahun.
ttp baginya, kami masih anak2 kecil.

owh. kasih ibu.
tiada bandingan.

sejahterakanlah ibu kami,
sinar penghormatan