Archive for Jan 1, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments

sekarang sy sedang dilanda rasa serba salah. sgt2.
sejak dlm dua tiga hari lepas lagi, mama meminta saya utk install kan software streamyx dlm laptopnya..

sy..... "nanti.... nanti..." (heh)

sebenar2nya, sy ada mbuat sdikit list-to-do sy sblm pulang ke shah alam.
cuci bilik air, basuh luar, dan beberapa perkara lagi.
kalau boleh, sy mahu pergi dlm keadaan yg baik.
cume part install streamyx tu yg sy paling liat nak buat.
sebab.. ntah. mungkin sbb mmg sy suke tangguh. kot.(?)

dari hari tu mama minta, tiap2 hari mama sebut,
hinggalah ke malam ini., namun, masih juga belum install.
disebabkan esok sudah mahu bertolak pulang,
malam ni, masa sy pun get set ready n go untuk install software nya, tp...
tup2, tak dapat nak cari pula cd streamyx,
mahupun external hard disk mama yg ada perisian tu. menyorok ntah mana.
puas geledah sana sini. tak jumpa juga.
cube search kat internet, mana tahu ada software yg boleh di download, x jumpa.

dan akhirnya, x dptlah sy install kan streamyx ke laptop mama.
alamak.... muka mama dah nmpk dah hampa tu.. terserlah jugak lah kemonyokannya....
seerba salah sgt2. salah sy juga.
esok nak balik, malam ni baru nak buat.
salah saya juga, tangguh2 kerja.

walhal, macam2 sgt yg dah mama buat utk sy. ckp saja. dari sekecil2 benda, hingga sebesar2 benda..

"jubah dah jahit? ubat sapu dah bawak? jam dah baiki? kasut dah masuk?"

semua benda mama ingatkan. sanggup keluar petang walau hujan; hanya kerana nk pergi baiki jam.
walhal kat shah alam ada byk kedai jam. berkali2 sy beritahu, sy baiki kat shah alam shj, but, hati seorang ibu agaknya., mahu melepaskan anak dlm keadaan yg sesempurna boleh.
tengahari tadi pun, mama bawa makan piza. x ckup lagi tu, laksa, air kelapa, n nasi ayam.

sy pula..?
mama mintak dwnload kan sstreamyx pun susah.. kerja yg mudah bg sy. amat mudah.
bukan sy tak mahu, cuma tangguh2. dan bila tangguh2, ni lah jadinya.


mama menghantar sy pergi dlm keadaan sy yg sempurna.
ttp sy melangkah keluar, meninggalkan hasrat seorang ibu yang tak tertunai
anak ape lah sy ni kan..
:'-(

maaf mama..
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirahmanirrahim..

saya mengemas2 barang untuk pulang ke akasia.

mama menjenguk masuk bilik. masih bertelekung.
kepala terintai2 melihat apa puteri bongsunya ni buat dlm bilik.
maklumlah, yang tinggal di rumah, hanya saya dan mama. kalau saya tiba2 menyepi, pasti saja akan dicari mama. ;)
" banyak nya barang dik.."
"xdelah ma.. beg ni, separuh je dah penuh ngan buku." sy cuba mencari2 idea untuk membela diri. tangan menepeuk2 di bhgian buku2. konon nak meyakinkan statement sy.
mmg x byk barang sbnrnya. beg sy benar2 penuh dgn buku shj.

serentak itu, mama membalas.
"ijjlal wat ape dengan buku2 tu?"

sy terdiam. air liur ditelan dgn berat sekali. kening sy herot berot.
adui! mama dah tembak peluru2nya kpd saya!
pedihnya. perlian mama cukup bisa.
riak wajah pun tersenyum penuh sinis.
senyum kemenangan, senyum kepuasan.
puas krn berjaya mengenakan saya. :P

sy terkekeh2 nakal. surrender.

tiada balasan dari saya, mama berlalu pergi, masuk ke kamar.
petang tadi baru beli printer baru. mesti tengah semangat nak bedek printer barunya tu. :P

salam mengemas,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments




1430 H
2009 M


"selepas hujan teduh, pelangi akan bersinar untuk kamu."
"tetapi setelah hujan teduh, pelangi akan muncul lalu mesti ada matahari, dan akulah matahari untuk kamu"

bukan pelangi yang saya buru. jauh sekali matahari.

.titik.

tahun ini, saya dapat rasakan,
ujian akan datang dalam perjalanan hidup saya,
dalam pelbagai wajah. dari pelbagai arah. utara selatan timur barat
khuatir. takut. berbaur rasa.

" Jangan nangis, Ini ujian Allah. Tuhan kan selalu punya rahsia"
"Orang Islam dapat pahala percuma, kalau bersabar"


dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim..
saya membuka tirai tahun 1430H dan 2009M.
semoga, yang lalu mampu membina.
dan yang akan datang, mampu ditempuhi.
serta harapnya agar, ketabahan salsabila fahim menyerap kedalam diri saya.

salam tahun baru 1430H,
sinar penghormatan.

nota kaki: petikan kata2 dari tunggu teduh dulu.
p/s: telekom percuma hari ni. siapa nak bergayut dgn saya mari2! :D