Archive for Nov 27, 2008


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

6 comments

:: sepetang ::
Dengan NamaMu YaLatif..
Selawat dan salam atas KekasihMu, Nabi Muhammad s.a.w
"kaklong.. nanti masa beli barang baby, ijjlal nak ikut, tau."

sy mengingatkan. sedikit mendesak. jualan akhir tahun hampir bermula. waktu ni lah yg tersgt sesuai utk beli brg2 keperluan si baby terchenta.

" minggu depan kan ijjlal nak pg pangkor. macamna nak ikut? melepasla. x dapat ikot"

jeda seketika.
mulut sudah sedikit muncung.
"ala... tunggu lah ijjlal balik.... nak ikut.. nak ikut beli barang baby..."
dahi sy berkerut, tak puas hati dgn alasan kaklong.

"tp kaklong nk pg mingu depan.. ha.."

"kaklong ni.. sale kan sampai ujung bulan. pg lambat skit pun takpe kan"
mama membela puteri bongsu nya ni. *wink* yeay to mama! :D

kaklong senyum nakal. abglong pun join sekaki.

ee... sengajalah tu. sengaja usik2 sy. faham benar dgn mulut becoknya. kasihan koklea sy terpaksa bekerja keras utk menukarkan wavelentgh kpd impuls~ (apekah yg dah sy bebelkan ni? O_O)
faham lg maklum, kaklong sekadar mengusik. mulut shj lebih, tp xkan ditinggalnya sy. percayalah. ;)

34 minggu 4 hari

petang td, kaklong ke klinik utk scan kdgn. smstinya utk....... "meneka" jantina kdgn! :P
mua'nnas.. au muzakar. (boy or girl)
dengar kabar, dr imbasan imej,
agak jelas kelihatan "aset" utama bg..... seorang putera.(fhm kan?) hihihii..
waahh.. baby lelaki! :D

rm35 utk scan, dgn tmbhn rm10 utk print image. (imej yg lebih kecil dr 3r!)
jd, kesemuanya rm45 hanya utk satu sesi scan. (. mahalnya?)

apapun, sy percaya, bg seorang ibu, rm45 bukanlah seberapa.lebih2 lagi ini bayi sulung..
itulah dia kasih ibu. tiada batasan. tiada sempadan. kita sbg anak.? bagaimana pula?


putera
keluarga sy bakal menerima kehadiran seorang putera.
putera?

pelik juga rasanya.
selama ini, keluarga kecil sy, terdiri drpd, 4 perempuan dan seorang lelaki.
sebahagian besar dlm hidup sy, satunya2 lelaki yg sy kenali adalah ayah sy. (eh, tipu kot. kawan2 lelaki kenal je. but, sy ada menyatakan "sebahagian besar" bukan?)
maksud sy, kenal, dgn betul2 kenal.
kalau baik ayah sy, baiklah tafsirannya sy mengenai lelaki.
kalau buruk ayah sy, maka buruklah tafsiran sy mengenai lelaki.
bg sy, semua lelaki adalah spt ayah sy. begitu pemikirannya.

ttp, itu dahulu2. zaman dahulu kala.
walau kadang masih juga terlekat dgn pemikiran "lelaki itu adlh spt ayah sy",
sedikit demi sedikit, tanggapan itu terhakis bilamana sy mengenali lebih ramai lelaki. (erm, mksdnya, berkawan. ok?)
dahulu sy sangkakan,
lelaki itu, bukan tugasnya utk mencuci pinggan, memasak, mbasuh baju, menyidai baju, dan menolong2 dalam hal2 rumah.
dahulu sy fikir,
lelaki itu, tugasnya, bekerja., menjadi imam, mengajar adab, pendidikan, dan hal2 berkenaan pertukangan dan elktronik.
kerana, jarang sekali sy melihat ayah membantu dlm hal2 rumah, mengangkat pinggan ke singki pun, satu masa dahulu, prk yg jarang sekali dilakukan. (tp kini ayah dah mula rajin mbantu. )

x salahkan sy mempunyai mindset begitu?
tp, seperti yg sy katakan, itu dahulu.
as i get to know people, dan,, berkongsi cerita dgn shbt2 lain mengenai pengalaman mereka mempunyai abang atau adik lelaki,
pd mulanya, sy agak janggal bila mengetahui lelaki juga membantu memasak.
lelaki juga mebantu mengemas rumah etc. perkara itu seakannya luar biasa bagi sy.
lelaki... memasak? mengemas?
waktu itu, sy hy terbygkan bagaiaman agaknya keadaannya jika ayah sy mengemas rumah. peliknya?
masih belum mahu menerima sepenuhnya situasi yg agak baru bg sy.
seriosly, tak tipu.

somehow, kehadiran abg ipar dlm keluarga sy sedikit sebanyak "memecahkan" mindsetting sy yg satu ini.
ternyata, abglong agak rajin membantu didapur.
tak pasti samaada utk mengambil hati atau apa.? :P
xdelah. dr cerita kaklong, abglong mmg gemar bantu memasak.
dan, sy tidak mampu bersetuju lebih.
ternyata, mindsetting sy dahulu benar2 sempit dan tersekat.

abglong x segan utk join kami memasak.
dgn syarat, kaklong ada. hehehe...
kepakarannya?
kepakarannya : kupas benda2 yg berkulit spt, kentang and bawang. :P
tumbuk2. sbb abglong ada byk energy. ;)
tak kurang juga memotong sayur utk ditumis.
wah.. boleh tahan juga ya abglong? ;p


apa yg sy dapat katakan disini,

ayah itu lelaki tp x sama dgn semua lelaki. titik.

30 minggu

"ijjlal dulu waktu ni dah lahir dah."

mama mula "menyingkap' kisah.
baby kaklong, kini 34 minggu. tp, sy, pd usia 30 minggu, sudah pun lahir ke dunia.

ya. x pernah rasanya sy bercerita, kan? i was born premature
sy, dilahirkan, tidak cukup bulan. 30 minggu. dgn berat, lbih kurang 1.9 kg.
semamangnya, mama punyai masalah setiap kali mengandung. bayangkan shj, selepas 3 bulan mengandung, terus bertapa di wad hosp, hingga bersalin. kluar masuk icu. dahsyat bukan?

1.9 kg? kecil. kecil sekali.
kata mama, waktu tu, sy mempunyai masalah dgn paru2. sukar utk bernafas.
badan gelap dek kerana lampu incubator.
'dahnak mati' itu yg mama ceritakan.

selama ni, sy hy melihat baby2 di incubator. x sangka rupa2nya satu ms dahulu, sy pernah berada di tempat itu. ? ;)
x sangka,
sy, seawal usia satu hari, sudah mula bertarung dgn maut.
sudah mula berjinak2 dgn istilah perjuangan.
apa rasanya, sy pun x ingat. hehe. apa ya rasanya bertarung dgn maut?

hati terdetik.
bukankah lebih baik kalau sy kalah dlm pertarungan itu.?
di alam sana nanti, terus masuk syurga dgn tiket percuma,
plus dapat menarik mama masuk bersama..
astaghfirullah.... apa shj yg sy mengarut ni.


perjuangan sy sekarang disini. di SINI.
mana mungkin kalian mengenali insan bernama nuur ijjlal sekiranya sy kalah dlm pertarungan sy satu ms dahulu.?

maha suci Allah.. bayi yg satu ketika dahulu hampir dijemput sang algojo,
kini, sedar tak sedar sudah hampir 20 tahun menghirup udara-MU. dan merasai nikmat duniaMU. dan alhamdulillah... tiada kecacatan yg Engkau berikan kpdku..

yelah kan. org kata, kalau bayi tak cukup bulan, lazimnya akan lemah daya pemikiran, atau, cacat dimana2, ttp sy, alhamdulillah.. sgt. bersyukur. :)

mungkinnya, hidup sy mmg telah tertulis utk terlibat scr langsung dlm "perjuangan"
perjuangan yg, kadangkala menjadi asbab kepada jatuhnya butiran2 mutiara dr mata kecil sy.
perjuangan yg, kadangkala menyebabkan sy tersungkur seketika.
perjuangan yg, menguji kedudukan sy sbg seorang hambaAllah, pelajar, anak, dan, manusia biasa.


tp, percayalah, itu semua perkara2 yg 'kadangkala'.
as times goes by, sy mula menerima.
menerima hakikat yg perkara bernama perjuangan itu jg lah yg menemukan sy dgn istilah rasional, kuat, tabah.
Juga kerana perkara yg bernama perjuangan itu jugalah, yg menemukan sy dgn insan2 yg sgt sy kasihi.

ya. ijjlal,
hidup ini satu perjuangan.
dan mudahan2, satu hari nanti,
sy layak digelar syahid dlm perjuangan sy ini.
InsyaAllah.
salam perjuangan,
sinar penghormatan