Archive for Oct 7, 2009

mahu?


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


mahu?

"nak ikut cara islam atau tak?"

itu apa yg ustaz tanyakan.

hm ada terasa takut? ada terasa berat?

kemudian ustaz menukar satementnya.
maksud yg sama, ttp penggunaan ayat yg berbeza.

"nak ikut islam, atau nak kufur?"

owh. zaappp. panah. petir. semua terasa.

tak ikut cara islam tu, maknanya kufur lah kan?
dan... kufur itu apa ya?
kufur itu,antara ertinya adalah,
menggunakan rezeki yg diberikan kpd kita kearah yg dimurkaiNya.
punya mulut, kita mengumpat.
punya tangan, kita bla2.
punya kaki, kita melangkah ke tempat2 terkeji.

islam tak perlukan kita, kita yg perlukan islam.
allah tak pelrukan kita, kita yg perlukan Allah.

jadi, sekali lagi, tanya pada diri.

nak ikut islam,, atau tak ya?
mahukah sy tergolong dlm golongan org2 yg kufur.?
anda pula, bagaimana....?




kata hati : isi dpd kuliah selasa.

kaji


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrhamanirrahimm..

terpegun

ramai senior yg "terpegun" dgn pelajar2 semster 1 yg masih setia berada di IMU hingga lewat petang.
semester 1 baru.dah study hingga lewat petang?
rajinnya!


sy sendiri ditegur oleh beberapa org senior.
"kenapa x balik2 lagi ni?"

yes. boleh perasan rajin. :)

apa yg mereka tidak tahu,
adalah asbab sebenar mengapa kami bertapa di IMU hingga lewat petang.

niat utamnaya bukan belajar.
niat utamanya sebenarnya adalah air cond.!
belajar itu yg samping2nya. air cond itu yg utamanya.

:D

(tp mmg sy berniat utk belajar pun ptg tu...)
perkhidmatan elektrik di kondo vista B tergendala dr jam 1 tghari hingga 7 ptg.
owh. mahu berpanasan di rumah?
boleh tu boleh, cuma kuranglah selesanya.
alang2 ada IMU, apalagi, penuhi sahaja apa yg ditawarkan.

hehe.

teringat

ok, tiba2 teringat hadith satu drpd hadith 40. mari kita baca :

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,
dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya,
atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya,
maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

sy "berhijrah" krn aircond, maka sy dapat aircondnya.
sy tidak menjadikan niat belajar itu sbg niat utamanya..
hmm.. adakah sy dapat "belajarnya"?
hoho.

pengajaran?

jadi pengajarannya,
usahlah terlalu cepat menilai.
kaji dahulu.
selidik dahulu.

then you will know.

:)