Archive for Jul 21, 2009

phd


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

astaghfirullahalazim..

"Numbing the pain for a while will make it worse when you finally feel it."
albus dumbledore

posting sebelum in saya unpublish semula.
i loose control of myself.
waktu bingung memuncak, tika itulah tindakan kita sering tidak seiring dengan prinsip yang selama ini dipegang.
apa yang kita tahu, hanya mahu bingung kita hilang. hanya mahu segalanya pulang.
posting itu padat dengan pelbagai rasa. semestinya rasa yang negatif, bukan positif.
after sometimes, its seems just so unrational.
maka, butang "edit post" dan save as draft ditekan.
habis.

maaf atas kekeliruan. anggaplah ianya sebagai gimik semata2.
uuu mysterynya... hehee~
ok2, mari tukar tune dari misterious kepada realistik ya.! :D

grip

realitinya, begitulah.
we often loose our grip when we are in the state of confusion and insecurity.
sesetengah orang, mampu kawal. tetapi sesetengah orang, terbawa2 dengan emosi.

i was, indeed, among the people who had slightly lost their grip.
syukur sahaja saya lemparkan pada sebuah posting, seseuatu yang boleh didelete dan dialter2. tidak mengundang sebarang kemudaratan kepada pihak lain.

emosi.

sedar tak sedar, sebenarnya kerana perkara sebeginalah ramai manusia di luar sana teraniya. kerana kita tidak mampu hold on inilah, perkara2 dahsyat lagi zalim mungkin boleh berlaku.satu contoh mudah adalah, dengki.

kerana dengki, syaitan enggan tunduk kepada Nabi Adam
kerana dengki, Qabil sanggup membunuh saudaranya Habil
kerana dengki, negara kita terjajah lebih 50 tahun yang lalu.
kerana dengki, aahh.. segalan2ya boleh berlaku. hanya kerana dengki.

tak terjangkau dalam pemikiran saya sebenarnya bahawa perkara2 yang saya tonton di televisyen sebenarnya benar2 berlaku dalam masyarakat kita hari ini.
hasad, dengki, amarah, krisis kekeluargaan hinggalah kepada penggunaan tenaga jin dan syaitan. its just unbelieveble. tapi bak kat ripleys, unbelievable? believe it.!

kisah.

cukup sahaja saya kongsikan secara kasar,
satu kisah yang dekat dengan diri saya.
kisah yang masih berlarutan hingga kini.
kisah akibat kepada busuknya hati seorang manusia.
hati manusia yang sering merasakan tidak selamat. kedengkian yang meluap-luap.

dengki kerana anak-anak orang lain lebih pandai dari anaknya,
dihantar jin untuk menggangu. kasihan anak-anak. tak keruan. tak tenteram.
marah dengan sekian2,
dihantar sesuatu untuk memberi arahan membunuh orang yang berkenaan.
gilakan harta milik orang sekian2,
bebola api datang menyerang rumah yang terlibat.

segala apa yang mereka punyai dan miliki,
semuanya terasa sakit dipandang, pedih dihatinya.
kini, keluarga yang terlibat hidup dalam ketakutan.
daripada atuk nenek , makcik pakcik, hingga ke cucu2.
kesemua diserang.
malahan, sudah seorang yang terkorban, akibat daripada perlakuannya.
baru-baru ini bacaan yasin diadakan, dan terlihat di satu sudut, bayangan seorng lelaki hitam tergelak2 melihat majlis bacaan yasin itu.

ini baru sedikit daripada apa yang sebenar2nya berlaku.
kalau diperincikan, owhh....
meremang bulu roma saya mendengar.
tiba-tiba takut pula saya bersendirian di bilik ni. hoho.
(tadi sendirian di dalam bilik, kini dah berpindah masuk ke kamar bonda saya. takut pla. :P)
dan juga, ini, baru sedikit daripada beribu2 kisah yang berlaku di malaysia.

kisah akibatnya dengki seorang manusia
kisah akibatnya kita tidak mampu mengawal emosi.
kisah apabila, si tanduk dua berjaya menguasai diri.

nau'zubillahiminzalik,, saya sentiasa berdoa agar saya terhindar dari segala perkara
sebegitu..

Katakanlah (wahai Muhammad);

"Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".


Al-Falaq

jangan biarkan diri anda,
diselubungi emosi..


kata hati : kejar Phd x mengapa. usah kejar phd perasaan hasad dengki!