Archive for Jul 12, 2009

tepu


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah..

envy

siapa kata blogging ini kerja mudah.?
bukan senang utk memerah otak dan menulis sesuatu setiap hari.
lebih2 lagi bg orang2 menganggur seperti saya ini.

i envy people living area selangor.
terlalu banyak event dan majlis2 ilmu dianjurkan.

i came across several event sepanjang bulan julai dan ogos yang akan datang ini,
antaranya :

knowledge & Arts tour 2009
5-15th July 2009


Wonderful Overseas Weekend
31 July-2 Ogos 2009




Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Hilmi
2 Ogos 2009

ini, baru program2 yang ada publisti.
belum lagi program2 yang tiada publisiti seperti talk2 dan seminar,
juga aktiviti persatuan.

perkara2 yang sy perolehi melalui pembacaan berbeza effectnya dgn perkara2 yang sy perolehi melalui pengalaman, dan mendengar sendiri secara live.
anggota badan sy ini sudah lama tidak melangkah ke mana2 wacana ilmu yang membina.

badan terasa lesu, otak terasa tepu.
maka, tangan dan lidah menjadi kelu & kaku!


perlukan tenaga,

The War On Democracy


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

saya meluangkan masa 1 jam setengah utk menonton dokumentari ini.
klik sini utk menonton dokumentari penuh, dan sini untuk sedikit ulasan mengenai dokumentari ini.
pada mulanya agak "malas" utk menonton sumthing related with politics, but... oleh kerana punyai masa yang teramat lapang, sy merelakan diri.





reaksi saya :
mual muak jelik.
segala rasa ada. kalah ibu mengandung.

bila ada hitam, pasti ada putihnya.
bila ada pihak yang benar, pasti ada pihak yang berselindung.

tugas dan tanggungjawab kita sbg seorang yang berakal dan berilmu, utk mencari, dan mengkaji, mana yang hitam, mana yang putih.
agar yang putih itu tidak terlihat sbg hitam, dan yang hitam tidak terlihat sbg putih.
wana'uzubillah!


kepada para pemimpin, ingat2,
sebelah kaki sudah berada di syurga, sebelah kaki lagi di neraka.

man, just how politics disgust me.
a lot.


hopeful citizen,

think


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu Ya Allah...
Pengampun Segala Dosa..

note : rujuk ini, dan ini, utk rujukan sebenar.

Saya percaya tidak ramai yang kenali siapa gerangannya figura dibawah ini.
tetapi beliau membawa satu imej yang semua orang kenal, semua orang tahu.
imej seorang perempuan islam. siapa yang tak tahu imej seorang muslimah?

Dr. Marwa al-Sherbini. ya. namanya Dr. Marwa al-Sherbini. or, to be precise, Arwah Marwa al-Sherbini. Seorang ahli pharmacy lulusan universiti alexanderia yang menetap di German, maut ditikam di dalam mahkamah semasa kes perbicaraan melawan seorang penduduk tempatan.
seperti biasa, sy berbloghopping, dan entah macamna tersesat ke blog2 muslims yang tinggal di negara nonmuslims. menarik juga apabila kita merasa hidangan2 dari luar. terasa bahang perbezaannya. pedas mereka tak sama dengan pedas malaysia. cili malaysia nampak sahaja pedas, ttp bila dirasa, aduhai. tawar. plain. (huhu dah merepek ni).

berbalik kpd kisah disebalik tragedi yang menimpa sister marwa.
entah kenapa sy ingin berkongsi berkenaan kisahnya disini.
take note isi yg sy tulis ini hanya sekadar pengulangan terhadap apa yg sy baca drpd dua sumber diatas.


mula

semuanya bermula apabila sys marwa dikatakan dihina dan diganggu oleh seorang penduduk tempatan yang juga merupakan seorang neo-nazi kerana imejnya yang bertudung. sys marwa dikatakan seorang pengganas.waktu itu, arwah sdg membawa anak lelakinya yg berusia 3 tahun, bersiar2 di taman.

dan, dah namanya lulusan universiti iskandariah mesir, pasti seorang yang terpelajar.
sedar akan hak dan kedudukannya, arwah memfailkan saman kpd lelaki tersebut, dan memenagi kes dgn denda sbyk 750 euro.
dek kerana rasa tak puas hati, si lelaki ini membantah. maka, second trial dilangsungkan...

1st july 2009, arwah pun hadir ke mahkamah bersama2 suami dan anak lelakinya.
semasa sdg menghadap mahkamah dan beri keterangan,
lelaki neo-nazi itu tidak semena2 menikam sys marwa sebanyak 18 kali. ya. 18 kali.
dan, utk pengetahuan, sys marwa sdg hamil.
suaminya yg cuba utk selamtakan marwa, juga ditikam 3 kali. dan, lebih teruk bila jaga mahkamah tersilap tembak, tertembak si suami, instead of the loony guy by which, lead him to coma dgn kecederaan teruk di perut dan hati.

انّا للہ و انّا الیہ راجعون

what, a really, tragic thing to happen.
just imagine, seorang wanita mengandung ditikam 18 kali.?
kalau wanita mengandung pun tak mampu dikasihini, apa yang tinggal utk dikasihaninya?

antara beberapa persoalan yg penulis itu utarakan adalah,
kemana perginya suara "pejuang wanita"?
kemana perginya para wartawan yang "dahagakan" berita?
kalau shj seorang muslim yang melakukan pembunuhan itu, pasti mendapat liputan meluas. bukan shj berita tu akan sampai ke malaysia, bahkan ke kepulauan2 kecil indonesia sana.

think

just take a while and think.
setiap hari,
mereka bergelut utk mencelikkan mata dan bangun semula sbg seorang muslim.
ttp kita.. "berjuang" utk hidup dan bangun semula sbg seorang apa?


jawapan itu, selayaknya anda sendri yang menjawabnya.

Semoga roh arwah Marwa ditempatkan dikalangan para syuhada..


renung-renung,

kata hati: terasa macam pemberita pula hari ni ya.?

kucing


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Dengan NamaMu YaRahman...

rumah

rumah sy telah menjadi tempat kucing liar menjadi tidak liar.
"rehabilation center" for cats. hehe.
kucing2 datang pergi datang pergi. jarang yang kekal lama di rumah.
ada yang diberi nama handsome kerana ganayanya seperti kucing didalam cerita animasi disney cinderella, rusefer.
ada yang dipanggil sekadar coklat. macam2 lah.
rutin harian kami (erm, mama. ) adalah meberi makan kpd kucing2 ini setiap petang.
berpusing2 kadang2 tu si kucing, kelaparan, dan, exicted tgk makanan.

ironinya, rumah sy ini, tidak pernah mebela mana2 kucing secara rasmi.
kerana apa?
ayahnada sy menghidapi resdung,
tambahan, risau jika rumah "dikencing" dan "dinyahtinjakan" oleh binatang2 berbulu ini.
jadinya, its a no no place for cats, or even kittens, to enter my house.

change

but then again, people change. and so does the cat/ hehee..
rumah sy sunyi sungguh sejak sy memulakan pelajaran di intec.
jadinya, kucing2 ini shjlah yg menajdi rakan permainan, rakan bergaduh ayahanda dan bonda sy.
tp, polisi tidak dibenarkan masuk kerumah itu masih berkuatkuasa.
kucing yg dahulu bertukar ganti, kini lebih senang utk setia di rumah sy.
dan, sy memanggil kucing itu, kucing sihir. kerana bulunya yang hitam legam, macam kucing sabrina the teenage which.


pulang ke rumah dalam 3 minggu yang lalu, kucing sihir melahirkan 3 ekor anak.
yang, semstinya comel.
maka, setiap harilah mereka menajdi mainan sy.
awal2 lagi sy telah diberi syarat, "kalau kencing merata, hantar keluar".

and, i was like. alaa....
sebelum ini sudah pun disuruh utk membuang mereka, ttp sy menolak.
days passed, changed to week, alhamdulillah, berdisiplin sungguh anak2 kucing ni.
or, mungkin sebenarnya belum tahu bagaimana utk berak atau kencing.
wet kitchen yg menjadi tempat tidurnya belum dicemari dgn mana2 najis. selamat kau.

makin hari, anak2 kucing ni makin menggeramkan.
3 ekor yang berbeza sifatnya. sekor garang, sekor baik, sekor lagi buat dek.
yang si baik tu suka menyendiri. bila tiba masa adik beradiknya yg lain bermain2, dia elok je duduk dalam raga, dgn penuh sopan.
they just love to play with my skirts. dan suka duduk menyibuk kat port yang paling sibuk kat kawasan dapur tu. di kaki singki.

rasa nak marah pun tak jadi, sebab, mereka sgt comel bila duduk berkumpul macam tu. hehee... ;)

akhirnya

akhirnya satu hari,
tak semena2, cik anum menjerit dari bawah. meradang.
"ijjlal... anak kucing berak merata2!! bertepek2!!"

and at that point, i knew, this it it. the end of it.
i had to say goodbye to the kittens. all of them.

petang itu juga, sy disuruh menghantar pergi.
dgn berat hati,
sy mengambil raga merah yg sy sediakan utk mereka sbg tempat tidur,
dan perlahan2, sy mengambil sekor demi sekor kucin dan memasukkan ke dalm raga.
kucing sopan awal2 lagi sudah berada dlm raga tu, tempat kesukaannya. lagi dua ekor, berlari2, enggan diambil.

sy sbg driver, cik anum dan bonda pula dibelakang.
waktu tu, segala rasa ada.
syarat "boleh jaga selagi tak berak merata" sudah melepasi maksima.
rasanya seperti, membuang bayi di tepi tong sampah. i feel awful. really awful.
dalam pada sy drive, terasa benar sebaknya hingga menitis juga air mata sy. huhu. menangis lagi.

tinggal

dalam pada sy lah orang yg paling tak mahu mbuang anak2 kucing itu, sedar2 sy lah orang yang menghantarnya ke pasar.
tau ke macamana rasanya tu? hu..
saat melepaskan ibu kucing sihir ke tempat tinggal barunya,
kucing sihir kelihatan terpinga2. memanjang2kan lehernya, menghidu2, dan belari2 tak tentu arah. muka mmg nampak keliru habis..
sy mahu memegangnya, ttp kucing sihir menolak dan terus berlari. merajuk mungkin.

anak2 kucing pula, mengiau2 mencari ibu. sy tempatkan mereka di tempat teduh berhampiran tempat menjual ikan.
dan cepat2 sy pergi. x mahu mendengar lagi ngiauaian anak2 kucing yg agak memilukan.

kembali.

rumah kemabli sunyi. tiada lagi rengekan kucing yang meminta makanan.
mahupun gelagat2 si kecil 3 ekor bermain2 dgn skirt sy.
pagi itu cik anum kata kpd sy.
"ijjlal, sunyi pla xde kucing"
taupun. jawab sy, dalam hati.

dua hari berturut2,
sy kembali ke pasar itu, dgn harapan utk melihat2 kucing sihir dan anak2nya.

hampa.
kucing sihir, dan ketiga2 si kecik, benar2 sudah tiada.


maafkan saya..