Archive for Feb 18, 2010

protect me!


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrahmanirrahim...


ada satu fasa dalam persembunyian saya yang lalu,
saya diasak dengan kekeliruan yang mencengkam.

bukan ertinya saya tidak kenal arah tujuan hidup saya, bukan.
cuma saya kabur dengan niat saya dalam melakukan beberapa perkara.
terutamanya dalam menuntut ilmu.
ya. menuntut ilmu dan menghadirkan diri ke segala jenis majlis ilmu yang pernah saya hadiri.

jujur saya katakan,
saya benar2 keliru.
saya tidak tahu apakah saya ikhlas atau apakah saya tidak ikhlas
dalam mengerjakan segala apa yang saya kerjakan.

apakah niat saya dalam belajar?
krn ada masanya saya rajin, ada masanya saya tingalkan.
apa niat saya dalam menutup aurat?
krn ada masanya saya terdetik untuk memakai itu itu. ada masanya saya menjaga.
apa niat saya mengerjakan ibadah khusus dan sunat?
krn ada masanya saya tekun, ada masanya saya liat.
apa? apa? apa?

seperti mahu menjerit dan melepaskan segalanya.
saya marah dengan diri saya sndiri yang seolah-olah,
tidak pernah kenal siapa diri saya sendiri.

hingga satu tahap kekeliruan saya itu, saya mengangkat tangan dan merintih.

.. Ya Allah. aku tidak tahu apakah aku ikhlas menadah tangan memohon bantuanMu..
Aku memohon yaAllah. Engkau bantulah aku untuk mengikhlaskan diri semata kerana Mu.

:'(

ya. hingga tahap itu. hingga saya sendiri memepersoalkan apakah saya ikhlas dalam memohon doa kepadaNya.

entah apa penyakit saya ini, saya pun tak tahu.
kadang2 rasa seperti; "betul ke tak aku ni?".
you know what i mean kan. *huhu*.

but then, saya tunduk berfikir.
teringat satu bait yang berbunyi
"Syaitan akan menyerang dari segala arah.
terutama dari hal yang paling kita lemah, dan yang paling kuat."


(ini assumption saya;)
rupa-rupanya, dalam pada saya kuat mencari-cari niat kerja saya,
saya tidak sedar, makhluk bertanduk dua itu sedang menyerang saya dari arah berkenaan.
saya cukup lemah apabila sesuatu itu berkait dengan hal prinsip hidup dan nilai dalaman,
dan dari sudut itulah mereka menyerang saya.!



mereka membuatkan saya melihat semua yang baik itu nampak jauh dari nyata.
mereka membuatkan saya melihat kata ikhlas itu adalah satu kata yang mustahil untuk dicapai.
mereka membuatkan saya melihat diri saya sendiri sebagai seorang yang bermuka-muka.
mereka membisikkan kata-kata halus menyebabkan diri saya menyala dengan kemarahan yang sukar dipadam!

.
.
.
.
.

argh.
arghhhh
arghhhhhh

kala ini, terasa benar marahnya saya pada makhluk bertanduk dua itu!

Wahai makhluk yang direjam.
dunia ini akan sentiasa menjadi saksi peperangan antara aku dan kau, iblis durjana.!
sepertimana kau telah bersaksi untuk memeperdayakan aku hingga nafas terakhir aku, seperti itu jugalah aku bersaksi bahawasanya aku tidak akan sekali-kali tunduk pada kau, makhluk durjana!

kau boleh memperkotak katikkan niatku.
kau boleh mempersendakan matlamat hidupku
tetapi kau tidak boleh sekali kali mempermain-mainkan hakikat kejadianku.
aku diciptakan untuk mengabdikan diri pada tuhanku.!
sepertimana kau diciptakan untuk mengabdikan diri pada tuhanmu.!

kalimah penyaksian la i lahaillallah.. muhammadarrasulullah;
akan aku genggam erat. erat erat!

kerana aku;
bukan makhluk pengkhianat.

.
.
.
.
.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

aku berpegang teguh dengan nama Allah
serta memohon bantuanNya
melindungi diriku dari kejahatan
dan godaan syaitan yang terlaknat di sisi Allah

yang akan merosakkan aku dalam urusan agamaku
dan merosakkan aku dalam urusan duniaku.
yang akan memesongkan aku dari melaksanakan perintah Allah
serta mendorong aku untuk melakukan larangan-larangan Allah
-quoted


aku tak mahu menjadi makhluk pengkhianat


lindungilah aku,



kata hati:*sorry. nuur ijjlal does not look good when shes angry**
sekali sekala lihat saya marah, x mengapalah kan?

terbaik.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


Dengan NamaMu YaAllah....
.
.

Tidak inginkah kalian aku khabarkan,
tentang perkara terbaik
dan paling berharga yang boleh dimiliki seseorang?



iaitulah isteri yang solehah,
yang cirinya adalah;

menggembirakan apabila kamu memandang wajahnya..
jika disuruh, dia mentaatinya..
dan apabila kamu tiada, dia memelihara (rahsia dan hartamu),
dengan sebaik baiknya..

-Riwayat Abu Daud dan Al Hakim.

.
.
.

semoga saya, dan kalian, wahai sahabat2ku,
mampu menjadi,
(dan layak menerima)
anugerah yang terbaik ini.


Ya Allah, perkenankanlah.




kata hati :
di majalah asyik bincang soal rumah tangga. cuti pun ramai org yg walimah. kan dah terkeluar fasal ni. hehe.

nato


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Namamu Ya Allah, Yang Maha Agung..


demi masa.
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian


cuti sudah hampir ke penghujungnya.
jumaat jam 12 tgh malam, saya akan menaiki bas pulang ke bukit jalil.


demi masa.
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian


saya menatap lambakan buku yang diletakkan diatas meja.
satu fail penuh dengan nota lecture sem 2,
buku review of microbiology and immunology setebal 670 ms,
juga pencil case pink maroon belang2.
mereka memandang saya, dan saya memandang mereka kembali.
kosong. kaku.

dan demi masa
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.


tidak sedetik pun sepanjang 5 hari cuti yang lalu saya manfaatkan untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.
sekadar belek2, intai2, dan berlalu pergi.
konon sebelum cuti berhajat untuk bertapa di perpustakaan awam kulim,
melangsaikan chapter virology yang menimbun2. dan menelaah sedikit biochemistry semester 1.

dan demi masa!
sesungguhnya manusia benar benar berada dalam kerugian!






ah. ijjlal. kau bercakap lagi.
dan, kau bertangguh lagi. bila mahu berubah?


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ .
ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُون 

Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

(as saf: 2-3)




sungguh, sungguh!
aku tak mahu dibenci Allah.




kata hati : nato= no action talk only