bismillahirrahmanirrahim...
kongsi?
saya tidak dibenarkan untuk berkongsi apa yang kami buat pada malam muslimah night itu.
tapi sudah dua tiga orang bertanya mengenai hadith yang diselitkan dalam persembahan batch kami.
secara kasarnya, batch m209 membuat satu pentomen ringkas mengenai seorang yang telah tersasar jauh dalam kehidupan dan akhirnya ingin bertaubat.
asalnya, saya diminta untuk menjadi pelakon utama. kerana kata mereka, barulah seronok tgk orang yang kontra sifatnya di dunia nyata, melakonkan watak yang jahat. bersifat anatagonis.
bukan tak mahu, namun malam itu saya sibuk dgn session2 lain.
maka terpaksa saya tolak dgn baik...
but then akhirnya saya diminta menjadi pemegang suara.
watak suara merintih. dan suara menyesal. pada permulaan cerita dan pada penutupnya.
"ijjlal, kau buatkan doa yang sayu gila-gila bagi orang tersentuh. kau buatlah apapun. pilihlah music apa yang kau nak." itu kata director pentomen.
heheeee. yang sayu2, bagi kat saya ya. pandai sangatlah tu. :P
puaslahh saya merintih malam tu. :P
... apa skrip saya tu?
dah terhilang pula. tp sungguh saya katakan, apa yg sy tulis adalah apa yg sy rasakan.
sungguh, hampir sahaja saya benar2 mahu mengalirkan air mata semasa memainkan part mahu bertaubat tu. huuu......
appaun, its a nice time i had with my friends.
tak pernah sangka yg kami masing2 macam bersemangat berlatih utk preform pada satu benda yg hakikatnya dibuat hanya just for fun.
siap sedia dgn segala gimik. gelak tawa, background, props, and sound effect yang mantaappp.. =)
and the bst part is, skrg, saya tahu, bagaimana untuk mengalirkan minat saya pada dunia pementasan dan theatre.
a performance for muslimah only. now. thats one nice thing! i can participate in action without having to feel stuck in the middle. alhamdulillah. :)
baik!!
baiklah. sebeanrnya saya skip kuliah pharmacology hari ni......... (tolong jgn marah ya)
dan skrg saya perlu sambung study saya.
sebelum tu, mari kongsikan hadith yang diselitkan dalam persembahan kami malam tu.
jom, kita layaaannnn~~~
sila "play"kan dahulu music ini, lama2, feeling dulu, cube flashback perbuatan2 lalu, n then baru baca hadith dibawah. (nak buat effect bunyi luruh hati sekejap. ehehe)
Wahai anak adam...
sesungguhnya kamu,
selama masih berdoa dan mengharap kepada-Ku,
nescaya Aku akan mengampuni segala dosa yang kalian perbuat
dan aku sama sekali tidak peduli dengan banyaknya dosa kalian.
Wahai anak adam,
seandainya dosa-dosamu setinggi langit,
kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku,
aku pasti akan mengampunimu,
dan aku tidak peduli dengan banyaknya dosamu.
wahai anak Adam,
jika kamu mendatangi-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi,
lalu kamu bertemu dengan-Ku dengan tidak menyekutukan-Ku dengan apapun,
nescaya Aku akan mendatangimu dengan membawa ampunan sepenuh bumi pula..
(HR. At-Tirmidzi)
*sayu*
kerana aku bukan makhluk pengkhianat