Archive for Dec 8, 2010

Patriot


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim..


sedar tak sedar, kurang dari dua minggu sahaja lagi, saya akan menamatkan semester satu (ulangan). kalau dahulu saya "takutkan" ulang semester ini akan memakan masa, namun hakikatnya, masa bergerak dengan laju. terlalu laju. yang disangkakan memakan masa yang lama, sebenarnya sungguh pantas. langsung tak terasa "lamanya".

utama

jumaat, merupakan penghulu hari dan menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan hari hari yang lain. ramadhan, merupakan bulan paling mulia jika hendak dibandingkan dengan 12 bulan yang lain.

kita dianjurkan untuk mengutamakan waktu waktu terpilih ini, melebihhi yang lainnya.
bukan bermakna selain dari jumaat itu tidak penting, dan selain dari ramadhan itu hanya perhiasan, namun jika hendak dipandang dari sudut yang lain, cantiknya Islam kerana mengajar umatnya agar mengutamakan yang lebih utama.
mendahulukan yang utama.
to set priority dan memberi fokus yang lebih kepada mana yang lebih memerlukan perhatian.

dan merujuk kepada keadaan saya ini, keutamaan, kelebihan, fokus serta tumpuan saya waktu ini, semestinya kepada exam summative saya pada 22 dec yang akan datang. :)
dan disebabkan itu, BQ tak mampu diupdate terlalu kerap.
ini peluang kedua saya, dan saya harus mengoptimakan peluang ini sebaiknya.

saya pasti kalian faham, kan? :)

periksa

alhamdulillah, peperiksaan yang mendatang ini tidak terasa ketakutannya.
tidak terasa lelahnya, tidak terasa gusarnya.
barangkali kerana saya telah berulang ulang kali melalui keadaan "gentar" yang jauh lebih besar hingga peperiksaan akhir semester satu ini dirasakan sebagai sesuatu yang kecil dan insyaAllah mampu dilalui jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain.

Entahlah, ada ketikanya, risau juga dengan keadaan diri saya yang tidak terasa "bahang" peperiksaan. namun ada ketikanya, bersyukur juga kerana bebas dari sebarang rasa tertekan. setiap pembacaan terasa ringan. andai adapun maklumat yang terlupa, tidak pula terasa seperti ingin "mengamuk" atau "down". 'alakullihal, sebagai hamba, saya bersyukur.

lebih ringan lagi apabila urusan study dilakukan bersama batchmates. i know i had mentioned this so many times, but for me, it helps, a lot. sekalipun tika pembentangan sahabat2 ada masanya tersengguk sengguk dan menahan mengantuk, ia memudahkan pemahaman apabila saya mengulang kembali study di rumah. tidaklah terkial kial dan ambil masa untuk faham semula apa yang sudah terlupa. dalam apa pun keadaan, hatta dalam urusan pembelajaran sekalipun, benarlah, kita perlu bergerak secara berjemaah, berkumpulan, bersatu dan saling membantu antara satu sama lain. alhamdulillah. :)

excited

saya tulis posting ni sebenarnya kerana ter"excited" terjumpa siri korean drama yang tak sempat saya saksikan sirinya hingga tamat di KBS world tempohari. hehe.. terpnjang pula intronya. almaklumlah, dah berapa hari skip penulisan... ;)

cerita peperangan moden jarang menarik perhatian saya. kerana secara asasnya saya kurang gemar melihat adegan tembak menembak, putus tangan putus kaki.
tapi drama korea yang saya terminat ini, berbeza. i give it two thumbs up!

ini bukan drama siri yang ala-ala comel comel naive tak naive
ini bukan drama siri yang cliche dengan hero tampan dan heroin cantik gaduh-gaduh akhirnya bersatu.

ia cerita mengenai perjuangan.
ia cerita mengenai manusia
dan ia cerita mengenai sebuah realiti kehidupan.


Comrades/The Legend Of The Patriots


menontonnya, berjaya membuat kita merasai keperitan peperangan itu sendiri.
dan drama ini berjaya menonjolkan karektor karektor manusia yang pelbagai.

karektor seorang pemimpin, yang sentiasa perlu berfikiran positif, pemberi semangat buat anak anak bauh, sentiasa tenang matang dan dihormati. sayang atas peribadinya yang mebuatkan hati tidak berlengah dari menurutinya. dan tak kurang juga; penanggung segala hukuman atas kesilapan anak buah.


it really did make me think, sedikit sebanyak keadaan di padang mahsyar begitu juga. bilamana seorang pemimpin, tidak kira pemimpin keluarga, atau negara, akan dipertanggungjawab atas kesilapan ahlinya sekalipun yang melakukan kesilapan itu bukannya dia. nampaknya, dalam arena peperangan pun, konsep sedemikan diguna pakai. kan?

karektor seorang pemberani, pejuang, lelaki mahupun perempuan, pantang serah pantang kalah.! apapun rela dikorbankan demi mempertahankan kedaulatan negara...


karektor dlm persahabatan.., dikala senang, dikala susah.
pengorbanan yang dilakukan,.. perkongsian.., menerima.. dan memaafkan.

muslihat-muslihat peperangan, serangan mental dan psikologi juga fizikal.

ohh its full of characters! susah saya nak "compact"kan ulasan kedalam ayat-ayat. you have to watch it in order to understand.

dan tak lupa juga, karektor pengecut manusia, lari di medan peperangan, umpama lalang sekali angin hembus kek kiri, ke kiri lah perginya, sekali hembus kek kanan, kekanan lah perginya. drama ini benar2 menyaksikan natijah besar mempunyai seorang pengecut di dalam barisan pertahanan negara, yang tiada pendirian dan hanya mementingkan keselamatan diri sendiri.

Dan dari sini baru saya sangat memaknai mengapa ciri Melarikan diri di medan perang termasuk dianatra tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah. Sungguh ia membawa kemudaratan yang maha besar buat negara/agama/perjuangan tersebut.! saya yang menonton sahaja sudah mengenggam genggam tangan menahan geram, inikan pula kuasa yang lebih besar!
dasar orang munafik! bermuka muka!

Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.

An-Nisa’: 145

cukup!

ups.. baik. cukuplah saya berhenti dahulu hingga disini.
eh, bukan berhenti. maksud saya, tangguhkan. :)
insyaAllah, kita jumpa dalam 2 minggu lagi, jika diizinkanNya. mohon doa dari kalian, agar Dia kurniakan saya keikhlasan dalam perjalanan saya kali ini.
kerana dengan keikhlasan itulah saya mampu meningkatdayakan gerak tubuh saya untuk mencapai yang terbaik dalam setiap kerja yang saya lakukan.
sebelum itu, jika berminat untuk menonton drama yang saya maksudkan ni,
sila sila lah klik ke sini.

but i remind you, andai kalian ada urusan yang jauh lebih penting, tolong jangan klik link ni! (Klik sini )

kerana once you watch it, you cant stop. (its a 20 episode drama series ye!) lebih lebih lagi bila sudah sampai ke episod pertengahan yang punyai lebih banyak situasi dan konflik.
andai kalian ada self control yang tinggi, maka silakanlah. tetapi andai kalian tidak mampu mengawal, maka saya tidak sarankan anda untuk klik link tersebut. you know yourself better!
yang pasti, saya akan "menghadap" siri perjuangan ini selepas saya akhiri medan peperangan saya kurang 2 minggu lagi. :D


ayuh kita hidupkan semangat berjuang!



kerana dia; seorang hamba

ps: saya pun mahu menjadi patriot.