Archive for Apr 21, 2007


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

:: Cinta , Kasih dan Rindu ::
baru2 ni.. aku ty kpd slh srng chat mate aku. macamana aku nak rasa sayang+cinta+rindu pada Rasulullah saw.?
aku buleh kata aku mmg sgt menyanjungi baginda. ttp, aku x dpt nak merasai kasih dan cinta kpd baginda sbgaimana aku kasihi insan2 tertentu dlm hidup aku.
jauh di sudut hati, aku bimbang.
camne ni ijjlal... u cant feel dat feeling??
anda x rindu kat baginda, anda x rasa tpanggil2 utk ikut segala sunnah baginda... camne ni cek adek ooi..? (sunnah.. pilih2 sunnah. x sume ikot. huu)
kalaulah aku buleh mencintai rasulullah.
kalaulah aku buleh merasa ssgt kasih pd baginda,
kalau lah aku buleh sentiasa merindui baginda dan tidak putus berselawat.. *sigh*
kata hati : itu... kalau.
apa yg aku tertinggal dlm "proses" mencintai rasulullah..?
apa?
jawapan chatmate aku sgt mudah.
~~ kenali Rasulullah. ~~
o_O jwpn yg simple. tp mendalam. org kata.. tak kenal, maka tak cinta.
aku ty kat diri aku sendiri. "ijjlal... awk kenal sape rasulullah?"
hmm.. rasulullah..? Muhammad Bin Abdullah.
lagi? sekadar sejarah hidup ringkas baginda saja yg aku tau..
paras rupa?
aku baru sj baca ttg "ilusi" fizikal baginda melalui gambaran2 para sahabat,, baca ni..
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:
~ Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
~ Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa
Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
Wajahnya seperti bulan purnama
Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
Janggutnya penuh dan tebal menawan
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
Rambutnya sedikit ikal
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan
kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
Rambutnya terbelah di tengah
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
Seimbang antara kedua bahunya
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di
bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
Warna kulitnya putih tapi sehat
Kulitnya putih lagi bercahaya
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
Badannya tidak gemuk
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
Perutnya tidak buncit
Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
~~~
fuuhh.. bru je baca.. bru je gambaran.. klu depan mata.. mcmana agknya ya??
ditambah lagi ngan keperibidian baginda..
kebijaksanaan bginda.
byk sgt ttg bginda yg aku tatau.
x pernah tau
nama2 isteri pun tak khatam .. ummul mukminin tu! AII kamu ijjlal...
kenali baginda! ni misi kamu selepas ni.


kata hati :1. sejuk hati ... bc kisah nabi
2. keliru : tak faham kenapa mcm x btul je setting blog ni.. post aku takleh selang antara each paragraph.. jenuh nak baca??