Archive for Jul 27, 2009

back


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Assalamualaikum..

Sudah beberapa hari saya tidak mengupdate blog.
usah risau, kali ini saya tidak sakit mahupun demam. Sekadar, mengalami sedikit gangguan untuk connect kpd internet.. Apapun, terima kasih, kepada yang mengambil berat tentang saya. Sangat menghargai.

“takpa.. pakcik bagi. Tadi kata nak guna kan? Hang belajar pandai2 cukup."

Subhanallah….. subhanallah….
Entah berapa banyak perkara yang saya malu.
Entah berapa banyak kali saya terkelu.
Malu atas kepemurahanNya kpd saya.

Modem huawei saya rosak.
Ikutkan perlu diganti baru kerana tempoh warranty modem saya sudah tamat. akan melayang tiga angka jugaklah wang saya.
Tetapi pakcik tmnet itu, turun semula ke vannya dan kembali naik membawa seseuatu.
memberikan satu modem simpanannya yang baru dibaikinya.
Modem saya yang rosak, diambilnya.

“takpa. Pakcik bagi. Toksah bayar apa pun”
Saya mebelek2 modem tersebut.tertulis disitu, April 2008. Baru setahun lebih.


Ya Allah. Lagi rezeki kamu buatku. :’)


meraba2.

Saya akui, saya sedikit terjejas dengan tiadanya internet. Kebergantungan saya kepada internet mungkin boleh dikatakan sudah mulai masuk ke zon bahaya. Resah, gelisah jika tidak dapat melayari internet dalam satu2 hari itu. (given that I dunt have any other work to be done).

Kebergantungan saya pada handphone sudah berlalu, kini, datang pula kebergatntungan kpd internet.?

Lepas satu, satu. Bila saya sudah belajar utk melarikan diri daripada handphone, kini saya dikejar oleh internet pula. Teknologi memang benar2 mencabar. Ye kan?

Tugas

Sebenanrya, antara mengapa saya bertambah gelisah dgn tiadanya internet adalah kerana saya punyai 2 tugasan utk dilangsaikan. Satu tugasan itu due date nya 4 ogos. Satu tugasan lagi, emm, mungkin dalam 2 minggu lagi.

Tugasan pertama adalah dalam menyediakan bahan untuk dikongsikan bersama junior2 semasa di taman selasih dahulu. Ya, satu sesi perkongsian pengalaman dan teknik belajar. selama satu jam setengah. *giggle*

Saya tahu agak sukar utk menyedarkan adik2 saya dalam satu percubaan sahaja.
Hehe.. sejujurnya mengenai teknik belajar itu, aduhaaiiii saya sendiri sudah tidak ingat bagaimana saya belajar zaman SPM dahulu. Yang pasti, terlalu banyak sesi sekolah yang saya ponteng dan melarikan diri ke perpustakaan awan. Perlukah saya kongsi mengenai itu? I dont think so! :P

Mohon kalian doakan saya dilancarkan lidah dan dipermudahkan urusan dalam sesi perkongsian selasa depan. Target saya hanya satu,saya mahu adik2 saya itu dapat melihat lebih jauh daripada hanya sekadar terlekat pada tradisi komuniti setempat yakni: habis sekolah, kerja, kahwin, berhibur.

Kalaupun mereka tidak dapat survive dalam alam pendidikan, saya mahu menertbitkan satu rasa dalam diri mereka bahawa, hidup ini bukan utk bersuka ria semata2.

Tugas dua pula,
Well, ini berkat dari mengadu kpd ustaz ridhauddin, lecterur intec, bahawa saya kebosanan di rumah. Hehe.

Ustaz telah meminta saya utk mencari bukti2 dalam “40 peristiwa akhir zaman” tulisan terjemahan oleh Ustaz Fahmi Zam Zam. Untuk dimuatkan dalam Thursday talknya bertajuk “esok Kiamat”.

Wah, benar2 perkara baru buat saya. Saya tidak pernah mebaca buku 40 peristiwa akhir zaman itu. (Jadi, saya perlu mebacanya terlebih dahulu.. )
Sy tidak pernah pula nak mengkaji atau mencari bukti kebenaran hadith2 rasulullah. Mmg benar2 sesuatu yang baru buat saya.
Kepada sahabat2 yang berminat utk membantu, bolehlah hubungi saya di alin_mer283@yahoo.com dan kita boleh bahagikan tajuk untuk dicari bahannya. Siapapun, yang mahu membantu, dipersilakan. Terutamnaya kpd sahabat saya di Terengganu tu. Ye, kamu lah.. . :P

cukup dahulu sedikit catatan dari saya
jumpa lagi.. :)