Archive for Jun 28, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim...


sy "meluangkan" masa utk melakukan IQ test.
dan ini hasilnya

IQ Test

130 - 144 - Gifted (2.3% of test takers)


sejauh mana kebenarannya, wallahualam.
yang pasti, sejujurnya,
ada sahaja soalan2 yg hentam kromo.
ikut rasa sedap hati menjawab.

so, wat i cud say is,
i may be gited-but-----only by chance!

;)





posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments

:: pendapat? ::

bismillahirrahmanirrahim..

hasrat

sy pernah menyatakan hasrat sy utk menjadi seorang yg versatile.
tidak jumud, berani bergerak ttp dalam masa yg sama, masih pandai menjaga diri.

disini sy hanya ingin memohon pendapat daripada kalian.
isu yg kecil ttp sering sy keliru.
kerana adakalanya sy tersepit, antara rasa ingin menjaga hati orang2 sekeliling,
dan juga antara rasa ingin mengekalkan prinsip sy.

message

utk pengetahuan, beberapa hari lalu,
sy menerima beberapa message drpd kenalan lama sy.
entah dari mana beliau mendapat number sy, tidak pula sy ketahui.
ya, dari golongan adam, semstinya. kalau tidak, tidaklah sy serba salah.
usah risau, sy tidaklah menutup terus interaksi sy.
kalau ada urusan utk ditanyakan, atau perkara2 yg mahu dibincangkan,
semestinya tidak terasa serba salahnya.
ttp ini, hanya sekadar bertanya khabar.
mengenai saya, mengenai kaklong sy, mengenai bonda sy. mengenai kehidupan sy. dan, memaklumkan kedatangan beliau dan keluarga ke teratak 196 pertengahan julai nanti.

bila difikirkarn2,
tidaklah sesuatu yg menghairankan untuk beliau bertanya, kerana satu ketika dahulu,
5 tahun beliau bersama kami.
bonda sayalah yang menghantarnya ke asrama, dan rumah sayalah yang menajdi tempat persinggahan beliau dan shbt2nya. dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5.
sy pun, tidaklah berapa segan dgnnnya.
teringat zaman dahulu2, siap melambai2 tangan kpdnya apbila mahu menghantarnya pulang ke asrama. haha. kelakar benar bunyinya. benar2 kebudak2kan
apa yg menghairanBoldkan adalah mengapa tidak terus bertanya khabar melalui bonda sy shj.?

itulah. dalam keadaan begini, sy sering shj tersepit. (bukan kpd beliau shj ttp kpd shbt2 adam sy yg lain yg mahu bertanya khabar semata2.)
antara kedudukannay sebagai seorang kenalan yg sudah lama dikenali,
dgn hasrat hati sy yg seboleh2nya mahu meminumkan sbrg interaksi yg tidak urgent.
kasihan. pertanyaan yg diutarakan tidak sy jawab dan dibiarkan begitu shj.
dan, hingga kini, sy tidak lagi menerima lagi message darinya.

bagaimana ya?


sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


bukan kita yang memilih takdir.
takdirlah yang memilih kita.
bagaimanapun, takdir bagaikan angin
bagi seorang pemanah.

kita selalu harus mencuba
untuk membidik dan menyesatkannya
di saat yang paling tepat.


-salahuddin al ayyubi-


posted by ~ n.u.u.r ~ on

3 comments


:: misi ::

Dengan namaMu Ya Allah..
Selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

tanya ustaz.

sudah menjadi rutin sy sejak 3 hari yg lalu, mengikuti satu rancangan di tv9.
rancangan tanyalah ustaz.
menarik. mmg menarik.
sambil2 bersarapan pagi, dapat juga mendengar sedikit pelembut hati buat sy yg sudah lama tidak menyertai mana2 majlis ilmu.
kering. tandus. sy rindukana suasana mencari ilmu di intec.

bila direnungkan kembali, sebenarnya, cabaran utama sy adalah untuk istiqamah dgn segala aktiviti2 memburu ilmu yg selalu sy lakukan di shah alam.
terus istiqamah dgn ibadah2 sunat yg baru sy berjinak2 semasa di shah alam.
entah kenapa, seminggu yg telah berlalu ini, sy tidak menggiatkan aktiviti rutin sy.
solat sunat pun entah kemana2.

malu

sedar tidak sedar, sebenarnya sy malu utk "menunjukkan" kpd keluarga bhw puteri bongsunya ini sudah berubah sedikit demi sedikit.
sy, mahu, dikenali sbg ijjlal yg dahulu. ego kah ini namanya?
semak2 kembali, utk apa sebenarnya sy berubah itu?
kalau niat itu dipaksikan semata2 kerana Allah, mengapa sy tidak istiqamah dgn apa yg pernah sy lakukan dahulu?
satu sesi muhasabah diri perlu dilakukan.
menilai kembali, untuk apa sy melakukan semua itu.

apapun, sy sudah sedikit berani utk mengajak ayahnda dan bonda sy utk solat berjamaah bersama2.
sebelum2 ini, mulut terasa berat, hati terasa gusar. sy akui, sy malu.
solat jemaah sudah lama tidak menjadi budaya dalam rumah sy ini sejak, bertahun2 dahulu
dan, utk membudayakan sesuatu yg sudah lama ditinggalkan, ianya perlu masa, kekuatan, keberanian, kesabaranm dan tak lupa juga doa yg tidak putus utk mengajak ahli2 keluarga yg disayangi.

alhamdulillah, sedikit demi sedikit, hati2 teratak 196 ini mula dilembutkan oleh pemilik segala hati. usaha sejak, setahun yg lalu sudah mula menampakkan buahnya.

sekurang2nya maghrib sudah mahu utk berjamaah.
sekurang2nya, sy sudah tidak segan utk mengintai2 siapa2 yg sedang bersolat dan akan mengambil peluang utk menyentuh bahu dan mengikut menajdi makmum.

ukhrawi

pernah satu hari, semasa maghrib.
lazimnya berjamaah di kamar ayahnada dan bonda,
namun waktu itu, ayahanda dan bonda sy mahu bersiap2 utk solat.
sy pula, waktu itu sudah siap bertelekung.

mahu masuk menunggu di dalam kamar, oh, itu bukan adabnya. anak2 tidak dibenarkan utk memasuki kamar ibu bapa sms waktu maghrib, melainkan, dgn izin. sy mengetuk pintu, dan berkata. "nanti panggil ijjlal tau".

maka duduklah sy di ruang hadapan ,menanti2 di sofa, sambil mebaca sedikit kalam Allah.
baca2, ttp x dipanggil2.sy menoleh ke jam dinding. dah lewat ni.

tiba2 sy mendengar alunan quran ayahnda sy.
sy jarang mendengar alunan quran dr mulut ayahnada sy melainkan semasa waktu solat.
eh? dah mula solat ke?
hati sy berbolak balik utk buka atau tidak pintu kamar parents sy.
namun akhirnya sy membukanya.

dan, benarlah, sy melihat sosok tubuh ayahdana sy sudah pun menjadi imam, dan bonda sy berdiri dibelakangnya sbg makmum. mereka sudah memulakan solat maghrib.
aduhai. entah kenapa sedih benar hati sy waktu itu.
kenapa tidak panggil sy sekali?
sy terus menacri tempat di sebelah bonda sy,
dan menjadi makmum muafik.
dan entah kenapa, hati sy benar2 sebak. merajuk barangkali.
hinggakan sy mngalirkan air mata semasa solat.
hoho. kelakar bukan?
terasa dipinggirkan kerana tidak diajak solat bersama2 walhal awal2 lagi sy sudah berpesan supaya dipanggil bila semuanya sudah bersedia utk solat.

sy terfikir,
kalau makan makanan sedap, pasti mereka ingat sy.
ttp kalau semasa solat jemaah, kenapa x dpt nak ingat sy... :'(

tidaklah pula sy suarakan apa yg sy fikirkan waktu itu.
x pelah, sy akan cuba utk buat ayahnda dan bonda sy mengingati sy bukan pada perkara2 duniawi semata2, ttp juga pada perkara2 ukhrawi..

jadikanlah Engkau sebagai matlamat kami..
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

assalamualaikum..

sy telah pun menaip satu posting paaaaaaanjang
namun, sy hentikan niat sy utk publishkannya.
krn , ianya hanya penuh dgn luahan rasa geram dan panasnya hati sy kpd seseorang.
tidak menambahkan apa2 pun.
jadi, tiadalah gunanya, kan?

sbg ganti, disebabkan sy sudah letih menaip posting yg tidak dipublishkan itu, ini shj lah yg mampu sy kongsikan.

sy mendapat satu msg daripada salah seorang friend didalam YM sy

seorang sister yg sedang belajar di warwick, UK sedang mencari helper untuk menjaga anak2nya-anak perempuan (5 yrs, 3 yrs old), dan boleh membantu kerja2 rumah. gaji-RM800 (lebih kurang 120 pound sterling), tiket MALYSIA-UK-MALAYSIA, makan-minum, dan tempat tinggal ditanggung. duration= 6 bulan, jika dapat bermula pada minggu kedua julai. mana2 sisters (18-27 tahun) yang berminat, boleh hubungi saya, kakmija-016 410 2767, atau terus email kakak tersebut-kakbaah (rabaah_syahidah@yahoo.com.sg)

sungguh, kalau bukan kerana kemasukan ke universiti sy adalah pada bulan ogos, pasti sy akan cepat2 menerima tawaran kerja ini!

ada sesiapa yg berminat?

;)

letih,
sinar penghormatan