Archive for Jul 20, 2009

que sera sera


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Dengan NamaMu Ya Allah..
Tuhan Penetap segala ketentuan..

kuih

status saya di YM sejak semalam adalah,
que sera, sera.

ia adalah satu tajuk lagu dari filem klasik tahun 1956, The Man who knew too much.
saya tidak pernah menonton movie ini, hanya pernah dengar lagunya sahaja.

que sera sera . ertinya;, what will be, will be.
apa yang akan berlaku, akan berlaku.

seorang sahabat maya di YM tiba2 menegur saya.

"kueh sera? buat kueh sera ke?"
sy menulis que sera sera, ttp dibacanya sebagai kuih sera sera.

tergelak membacanya. gosh. bila lidah melayu, selama2nya akan lidah melayu!
but bila difikir2. sebenanrnya ini lah yang berlaku apbila kita tidak menitik beratkan soal ejaan perkataan bahasa melayu dalam kehidupan seharian, merujuk kpd sy juga, semestinya.
apabila terlalu banyak pencemaran bahasa berlaku, perkataan yang sah sah asing pun, selagi upaya akan cuba dibaca dalam bahasa melayu.
alamak, parah juga isu ni ya. saya sayang bahasa saya ini. tetapi saya sendiri secara tidak langsung menjahanamkan bahasa melayu.
nampaknya saya perlu menitik beratkan soal ejaan dalam tulisan saya lah.?


lirik.


When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty will I be rich
Here's what she said to me

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows day after day
Here's what my sweetheart said

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be

Now I have children of my own
They ask their mother what will I be
Will I be handsome will I be rich
I tell them tenderly

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be
Que Sera Sera


dari kecil, hingga ke remaja, berkeluarga hinggalah bergelar ibu,
persoalan masa hadapan sering sahaja menjadi satu kerisauan buat kita.
seperti saya sendiri yang selalu tertanya-tanya, macamnalah kehidupan saya di masa hadapan. keluarga, kerja, rumah, itu ini. macam2lah.

semasa kecil dia bertanya kpd ibunya tentang masa depannya.
semasa berkasih, dia bertanya kepada kekasihnya tentang masa depan kehidupan mereka berdua.
dan kini bila sudah berzuriat, si anak pula bertanya kepadanya tentang masa depannya. soalan yang sama.

jawabnya apa?
whatever will be, will be.



unsur

ada satu unsur penting yang diterapkan melalui lagu ini.
yakni, beriman kepada qadha dan qadar
(abaikan lah bahagian dia berkasih tu.. :P)

beriman bahawa, segala perkara seudah ditentukan.
apa yang akan berlaku, tetap akan berlaku.

tidak kiralah samada,

Will I be pretty will I be rich
Will we have rainbows day after day
Will I be handsome will I be rich

semua itu telah pun dituliskan sejak sebelum kita dilahirkan ke dunia ini.

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see

ya, soal masa hadapan itu, kesemuanya milik mutlak Allah.
kita hanya mampu menjalani hari ini dengan sebaiknya, merancang tentang hari esok.
yang lain-lain, itu, seharusnya kita serahkan kepada Yang Maha mengetahui.
kerana, the future, is not ours to see.

entahlah, saya pun pelik mengapa. sy terasa sedikit "kepasrahan" dalam diri sy
lagu ini mengajar utk pasrah dan menerima sesuatu ketentuan itu dgn hati yang lebih terbuka. kerana, apa yang akan berlaku itu, ttp akan berlaku.!

wah. satu lirik lagu ciptaan manusia pun sudah punyai jawapan mengenai qada qadar, just imagine jawapan2 yang terkandung didalam alquran yang "ditulis" oleh pencipta kepada lagu diatas. infinity mungkin.!

hmm.....tiba-tiba sahaja otak saya buntu untuk menulis apa.
saya tahu saya mahu terus menulis, mengenai persoalan ini, qada dan qadar, tetapi, entah mengapa terbantut pula T_T
sejujurnya saya masih ada beberapa posting yang kekal sebagai draft.
taip2, tetapi akhirnya tersekat di tengah jalan, dan dibiarkan begitu sahaja.
nampak benar kita tiada kuasa, sekalipun dalam soal ilham. jadi apalah maknanya kita bersombong dalam sesuatu perkara kan.?

putus

disebabkan saya terputus kata-kata (sekali lagi. hhuhu)saya mahu kongsikan beberapa quote yang saya ambil dari sini, silalah ke laman itu, its worth reading.

Imam Al-Khathabi telah berkata:

Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir.
Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia.

Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan,
takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum
dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur.
Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun.
Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Omar ra:
“Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’
Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.”
(Tarikh At-Tabari)

“Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu.”
(Surah Qaaf ayat 29)


“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.
(Surah Ar-Ra’d ayat 39)

apapun, kepada saya sendiri yang terfikir-fikir mengenai keputusan Alevel saya dan juga buat kalian, usahlah risau.
belajar-belajarlah untuk mengimani qada dan qadar,
seperti pesan lagu ini,

que sera sera,
what will be will be,
the futures not ours to see!


maaf terbantut,


kata hati : nak try tonton the man who knew too much