Dandelion Putih



Putih

putih dipilih atas harapan mudahan jasad saya, terutamanya Qalbu turut sama ikut akan fitrah warna putih ini.
asalnya putih,
asalnya suci,
asalnya bersih.

putih adalah sebuah kesederhanaan yang memberi ketenangan.
tiada jemu, dan melapangkan bagi yang melihat.

putih memberi satu harapan, bahawa saya masih berpeluang untuk mewarnai putihnya lembaran kehidupan saya di masa hadapan dengan warna-warna yang benar.

putih mengingatkan hakikat diri yang sebenarnya kosong dan lompong serta tidak punyai satu apa pun kuasa pemilikan tanpa kekuasaanNya.
simbol hakikat perhambaan kepada Tuhan Segala Penciptaan.

putih lembaran kain sewaktu ihram,
menghidupkan sentiasa hati untuk menjejakkan kaki ke tanah suci,
satu hari nanti.

putih juga sebagai satu signifikan,
agar kalian menerima diri ini seadanya, samada lebihnya, mahupun kekuranganya;
dan bukan kerana bagaimana raut wajah saya, dan apa pemakaian saya.
tarikan "warna lain" ingin diketepikan, agar mata dan hati tidak dikaburi dengan warna indah yang membutakan. hanya putih, yang lebih mampu menampakkan warna sebenar diri.

dandelion

hembusan lembut angin yang menerbangkan anak-anak benih baru si bunga dandelion.
terbang jauh si anak benih, mendarat di tanah, dan tumbuh lah baru di tanah.

itulah saya.
takdir kehidupan menerbangkan saya ke pelbagai perosok keadaan,
tak kiralah dari segi keadaan emosi, mahupun keadaan geografi.
namun walau dimanapun tanah yang diletakkan, diri akan terus tumbuh membina harapan.
putus asa bukan pilihan.

angin takkan pernah mampu untuk dihentikan, kadang kasar, kadang lembut.
namun bunga dandelion masih punyai pilihan.
samada untuk terkulai dan menyendiri, atau tumbuh dan tersebar.


dan saya pilih untuk tumbuh; dan menyebar. :)



kerana dia; adalah hamba