Archive for Dec 11, 2009

kembali =)


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments


bismillahirrahmanirrahimm..

segala puji kepadaMu YaMalik, yang padanya ilmu sekalian alam..

(nota: bukan entry ilmiah atau berisi nasihat)

alhamdulillah.
saya kembali beraksi di pentas maya.
setelah bercuti selama... 2 minggu. (ala. dua minggu je kan?)
jadi, apa khabar sahabat2 semua? semoga, sihat, ceria, dan senyum selalu +)

tak pasti sebeanrya atas dasar dan sebab apa saya mahu berehat.
kerana exams yang kian hampir, kerana letih untuk berfikir, kerana ingin regain mental strentgh, atau hanya sekadar satu period refleksi diri ; menyemak tujuan dan matlamat kehidupan saya.
orang seperti saya ini, mmg sangat perlukan period refleksi diri.
natural saya adalah seorang yang mudah lemah semangat.
itu satu hakikat yg sy sendiri akui.
ber"uzlah" seketika, itulah cara saya, utk, lebih kuat pada keesokan harinya.

alhamdulillah,
dalam dua minggu yang lalu, entah kenapa, saya rasakan ada satu kekuatan baru yang mengalir masuk dalam tubuh saya.
dikurniakan, (alhamdulillah), diserap, dan, dikukuhkan dalam hati supaya mampu menjadi pegangan dan termanifestasi melalui tindakan.
dalam bulan-bulan akhir saya sebagai seorang insan berumur 20 tahun,
Dia, memberikan sesuatu sebagai bekalan saya mengharungi alam 21 tahun.
subhanallah, nuur ijjlal... hampir 21 tahun sudah ya kamu? =)

cemburu

sejujurnya, hati saya cukup mencemburui sahabat2 seangkatan di tanah asing yang berlumba2 dalam pemantapan watak sebagai seorang muslim berilmu.
ramai diantara mereka yang makin terserlah kematanagn berfikirnya. terasa kehangatan ukhuwah antara mereka.
makin hari makin mekar. makin hari makin semrbak wanginya hingga boleh dihidu sampai ke malaysia!

saya cemburukan mereka. saya cemburukan mereka....
namun, saya akur, perjalanan saya di malaysia ini juga adalah satu process pembentukan.
cuma dalam cara, suasana dan bentuk pentarbiyahan yang berbeza.

selesa

mencari makna identiti muslim serta erti penghambaan dan pergantungan sepenuhnya kepada Yang Maha Sempurna terasa sedikit kabur apabila berada dalam suasana dan keadaan yang agak "sempurna".

budaya kita,
orang2 kita,
suasana hidup kita,
keluarga kita,
perundangan negara;
hampir semuanya, berkenaan kita.
menyokong kita.

rasa terlalu selamat dan secure hingga kadangkala,
kita tidak merasakan satu keperluan untuk bergantung kepada sesuatu yang lebih dari apa yang kita ada.
namun itulah, saya memujuk diri, mencari identiti dalam suasana kesempurnaan;
itulah wajah sebenar ujian.

sejauh mana saya mampu berpegang pada prinsip diri,
sejauh mana saya masih mampu meletakkan pergantungan kepadaNYA meskipun saya dikeleilngi dgn pelbagai tempat pergantungan.
sejauh mana saya cukup kuat untuk mengatakan tidak pada norma2 masyarakat.
sejauh mana, saya meletakkan Dia, dalam setiap pertimbangan perlakuan,
dan segala "Sejauh mana" yang berkaitan.

=)

rahsia

alhamdulillah.
dalam rasa kecemburuan kpd sahabat2 saya ini,
dari jauh saya mengucapkan syukur, atas rahmat yang telah mereka terima.
pengembaraan mereka, benar2 sebuah pengembaraan.
pengembaraan ilmu, pengembaraan geografikal, pengembaraan peta kehidupan manusiawi.

Subhanallah yaAllah, Engkau mendidik,
dengan cara yang penuh berhikmah.
penuh kasih sayang, penuh kerahsiaan.

mampukah aku belajar dariMu.?


hanya sekadar posting luahan rasa;