Dengan NamaMu Ya Allah.. Yang Maha Pengasih...
mimpi
saya paling tidak suka,
apabila saya bermimpi yang saya sudah bangun dan melakukan kerja2 harian.
sejak dua menjak ni, saya kerap bermimpi sedemikian.
mimpi, dah bangun, buat kerja itu ini kemas itu ini. siap makan lagi.
benar2 seperti dalam kehidupan sebenar. tiada yang pelik. tiada yang seperti mimpi.
ttetapi apabila mata terbuka,
tangan meraba2 handphone, dan lihat, 6.30 pagi!
jangan kata terjaga, melompat terkejut lagi adalah.
6.30 pagi?? huhu.. kelewatan sungguh... T_T
berdeset2 ke washroom. subuh hampir tamat.
semua gara2 mimpi.
mimpi yang mebuatkan saya rasa saya sudah bangun dan terjaga.
mimpi yang membuatkan saya susah bangun pagi.
mimpi yang membuatkan malam2 saya terlepas daripada di isi dgn tahajjud...
mimpi yang membuatkan saya; leka....
.
.
.
.
.
bangun ijjlal, bangun!
hidup ini juga seperti mimpi!
jangan menyesal apabila kamu terjaga dari "mimpi" panjang kamu nanti!
waktu tu, tiada upaya utk melompat terkejut dan terkejar2 subuh.
hanya bangun dan berhadapan,
berhadapan dengan, tuhanmu. sekiranya kamu layak.
bangkitlah sebelum terlambat!
memberikan engkau satu kekuatan
utk sentiasa sedar, meski di dalam mimpi.