Archive for Jan 19, 2011

lunas hutang (ii)


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

note: sambungan perkongsian hospital

satu


"ey ey. sekarang ni pukul berapa?"
seorang puan besar berumur senior, berbaju biru, bertudung putih, berkaca mata menegur saya. (staff nurse)
"sekarang ni pukul berapa? cuba tengok, cuba tengok sekarang ni pukul berapa?"


bertubi tubi saya diserang dengan soalan yang sama. kaget saya dibuatnya. waktu tu tiba tiba saya jadi blurr . mata secara otomatik melihat ke lengan tangan, mencari jam tangan. aduuhh tak pakai pulak.

"cuba tengok pukul berapa sekarang?" kena serang lagi. kuat pula tu. kecoh seketika.

dan saya ni pula, dah tahu lengan tu tiada jam tangan, nak juga tengok lagi mencari "jam tangan". berkali kali lengan diangkat, untuk melihat waktu. macam orang kurang pula. hehe.. bila dah tersedar, barulah tercari-cari jam dinding.

waktu tu, terdapat sekumpulan HO junior berkumpul di kaunter, semuaaanya berpaling dan memandang kepada saya. ada yang memandang dengan wajah hairan, ada yang memandang dengan wajah terkejut, ada yang memandang dgn wajah kesian.

"em.. pukul sepuluh" jawab sy acuh tak acuh. akhirnya jumpa juga jam.
"awak nak pergi mana ni?" tanyanya lagi
"saya nak jumpa makcik kat katil sebelah sana. nak jenguk." jawab saya (dengan muka kesian. serius blurr.) makcik yang saya maksudkan adalah ibu kepada anak murid bonda saya.

belum sempat staff nurse tu menyerang saya lagi, seorang lagi puan senior berbaju biru muda datang "eh.. awak yg jaga mak kat bilik depan kan? baliklah bilik awak jgn jalan-jalan, nanti tak dibenarkan masuk terus susah pula". dengan suara perlahan, menyelamatkan keadaan.

saya mengangguk, patuh. dan membawa diri yang keliru, pulang ke bilik bonda.

haii.. mana lah saya tahu kalau bukan waktu melawat, tak boleh pergi ziarah pesakit di katil lain.?

dua

it was another day. waktunya pagi, dalam jam lebih kurang 11 pg. flusk air bonda sudah kosong. niat dalam hati hendak mengisi semula. tambahan pula, waktu tu tentu bonda sudah sedikit lapar. perlu buatkan air teh panas atau cereal drink sbg alas perut sebelum lunch.

saya keluar dan berjalan ke pantry wad.

hmm.. boleh ke masuk ye? kepala diintai masuk ke dalam.
terlihat dua orang female doctor , (saya kira HO senior) sedang duduk dan berbual-bual sambil melayan minuman.

saya memberi isyarat, "can i come in?"
salah seorang dari mereka mengangguk, dan saya kira ia adalah isyarat mengizinkan saya masuk.
maka masuklah saya dengan hati yang senang.

oh.. boleh masuk rupanya. senanglah kalau nak refill air panas lepas ni.
saya bisik dalam hati.

mata mencari kettle. jari cuba menyentuh.
oh,, dah sejuk. panaskan balik lah.

maka saya on kan semula kettle, tinggalkan flusk di pantry, dan keluar dari situ sementara menunggu air masak. yelah, apa sy nak buat tunggu dalam tu. takkanlah nak dengar HO2 tu berbual pula kan?
.
.

beberapa ketika, saya kembali semula ke pantry tersebut.
dua orang HO sebelum ni masih berada disitu, namun kali ini bertambah seorang doctor lelaki, dan seorang puan berbaju putih. puan berbaju putih tu, saya kira beliau bertanggungjawab dalam hal pengurusan makanan di wad.

saya berjalan kearah flusk . baru je nak pegang flusk, (konon nak tuang air dalam flusk) puan tadi menegur
"awak siapa? kenapa awak masuk dalam ni? awak nak buat apa?"
"sy nak refill air panas." sy jawab, sambil menunjjukkan flusk.
"eh tak boleh tak boleh. orang luar tak boleh masuk dalam ni. kalau nak refill tunggu waktu refill. sekarang air tak masak lagi. saya banyak kerja sekarang ni jangan ganggu saya. ini bukan tempat awak".

erh? saya memandang kettle. air dah masak....

saya mengalih pandangan kepada cik kak HO yang mebenarkan saya masuk tadi. memandang dgn wajah penuh keliru, dan juga dgn sedikit harapan penjelasan darinya.
at least a word, untuk back up saya yang tak semena-mena kene fire dengan cik puan ni.
namun kecewa. HO tersebut langsung tidak memberi sebarang reaksi mahupun respon.


mereka hanya memerhati dengan gaya "aku tak tahu apa-apa". walaupun sbrnya dia tahu dia yang benarkan saya masuk, dan dia tahu, air dalam kettle tu dah masak. tinggal nak isi sahaja!
haii... nak jaga rekod bersih ke cik doktor?

sy terdiam. cuma mengangguk, tidak berminat untuk berdebat. flusk terus dicapai, dan kaki melangkah keluar dari pantry.

dalam perjalanan keluar, di pintu masuk pantry, baru saya nampak, tertampal disitu :
jadual waktu refill air.
ohh.....!! ~_~""

waktu seterusnya, jam 2 ptg.
hmm lambatnya..
akhirnya saya berjalan turun ke kantin hospital, dan mengisi penuh flusk air. 50 sen.

senang cerita.

jelas

dua keadaan berbeza, tapi rasa yang sama. terkilan.
bukan terkilan kerana hajat tak kesampaian, tetapi terkilan dengan cara komunikasi yang teramat lemah.

saya tahu saya muda.
saya tahu saya ni orang biasa.
dan ya, saya akui dan saya sedar, saya yang salah kerana tidak mengambil tahu tentang peraturan wad.
namun, apa salahnya menegur saya dengan lebih hemah?

ini tidak, habis terus kena serang.
apa salahnya, terangkan sahaja kepada saya dalam satu ayat mudah dan jelas.
"adik, sekarang bukan waktu melawat."
"adik, sekarang bukan waktu refill air".

kan jelasss sangat tu. ini tidak...
tak perlu rasanya menyerang saya tanya "sekarang pukul berapa".
dan saaangat tak perlu rasanya untuk bertanya dengan kasar "awak ni siapa?".

hmm... semua orang nak datang bulan dalam waktu serentak agaknya.

kalau dia....

saya teringat bagaimana mudahnya Rasulullah merespon apabila Mu‘awiyah bin al-Hakm melafazkan doa dengan kuat apabila mendengar sahabatnya bersin ketika sedang solat jemaah bersama-sama. muawaiyyah tidak tahu bhw tidak dibenarkan melafaz selain lafaz solat semasa sembahyang. apa yang dia tahu, anda ada orang bersin, eloklah kita berdoa untuknya. krn tu lah dia cepat2 nak berdoa.

usai solat jemaah, rasulullah bertanya ; "siapa orang yang melafazkan doa dalam solat tadi?" sekalian jemaah mengarah kepada muawaiyyah. baginda pun panggil lah muawiyyah ke hadapan. waktu tu muawiyyah dah mula takut. yelah, dia dah menganggu solat orang lain. adakah baginda akan marah? adakah baginda akan fire dia cukup2?
namun nak tahu apa yang baginda buat?
baginda hanya berkata "bercakap dalam solat adalah tak dibenarkan, solat adalah untuk memuji keagungan tuhan dan untuk melafaz ayat-ayat quran"



satu ayat yang cukup jelas, lembut,
memberi kefahaman,

dan yang paling penting..
. . .

tiada adegan serang menyerang.





kerana dia; adalah hamba.