Archive for Jun 30, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

.

“To forgive is to set a prisoner free and discover that the prisoner was you.”

Lewis B. Smedes



posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


Dengan NamaMu Allah... Yang Maha Penyantun...


Assalam.
"Siapa yang mencontohkan perbuatan baik dalam Islam,
lalu perbuatan itu dicontohi orang lain,
maka akan dicatat pahala untuknya pahala seperti pahala orang yang mencontohinya,
tanpa dikurangi sedikit pun pahala mereka yang mencontohinya.
dan barangsiapa mencontohkan perbuatan buruk,
lalu perbuatan buruk itu diikuti oleh orang lain kerananya,
maka ditulis baginya dosa yang mengikutinya tanpa kurang sedikit pun.."
riwayat muslim

Bukankah lebih baik menjadi ikutan yang baik,
daripada, menjadi satu yang buruk,
dikeji dan diumpat,
menyebabkan yang lain juga turut berdosa..

saya menerima message ini pada jam 19:55 30 June 2009. 2 messages, to be precise.
tiada kata2 lain, melaikan apa yang sy tulis diatas.
dari siapa, tidak saya ketahui kerana nombornya tiada dalam simpanan handphone saya.

entah mengapa saya dapat rasakan, penghantar message itu,
juga adalah pembaca laman bicara qalbu.
seolah2 ingin meberi sy semangat kembali,
feedback mengenai posting saya pada 29 June yang lalu.

samada ianya hanya kebetulan atau mmg benar2 berniatkan utk memujuk saya kembali,
wallahu'alam.
tiada apa yang mampu saya ucapkan melainkan ucapan terima kasih, dan semoga, dirahmatiNya..

maaf kerana tidak mereply. but, here i am,
giving thanks to you.
terima kasih, kerana kali ini, air mata yang mengalir, bukan kerana ketakutan
ttp kerana satu semangat yg kembali berputik.

dan, terima kasih YaAllah,
kerana mengurniakan hamba insan2 yang sentiasa menyokong.
baik di dunia realiti, mahupun di alam siber.


:)

sinar penghormatan

kata hati :perlu sembuh cepat2.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


:: lima ::

Dengan NamaMu YaAllah, pengurnia segala kebijaksanaan..

mengambil sedutan dari bual bicara fasial tehrani di MHI tv3.

beliau bertanya pada pak Samad (a.samad said) bagaimana mahu menjadi penulis.


jawabnya;

ada 5 cara.
pertama - perlu membaca
kedua - perlu membaca
ketiga - perlu membaca
keempat - perlu membaca
kelima - perlu menulis

kalau yang kelimanya membaca, bagaimana pak?

kalau yg kelima itu membaca, ya namanya pembaca, bukan penulis.. :)

comelnya respon pak samad. kan?
ttp snrnya cukup bermakna.
bukan shj relevant utk dijadkan panduan bagaiaman mahu menjadi penulis,
ttp juga bagaimana mahu menjadi seorang pengamal. (atau apa shjalah)


- belajar islam
- belajar islam
- belajar islam
- belajar islam
- amalkan islam

baru layak digelar muslim. jika tidak, kita hanya, seorang pelajar!

terima kasih pak samad. :)

kongsi2,
sinar penghormatan

kata hati : sembuhkan..