Archive for Sep 16, 2009

kebas


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

jari saya sedikit kebas,
kebas kerana menulis berkeping2 kad raya.
namun, maaf buat shbt2 sy, krn kad2 raya itu bukan buat kalian... :(

tahun ini, pecah rekod. tiada satu pun kad raya yang sy hantar.
meskipun kepada orang2 wajib .
rasa pelik, sgt pelik.
sy ini, as i mentioned, seorang yg masih menghargai nilai sekeping kad, dan surat. meskipun kini sudah berada di zaman IT, namun, budaya ini adalah satu perkara yg sy sukai.

jadi, untuk siapa kad2 yang sy tulis itu?
well, sy membantu shbt rumah sy menulis kad2 yg dikirim kepada pelajar2 IMU.
muslim society menyediakan khidmat penghantaran kad raya kepada ahli2 IMU dan dek kerana kasihan melihat sahabat sy itu sendirian menulisnya, sy membantulah sedikit. sediki2 pun, berpuluh kad juga lah dibuatnya. .

yaa.. as expected i did not receieve any cards, samada di rumah mahupun di iMU. althou i hope i did.
owh mengharap ke?
ofcourse-lah!
but sy akur. sesayang mana pun sy pada tradisi, zaman kini telah berubah.
internet , handphone, segalanya menggantikan perananan sekeping kad.

satu message terus Forward kpd berpuluh orang.
satu email forward kpd semua.
lebih mudah.

lagi pula, rakan2 sy sudah melangkah ke zaman sibuk. lebih byk perkara yg perlu dilangsaikan , yg mana ianya lebih utama drpd menulis sekelping kad.

but hey! disitulah tingginya nilai kad itu.
masa yg diluangkan, ingatan yg disimpan untuk kita dlm kehidupan harian mereka.
itu yang tak mampu dibayar atau diganti oleh teknologi... never will.
kerana manusia itu, sifatnya lupa. dan untuk mengingati itu, ianya merupakan, satu penghargaan yg tak terhingga.

apapun, trima kasih kpd ashiqeen atas ecard yg dibuat..
my 1st kad raya, untuk tahun ni. :)



sedikit masa,


kata hati : biar kebas tangan. jgn kebas ukhuwah dan kasih sayang.