Archive for Oct 21, 2009

kids.


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


cepat2 ..
duduk kat buaian masing2. bibik nak amik gambar ni..

hakim "naik syiekh" dgn pistol nya.




because they are kids, i loved them. :)

nak balik kampung selangor pula minggu ni, boleh?


antara sama dan soalan


posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments

dengan NamaMu YaAllah...

sama dan beza

"dari mana asalnya ni..?"
tanya seorang makcik kpd sahabat sy, yg waktu itu sedang menunggu giliran utk medical checkup.
"saya dari sarawak.."

saya hanya memerhati, dan mendengar.
waktu itu, saya bersama 3 orang lagi sahabat permepuan, dan 6 orang sahabat lagi bersama2 ke klinik kesihatan kerajaan seri kembangan, utk memenuhi tuntutan medical checkup oleh JPA. tiada medical checkup, tiadalah biasiswa. hoho. duit di dalam bank pula, sudah mulai kekeringan.!

lama juga makcik tu pause, ttp sambung balik..
"oo.. sarawak.. Jiran makcik pun dari sarawak. selalu bagi makcik ikan masin"
dan tak semena2 perbualan terus berkait rapat dengan, ikan masin.
jenis2 ikan masin lah, rasa ikan masin lah, darah tinggi pun masuk dalam perbualan!

:P

macam comel sahaja kan?
bagi saya, ianya comel.

ikutkan, tiadalah langsung perkaitan yg rapat antara "jiran" makcik tersebut dgn sahabat sy itu.
dengar sahaja "sarawak", selagi boleh, mahu kaitkan dgn perkara2 sarawak yg hampir dengannya.
selagi boleh, mahu mencari persamaan. selagi boleh, mahu elakkan perbezaan.

sama

ya, persamaan.
dalam perkenalan, kerana persamaan itulah, sesbuah perhubungan itu menjadi rapat.
meraikan sebanyak boleh persamaan yang wujud antara keduanya,
dan menghargai perbezaan antara keduanya.

kerana persamaan itu, mendekatkan,
dan perbezaan itu, melengkapkan. :)


pesan

sering saya pesan pada diri, yang... agak "judgemental",
sy pun tak tahu mengapa sy sering bersikap judgemental.
sering mahu mengikut "rasa hati" dan intuisi.

bagi sahabat2 yang pernah mengikuti teratak sy ini, atau bg yang mengenali sy di alam nyata, pasti kalian tahu serba sedikit mengenai dilema sy dalam "mempercayai" kata hati.
rasa hatinya mahu mempercayai, ttp jika ikut rasionalnya, semuanya seperti sia2 belaka.

"tp kan ijlal ni tak tau nk ckp.. die blh nmpk ape yg yg org takleh nmpk"
"betol2..ijj'lal ni cam ader 6th sense lak..ak pun kekadang heran..hurm..."

itu, komen yg sy ambil dari facebook sy.
sahabat2 sy sendiri "perasan" dgn "keinstuisian" sy yg satu ini.

sy tidak fikir sy punyai apa2 kelebihan. sy cuma meneka sprt apa yg org lain lakukan, cuma bezanya, sering kali tekaan sy itu mengena. hoho.

pernah bonda sy bertanya kpd sy satu hari.
"cuba teka mama tgh buat apa ni."
jawab saya? "mama makan secret recepie chocolate indulgance".
dan semestinya bonda sy terkejut besar. "macmana ijjlal tahu??"
utk itu, jawapan saya, hanya satu.
yakni;
kata hati.

namun sering, intuisi sy ini sedikit terbawa2 apabila baru berkenalan dgn seseorang.
jika sy merasa senang dengannya, maka sy boleh go along.
jika sy merasa gusar dan sedikit takut,
sy akan berjauh diri daripada orang2 yg berkenaan.
agar, tiada siapa yang terasa.

tp itulah, yang selalu dipesan2kan kpd diri sy snediri.
surut2kan lah dgn apapun "penghakiman pertama" kamu kpd orang lain wahai nuur ijjlal.
agar sy berlapang dada dgn segala bentuk perbezaan yang wujud antara diri saya, dan orang sekeliling, .
dan agar sy meraikan segala persamaan yang wujud antara kami, supaya, ikatan antara keduanya mampu dieratkan.

kerana persamaan itu, mendekatkan,
dan perbezaan itu, melengkapkan.

:)

cincin, lagi!

lagi mengenai cincin kontrovesi saya. ish dah bersiri2 dah mengenai cincin ni.

seorang kenalan tak semena2 bertanya,
"awak jawab je soalan sy ni. awak dah bertunang ke.? saya nampak awak pakai cincin"

astaghfirullahalazimm.. soalan begini lagi? dan lagi? dan lagi?
apakah pemakaian cincin sy ini benar2 mengundang tanda tanya rakan2 sekekliling.?
tidakkah cukup jelas dgn umur dan kematangan diri sy yg tidak seberapa ini, persoalan itu sebeanrnya sudah terjawab.?
tambahan pula, sedikit "mengerikan" hati apabila dikatakan "sy nampak awak pakai cincin". O_O.

anehnya saya..., orang2 zaman sekarang ini, sungguh2, berterus terang ya.?
(maaf jika yang berkenaan terasa hati)
bukankah masyarakat melayu kita ini sepatutnya kaya dengan keindahan bahasa,
diajar nilai2 malu dan hormat dalam diri...

tidaklah salah utk bertanya,
dan tidaklah pula saya terasa utk marah atau apa, cuma sejujurnya saya merasakan sedikit kurang senang apabila diajukan soalan2 berbentuk demikian.

entah kenapa, soalan itu sedar tidak sedar, mengusik sensitiviti diri sy sendiri.

atau.... mungkin sahaja sy yg sedikit tertutup.
dan sy tidak dapat expect orang mampu mengikut bagaimana cara kita berfikir. kan?
namun setutup2 mana pun pemikiran saya, dalam setiap perkara itu, sememangnya ada adab2 dan caranya kan...?

soalan itu sy jawab, lagi.
"akan. dgn siapa, itu, tak tahu."

kawan2.. perlukah sy meberhentikan pemakaian cincin sy ini..? :(

salam rabu,