Archive for Jan 8, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

assalamualaikum.
"kelu" tangan untuk "berbicara"
mungkin semster ini, "produktiviti' sy di bicara kalbu akan sedikit menyusut.
perlu sangat2 SELAMATKAN perjuangan sy di intec ini yang.... hampir nyawa2 ikan.
keputusan end semster 3, mmg sgt, menakutkan.
kalau sy hendak mbantu yang lain pd masa hdpn, sy perlu selamatkan terlebih dahulu perjuangan sy sekarang ni.

cita2 besar. tp. *sigh*
sudah ijjlal. merungut atau meratap takkan beri apa2 beza.
bergeraklah. bertindaklah. masih ada masa. 2 Mac, Trial Alevel.
satu bulan setengah shj lagi.
terlalu byk yg perlu dicover hingga sy x tahu nak mula dari mana..

mathematics sy yg teruk.. chemistry sy yg tunggang langgang.. statistic sy yg biasa2.. biology sy yg ok2..

pesan mama, "buat satu-satu."
pesan kalian, apa pula?

tolong doakan sy dikurniakan kekuatan utk x terbawa2 dgn kekecewaan keputusan peperiksaan yg lalu.
tolong doakan sy istiqamah dlm pelajaran. dan tolong doakan ketenangan hati sy yg suka fikir macam2. (heh)

salam menyelamatkan perjuangan,
sinar penghormatan

kata hati:
1. emm 18 days until sy jd maksu? skjp lagi!

2. lagi! israel kejam! bom 3 sekolah UN.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

BIsmillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

sy mendapat sedikit info mengenai qunut nazilah ini. klik sini.
dan dari apa yg sy faham, qunut nazilah hanya boleh dilakukan secara berjamaah. ?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin

Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif
-Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
-Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
-Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

sumber : http://amanpalestin.org/