Archive for Mar 25, 2010

post-book fair


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.

alhamdulillah
alhamdulillah.
segala puji bagiMu Ya Allah!

penjelajahan kali pertama ke pesta buku PWTC benar2 mengujakan.
sudah 5 jam berlalu sejak saya meninggalkan tapak pesta, namun bibir masih seperti ingin terus melakar senyuman. masih belum surut lagi rasa gembira dan puas hati lagi agaknya. =)

4 tingkat

4 tingkat. dan kesemua 4 tingkat saya pergi.bermula dari tingkat paling atas, hingga turun ke ground level. satu satu saya pergi. booth by booth.
ada yang just path by, ada yang duduk and menelek macam nak baca habis satu buku.
ada yang ambil dan beli. hehee..

nak dijadikan cerita, sempat lagi saya masuk sesi belajar melukis. di tingkat empat.
ter-masuk, secara tak sengaja.
habis juga lah dalam sejam belajar cara melakar mata hidung telinga dan rambut...
lucunya. x sangka boleh belajar melukis pula. ^_^

tiga

kemudian.. turun ke tingkat 3.
ha.. kat sini lubuk buku pelajaran.
tumpuan saya dan rakan2.... medical books!
ada kami singgah di satu kedai. dan sangat terkejut bila melihat tertulis disitu 35
ha?? biar betul?? 35 je?? medical book for 35?
saya dan hamizah berpandangan sesama sendiri.
waktu tu macam. tak tahu nak kata apa. biar benar?

konon2 mahu membeli.but then, pabila tanya kepada cashier, cashier kata
"wait, i count for you a... this is in US dollar"
lailahaillah...
dalam US dollar ke. lepas tu baru perasan perkataan USD ditulis kecil disebelah angka 35.
hehe... malu snediri

pengajarannya, jangan biarkan anda terlepas perkara kecil YANG PENTING hanya kerana anda telah menjumpai perkara yang anda mahukan.
and..... jangan nak mimpi buku medical cost only 35 ringgit! :P

puas berlegar2 di kawasan buku2 pelajaran, akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak membeli apa2 buku medical, since buku yang saya ada untuk semster 2 sudah mencukupi.
untuk smester 3, tak perlulah beli dahulu. mana tahu nanti ada updated version. kan rugi?

dua

then... turunlah ke tingkat 2..
ha. tingkat ni istimewa sikit.
sebab kita perlu ke luar bangunan untuk ke Hall 2.
agak jauh perjalanan ke luar ke hall 2.
but then, ni lah baru namanya pesta buku!

owh yaa...... maaf, saya "tidak sempat" mengambil sebarang gambar disana lantaran keasyikan saya dengan buku mengatasi keasyikan saya dalam fotografi. (hehe)
aahh.. teruslah kpd buku apa yang saya beli tadi. tak sabar sabar ni nak cerita! :P

pertama : Denyut Kasih Medik. by Dr Farhan Hadi


ini buku pertama yang saya beli. di Hall 2. waktu ni, saya masih bersama 2 orang sahabat saya, fathin nadiah dan nur hamizah.
anyway, buku tu sbnrya tiada dalam list "to-buy" ttp dibeli atas dasar reccomandation oleh sahabat maya, amirah saryati.
amirah, if youre reading this, yes i had bought it!!

ia mengenai kehidupan seorang doktor dan cabaran2nya. paling menarik apabila ia ketengahkan perkara2 dan dilemma sebenar. dan diselitkan sekali dalil2 dari quran dan hadith dalam satu2 permasalahan. menurut amirah, its a need to read book for medical student who want to know the real life of a doctor. so, there i was. nampak je terus beli. hehe.

.
.

Hall 2 dipenuhi dengan buku dari pelbagai tema. ilmiah, islamik, juga kanak2.
geram je nak beli satu buku untuk si kecil ayyad. tapi ditahan lantaran harga yang seperti tak setanding dengan bukunya. maaflah ayyad, maksu tak beli buku untuk awak pun. nanti awak dah besar sikit ya? =)

the main booth in Hall 2 is, PTS, dan alhidayah.
saya tak berapa masuk ke gerai PTS, sekadar jenguk2 dan lalu2 sahaja.
sbb.. ramai orang. lagipun kerana buku2 PTS mudah didapati di pasaran.
bila2 boleh dapat. bila2 boleh cari. akses pun banyak. tiada masalah.

saya berlalu pergi ke booth bersebelahan. dan waktu ni, saya sudah pun bersendirian. masing2 mbawa diri masing2 lantaran masing2 mempunyai misi masing2.

dan ya... dibooth tu, ada yang menarik perhatian saya.
buku tulisan Tariq Ali bertajuk " The Book Of Saladin" dan "The Stone Women."
owh. owh.
lama saya duduk dan membelek.
lama. mengkonsider dan menilai2.

dalam kepala saya berkata : this is not in your list.
dalam hati berkata : owhh this is sooooo need to buy!

akhirnya saya simpan kembali.
mengatakan tidak kepada Tariq Ali.
eh. jgn salah sangka.
tidak bukan bermakna selamat tinggal
melainkan bermakna : next time. biiznillah. =)

jalan.

pusing2. nak kata apa penuh dengan buku!
singgah sebentar ke booth rijal media. bertentangan dengan booth PTS.
kebanyakan buku keluaran rijal media adalah hasil tulisan tuan guru Nik Aziz.
dan.. memang booth tu ada terpampang besar wajah tuan guru. tak kisahlah kan..

anway, sekali lagi saya menyinggah dan mengintai2 buku yang ditawarkan.
sedang duk membelek2 tu, entah dari mana, ada suara jahat dari seorang lelaki yang pass tru booth rijal media tersebut.

" nik aziz? aku pantang betul dgn dia ni. blah la. b*b*. B*b*"

astaghfirullahhazim.. meremang bulu roma saya. dalam keadaan ramai orang awam, dan dikelilingi denga suasana ilmiah, masih sempat lagi mengeluarkan kata2 buruk?

tak sempat saya menoleh, orang tersebut telah hilang selaju suara itu hilang.
moga Allah lembutkan hati kau, orang buta.

Dua : Pahlawan Islam Kontemporari


ini buah tangan yang saya beli dari booth rijal media. sebuah buku tulsan atriza umar. menampilakn 7 orang tokoh zaman lalu.
kerana apa saya beli? kerana saya tidak pernah tahu sbnrnya siapa tokoh2 terdahulu.
jangankan syed qutb, hassan albana pun saya tak tahu.
ok. ok... saya akui ni bukan dalam list membeli saya. tlg jangan marah. (hehe)
tapi.. xpelah. kan kan? ;)

.
.

selsai membeli buku kedua, saya berlalu keluar untuk ke Hall 3.
pengunjung disambut dengan booth megah dari institut terjemahan malaysia.
kat sini banyak booth yang jual buku high standard seperti jurnal etc.
sukanya saya. tapi hanya mampu pandang sbb harganya ada menjangkau beratus ringgit.
apapun, kat Hall ni lah yang paling saya suka! sbb dapat buku2 yang saya nak! ^_^

tiga : Tuhan Manusia


empat : Kekasih Sam Po Bo


lima : surat surat permpuan johor



kesemuanya adalah hasil tulisan faisal tehrani. di booth Ameen publication.
saya tahan dari membeli Ketupat Cinta.
habiskan tulisannya yang mudah2 dahulu. baru melangkah ke tulisan yang lebih berat.
terus terang saya kurang boleh menerima tulisan yang sedikit "klasik" seperti 1515, karbala etc.
yup. masih belum "kuat" untuk membaca dan memahami gaya tulisan begitu. so.. cukup2 dululah dengan yang ini. belajar dari bawah. nanti naik2 lah ke atas. insyaAllah.

selesai tiga buah buku disana, saya bergerak.
dan ya! saya ternampak satu buku lagi...

enam : hari hari dalam hidupku by zainab alghazali.


buku yang telah dicari2 sejak zaman intec lagi.
mengisahkan perjalanan dan perjuangan zainab alghazali dalam mempertahankan sebuah aqidah.

tujuh : apa erti saya menganut islam by almarhum syiekh fathi yakan.


saya ada soft copynya, ttp saya tidak pernah mebaca.
kurang gemar membaca ebook.
jadi, bila lihat ada hard copynya, terus sahja tangan mencapai.
Ya Allah, izinkan aku untuk mengutip mutiara ilmu darinya!

akhirnya!

dah tersengih2 sebab dah dapat target faisal tehrani dan ole2 dari pustaka salam,
saya mengembara kekeselruhan hall 3.
pusing2, dan akhirnya berakhir ke booth institut terjemahan negara malaysia.
mebelek komik Lat kampung boy yang tlah dialih bahasa kepada bahasa arab. menarik..
kebanyakan hasil terjemahan dari institut terjemahan negara malaysia boleh dikatakan berkualiti dan mempunyai standard penterjamahan yang tinggi. tidak seperti karya2 terjemahan lain yang kadang2 kelakar nak baca.
pusing2 sekitar booth ITNM, maka.... terlekat kpd satu buku.....
tolong jangan marah. tolong jangan marah.
kerana akhirnya saya mencapai buku tersebut, membayar, dan berlalu pergi dengan bibir yang semakin lebar senyumnya.

lapan : Bisik Warna by A Samad Said.


haha. ya! akhirnya saya membeli sebuah buku "puisi".
i told i MIGHT buy. n, indeed, i did!

lewat

jam sudah agak lewat. fathin dan hamizah sudah meninggalkan saya seberang jalan.
mereka sudah lama berada di The Mall sedangkan saya masih belum keluar dari PWTC. :P
cepat saya turun, dan masuk ke destinasi terakhir saya, dgn target untuk mebeli buku terakhir pada hari itu. Booth Karangkraf.

stau hall tu, karangkraf sahaja yang kuasai.
saya tidak berminat untuk melihat buku2 lain. terus kepada target.
buku biografi Prof Sidek Baba.
lantaran malas nak cari sendiri, saya pergi berjmpa orang yang bertugas.
senang cerita. =)
pada mualnya di rak pertama, buku tersebut sudah habis.
owh waktu tu dah.... ala.. dah habis ke.. =(
but then encik tu membawa saya ke rak yang lain.
dan. alhamdulillah. ada ! =)

sembilan : Seteguh Tekad, Prof Dr Sidek Baba.


terima kasih diucapkan, buku diambil, dan terus dibayar.
alhamdulillah... =)

buruk

kalau kalian perasan, kebanyakan buku yang saya beli,
adalah buku2 yang boleh dikatakan mempunyai cover yang agak buruk?
x menarik perhatian sangat.
hehe.
sebab tulah susah nak dapat.
tak ramai orang yang membeli. sbb tak menarik perhatian sangat.
walhal buku2 buruk macam ni la yang lebih banyak manfaatnya.
kulit buruk, tapi isi meletup.!
=)

dan lagi satu, saya tidak dapat mencari buku "cinta" yang saya katakan tu.
entahlah. xxda satu pun yang benar2 menarik perhatian saya. yang benar2 saya rasakan mampu meberi guideline dan jalan yang mampu dipraktikkan.
berbeza dengan "indahnya pacaran selepas pernikahan."
sekali tengok, terus rasa nak beli.
bukan tidak membelek buku2 bertemakan cinta, tp, macam. entahlah.
saya ni kan tak sudah2 dgn kata hati. hehe.

selesai

selesai pengembaraan ke PWTC.
saya mengucapkan selamat tinggal kepada pesta buku 2010 dgn satu rasa syukur dan puas hati.
insyaAllah, tahun depan, kita berjumpa lagi.. =)

ha. lagi satu.
nak claim duit buku kat ayahnada dan bonda lah.tolak income tax.
=D


trilled,


kerana aku bukan makhluk pengkhianat