Archive for Aug 11, 2009

langkawi (end)


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim...

3rd day, as promised.
(again, abaiakan susnan kata yg tunggang langgang )

kali ni ke langkawi mmg utk bercuti, bukan utk bershopping.
jadi agenda shopping tu tiada dlm list
(but masih sempat juga singgah ke kedai bebas cukai beli itu ini. hehe)
hari ke3,p ditutup krn angin kuat.
kalau ke langkawi ni
x sah klu x ke, cabel car. di machinchang
asalnya mahu pg hari sebelumnya,
ttp cable car ditutup pula kerana angin kencang.
jadi kepada kalian yg mahu merancang percuutian ke langkawi,
pilih waktu yg bukan musim angin kencang. kalau tak, rugi sahaja tidak dapat naik cable car. :)

harga tiket, nak kata mahal, x lah mahal sgt.
nak kata murah, xlah murah sgt.
affordable lah. bergantung pada sejauh mana kita memaksimakan waktu diatas.
tidak ada limit waktu, kita boleh berada diatas tu selama mana kita mahu. boleh ulang alik naik cable car sebanyak mana kita mahu. asalkan jgn naik cable car yg turun ke stesyen bawah lah. ada 3 stesyen.
satu stesyen bawah, satu lg yg tengah, dan yg terakhir.

ni penanda yg hanya boleh didapati di cable car. sy sbnrya nak ambil gambar facial expression stickman tu. sgt kelakar. hehe.
anyway, harga tiket adalah rm15 utk pemegang mykad.
jadi, tolonglah jgn tinggalkan mykad anda ok.?
kebetulan kekanda sy meninggalkan mykadnya didalam handbag di kereta.
jadi kenala bayar fullcharge. mcm foreigner pla. rm30/person!
utk kanak2, erm, sy tak ingat lah rasa2nya rm8atau rm10 utk pemegang mykids.
sesetengah hotel ada link terus kepada cabel car ni. jadi kalian boleh terus beli tiket dari hotel. senang kerja. x perlu beratur panjang mebeli tiket.
but. as mentioned be4, bagi kami, inilah kelebihan bercuti semasa bukan cuti umum. orang tidak ramai. beratur pun tak panjang. alhamdulillah..


kalian akan menunggu mengikut petak.
satu petak mewakili satu gondola.
dan pada peringkat akhir, akan ke tepi plantar dan berdiri atas petak2 bernombor.
nombor 1,2,3,4,5,6.
yg bediri di petak number satu, merupakan org pertama yg akan masuk gondola.
begitulah seterusnya.

macam kami, ada 4 org. jadi 4 petak itu dipenuhkan dulu.
satu gondola muatkan 6 org. so, ada baki 2 org kan?
si penjaga akan mencari mana2 pelanggan yg datang berdua.
dia tidak akan force orang yang ahli keluarganya 4 orang utk emnyumbangkan 2 org utk masuk satu gondola dgn kami. sekalipun kalau ikut giliran, mereka yg perlu isi dulu kekosongan tu.
kita takkan terpisah dgn family. penjaga itu akan aturkan.
dan. beruntunglah bagi pasangan tadi, kerana tak perlu ikut turn. dari line belakang, terus dapat naik gondola. rezeki tu namanya.

ok. satu petua.
di gondola tu, jika kalian mahu duduk di seat yang menghadap ke hadapan, bukan ke belakang, cepat2 amik petak nmber 1-3.
sbb org yg awal dapat pilih tempat duduk yg dia nak.
yang masuk lambt2, 4-6, perlu duduk mana2 tempat yg kosong sahajalah.
macam saya. dapat number 4. sepanjang dalam cabel sy mengundur.! huhu..~
again. rezeki sy tang tu. nak wat camna kan? hehe.

kami terus ke stesyen ke3.
di stesyen ke3 ada dibina sedikit unjuran.
dimana kita boleh view pemandangan cantik.
but. utk kesana, perlu sedikit jungle treking.
perlu meneruni bukit hingga sampai ke jambatan tu.
so, bg siapa2 yg membawa baby kecil, make sure bawak beg dukung tu sekali. sbb mesti tak larat. nenek2 yang tidak punyai tenga, dinasihatkan tunggu di stesyen sahaja.

atas bukit tu stesyen ketiga,ini pula jmbtnnya. jauh juga kan kena turun?

satu lagi petua.
bila kalian datang ke sini,
tolong, jgn pakai baju yg dibuat drpd material ringan!
tshirt okey.
elakkan pakai baju kurung/jubah/skirt.
kalau nak pakai juga, sila pakai seluar panjang di sebelah dalamnya.

dan kpd mereka yg pakai tudung labuh,
bawa pin extra siap2.
atau pakai jaket,
atau bawa beg pack.

kerana apa?
kerana angin sgtlah kuat!
dan ia menerbangkan segala apa yg ada dibadan kita.
hehe..

pengalaman sy sendiri lah.
hari tu sy memakai kemeja hitam labuh bersama jeans dan tudung purple pudar labuh.
di stesyen tu tidaklah kuat sgt angin
tp bila di jambatan..
masyaallah..
yelah. kita berada di laluan angin.
tergantung2 di atas tu. mmglah kuat anginnya.
habis terbang baju saya tau. bila jalan tu tangan duk sibuk betulkan baju,
pin lebih saya, diberikan kpd bonda sy.
sy pula mebawa backpack yg asalnya di bawa oleh ayahanda sy, utk mengelakkan tudung sy terbang.

kakak sy pula......
heheheee
kebetulan kakak sy memakai skirt jeans.
XD
tak terkata lah terbangnya macamna.!








ehehe..kami sempat berpicnic pula kat ats ni.
sbnrnya tidak dibenarkan mbwa makanan atau minuman.
sbb takut mereka buang sampah ke bwah.
habis hutan kotor nanti.

tapi, jika kalian mahu juga bawa makanan/minuman. (minuman esp. sbb haus bila mbuat jungle trakking tu)
make sure kalian bawak beg belakang dan simpan baik2 dalam tu.
jaga tidak akan cek beg belakang.
dia hanya akan tahan beg2 plastik yg terang2 mebawa makanan.
tapi, diingatkan, jika kalian mbawa makanan naik atas, tolong bertanggungjawab dgn sampah2 ya? n, do take note yg angin kuat. jadi plastik mmg mudah terlepas dari tangan kalian. berhati2.


masa turun ke pelantar tadi senang je.
yang terasa azabnya bila nak naik balik ke stesyen ketiga tu.



sampai ke stesyen ke3, kami lagi sekali berpicnic.
bonda mbeli ice cream yg harganya rm3.50
ayahnada mebeli pisang yg harganya rm1
dan air kotak yg brhrga.. mm tak tahu
yg pasti, lebih mahal dari biasalah.

puas itu ini itu ini, kami pun turun semula ke stesyen awal.
kami x berhenti pun di stesyen kedua sbb, memikirkan masa yg dikejar.

antara stesyen 3 dan ke2,
kalian ada pilihan samada mahu jungle trekking atau mahu turun dgn cable car.
semasa 1st time sy dtg kesini kira2 lebih 5 tahun lalu,
kami mengambil lalulan jungle trekking. laluannya semua sudah siap cantik. tinggal nak lalu je . buleh tahan jugaklah penatnya...
tp., tu lah, bila lagi mahu jungle trakking dgn keluarga? bukan senang.
ermm.. despit that, utk kali ini, prefer cable car. masa tu penting.
ayahnada dan bonda pun, kudratnya tak sebanyak dulu. hehe..

turun ke bawah, bonda dan ayanda ke kedai2 sekitar utk beli ole2.
sy dan kekanda pula lari ke taman haiwan.
ehhee.. comel tau dapat bermain dgn anak2 rusa.
mereka sgt jinak.
dan, kuat makan.
kalau mahu beri makanan, perlu mebeli dgn harga rm1.

saya geli utk beri dgn tgn.
tgk hidung dia berair2. eee..
mula2 tu konon lah nak feed direct dari tgn tp bila hulur tgn.
mak aih, keberanian tercabar lalu ditarik balik tgn ni. :P
anak2 rusa ni boleh mneghidu.
habis tgn sy "dikejar" krn dia tahu ada makanan di tgn sy.

dan, x sangka, boleh than juga manjanya mereka ni.
digosok2kan kepala ke badan saya, minta makanan.
sy ni tidaklah jahat mana.
masih ttp berikan makanan, ttp saya taburkan je atas tanah.
time tu, baru dapat peluang utk memegang dgn baik mereka2 ni.
dalam kepala sy duk set yg bulu mereka ni mesti lembut, sbb nampak mcm lembut je..
tp, bila pegang, masyaallah... kasar kalahkan penyapu!
jadi, pengajarannya, jgnlah tertipu dgn pandangan semata2. cuba dan rasa sendiri. ;)


dalam pada saya geli dgn hidung lembik dan berair mereka tu,
akhirnya sy meberanikan diri juga menghulurkan tgn sy kpd mereka.
ee.. geli2. rasa geli. rasa basah tangan ni. rasa lembik.!
tp, jadilah. dapat juga merasa. beri makan anak rusa dgn tgn sendiri. hehe~

itulah dia sahaja aktiviti pada hari ke3.
bagi yg mahu kesini, peruntukkan sekurang2nya 2 jam. itu minima.
all ini all, it was nice. really nice.
kena harinya ada aktiviti yg dibuat di oriental village di stesyen pertama tu.
tempatnya pun cantik.

alhamdulillah.

alhamdulillah percutian ini dapat dijalankan.
sy tidak ingat kali terakhir sy bercuti dgn keluarga.
erm, to be precise, bercuti dgn kakak.

hopefully there wud be another holiday next year!

salam pasca-langkawi,