Archive for Jan 26, 2010

haruskah memilih?


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment


bismillahirrahmanirrahim...
Dengan NamaMu YaAllah.. penentu segala sesuatu...

choose!

saya sedang tidak tentu arah.
hati berbelah bahagi samada untuk ke majlis ilmu, atau... untuk bersama keluarga.
bukan senang untuk saya mendapat sabtu yang free tanpa kelas.
bila dah free, terpaksa pula memilih antara dua perkara yang kalau boleh saya mahu dua-dua.
nuur ijjlal memang selalu punyai masalah untuk membuat keputusan dalam memilih.

keluarga vs ilmu.

i am a family person. and i am a knowladge seeker.
tak boleh ke kedua dua ni jalan secara seiring?

hehe.. tidak.. tiada siapa menghalang saya untuk ke majlis ilmu sabtu ni. saya ni je....
sudah berbulan lamanya keluarga saya tidak berkumpul bersama.

ayahanda sibuk; asyik ke kuala lumpur.
setiap sabtu saya pula tiada dirumah krn sekolah.
abglong dan kaklong pula di selangor.

sepanjang cuti semester ini, saya, seperti biasa. sendiri di rumah..
anak bongsu, begitulah hakikatnya.

family?

kebetulan sabtu ni saya tiada kelas.
dan sabtu ini ayah tidak ke kuala lumpur.
dan kalau ikut rancangannya, sabtu ini kaklong akan pulang ke kulim.
but then, itu pun jika tiada apa2 last minite arrangement at school. (kaklong and abglong adalah guru. dan sekrang ni musim practise sukan.)
maknanya, untuk saya berkumpul bersama keluarga itu masih 50/50. belum pasti.
ok. saya tidak suka perasaan ini. sungguh tak suka.

ilmu?

ada dua majlis ilmu sabtu ini. triple i medicine anjuran uia dan imaam di uia kuantan, juga konvensyen pemikiran hassan albana di putrajaya.
mlanya saya memilih symposium, but rancangan ke symposium triple i akhirnya terpaksa dibatalkan lantaran sebab-sebab tertentu.
and im left with the konvensyen. tarikh tutup pendaftaran 28 januari ini. which is... just in a few days. dan hati masih belum mampu buat keputusan.!!

puas saya menelofon kaklong bertanya . sikit2 tanya. hari2 tanya.

"kaklong... jadi x balik sabtu ni.."
"insyaAllah jadi.. kalau xde pape. tapi sekolah ni bukannya boleh percaya sgt.".

jawapan sebelum "tetapi" tu bagus. tetapi jawapan selepas "tetapi" tu tak best.

sebenarnya saya tidak sanggup ambil risiko untuk tunggu mereka pulang sabtu ini.
kerana saya khuatir mereka tidak jadi pulang kulim.
ini bermakna, majlis ilmu pun saya terlepas, bersama keluarga pun tak dapat.. :(

wajah itu!

lebih "excited" bila saya membuka laman web kobena tersebut,
mata terus dapat tangkap satu wajah yang tersimpan kemas dalam minda saya.

wajah itu. wajah itu. wajah itu!
saya tidak ingat nama, tetapi saya ingat wajahnya.
terus bergema saat itu suara yang satu ketika dahulu menghantui hidup saya.

"kiri... kanan.. kiri.. kanan..."

ya! itulah insan yang telah membawa saya kepada turning point dalam kehidupan saya.
kata-kata tegas dan berhantu darinya menusuk tajam hingga buat aktiviti harian saya terbawa-bawa dengan apa yang diperkatakannya.
masih ingat kisah saya dahulu.? kisah kiri kanan depan belakang? ehe... rujuk sini

sekarang, ustaz itu akan membentangkan kertas kerjanya dalam konvensyen tersebut.
subhanallah.... mestilah makin tak tahu nak buat keputusan kan?


family vs ilmu.

haruskah saya berpegang pada sesuatu yang tidak pasti?
(well.. soal masa depan apapun x pasti kan. ?)


hanya Dia yang mengetahui..